Cinta Salju 3

Cinta Salju

  Waktu yang Sehun nanti-nantikan telah tiba. Pengantin lelaki segak dan berkarisma berpakaian tuxedo berwarna hitam manakala pengantin perempuan pula sangat menawan berpakaian gaun pengantin yang berwarna putih suci disertai dengan perhiasan yang sangat bersinar-sinar dan elegan tetapi tetap cantik. Kedua-duanya kelihatan berseri-seri. Dunia ini bagaikan mereka yang punya.

 

  EunMi tersenyum memandang bakal pengantin itu dari jauh. " Hensemnya Sehun oppa, kan bagus kalau EunMi yang kahwin dengan Sehun oppa" EunMi berkata di dalam hatinya sambil membetulkan dressnya yang agak terbuka itu. EunMi pun tidak kurang cantiknya hari tersebut. Dia mengenakan dress berwarna putih yang sesuai dengan badannya yang molek itu dan mendandan rambutnya dan kali pertama memakai make up. EunMi berasa tidak selesa dengan penampilannya pada hari tersebut. Namun, ramai yang memuji kecantikan EunMi. Ada juga yang berkenan dengan EunMi.

 

   EunMi pergi ke bilik persalinan pengantin untuk bersembang dengan pengantin perempuan atau YoonA kerana EunMi pernah melihat di dalam drama bahawa ketika seseorang itu akan melangkah ke alam perkahwinan, perasaan mereka akan bercampur aduk. Sedih, gembira, nervous. Semuanya bercampur aduk pada waktu yang sama. Kalau sesiapa yang tidak boleh mengawal perasaan itu mesti akan pengsan.

 

    EunMi mengetuk pintu. Kemudian terdengar suara menyuruh untuk masuk. EunMi masuk dengan perlahan. " Kak YoonA, akak dah bersedia? " EunMi berkata seraya berpusing untuk pergi ke arah YoonA. Tetapi, alangkah terkejutnya EunMi apabila melihat bakal akak iparnya hanya memakai pakaian biasa iaitu seluar jeans dan dress biasa. Bulat mata EunMi memandang YoonA. YoonA hanya tersenyum lembut dan memanggil EunMi untuk datang dekat kepadanya. Satu perkara yang EunMi selesa dengan YoonA adalah sikapnya yang merendah diri dan sopan walaupun dia seorang anak kepada bussinessman terkenal.

 

   EunMi lagi bertambah terkejut apabila YoonA memeluk erat tubuh kecilnya. Kemudian YoonA meleraikan pelukan tersebut. Namun, tangannya memegang lembut lengan EunMi. " EunMi tutup mulut tu, nanti masuk lalat " YoonA tergelak kecil seraya mencuit hidung EunMi. YoonA menarik EunMi untuk duduk di atas ribanya sambil menceritakan segala-galanya yang membuatkan dia ingin menarik diri daripada memasuki hidup Sehun. Tanpa disedari EunMi air mata mula membasahi mukanya. Dia hanya tersedar yang dia menangis apabila terasa jari runcing milik YoonA yang mengelap air matanya. YoonA meminta EunMi untuk berjanji bahawa dia tidak akan menceritakan kepada sesiapa. YoonA ingin menceritakan segala-galanya apabila tiba waktu yang sesuai. Biarlah waktu yang menentukan segala-galanya. EunMi mengangguk-angguk dan mengeluarkan jari kelingkingnya menandakan bahawa dia telah berjanji. Hanya EunMi dan YoonA yang mengetahui cerita yang sebenar.

 

    YoonA mencium kening dan dahi EunMi sebelum bergegas keluar menggunakan pintu lain yang jarang orang gunakan. EunMi menangis teresak-esak. EunMi tidak pasti adakah ia tangisan ketakutan, kegembiraan atau kesedihan. Setelah keluar daripada bilik tersebut. YoonA memandang ke pintu tersebut sambil menangis teresak-esak. Dia sangat sayangkan EunMi. Baginya EunMi merupakan seorang adik yang sangat baik dan comel. Mereka sering berjumpa tanpa pengetahuan keluarga Oh. Hal ini kerana, EunMi pernah dimarahi oleh Sehun kerana terlalu rapat dengan YoonA. Di matanya EunMi telah menyibuk dalam urusan cintanya. YoonA berbisik selamat tinggal kepada EunMi.

 

        _______________________________________________________________________________________________

 

    Seketika kemudian, pintu bilik persalinan tersebut terbuka dengan perlahan dan Sehun masuk dengan perlahan sambil membawa sekuntum bunga Ros merah yang mempunyai bau wangi yang agak kuat. Matanya meliar ke segenap penjuru bilik kerana dia tidak ternampak kelibat kekasih tercintanya. Sebaliknya dia ternampak EunMi yang mukanya merah dengan mata yang agak sembap seperti baru lepas menangis. " EunMi, apa kau buat kat sini? " Sehun bertanya dengan nada biasa. Dilihatnya EunMi tidak menjawab pertanyaannya dia bertanya buat kali kedua tapi dengan nada yang tegas. EunMi masih lagi membisu seribu bahasa. Sehun meluru dekat EunMi. Hal tersebut membuatkan EunMi kecut perut. Kemudian EunMi menjerit kecil kesakitan kerana Sehun mencengkam tangannya dengan kuat. Kukunya mencengkam tangan EunMi hingga menembusi dagingnya dan menyebabkan berdarah. Saat ini, EunMi semakin kuat menangis. " Oppa, sakit " EunMi mengadu kesakitan. " hah, ada pun suara. Aku ingatkan kau bisu ke apa " Sehun menjerkah EunMi . " Mana, YoonA? " Kemudian Sehun macam nak gila mencari kekasih hatinya. Tapi bayangan pun dia tak nampak.

