Bab 15

My First Love

Seminggu sudah berlalu, cuti musim panas sudah tamat. Semua pelajar sudah kembali ke sekolah. Hongbin yang duduk di kelas menjadi tidak keruan. Jungkook hanya melihat dari jauh sahaja. Tetapi Jungkook risau juga. Dia masih ingat kata-kata Jiae semasa di kem musim panas. Hongbin melihat di telefonnya. 'Mana kau ni Jiae, dah berapa kali aku telefon kau. Aku hantar mesej pun kau tak balas. Selepas balik kem musim panas, kau terus senyap tanpa berita apa-apa. Aku pergi rumah kau pun, kau tak ada' bisik hati Hongbin. Dia mengingati kata-kata terakhir dia dengan Jiae. Walaupun sedikit perit tetapi dia masih tidak faham maksud kata-kata Jiae.


Flashback...

Jiae berlari meninggalkan semua pelajar selepas memarahi Jungkook. Hongbin mengejar Jiae sehingga dapat. Dia terus memegang tangan Jiae. "Lepaslah!," marah Jiae. Hongbin terus menarik Jiae dalam pelukannya. Irene menangis sepuas-puasnya yang selama dia tahan. Hongbin terus memujuk Jiae. Beberapa minit, Hongbin meleraikan pelukannya. "Dah okeylah?," tanya Hongbin. Jiae mengangguk dan terus membuka cermin matanya untuk mengelap air matanya. "Jiae, saya nak cakap sesuatu ni," cakap Hongbin. Jiae telah dapat menganggak. "Sebenarnya saya..."."Hongbin, sorry saya tak boleh," celah Jiae. Hongbin berasa sedih. "Saya minta maaf sangat. Jangan buat lain kali tau. Saya anggap awak kawan sahaja tak lebih dari tu," cakap Jiae. "Tapi, tak akan langsung tak ada hati dengan saya," tanya Hongbin. "Sorry," balas Jiae. "Ke awak suka Jungkook?," agak Hongbin. Jiae sangat terkejut dan terus mengeleng. "Awak tak payah tipu, saya nampak semuanya. Nampak sangat awak suka Jumgkook," cakap Hongbin. "Sorry, Hongbin. Saya pun tak tahu kenapa," jelas Jiae. "Awak, sedarlah. Jungkook tu benci awaklah! Jangan suka dia! Awak usaha lagi untuk saya, boleh?," cakap Hongbin. Jiae menjadi pening. "Jiae, please....," rayu Hongbin. "Lee Hongbin! Stop! Jangan paksa saya! Saya minta maaf sangat pada awak. Saya tak boleh terima awak lebih dari itu kecuali kawan sahaja. Harap awak faham," cakap Jiae dan terus pergi dari situ. Hongbin berasa sungguh marah.

End flashback....


Hongbin memberi jelingan maut kepada Jungkook yang memandangnya. Jungkook membalasnya. Tiba-tiba terdengar pelajar bising di luar sehingga sampai ke kelas Jungkook dan Hongbin. "Wei, Jungkook! Kau kena tengok ni! Kau mesti tak percaya," cakap kawan Jungkook. Jungkook terus mengikuti kawannya. Hongbin juga keluar dari kelasnya. Semua pelajar banyak berkumpul di pintu pagar sekolah. "Kenapa ni?," tanya Jungkook dan terus ke depan sekali. Begitu juga dengan Hongbin. Membulat mata Jungkook dan Hongbin. Hayoung yang berada di situ agak terkejut juga. "Jiae?," cakap Hongbin dengan terkejut. Semua pelajar sangat terkejut selepas melihat penampilan Jiae yang baharu itu. Jiae sekarang sudah bertambah cantik kerana menghias penampilannya. Dia sekarang tidak memakai cermin mata yang besar dan juga dia melepaskan rambutnya yang panjang itu yang selama dia diikat selalu. Jiae juga memakai make up yang neutral yang menampakkan dia lebih cantik. Jungkook tidak habis-habis memandangnya. Hayoung mencebik dan terus berlalu dari situ. "Wah, budak nerd dah jadi cantik. Daebak," jerit seorang pelajar. Jiae hanya tersenyum sahaja. "Jiae, cantiknya awak. Boleh saya jadi kawan awak?," tanya pelajarperempuan tu. Jiae hanya tersenyum. Dia tahu yang itu bukan ikhlas ingin kawan. "Kawan yang ikhlas dengan saya ialah Lee Hongbin sahaja," cakap Jiae. Semua orang membuat muka sedih. "Tapi, saya dah maafkan kamu semua," cakap Jiae. "Jinjja?," tanyanya. Jiae mengangguk. Semua pelajar bersorak dengan kuat. Jungkook telah lama pergi dari situ. Jiae perasan tetapi membuat tidak tahu sahaja. "Yah, Lee Hongbin! Dahlah tu pandang saya. Jom pergi kelas, chinguya," cakap Jiae. Hati Hongbin terguris sedikit. 'Masih anggap chingu je. Aku tak akan putus asa. Aku tahu kau berubah semata-mata untuk Jungkook' bisik hati Hongbin dan terus mengikuti Jiae.

