Bab 7

My First Love

Jiae terpaksa pergi awal ke sekolah kerana membuat kerja amal itu. Jiae menunggu di pondok bacaan yang disuruh oleh Jungkook di mesej semalam. Jiae tersenyum kambing. Tidak sangka Jungkook memintanya nombor telefon untuk memberitahu perkembangan kerja amal itu. Jiae masih mengingati mesej itu walaupun tak serapat sangat tapi Jiae telah mengetahui nombor telefon Jungkook.

Woi! Bila kau nak start buat kerja amal tu? -JUNGKOOK-

Suka hati awaklah nak buat bila. Saya tak kisah pun. Kalau esok pun boleh juga -JIAE-

Boleh lah! Lagipun nanti aku busy dengan perempuan lain pula.  Aku nak cepat-cepat habis. Lagi bagus aku tak tengok muka kau! -JUNGKOOK-

Hmmmm....Esok nak start pukul berapa? -JIAE-

Buat sebelum start sekolah! -JUNGKOOK-

Okeylah ^^ -JIAE- 

 

Jiae begitu terkejut menghantar mesej yang terakhir itu. Dia tidak sengaja meletak tanda smile itu. Tetapi hati Jiae sungguh gembira selepas bermain mesej dengan Jungkook. Lima minit kemudian, Jungkook pun datang ke sekolah dengan membimbit kamera yang besar itu. Jiae menyembunyikan senyuman itu. "Jom buat sekarang sebelum ada pelajar sampai ke sekolah," arah Jungkook. Jiae hanya menuruti sahaja. 

Kerja amal yang Jungkook dan Jiae lakukan ialah menanam pokok bunga. Mereka telah mendapat biji benih dan pasu untuk ditanam tetapi Jungkook masih memikirkan sesuatu. "Cikgu Lee suruh tangkap gambar hasil kerja amal dengan kita sekali," cakap Jungkook. "Hah? Lepastu siapa yang nak tangkap gambar kita?," soal Jiae. Jungkook masih memikirkannya. Jiae memandang sahaja gelagat Jungkook dengan berhati-hati. "Aku tangkap jelah! Habis cerita!," cakap Jungkook. "Tapi...macam dengan awak?," tanya Jiae. "Aku yang tangkap. Aku yang pegang kamera ni," jawab Jungkook. Jiae pun menyambung kerjanya dengan memasukkan biji benih ke dalam pasu. Jungkook hanya memandang sahaja sambil memeriksa kameranya.

Setengah jam berlalu, kerja amal mereka sudah siap. Cuma tinggal untuk bergambar sahaja. Jungkook memilih tempat untuk bergambar. "Dekat sini bagus. Ambil pasu tu letak dekat sini," arah Jungkook. Jiae enggan mengangkat pasu itu kerana berat bagi dia. "Kenapa tak angkat?!," soal Jungkook. "Pasu tu berat lah. Saya tak cukup kuat untuk mengangkat pasu tu," jawab Jiae dengan perlahan. Jungkook terus mengangkat pasu itu dengan perasaan geram. "Dah sini! Aku nak ambil gambar ni!," arah Jungkook untuk berdiri di sebelahnya. Jiae menahan malunya untuk berdiri. Jungkook terus menarik lengan Jiae untuk lebih dekat dengan dia lagi. "Kau jangan fikir bukan-bukan. Aku heret kau dekat dengan aku sebab muka kau tak nampak nanti kalau kau berdiri jauh dengan aku," cakap Jungkook. Jiae mengangguk. Jiae mencuba senyum apabila kamera menangkap gambarnya dengan Jungkook bersama-sama dengan hasil kerja amalnya. Selepas siap, Jungkook terpaksa menunggu Jiae menyiapkan laporan. "Aku akan buang gambar ni bila aku dah hantar dekat cikgu. Ingat! Kau jangan berani sebarkan!," pesan Jungkook. Jiae mengangguk perlahan.

Selepas siap membuat laporan, Jungkook terus mengambil laporan itu dan berlalu dari situ. Hati Jiae sungguh sakit mendengar ayat Jungkook yang terakhir itu. 'Kalau dah benci tu, jangan buat aku bertambah benci lagi' desis hati Jiae. Dia melihat Jungkook berbual dengan Hayoung dari jauh. Hatinya sungguh sedih dan kecewa. "Mungkin dia tak akan suka dekat aku. Cinta aku cuma bertepuk sebelah tangan sahaja," cakap Jiae dengan perlahan. 

Hongbin sampai ke tempat Jiae. "Hai Jiae! Awalnya sampai sekolah. Selalunya tak pun," sapa Hongbin. "Saja je nak datang awal," balas Jiae. Hongbin terpadang Jungkook yang asyik berbual dengan Hayoung itu. "Jungkook pun sama. Dia mana pernah datang awal ke sekolah," cakap Hongbin. "Entahlah. Saya pun tak tahu," tipu Jiae dan terus beredar dari situ. Hongbin merasai benda yang aneh tetapi di ketepikan.

Jungkook memandang sahaja Jiae dari jauh je yang berbual dengan Hongbin." Pandang siapa tu?," tanya Hayoung. "Tak adalah," jawab Jungkook. "Saya nak tanya awak ni. Kenapa hari ni awak datang awal sangat sekolah?," tanya Hayoung. "Tak boleh ke datang awal?," jawab Jungkook. "Tak salah. Tapi peliklah. Sebab awak tak pernah datang awak ke sekolah. Saya pun pelik pada awak juga," cakap Hayoung. "Dahlah tak payah fikir macam tu. Saya nak pergi kelas dulu. Bye," ucap Jungkook dan terus berlalu dari situ. Hayoung pening dan berasa aneh. Jungkook hanya tersenyum sahaja.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
wahai kepada semua pembaca cerita saya, sila jawab soalan saya ^^

Comments

You must be logged in to comment
ByunBaekWifey
#1
Ohh bestnya~I need a sequel~! ^.^
taoliaa
#2
good ending ....^_^
overdosing14
#3
Chapter 24: good ending! i like it. Tahniah sebab dah habiskan cerita ni
ChachaPippo
#4
Chapter 24: lolololol.. author , hohoho .. best2 xD
k-hope
#5
Chapter 24: Wow.......daebak2.....jungkook ngan jiae dah kawin....huhuhuhu....tp tak rasa kesian pun ngan hongbin...hongbin baik sgt
amy_baekhyun98 #6
Chapter 23: Pada pendapat saya,awak habiskan je cite ni selepas bab ni. So endingnya jungkook dan jiae dh couple, sbb awk buat cite ni utk dorang berdua. Then, awk buat sequel story tentang hubungan hongbin dan hayoung. Mesti ramai suka (termasuk saya XD). But,fokus dulu dkt PT3 sbb itu lebih penting. Good luck for PT3! Fighting!
minlee123 #7
Chapter 23: Sambung cerita ni best .wat lah hongbin hayoung couple
minlee123 #8
Chapter 22: Ambik jelah hongbin tu hensem apa