The Black Diary
Death Curse
“Eunji, tahu tak 14 Febuari tu hari apa?” Jungkook meletakkan kepalanya di atas meja Eunji sambil tersenyum manja.
“Lusa,” jawab Eunji sepatah sambil tersenyum. Jungkook merengus kuat mendengar jawapan Eunji. Dia berdiri lalu menarik Kai ke bahagian belakang kelas.
“Eunji sengaja ke jawab macam tu?” Jungkook berbisik kepada Kai.
“Itu bukan persoalannya. Sekarang ni aku masih berfikir, apa maksud ayat ni?” Kai berkata sambil mengeluarkan secebis kertas yang dijumpai oleh mereka tempoh hari.
“Janganlah asyik fikir pasal tu. Mungkin dia saja je conteng benda tu sebab bosan,” Jungkook melirik ke dalam kelas. Kelihatan Eunji sedang membaca buku dengan tekun.
Riak wajahnya berubah-ubah. Kadangkala berasa sebak, dan kadangkala mahu ketawa. Mungkin buku cerita yang dibacanya itu membawa Eunji ke dunia imaginasinya sendiri.
“Tapi kau tak rasa pelik ke? Ayat dia ni macam nampak serius je. ‘Setiap perbuatan ada balasannya’,” Kai menjongketkan kening kanannya.
“Erm, aku tak rasa Eunji serius pun. Aku kenal dia macam mana,” Jungkook membalas sambil memandang wajah Kai.
‘Aku kenal dia macam mana
Comments