Semasa di kelas, Jungkook tidak habis-habis memandang Jiae. Jiae terperasan yang Jungkook memandangnya tetapi membuat bodoh sahaja. 'Betul anggapan aku. Dia tak rabunlah. Kalau pakai kanta mata, nampak tak pakai pun. Ini ke yang kau cakap yang aku akan menyesal seumur hidup. Tapi, memang ya. Kau sangat cantik dan macam tak percaya' bisik hati Jungkook. Jiae hanya tersenyum sahaja. Tidak sangka idea onnienya sangat bagus untuknya.


Flashback......

Jiae balik dari kem musim panas dengan mata yang merah dan bengkak. Yoona yang melihat adiknya sangat terkejut. "Jiae, kenapa ni?," tanya Yoona dengan nada risau. "Onnie, Jiae dimalukan oleh orang yang Jiae suka," jawab Jiae dan terus menangis. Yoona sangat bersimpati. Dia memujuk adiknya. Buruk sangat ke Jiae. Cuma pakai cermin mata besar je alasan yang Jiae tak cantik. Kesian Jiae kena buli. Tiba-tiba idea baru masuk ke dalam otak Yoona. "Jiae, onnie tahu nak buat macam mana orang tak akan buli Jiae," cakap Yoona. "Apanya onnie?," tanya Jiae. "Lepas buat ni, onnie confirm tak akan siapa yang buli Jiae. Jiae nak?," cakap Yoona. "Boleh je onnie. Komawo onnie," jawab Jiae dan terus memeluk kakaknya. Yoona membalas pelukan adiknya dan tersenyum.

End flashback....


Jiae tersenyum lagi. Tidak sangka dia menjadi famous. Dan tiada siapa yang berani buli dia. Tetapi dia masih mencintai Jungkook walaupun dia dah dimalukannya. Dia tak boleh cuba benci pada Jungkook walaupun dah berapa kali cuba. Dan juga dia masih tidak boleh menerima Hongbin lebih dari kawan. Dia pun tak tahu. Padahal Hongbin tersangat baik dengan dia. Cinta itu memang buta.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
wahai kepada semua pembaca cerita saya, sila jawab soalan saya ^^

Comments

You must be logged in to comment
ByunBaekWifey
#1
Ohh bestnya~I need a sequel~! ^.^
taoliaa
#2
good ending ....^_^
overdosing14
#3
Chapter 24: good ending! i like it. Tahniah sebab dah habiskan cerita ni
ChachaPippo
#4
Chapter 24: lolololol.. author , hohoho .. best2 xD
k-hope
#5
Chapter 24: Wow.......daebak2.....jungkook ngan jiae dah kawin....huhuhuhu....tp tak rasa kesian pun ngan hongbin...hongbin baik sgt
amy_baekhyun98 #6
Chapter 23: Pada pendapat saya,awak habiskan je cite ni selepas bab ni. So endingnya jungkook dan jiae dh couple, sbb awk buat cite ni utk dorang berdua. Then, awk buat sequel story tentang hubungan hongbin dan hayoung. Mesti ramai suka (termasuk saya XD). But,fokus dulu dkt PT3 sbb itu lebih penting. Good luck for PT3! Fighting!
minlee123 #7
Chapter 23: Sambung cerita ni best .wat lah hongbin hayoung couple
minlee123 #8
Chapter 22: Ambik jelah hongbin tu hensem apa