Bab 11

My First Love

Keesokkanya,

Jiae asyik duduk dekat hadapan cermin sehingga tidak perasan bahawa dia sudah lambat ke sekolah. "Nak pakai ke tak? Tapi kalau tak pakai, mesti aku kena ejek. Kalau aku pakai cermin mata, sama juga," cakap Jiae keseorangan. Tiba-tiba onnienya menjerit. "Jiae! Cepat pergi sekolah! Dah lambatlah ni!," jerit Yoona. Jiae terus melihat jam di dinding. Mata Jiae terus terbeliak dan terus pergi ke sekolah dengan cepat sehingga cermin matanya tertinggal.

"Fuh, selamat sampai sekolah!," cakapnya dan terus masuk ke kelasnya. Sampai ke kelasnya, Jiae merasakan sesuatu akan terjadi. Dari pandangan jauhnya terdapat dua orang sedang menunggu di pintu kelas. Jiae tersenyum kerana dia boleh melihat kelakuan orang walaupun dari jauh. Tetapi dia ingin merahsiakan dari semua orang. Jiae mencari cermin matanya tetapi tidak dijumpai. 'Aduh, macam mana ni! Macam mana aku boleh tertinggal cermin mata aku. Ini semua salah gelabah aku!' bisiknya. Seorang cleaner lalu dekat situ. Dia memakai cermin mata juga. Jiae berfikir. 'Terpaksa!'. Jiae terus pergi ke arah cleaner tu. Nasib baik cleaner tu perempuan. "Mak Cik, boleh saya pinjam cermin mata mak cik? Sebab saya terlupa nak bawa cermin mata saya," tanya Jiae. "Boleh je. Lagipun mak cik boleh nampak lagi kalau tak pakai cermin mata. Mak cik pakai cermin mata ni untuk melihat dengan lebih tepat lagi," jawab cleaner. "Kamsahamnida. Nanti saya akan bagi cermin mata mak cik selepas tamat persekolahan," cakap Jiae dengan sopan. "Ok. Tapi, mak cik rasa cermin mata tu agak besar sedikit dengan kamu," cakap cleaner. "Gwenchana, mak cik. Lagipun cermin mata saya pun besar juga denga saya," balas Jiae dn terus menundukkan kepalanya sebelum beredar. Mak cik cleaner hanya tersenyum sahaja.

Jiae memasuki kelas, tiba-tiba sekumpulan pelajar membaling tepung ke atas muka Jiae. Semua pelajar ketawa. Ada yang menangkap gambarnya. Jiae hanya berbuat bodoh sahaja dan pergi ke tempat duduknya. Jiae lagi sekali terkejut kerana di atas mejanya penuh dengan kesan contengan. Jiae berkeras tidak menangis. Jungkook yang berada agak jauh sedikit hanya gelak sahaja. Hongbin yang baru masuk ke kelas terkejut melihat keadaan Jiae. Tetapi Jiae sempat menjeling ke arah Hongbin. Jungkook hanya melihat sahaja. "Tak payahlah buat drama dekat depan aku! Menyampah aku!," perli Jungkook. Hati Hongbin terus melonjak ke peringkat yang panas. Jiae tidak habis-habis membuat isyarat kepada Hongbin supaya jangan bergaduh. Hongbin duduk di tempatnya iaitu di hadapan Jiae.


Flashback.....

