Physics Class
Death Curse
Eunji tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran Fizik yang diajarkan oleh gurunya. Kepalanya berasa pening lalu membaringkannya di atas meja. Dia benar-benar berasa malas untuk menelaah pelajaran pada waktu itu.
Dia juga tidak menyedari bahawa gurunya sedang menyoal setiap pelajar di kelas itu satu persatu. Ada beberapa orang di kelasnya yang sempat menjeling-jeling ke arahnya kerana dia tidak menumpukan perhatian kepada guru yang paling garang di sekolah itu.
“Eunji, berdiri sekarang! Dari tadi saya lihat kamu langsung tidak memberikan perhatian kepada apa yang saya ajarkan. Sekarang berikan saya definisi bagi inertia,” guru Fizik itu lantang sahaja bersuara kepada Eunji.
Eunji terkejut lalu berdiri dengan segera. Mindanya tiba-tiba ligat berfikir dan matanya menjadi terang. Memang sudah menjadi adat di kelas Fizik itu sekiranya berbuat sebarang kesalahan, mereka perlu memberikan definisi bagi soalan yang diberikan.
“Saya berikan kamu masa 10 saat untuk berfikir,” sambung guru itu lagi. Eunji menenangkan dirinya dengan menarik nafas perlahan-lahan.
Pelajar-pelajar di kelas itu mula tersenyum sumbing ke arahnya. Ada daripada mereka yakin bahawa Eunji pasti tidak akan dapat menjawab soalan itu kerana dia langsung tidak memberikan perhatian tentang apa yang diajarkan sebentar tadi.
Comments