Watak Utama dan Perwatakan

Cinta Salju

 

EunMi

            EunMi merupakan seorang anak yatim piatu. Tuan Oh terjumpa dengan EunMi ketika EunMi 6 tahun yang sedang menangis di sebuah taman kerana sesat dan kelaparan. Hati EunMi putih sepeti salju. Dia sangat baik dan bukan jenis perempuan yang kuat melawan atau memberontak. Semua arahan keluarga Oh dipatuhi tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dalam kebaikan pasti ada yang dengki kan? Puan Oh sangat membenci EunMi kerana bagi dia EunMi tidak layak masuk ke dalam keluarga Oh kerana dia bukan siapa-siapa. EunMi dah biasa duduk keseorangan kerana Puan Oh tidak membenarkan sesiapa berjumpa dengan EunMi di Villa Oh. Puan Oh cuma berpura-pura baik dengan EunMi ketika Tuan Oh ada disitu. Sejak Tuan Oh meninggal, Puan Oh terus menyekat hidup EunMi. Namun, EunMi ikut sahaja segala-galanya kerana dia sangat terhutang budi dengan keluarga Oh.

             EunMi juga ialah manusia biasa yang ingin dicinta dan mencintai. EunMi telah lama memendam perasaan dekat abang angkatnya iaitu Oh Sehun walaupun Sehun tidak pernah bermesra dengannya. EunMi sedar siapa dirinya. Dari mana dia berasal. Dia langsung tidak layak untuk berdamping dengan Sehun oppa. Setiap kali dia berjumpa dengan bakal isteri Sehun, dia mesti berasa kecil. Rasa tidak layak untuk berada disitu menyaksikan kemesraan pasangan tersebut.

 

Sehun

          Sehun merupakan seorang CEO di Oh's Corporation. Hati Sehun juga seperti salju. Tetapi berbeza dengan EunMi. Hatinya dingin seperti salju. Dia cuma melayan certain orang je dengan baik kerana dia pernah melalui pengalaman yang buruk dengan seseorang yang sangat dia percaya. Sehun cuma anggap EunMi sebagai seorang adik sahaja. Tidak lebih. Tidak kurang.

           Sehun sedang hangat bercinta dengan seorang model terkenal iaitu YoonA. Sehun dan YoonA telah berkenal di tepi pantai suatu ketika dahulu. YoonA yang berjaya memulihkan hati Sehun. Namun, YoonA juga yang menghancurkannya kembali. Disebabkan oleh itu, Sehun manjadi seorang yang lebih dingin selepas dia berkahwin kerana baginya EunMi cuma seorang adik.

 

 

 

 

 

                                                ^^ HAVE A NICE DAY ^^

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
esya97
#1
Chapter 13: nice story^^
AsyiA_MiZuki
#2
Chapter 13: yea happy ending .sya sangka eunmi akan mati ^_^
NurRahSyaXD #3
Chapter 12: Author-nim, jgnlah buat sad ending.. saya x sanggup nak nangis...
Syazwaniroslee #4
Chapter 12: Janganlah sad ending. T.T Eunmi jangan mati. TvT
IsJongin #5
Chapter 11: Hah? Eunmi keguguran?! Andwaeeee~ Sehunaaa~ Bwoya~
brontophobia
#6
Chapter 11: hohoho sehun ni minta kaki ni. tinggalkan je sehun tu eunmi