Bab 13

My First Love

Semua pelajar sibuk memasang khemah. Satu khemah untuk dua orang. Jiae yang berada di situ hanya memandang khemahnya sahaja. Sebenarnya, dia tidak tahu cara memasang khemah. Lagipun semua orang ada pasangan masing-masing. Tetapi Jiae hanya keseorangan sahaja. Dia cuba memasang khemah, tetapi tidak berhasil juga. Hongbin yang melihat dari tadi, datang menolong Jiae. "Biar saya tolong awak pasangkan khemah," cakap Hongbin. "Komawo, chingu," cakap Jiae. Hongbin hanya tersenyum sahaja. 'Tak kan lah anggap aku kawan je?' desis hati Hongbin. 

Beberapa minit kemudian, khemah Jiae sudah siap dipasang. "Awak tidur seorang ke?," tanya Hongbin. Jiae mengangguk. "Tak apa ke?," tanya Hongbin lagi. "Saya okey je. Awak tak payahlah risau kan saya," jawab Jiae. "Ke nak saya teman awak tidur?," soalnya. Jiae ketawa. "Apa yang gelaknya. Saya serius ni. Saya nak teman awak tidur dalam khemah," cakap Hongbin. "Hish! Mana boleh! Nanti cikgu marahlah! Say okeylah Lee Hongbin!," jawab Jiae dan terus mencubit lengan Hongbin. "Auch! Sakit tau! Nak merajuklah," cakap Hongbin. "Alolololo.... Merajuk pula budak bola kerajang ni!," balas Jiae dan mencubit pipi Hongbin. Hongbin terus tergelak. Jiae turut ketawa. 

Jungkook hanya memandang sahaja. 'Aku tengah marah ke ni? Tapi, kenapa aku nak marah?' desisnya. Hayoung terus memeluk belakang badan Hongbin. "Hayoung, janganlah buat macam ni. Tak malu ke depan semua orang," marah Jungkook. "Mianie. Awak termenung apa?," tanya Hayoung. Jungkook hanya memandang sahaja. Hayoung mengalihkan matanya ke arah pandangan Jungkook. "Awak tengok Hongbin dengan budak nerd tu ke?," tanya Hayoung lagi. Jungkook mengangguk. "Saya tak faham sangat. Kenapa lah Hongbin ingin kawan sahaja dengan si budak nerd tu? Apalah Hongbin tu. Mungkin Hongbin pun rabun juga macam budak nerd tu," cakap Hayoung panjang. Jungkook hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Kenapa awak diam ni?," tanya Hayoung. "Entahlah. Mungkin saya tak ada mood rasanya," jawab Jungkook. "Saya tahu ni. Awak tak ada mood sebab ada budak nerd tu kan. Kenapa lah dia pergi kem tahun ni? Menyampah betullah!," marah Hayoung. Jungkook terus bangun dari situ. "Nak pergi mana tu?," tanya Hayoung dan terus mengejar Jungkook.

Hari semakin malam. Semua pelajar sibuk makan malam. Jiae mangambil makanan nya. Baru Hongbin ingin memanggil Jiae menjadi terbantut kerana Jiae dilanggar seseorang.Habis makanan Jiae terkena mukanya. Jiae hanya menahan sahaja. "Oppss. Sorry, aku tak sengaja nak langgar kau," cakap Hayoung yang menolong membersihkan kotoran di baju Jiae. Semua orang ketawakan Jiae. Jungkook hanya memandang sahaja. Hongbin mahu pergi ke arah Jiae tetapi menjadi terbantut apabila dia mengingati amaran Jiae semasa di sekolah. Jiae hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Kesiannya kau, Jiae. Dahlah keseorangan. Lepastu tak ada siapa yang layan kau," cakap Hayoung. "Tak apalah. Kau kan ada Hongbin kesayangan kau tu. Aku tak tahu apa yang kau racunkan fikiran Hongbin tu. Ke kau tak faham? Hongbin tu kan atlet terkenal," sambungnya lagi. Jiae hanya bertahan sahaja. "Tak apalah kalau kau tak nak cakap rahsia kau. Btw, aku minta maaf sebab kotorkan baju kau. Tapi, kalau aku tak kotorkan baju kau pun, nampak kotor juga," cakapnya dan terus pergi dari situ. Semua pelajar mengelakkan Jiae. Jiae terus pergi dari situ dengan cepat. Hongbin terus mengejar Jiae. Jungkook hanya berbuat bodoh sahaja.

Jiae terus membersihkan bajunya di sungai yang berhampiran di kemnya. Hongbin membantu Jiae. "Hongbin, tak payahlah bantu saya. Senang je ni. Awak pergilah sambung makan," cakap Jiae. "Biarlah saya nak tolong awak. Lagi pun saya dah siap makan lah. Awak okey tak?," tanya Hongbin. "Saya okey je," jawab Jiae dengan senyuman yang manis. "Ye ke? Awak tengah tipu kan. Cakaplah betul-betul dekat saya," cakap Hongbin. "Lee Hongbin! Saya cakap, saya okey je. Don't worry," jawab Jiae dengan semangat. Tiba-tiba Hongbin mencium bibir Jiae. Jiae sangat terkejut. Hongbin terus memegang belakang badan Jiae. Jiae menjadi terkaku. Jungkook telah melihat mereka berdua.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
wahai kepada semua pembaca cerita saya, sila jawab soalan saya ^^

Comments

You must be logged in to comment
ByunBaekWifey
#1
Ohh bestnya~I need a sequel~! ^.^
taoliaa
#2
good ending ....^_^
overdosing14
#3
Chapter 24: good ending! i like it. Tahniah sebab dah habiskan cerita ni
ChachaPippo
#4
Chapter 24: lolololol.. author , hohoho .. best2 xD
k-hope
#5
Chapter 24: Wow.......daebak2.....jungkook ngan jiae dah kawin....huhuhuhu....tp tak rasa kesian pun ngan hongbin...hongbin baik sgt
amy_baekhyun98 #6
Chapter 23: Pada pendapat saya,awak habiskan je cite ni selepas bab ni. So endingnya jungkook dan jiae dh couple, sbb awk buat cite ni utk dorang berdua. Then, awk buat sequel story tentang hubungan hongbin dan hayoung. Mesti ramai suka (termasuk saya XD). But,fokus dulu dkt PT3 sbb itu lebih penting. Good luck for PT3! Fighting!
minlee123 #7
Chapter 23: Sambung cerita ni best .wat lah hongbin hayoung couple
minlee123 #8
Chapter 22: Ambik jelah hongbin tu hensem apa