Rejected
Death Curse
Eunji berjalan seorang diri ke kantin semasa waktu rehat berlangsung. Dia mengambil sebuah dulang yang berisi kimchi, tteobukki dan segelas jus kiwi.
Dia mengambil tempat kosong di hujung kantin memandangkan dua orang jejaka yang selalu bersamanya belum keluar dari kelas lagi. Eunji duduk membelakang pelajar-pelajar lain.
Sedang dia menikmati makanan tengaharinya, tiba-tiba si Pencemar Nama Suci Eunji muncul dihadapannya sambil tersenyum. Ya, Si Pencemar Nama Suci Eunji itulah nama yang diberikan kepada Mino. Mino menyikat rambutnya dengan rapi di hadapan Eunji namun Eunji sedikit pun tidak terganggu dengan godaan Mino tersebut.
Pelajar-pelajar perempuan yang duduk berdekatan mereka mula berbisik-bisik kerana terpesona dengan wajah tampan Mino.
“Eunji…,” sepatah perkataan mula keluar dari mulut Mino. Eunji masih tidak mengendahkannya.
“Will you be my girlfriend?” Mino tersenyum dengan lebar sambil melutut di hadapan Eunji.
Sekuntum bunga ros merah dihulurkan kepadanya. Kata-kata Mino yang bersuara lantang itu mengejutkan seluruh kantin. Dengan pantasnya, pelajar-pelajar perempuan mula menoleh ke arah mereka. Mereka berasa tidak senang hati kerana Mino telah menemukan perempuan yang telah menambat hatinya.
Eunji tersenyum kepada Mino.
Comments