Bab 4

My First Love

Cikgu pun masuk ke kelas. Semua orang bangun untuk menghormati guru yang ingin berlajar. "Hari ini cikgu nak kamu semua buat kerja amal," cakap Cikgu Lee iaitu guru kelas mereka. Semua pelajar membuat muka sedih. "Jangan buat muka sedih. Kerja amal ni sangat penting untuk peperiksaan kamu," cakap Cikgu Lee. Hongbin mengangkat tangannya. "Ye Hongbin!," balas Cikgu Lee. "Macam mana saya nak buat kerja amal, minggu ini saya kena berlatih untuk bola kerajang," jawab Hongbin. "Tak apa. Cikgu izinkan kamu tak usah buat kerja amal," balas Cikgu Lee. "Kamsahamnida," ucap Hongbin. "Apa ni cikgu! Hongbin tu bukan berlatih pun. Dia busy dating dengan budak nerd cikgu!," nyampuk Jungkook. "Kau apa hal. Dia ada nama lah! Suka hati kau je panggil budak nerd!," marah Hongbin. "Yang kau nak marah sangat kenapa! Kau betul-betul dating ke! Kantoi lah!," marah Jungkook. "Kalau betul macam mana! Kau ada kisah ke! Kau cemburu!," balas Hongbin. Jungkook mendiamkan dirinya. Hati Jiae terasa membuak-buak. Dia pening melihat dua orang lelaki. "Stop bergaduh! Jungkook kamu kena buat kerja amal!," arah Cikgu Lee. "Tapi cikgu....Hongbin...". "Tak ada tapi-tapi. Cikgu nak kamu tulis laporan kamu tentang kerja amal kamu. Cikgu nak sebelum cuti musim panas ini," cakap Cikgu Lee dan terus beredar dari situ. Loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat.

Jiae menarik lengan Hongbin ke belakang sekolah dengan berhati-hati. "Kenapa awak panggil saya?," tanya Hongbin. Jiae menarik nafas sebelum bercakap. "Kenapa awak sebut nama saya dekat kelas tadi? Kan kita dah janji jangan sebut nama saya," tanya Jiae. "Macam mana saya tak sebut nama awak. Jungkook tu ejek awak. Tak akan saya nak diam je," jawab Hongbin. "Saya dah cakap jangan kisah kan saya! Awak degil betul!," marah Jiae. "Awak jangan marah dekat saya. Kita kan kawan," cakap Hongbin. "Kita tak usah kawan. Saya menyusahkan hidup awak je. Kalau ada apa-apa dekat saya, awak jangan ambil kisah tentang saya. Faham!," marah Jiae dan berlalu dari situ. Hongbin sangat terkejut. 'Jungkook!!! Kena kau!!' marah Hongbin.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. Jiae memasuki kelas dengan keseorangan. Hongbin sudah berada di kelas. Sampai sahaja ke pintu masuk ke kelas, sekempulan pelajar perempuan membaling air ke arah Jiae. Habis basah kuyup badan Jiae. Hongbin yang asyik menulis terkejut dengan kejadian itu. Semua pelajar di situ mentertawakan Jiae. Jungkook pun sekali mentertawakan Jiae. Hongbin baru ingin menolong Jiae tetapi di jeling oleh Jiae. Hongbin berasa sedih. Jiae menahan sebak di dadanya. Dia duduk di tempatnya dengan keadaan basah. Sekempulan pelajar perempuan masih ingin membuli Jiae. Mereka semua membaling buku ke arah Jiae. Tetapi Jiae langsung tidak membalasnya. Seorang perempuan menarik cermin mata Jiae dan membaling kepada kawannya. Jungkook melihat muka Jiae dengan tekun. Jungkook sungguh terkejut tetapi menyembunyinya. Hongbin sudah tidak tahan lagi. Jiae berlari untuk mengambil cermin matanya dengan keadaan tidak nampak. Sehingga kaki tersadung kerana melanggar meja. Jiae menahan kakinya sakit itu. Hongbin terus bangun dan merampas cermin mata itu. Semua pelajar sangat terkejut melihat kejadian tersebut apalagi Jungkook. Hongbin menarik Jiae keluar dari kelas.

"Lepaslah Hongbin! Kenapa tolong saya?! Jangan hiraukan sayalah!," marah Jiae sambil menangis. Hongbin ingin memeluk Jiae tetapi tidak berani. "Saya ikhlas nak kawan dengan awak. Saya tak main-main. Saya minta maaf sebab malukan awak dekat kelas," ucap Hongbin. "Saya maafkan awak. Tapi tak usahlah rapat sangat dengan saya," balas Jiae. "Nak saya tolongkan bersihkan awak?," tanya Hongbin. "Tak usahlah. Awak pergi masuk kelas," jawab Jiae. "Tak payah masuk kelas. Hari ini kita ponteng. Jom!," ajak Hongbin dan terus menarik lengan Jiae untuk keluar dari sekolah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
wahai kepada semua pembaca cerita saya, sila jawab soalan saya ^^

Comments

You must be logged in to comment
ByunBaekWifey
#1
Ohh bestnya~I need a sequel~! ^.^
taoliaa
#2
good ending ....^_^
overdosing14
#3
Chapter 24: good ending! i like it. Tahniah sebab dah habiskan cerita ni
ChachaPippo
#4
Chapter 24: lolololol.. author , hohoho .. best2 xD
k-hope
#5
Chapter 24: Wow.......daebak2.....jungkook ngan jiae dah kawin....huhuhuhu....tp tak rasa kesian pun ngan hongbin...hongbin baik sgt
amy_baekhyun98 #6
Chapter 23: Pada pendapat saya,awak habiskan je cite ni selepas bab ni. So endingnya jungkook dan jiae dh couple, sbb awk buat cite ni utk dorang berdua. Then, awk buat sequel story tentang hubungan hongbin dan hayoung. Mesti ramai suka (termasuk saya XD). But,fokus dulu dkt PT3 sbb itu lebih penting. Good luck for PT3! Fighting!
minlee123 #7
Chapter 23: Sambung cerita ni best .wat lah hongbin hayoung couple
minlee123 #8
Chapter 22: Ambik jelah hongbin tu hensem apa