Cinta Salju 4

Cinta Salju

    Seketika kemudian, EunMi telah disolek oleh mak andam atau nama manja, baby. Agak sukar untuk baby untuk menyolekkan EunMi kerana lebam-lebamnya agak kelihatan. Terpaksa lah baby menebalkan solekan tersebut untuk menutup kesan yang menjelikkan itu. Maka, proses tersebut memakan masa yang agak lama.

 

   Di dewan, keluarga Oh bagaikan cacing kepanasan. Masing-masing tidak senang duduk. Inikan pula pengantin lelaki. Berpeluh-peluh dia menunggu kehadiran pengantin perempuan. Yuri sudah tidak dapat menahan kesabaran. Dia bangun ingin pergi ke bilik persalinan. Namun, dengan tiba-tiba gerbang utama untuk pengantin disinari dengan cahaya yang menyilaukan dan seorang perempuan yang memakai dress pengantin yang sangat anggun muncul dengan ditemani oleh YunHo, iaitu ayah kepada YoonA. Keluarga YunHo juga sebenarnya agak terkejut dengan keputusan anak gadisnya yang sangat drastik dan tidak dapat dijangka. Jadi, untuk menebus rasa serba salahnya, dia membuat keputusan untuk menemani pengganti pengantin perempuan untuk ke aisle (tmpt kahwin). Selain itu, YunHo juga ada merasa satu hubungan yang kuat dengan EunMi tapi, dia tak dapat menafsirkan perasaannya.

 

   Berpeluh-peluh EunMi ketika itu. Agak sukar untuk EunMi berjalan menggunakan kasut tumit tinggi kerana dia tidak pernah memakainya. Namun, dengan bantuan baby selama 10 minit tadi, dia sudah berjaya berjalan dengan kasut tumit tinggi dengan elok tapi belum sampai ke tahap lancar. EunMi memaut erat tangan sasa Tuan YunHo untuk ke aisle. EunMi berasa selesa dan selamat berjalan bersama YunHo. Buat pertama kalinya selepas kematian papanya, Luhan dia berasa selamat dan dilindungi Dilihatnya Sehun sudah berdiri di aisle tersebut dengan penuh segak. EunMi terpukau dengan abang angkatnya itu. Apabila sampai ke hadapan aisle EunMi disambut pula oleh Sehun.

 

   EunMi sangat gementar ketika itu. Dadanya sangat berdear-debar sehingga dia rasa dadanya akan meletup sebentar lagi. Menggigil kakinya berdiri di hadapan ramai tetamu. Satu perkataan pun yang keluar dari mulut paderi itu tidak masuk ke dalam kepalanya. Yang difikirkan sekarang ini tentang kehidupannya selepas berkahwin. Tiba-tiba dia merasa Sehun mencuit dagunya. EunMi terpinga-pinga seketika. Kemudian, Sehun menunjukkan ke arah paderi tersebut dengan menggunakan matanya. Tetamu yang menonton kebanyakannya suka dan menjerit kecil melihat kecomelan pasangan tersebut. Yuri pula mencebik melihat adegan yang tak berapa nak romantik tersebut.

 

    Tibalah waktu untuk pengantin bercium tanda persetujuan. Bulat mata EunMi memandang ke arah Sehun. Dia tidak pernah jadi dia risau akan memalukan keluarga Oh. Melihat Sehun membuat muka selamba, EunMi menelan air liur yang terasa seperti tersekat di kerongkongnya. Kemudian, dia terasa tangan kanan Sehun memegang tengkuknya manakala sebelah kiri pula memegang pipinya. Dekat , dekat dan semakin dekat. EunMi menutup mata dan menunggu ciuman tersebut.. CHUP .. Ciuman tersebut agak lama . Walaupun hanya ciuman di pipi sahaja, hati EunMi tetap rasa berdebar-debar. Hati EunMi agak sedih kerana Sehun tidak menciumnya dengan betul. Tangan di pipinya hanya untuk menutup ciuman tersebut supaya tetamu nampak seolah-olah mereka bercium seperti pasangan yang sebenar. Padahalnya, dia hanya mencium di pipinya sahaja. Han JiMin iaitu isteri kepada YunHo menangis melihat adegan tersebut. Dia pun tidak tahu kenapa dia terharu melihat EunMi berkahwin. Seolah-olah Sehun telah mengambil sesuatu daripada hidupnya.

 

    Selepas itu, Sehun dan EunMi melayan tetamu yang datang. Kebanyakan mereka merupakan rakan bisnes Luhan. Ramai yang memuji dan mengatakan bahawa mereka pasangan yang sepadan kerana Sehun sangat hensem dan EunMi sangat comel. Mereka juga menyuruh Sehun menjaga EunMi dengan sebaiknya kerana EunMi sangat kecil dan comel. Tidak layak disakiti oleh apa-apa pun walaupun seekor nyamuk. Sehun hanya mengangguk dan tersenyum sahaja menahan perasaan marah yang semakin lama menguasai hatinya kerana dia melihat EunMi tersenyum kegembiraan sedangkan hatinya sedang hancur berderai.

 

   Setelah tamat majlis tersebut, EunMi mengekori Sehun masuk ke bilik persalinan. Kemudian, bunyi yang kuat dapat didengari di pintu bilik persalinan tersebut. Mereka yang lalu cuma tersenyum simpul sahaja kerana pasangan tersebut baru berkahwin. Maklumlah darah muda la katakan. Hakikatnya, di pintu tersebut, EunMi ditolak di pintu tersebut dengan kuat sehingga sakit belakangnya. Apabila EunMi membuka mata, muka Sehun berada beberapa inci dari mukanya. Hal ini membuatkan muka EunMi yang putih bak salji itu menjadi kemerah-merahan. Terasa hangat hembusan nafas Sehun di mukanya membuatkan badannya menjadi panas juga. Darah mudanya mengalir dengan laju. Jika Sehun inginkan melakukannya di sini, saat ini dia rela dan tidak akan menolak. Kemudian Sehun beralih ke telinga EunMi. Bulu tengkuk EunMi meremang. Ayat yang meluncur keluar dari mulut Sehun akan membuatkan hidup EunMi yang sememangnya sudah sedia teruk menjadi lebih teruk.

 

  " Selamat datang ke neraka (perkahwinan) , SAYANGku EunMi "

 

 

 

 

 

                                                                               ****

 

HAI.. Second update for today.. Untill this for now.. I'm so tired ..

Jangan risau sangat ya,, Sehun tak kejam sangat dia tak dera secara fizikal tapi dia dera EunMi mental

 

 

 

                                                HAVE A NICE DAY ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
esya97
#1
Chapter 13: nice story^^
AsyiA_MiZuki
#2
Chapter 13: yea happy ending .sya sangka eunmi akan mati ^_^
NurRahSyaXD #3
Chapter 12: Author-nim, jgnlah buat sad ending.. saya x sanggup nak nangis...
Syazwaniroslee #4
Chapter 12: Janganlah sad ending. T.T Eunmi jangan mati. TvT
IsJongin #5
Chapter 11: Hah? Eunmi keguguran?! Andwaeeee~ Sehunaaa~ Bwoya~
brontophobia
#6
Chapter 11: hohoho sehun ni minta kaki ni. tinggalkan je sehun tu eunmi