Jungkook POV

Aku memikirkan berapa kali untuk buat plan ni. Aku memegang dadaku. 'Kenapa dengan aku ni? Selalunya tak pernah pun jadi macam ni' desisi aku. Mengelamun aku terhenti apabila namaku dipanggil. Aku menyahut panggilan tu. "Kau cakap kau nak buat plan ni. Tapi aku tengok kau pula yang tak bersemangat sangat. Ini peluang kita sebab si budak nerd tu tak akan ada penghalang sebab Hongbin di tak ada dekat kelas," cakap kawanku. Aku hanya mengangguk sahaja. Semua budak kelas aku dah bersedia dengan memegang sebuku tepung di setiap tangannya. "Kenapa banyak sangat tepung tu? Dia soerang je? Bukannya ramai pun," tanya aku. "Kau ni okey ke tak? Padahal kau yang suruh. Kita orang ikut kau je," jawab kawanku. Aku menggaru kepalanku yang tidak gatal itu. Aku melihat kawanku yang bediri di pintu kelas. "Jungkook! Aku rasa macam tak bagus je berdiri dekat pintu ni," cakap kawanu. "Relax. Dia tak akan nampaklah. Dia tu kan rabun. Kalau kau tengok dia dari jauh, kau cakaplah dekat semua orang supaya bersedia," cakap aku. Aku memegang sebuku tepung tetapi meletakkannya. "Koranglah yang baling dekat dia. Aku malas nak baling. Nanti kotor baju aku ni," cakap aku dengan menipu. Beberapa minit kemudian, Jiae masuk ke kelas. Habis badannya di baling tepung. Aku cuba untuk gelak tetapi hatiku bertukar sedih melihat mukanya. Hongbin masuk ke kelas. Dia cuba ingin mendapati Jiae. Hatiku terasa panas apabila Jiae senyum kepada Hongbin. "Tak payahlah buat drama dekat depan kau! Menyampah aku!". Aku tengah memerli Hongbin.

End Flashback......


Author POV

Jiae pergi berjumpa Cikgu Lee untuk menghantar pendrive. Selepas menghantar, ada seseorang telah menarik lengan Jiae ke belakang sekolah. "Lepaskan aku!," marah Jiae. Orang itu terus menghempas badan Jiae ke dinding. Badan Jiae terasa sangat pedih. Orang itu membuka topengnya. "Jungkook!," jerit Jiae yang agak terkejut. Jungkook terus menutup mulut Jiae. "Boleh kau senyap sekejap tak? Kalau ada orang dengar,siap kau!," marah Jungkook. Jiae diam seribu bahasa. Jungkook mundar-mandir di hadapan Jiae. "Kenapa awak nakjumpa saya?," tanya Jiae dengan berani. Jungkook menjadi terkedu. Dia terduduk. Jiae pun duduk juga di hadapan Jungkook. "Awak ada masalah ke?," tanya Jiae lagi. Jungkook mengangkat muka. Jiae dan Jungkook terkedu. Hanya beberapa inci sahaja jarak mereka. Mereka berdua berpadangan. Jungkook melihat sahaja bibir Jiae. Tanpa membuang masa, Jiae terus bangun dari situ membuatkan Jungkook tersentak. Jiae menjadi tidak arah, dia tidak pernah mengalami benda macam ni. Jikalau dia bersama dengan Hongbin pun, tidak ada macam ni juga. Jiae terus berlalu dari situ. Jungkook mengetuk-getuk kepalanya. Hilang egonya kepada Jiae

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
wahai kepada semua pembaca cerita saya, sila jawab soalan saya ^^

Comments

You must be logged in to comment
ByunBaekWifey
#1
Ohh bestnya~I need a sequel~! ^.^
taoliaa
#2
good ending ....^_^
overdosing14
#3
Chapter 24: good ending! i like it. Tahniah sebab dah habiskan cerita ni
ChachaPippo
#4
Chapter 24: lolololol.. author , hohoho .. best2 xD
k-hope
#5
Chapter 24: Wow.......daebak2.....jungkook ngan jiae dah kawin....huhuhuhu....tp tak rasa kesian pun ngan hongbin...hongbin baik sgt
amy_baekhyun98 #6
Chapter 23: Pada pendapat saya,awak habiskan je cite ni selepas bab ni. So endingnya jungkook dan jiae dh couple, sbb awk buat cite ni utk dorang berdua. Then, awk buat sequel story tentang hubungan hongbin dan hayoung. Mesti ramai suka (termasuk saya XD). But,fokus dulu dkt PT3 sbb itu lebih penting. Good luck for PT3! Fighting!
minlee123 #7
Chapter 23: Sambung cerita ni best .wat lah hongbin hayoung couple
minlee123 #8
Chapter 22: Ambik jelah hongbin tu hensem apa