Bab 19

My First Love

Pada waktu petang, Jiae hanya duduk di rumah sahaja sambil memegang sapu tangan milik Jungkook. Dia asyik tersenyum. "Tak sangka Jungkook baik. Ah! Handsome betul dia tu," cakap Jiae sambil memeluk sapu tangan milik Jungkook. Dia berguling-guling di atas katilnya. "Dah petang ni, lebih baik aku beri sapu tangan dia balik. Eh, esok je lah tapi, nanti ada orang nampak pula. Letak je lah bawah meja dia. Ah! Bosannya. Ambil angin sekejap," cakapnya dan terus keluar dari rumahnya. Tiba-tiba bunyi mesej baru di telefon Jiae.

Annyeong Jiae! Sorry kalau ganggu awak. Saya cuma nak ajak awak pergi taman je. Boleh? Awak ada masa? Kalau awak ada masa, sekarang awak kena pergi dekat taman. ^^ -HONGBIN-

Jiae tersenyum. "Hongbin ni, macam tahu sahaja aku tengah bosan. Memang kawan yang baik," cakapnya dan terus menaip sesuatu di telefonnya. 

Nae. Saya pergi sekarang. Lagipun saya tengah bosan sekarang ni. -JIAE-

Jiae sampai di taman. Matanya melilau mencari Hongbin. Nasib baik belum malam lagi. Kalau tidak, dia tidak akan nampak pada pandangan jauhnya. Jiae ternampak Hongbin yang sedang bersenam. Jiae terus pergi ke arahnya. "Hongbin!," panggil Jiae. Hongbin berpaling dan menghadiahkan senyuman kepada Jiae. Jiae membalas dengan senyuman. Hongbin duduk di atas bangku. Nafasnya tercunggap-cunggap kerana dia baru lepas bersenam. Jiae tersenyum. Hongbin memang aktif bersenam dan bermain bola kerajang. Maklumlah atlet. "Ada tisu tak? Saya terlupa nak bawa sapu tangan saya," tanya Hongbin. Jiae meraba-raba poketnya. "Ada! Ni sapu tangan," cakapnya dan terus mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya. Hongbin baru ingin mengambilnya tetapi Jiae menyimpannya balik. "Kenapa Jiae? Awak tak bagi ke?," tanya Hongbin yang memandang pelik ke arah Jiae. "Hmmm. I..ni sapu tangan onnie saya," jawab Jiae dengan cepat. "Oh, onnie awak! Tak boleh ke bagi saya pinjam?," tanya Hongbin lagi. "Mianie. Tak boleh. Lagipun saya dah gunalah," jawab Jiae dengan muka yang sedih. "Tak apalah. Saya tak kisah. Jom bersenam lagi," ajak Hongbin. Jiae terpaksa menerima ajakan Hongbin kerana ingin melarikan masalahnya. 'Nasib baik tak bagi lagi. Kalau tak, habis sapu tangan Jungkook ni. Letih aku cuci sapu tangan ni' bisik hati Jiae.

Keesokkannya, Jiae pergi awal kesekolah supaya plannya tidak akan di ketahui. Jiae meletakkan sapu tangan milik Jungkook di bawah meja Jungkook berserta surat kecilnya yang ditulis olehnya. Jiae tersenyum puas dan cepat-cepat duduk di tempatnya. Jiae membuka buku untuk meyiapkan kerja sekolah yang belum di siapkannya. Semua salah Hongbin sebab ajak dia keluar sampai malam. Dahlah dia lupa bawa cermin mata. Padan muka Hongbin, terpaksa membawa Jiae ke rumahnya. Dah tak nampak pada waktu malam. Jiae mendengus kecil.

10 minit kemudian, kelas Jiae sudah ramai pelajar yang masuk di kelas. Jungkook baru sampai di kelas dan terus duduk di tempatnya. Jiae melihat dari jauh. Hatinya berdebar sangat. Jungkook perasan ada sesuatu di bawah mejanya. Dia terus menarik. 'Sapu tangan?' bisik hati Jungkook dan manarik lagi sesuatu di bawah mejanya. 'Surat?' bisiknya lagi. Jungkook terus membaca isi surat itu.

Annyeong Jungkook! Komawo yang sapu tangan tu. Saya sangat suka. And, saya sudah basuh sapu tangan awak tu. Harap awak terima. ^^

        -YOO JIAE-

Jungkook tersenyum selepas membaca surat itu. Dia pusing ke belakang. Dia perasan bahawa Jiae sedang memerhatikannya tetapi dibiarkannya. Jiae yang perasan Jungkook pusing ke belakang, dia cepat-cepat berpura-pura membuat kerja sekolah. Jungkook menyimpan sapu tangannya dengan surat di dalam begnya. Dia membuka telefonnya.

Jiae! Aku dah dapat sapu tangan dengan surat yang kau bagi tu. Okey, aku ambil balik sapu tangan aku.  Thanks sebab tolong basuh sapu tangan aku. -JUNGKOOK-

Jiae tersenyum selepas melihat mesej dari Jungkook. Tak sangka pula dia panggil nama.

Sama-sama. Itu memang wajib kena buat. Sebab saya dah pinjam sapu tangan awak. ^^ -JIAE-

Jungkook juga tersenyum selepas membaca mesej dari Jiae. Dia tidak tahu kenapa dia terlalu gembira. Hongbin perasan kelakuan Jiae dengan Jungkook. 'Kenapa dengan Jiae dan Jungkook? Tersenyum-senyum melihat telefon. Tak akan...Eh, jangan fikir bukan-bukan Hongbin! Think positif!' bisik hati Hongbin dan terus menyambung mendengar lagu.

 

-Annyeong! Macam mana dengan bab ni?Saya teringin nak tahu pendapat dari awak semua. Sorry kalau pendek sebab saya banyak kerja lagipun esok dah mula sekolah. Mungkin saya akan lagi busy. Bye-

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
wahai kepada semua pembaca cerita saya, sila jawab soalan saya ^^

Comments

You must be logged in to comment
ByunBaekWifey
#1
Ohh bestnya~I need a sequel~! ^.^
taoliaa
#2
good ending ....^_^
overdosing14
#3
Chapter 24: good ending! i like it. Tahniah sebab dah habiskan cerita ni
ChachaPippo
#4
Chapter 24: lolololol.. author , hohoho .. best2 xD
k-hope
#5
Chapter 24: Wow.......daebak2.....jungkook ngan jiae dah kawin....huhuhuhu....tp tak rasa kesian pun ngan hongbin...hongbin baik sgt
amy_baekhyun98 #6
Chapter 23: Pada pendapat saya,awak habiskan je cite ni selepas bab ni. So endingnya jungkook dan jiae dh couple, sbb awk buat cite ni utk dorang berdua. Then, awk buat sequel story tentang hubungan hongbin dan hayoung. Mesti ramai suka (termasuk saya XD). But,fokus dulu dkt PT3 sbb itu lebih penting. Good luck for PT3! Fighting!
minlee123 #7
Chapter 23: Sambung cerita ni best .wat lah hongbin hayoung couple
minlee123 #8
Chapter 22: Ambik jelah hongbin tu hensem apa