Cinta Salju 2

Cinta Salju

       Sejak dari hari tersebut, kehidupan EunMi telah berubah serta merta. Tiada lagi baju yang comot dan berbau.Tiada lagi air paip dan lebihan makanan di tepi jalan. Semuanya berubah kepada yang lebih sempurna. Jauh daripada apa yang dibayangkan dalam akal kanak-kanaknya. Tapi satu sahaja yang kurang iaitu kasih sayang dan perhatian daripada keluarga Oh yang lain. Sehun dan mamanya sedikit pun tidak ambil kisah tentang budak perempuan tersebut. EunMi akan dipanggil apabila mereka memerlukan sahaja.

 

    _________________________________________________________________________________________

Ketika 7 tahun.

Nama EunMi kedengaran di ruang kediaman keluarga Oh. Kemudian bunyi seseorang berlari-lari anak kedengaran pula. Budak perempuan yang berlari-lari tersebut berdiri di hadapan tuan empunya suara yang kuat tadi dan tunduk hormat .

" ya, puan yang mulia " halus dan merdu suara yang keluar dari mulut kecil EunMi tetapi agak terketar-ketar kerana takut dimarahi seperti kelmarin kerana lambat membuka pintu. " Kerja rumah  dan siap? " EunMi cuma mengangguk-angguk kecil. Puan Oh atau Yuri mengangguk-angguk tanda puas hati , " Okay, bagus, sekarang pergi siram pokok dekat luar tu. Buat kerja elok-elok, kalau tak tahu lah nasib kau budak ". EunMi tunduk hormat " Baik, puan yang mulia, EunMi akan buat yang terbaik " . Terus EunMi meluru ke luar. Pertama untuk menyiapkan kerjanya. Kedua ingin melarikan diri daripada singa betina tersebut.

 

Perkara yang sama dibuat sehingga sekarang ketika berumur 21 tahun. Cuma bezanya sekarang Puan Oh sudah jarang memarahinya kerana sudah tua dan tak larat nak membebel panjang-panjang.

 

  _____________________________________________________________________________________

 

Ketika 7 tahun juga.

Sehun sedang sibuk belajar kerana peperiksaan akhir tahun akan bermula dua minggu lagi. Sedang dia sibuk belajar pintu biliknya terkuak sedikit dan muncul EunMi. Mata bundarnya memandang Sehun dengan penuh harapan agar abangnya itu perasan akan dirinya yang kecil itu. Tapi sikit pun Sehun tidak ambil kisah kerana dia tidak perasan akan kehadiran adik kecilnya itu. EunMi keluar dari bilik Sehun dengan perasaan hampa dan menangis kecil. EunMi memerlukan seseorang yang boleh memberi perhatian kepada dia.

 

Perkara yang sama berlanjutan hingga sekarang. Kini, EunMi 21 dan Sehun 27 tahun. EunMi cuma mampu untuk memandang Sehun dari jauh sahaja kerana dia tahu cintanya tidak akan terbalas. Sehun juga tidak pernah perasan akan kewujudan adiknya.

 

   ____________________________________________________________________________________

 

Ketika 7 tahun.

" EunMi, mari sini sayang" . Suara riang Tuan Oh atau Luhan memecah keheningan petang yang indah. EunMi yang sedang tersenyum riang melihat burung-burung terbang keriangan terus mencecet lari ke arah Luhan. Dilihatnya Luhan mendepangkan tangannya. EunMi melompat dan memeluk Luhan. Luhan pula memeluk EunMi dengan penuh rasa kasih dan sayang dan menghadiahkan EunMi dengan ciuman dan kening, hidung dan pipinya. Rindu rasanya kerana sudah 2 hari tidak berjumpa dengan anak kecilnya itu. Tanpa mereka sedari 3 mata sedang memandang ke arah mereka. Semuanya mempunyai perasaan yang berbeza-beza. Sepasang memandang dengan penuh kebencian. Sepasang lagi memandang dengan tiada minat. Sepasang lagi, menunjukkan kedut seribu kerana tersenyum melihat kemesraan majikannya.

 

Situasi yang sama berlaku hingga kini. Cuma bezanya EunMi tidak lagi dipeluk dan didukung seperti dahulu kerana Luhan tidak larat untuk mendukungnya walaupun EunMi tidak berapa berapa berat.

 

   ___________________________________________________________________________________________

 

Masa yang akan merobek seluruh jiwa dan hati perempuan EunMi sudah tiba. Sehun membawa seorang perempuan ke rumah dan memperkenalkannya sebagai teman wanitanya. Perempuan tersebut sangat menawan, cantik dan berkarisma di mata EunMi. Cuba bayangkan EunMi yang perempuan pun boleh terpikat dengan kecantikan perempuan tersebut. Lagikan pula Sehun. EunMi terus berlari ke biliknya dan menangis semahu-mahunya malam itu. Tiada sesiapa pun yang perasan akan kehadiran EunMi kerana EunMi mengintai dari tangga sahaja. EunMi sedar dirinya siapa. Dia tiada tandingan dengan perempuan tersebut. Gaya perempuan tersebut menunjukkan bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi dan daripada keluarga yang ternama.

 

 

 

 

 

 

                                                                   ***********

 

Hi readers. hehe .. lama tak dengo kabo.

akhirnya, berjaya update walaupun tak panjang dan kurang menarik..

sorry  ya

 

 

                                  HAVE A NICE DAY ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
esya97
#1
Chapter 13: nice story^^
AsyiA_MiZuki
#2
Chapter 13: yea happy ending .sya sangka eunmi akan mati ^_^
NurRahSyaXD #3
Chapter 12: Author-nim, jgnlah buat sad ending.. saya x sanggup nak nangis...
Syazwaniroslee #4
Chapter 12: Janganlah sad ending. T.T Eunmi jangan mati. TvT
IsJongin #5
Chapter 11: Hah? Eunmi keguguran?! Andwaeeee~ Sehunaaa~ Bwoya~
brontophobia
#6
Chapter 11: hohoho sehun ni minta kaki ni. tinggalkan je sehun tu eunmi