Song Mino
Death Curse
Keadaan kantin sekolah itu sangat luas dan tersusun. Lebih luas dari rumahnya dan tidak teralu sesak seperti sekolah lamanya. Para pelajarnya juga saling bertolak ansur antara satu sama lain. Jikalau makan di situ memang aman tanpa gangguan kerana para pelajarnya tidak berebut-rebut membeli makanan untuk mengisi perut mereka.
Sekolah ini berbeza sedikit, makanan semua pelajar adalah sama tetapi sangat memuaskan hati. Mereka boleh menambah sebanyak mana yang mereka mahu kerana bayaran bagi makan minum pelajar sudah dimasukkan ke dalam yuran kemasukan sekolah. Eunji segera beratur untuk mengambil makanan memandangkan perutnya sudah mula meragam minta dipenuhkan dengan secepat mungkin.
Selesai mengambil makanan, dia mengambil tempat di bahagian kosong yang bersebelahan dengan meja sekumpulan pelajar lelaki. Eunji duduk tanpa rasa segan dan mula menjamah makanannya.
Pelajar-pelajar lelaki tersebut memandang ke arahnya sambil tersenyum. Seorang daripada mereka mendekati Eunji dan duduk berhadapan dengan Eunji. Eunji memandang pelajar lelaki itu dengan pelik.
“Hai, aku Mino. Kau pelajar baru kan? Kau kenal tak aku? Aku komander baru sekolah ni,” pelajar yang menggelarkan dirinya Mino itu berkata dengan bangga sambil tersenyum. Wajahnya sangat tampan seperti penyanyi popular Korea iaitu G-Dragon namun sangat angkuh dengan jawatan yang dipegangnya.
Comments