Rich People Duh
Death Curse
“Ha, awak macam mana exam tadi? Okey tak?” Kai bertanya kepada Eunji sambil menyuap sesudu nasi berkuahkan kari ke dalam mulutnya. Waktu rehat dipanjangkan selama satu jam memandangkan minggu itu mereka hanya dipenuhi dengan ujian-ujian peperiksaan.
“Hmm boleh tahanlah. Tapi tak tahulah kalau boleh score soalan tadi. Kan sistem dekat sekolah ni lain daripada yang lain,” Eunji membalas sambil mengangkat bahunya.
“Memang boleh punyalah. Saya dengar awak paling pandai dekat kelas awak,” Kai tersenyum sinis sambil menyuap sesudu lagi nasi kari ke dalam mulutnya. Eunji tertawa kecil.
“Tak adalah. Peperiksaan pun belum habis lagi, inikan nak jadi paling pandai. Lagipun dekat kelas saya banyak sainganlah. IU pun apa kurangnya, dia pun bijak jugak,” kini giliran Eunji pula menjamah nasi kari dihadapannya.
“IU? Lee Ji Eun ke? Dia pelajar yang bertocang dua tu kan?” Kai menjongketkan kening kanannya.
“Ya. Awak kenal dia?” Eunji menjawab sambil mengunyah sisa makanan yang masih berbaki disudunya.
“Hmm, kenallah. Tapi tahun lepas bukan dia yang dapat nombor satu pun. Lagipun dialah perempuan yang suka dekat Mino tu,” Kai menjawab dengan selamba sambil mengigit paha ayam.
“Huh? Awak tahu pasal tu?” Eunji membulatkan matanya kerana sedikit terkejut.
“Tahu. Nampak sangat,” jawab Kai pendek.
“Wow, hebatnya mata awak,” Eunji tertawa kecil. Kai pula hanya tersenyum sendirian memandang wajah gadis manis di hadapannya itu.
“Oh ya, hari tu awak kata nak ajar saya main viola kan? Bila nak start?” Eunji tiba-tiba teringat akan janji yang dibuatnya bersama Kai ketika perjumpaan kelas muzik yang kedua.
“Hmm, lepas exam boleh ke?” Kai menjongketkan kening kanannya. Suka sangat main jongket-jongket kening dengan Eunji.
Comments