 

    " Akak YoonA dah tak ada ." Suara kecil EunMi kedengaran di seluruh bilik. Namun, Sehun jauh daripada dengar suara EunMi kerana sedang kelam kabut mencari YoonA di dalam bilik air. Termasuk juga almari. EunMi mengulang lagi denga sedikit kuat. Tekaknya sakit dan suaranya serak dek menangis. Mendengarkan hal tersebut, Sehun terus meluru ke arah EunMi. Dia memegang tekak EunMi. " Apa ! Kau gila ke apa? Dia nak pergi mana pula ". EunMi pula dah terasa bekalan oksigennya semakin berkurangan. Namun, sebelum bekalan oksigennya habis, dia terasa dirinya melayang dan terhempas ke tanah dan dilihatnya Sehun meluru ke arahnya dengan muka yang sangat menakutkan. Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan Keluarga Oh masuk ke dalam dan tercengang-cengang dengan situasi yang berlaku. Chanyeol yang merupakan sepupu Sehun menahan Sehun daripada terus menghentam budak yang malang itu.

 

    " Apa yang terjadi ni sebenarnya ? " Puan Oh atau Yuri bertanya. Sehun dengan muka bengkeknya menjawab. " mama nak tahu, tanya budak tu. Dia kata, YoonA dah pergi. Entah apa bendalah yang dia cakap kat YoonA sampaikan dia nak pergi dan batalkan perkahwinan kami" Sehun berkata setelah berjaya mengawal suaranya. Namun, urat yang kelihatan daripada kepalanya menunjukkan sebaliknya. Terjega biji mata Yuri memandang EunMi. " Betul ke apa yang Sehun cakap tadi ?!" EunMi yang sedang menangis hanya mampu mengangguk-angguk kecil sahaja. Yuri pula yang meluru ke arah EunMi. Nasib baik Kris yang merupakan sepupu Chanyeol juga ada. Dia menahan Yuri dan menyuruhnya untuk bersabar.

 

    Seketika kemudian, GyuRi, kakak kepada Yuri memecah keheningan " macammana ni, tinggal setengah jam lagi untuk majlis bermula. Kita tak boleh batalkan majlis ni. Malu muka nanti". Ujarnya sambil menjeling ke arah EunMi. Tangisan EunMi sudah reda tetapi dia masih terketar-ketar ketakutan. Semua senyap mendengar pernyataan tersebut. Melihat tiada reaksi daripada sesiapa GyuRi memberi cadangan. " Saya cadangkan EunMi sebagai pengganti ". Semua orang terkejut dengan cadangan itu. Yuri cepat-cepat mengatakan tidak. " Mengapa tidak? Itu sahaja pilihan yang TERBAIK buat masa sekarang " GyuRi berkata lagi. Chanyeol dan Kris mengagguk-angguk tanda setuju. Yuri pula menggeleng-geleng kepalanya. Pening kepalanya hari ini. Tiba-tiba Sehun bersuara dan membuatkan semua orang ternganga besar. " Saya setuju " Ringkas. Namun, mempunyai makna yang mendalam. Yuri memandang dengan tidak percaya dengan Sehun. Namun, cepat sahaja dia menangkap makna yang tersirat. Anak dia mestilah dia tahu.

 

     EunMi pula mendiamkan diri seribi bahasa. Tidak berani untuk mengangkat muka. Hatinya berasa sangat gembira kerana tuhan mendengarkan luahan hati kecilnya. Namun, sebahagian besarnya hatinya berasa sangat takut dan tidak tenteram dengan perkahwinan yang akan berlangsung tersebut.

 

 

 

 

 

 

                                                                           *****

 

Update?

Ottae? Sorry, sedih sikit malam ni. Bru habis tengok rooftop prince . Hhaha cerita tu dah lama kan? Tapi walau macammanapun Yoochun is the best. Should I put him in the story as the second hero? hehe..

 

 

                                         HAVE A NICE DAY ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
esya97
#1
Chapter 13: nice story^^
AsyiA_MiZuki
#2
Chapter 13: yea happy ending .sya sangka eunmi akan mati ^_^
NurRahSyaXD #3
Chapter 12: Author-nim, jgnlah buat sad ending.. saya x sanggup nak nangis...
Syazwaniroslee #4
Chapter 12: Janganlah sad ending. T.T Eunmi jangan mati. TvT
IsJongin #5
Chapter 11: Hah? Eunmi keguguran?! Andwaeeee~ Sehunaaa~ Bwoya~
brontophobia
#6
Chapter 11: hohoho sehun ni minta kaki ni. tinggalkan je sehun tu eunmi