A Weird Figure In The Library
Death Curse
Eunji mengambil lima buah buku rujukan Kimia dari beberapa rak di perpustakaan. Hal ini kerana dia perlu mengajar Jungkook beberapa teknik untuk menjawab soalan berkaitan eksperimen.
Ketika dia hendak keluar dari bahagian rak-rak buku, dia sempat ternampak kelibat seorang pelajar perempuan yang berambut sedikit keperangan berjalan di hadapannya.
“Macam pernah nampak je,” Eunji bermonolog sambil kening kirinya dijongketkan ke atas, lalu dia terus sahaja mengikut gerak-geri gadis itu.
Ketika pelajar perempuan itu melintasi rak buku yang ketiga, tiba-tiba sahaja dia hilang dari pandangan Eunji. Aneh! Ah, lupakan sahaja fasal itu, mungkin pelajar itu mahu bersendirian untuk mengulangkaji pelajaran, fikir Eunji.
“Kookie, nah buku-buku ni kau scan la dulu. By the way, aku peliklah kenapa waktu malam perpustakaan ni macam tak ramai orang je. Bukan ke waktu malam sesuai untuk mengulangkaji pelajaran? Orang-orang dekat sini pun nampak pelik je” Eunji bertanya kepada Jungkook sambil matanya meliar ke arah pelajar-pelajar lain yang berada di dalam perpustakaan itu.
Kusyuk betul mereka menelaah buku-buku yang berada di hadapan mereka dan langsung tidak mengendahkan pelajar lain. Seperti mereka semua berada di dunia mereka sendiri. Mendengar sahaja pertanyaan Eunji yang aneh itu, Jungkook hanya mengetapkan bibirnya. Wajahnya kel
Comments