Annual Sports
Death Curse
“Eh, Eunji! Awak satu rumah sukan dengan saya ke?” CL bertanya.
“Ya, saya rumah sukan Red Velvet. Awak pun Red Velvet ke?” CL mengangguk.
Wah, untungnya! Eunji tidak perlu risau untuk mencari teman di dalam rumah sukan itu kerana dia sudah mengenali salah seorang daripada ahlinya.
“Yah Kai! Awak rumah sukan apa?” CL memanggil Kai dari jauh sambil melambai-lambaikan tangannya. Namun Kai hanya menjeling ke arahnya. Hmm, lelaki aneh! CL pula nampaknya sedih dengan tindakan Kai.
“Eunji, saya jealouslah sebab dia okey je dengan awak. Tengoklah kalau saya panggil dia, bukannya nak jawab,” CL meluahkan perasaan cemburunya kepada Eunji sambil memanaskan badan.
“Eh, tak adalah. Saya yang sepatutnya cemburu dengan awak sebab awak atlet sekolah ni. Malangnya nasib, saya ni jenis yang tak suka bersukan,” Eunji tersenyum untuk memujuk CL.
“Ya ke? Hmm, sebenarnya dah lama saya nakkan kedudukan ni, cuma ada sedikit halangan,” CL tersenyum sinis kepada Eunji.
“Halangan? Maksud awak?” Eunji menjongketkan kening kirinya.
“Sebenarnya saya jadi atlet pun baru je tahun ni. Saya belum rasmi jadi atlet sekolah lagi,” CL nampak sedikit hiba.
“Tak apa! Saya akan sentiasa sokong awak, okey? Fighting!” Eunji tersenyum manis samb
Comments