Space
Death Curse
“Aduh, kenapa aku dapat kelas muzik ni? Ish, seramlah dekat sana,” Eunji mengomel sendirian sambil melihat namanya pada papan kenyataan sekolah. Seorang pelajar lelaki memandangnya dengan pelik.
“Hei, awak! Buat apa dekat sini?” Kai menegur gadis itu. Seolah-olah dia pernah melihat gadis itu sebelum ini.
“Apa?” Eunji menjongketkan kening kirinya.
Siapa pula pelajar ini? Tiba-tiba sahaja mahu menegurnya. Kemeja pelajar itu tidak kemas kerana terbuka pada bahagian lehernya. Wajahnya pula seperti orang samseng.
“Awak nak apa?” tanya Eunji lagi.
“Awak masuk kelab muzik ke?” soal Kai kepada Eunji sambil mengangkat kening kanannya. Seperti berlawan angkat-angkat kening pula. Eunji mengangguk.
“Mari ikut saya. Saya ketua kelab muzik tahun ni. Dan saya juga merupakan wakil pemain viola peringkat daerah yang akan berlangsung tidak lama lagi,” kata Kai sambil tersenyum. Eunji hanya mengangguk-angguk tanda mengerti.
Hebat! Pemain viola yang terbaik di sekolah itu mahu berbual dengannya. Mungkin inilah peluangnya untuk belajar bermain viola dengan pelajar itu. Muka sahaja macam samseng, tetapi orangnya sangat baik dan peramah.
Bilik muzik itu sungguh luas seperti yang dilihatnya beberapa hari yang lalu
Comments