Magic Water
Death Curse
Eunji membuka matanya. Cahaya terang memeritkan lagi anak matanya yang berwarna coklat tua itu. Kepalanya masih berasa sakit. Di manakah dia berada?
Kemudian dia ternampak seorang lelaki sedang berbual dengan seorang perempuan yang memakai kot putih. Dia juga ternampak seorang pelajar perempuan berambut sedikit keperangan dan berwajah pucat sedang memandang ke arahnya. Ya, itu gadis yang sama!
“Awak…,” Eunji menegur gadis itu namun kata-katanya terputus kerana dia tidak larat untuk bersuara. Kai segera berpaling apabila menyedari Eunji sudah bangun dari pengsannya. Gadis itu tiba-tiba sahaja menghilang dari pandangannya.
“Tadi awak pengsan dekat bilik muzik. Jadi, saya bawa awak ke sini. Doktor kata awak mengalami sedikit tekanan. Awak tak apa-apa ke?” jelas Kai sambil mengusap kepala Eunji. Eunji hanya mengangguk.
Benar juga dia mengalami sedikit tekanan akibat daripada kejadian-kejadian yang berlaku kepada dirinya.
“Hmm awak sepatutnya jaga kesihatan diri, Eunji. Tak lama lagi kita akan menghadapi peperiksaan awal tahun, kan? So, you should take care of yourself,” Kai menyambung lagi. Eunji hanya mengangguk.
“Oh ya. Saya perlu pergi sekarang. Budak-budak dekat bilik muzik pasti tengah tunggu saya. Saya minta diri dulu,” Kai tersenyum kepada Eunji. Dia bangun dari kedudukannya lalu berlalu
Comments