30.12.14 [Part 2]

Boom Clap ! It's Zombie !

30.Dec.2014 : Yoo Youngjae , Moon Jongup . Choi Junhong (Zelo)


 

Di sebuah sekolah di Bandar Matoki, 1004 Angel Highschool.

“Yoo Youngjae, hari ni adalah permulaan baru bagi kau. Kau kena nampak hebat.” seorang pemuda yang kacak bergaya kelihatan sedang bercakap sendirian di hadapan cermin pandang sisi keretanya.

Youngjae membetulkan kemeja peach yang dipakainya dan tali leher diikat dengan kemas. Rambutnya yang hitam pekat dikemaskan sedikit sebelum dia menyapu gel rambut untuk membuatkan rambutnya kelihatan lebih shining. Wajahnya dibelek-belek di cermin untuk memastikan tak ada benda-benda pelik yang melekat di situ. Dia perlu nampak sempurna di hari pertama dia bertugas sebagai seorang cikgu praktikal di sekolah menengah 1004 Angel ini.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin dan perlahan-lahan dilepaskan. Langkahnya disusun dengan penuh yakin menuju ke arah bangunan sekolah.

*NC.A_My Student Teacher*

 

kungkung simjangi kungkung jeogi ssaemi dagawa

molla eojjeom joha nae simjang haneun mal kungkung

 

Lagu My Student Teacher bermain di benak fikiran Youngjae saat dia berjalan megah di sepanjang koridor sekolah. Dapat dia rasakan, para gadis di sekolah itu sedang memandang ke arahnya dan sedang berbisik-bisik tentang dirinya. Pasti mereka sedang berbicara tentang ketampanan wajahnya. Youngjae tersenyum sendiri. Cikgu praktikal muda itu tak dapat menahan dirinya dari terus perasan dan membangga diri.

Youngjae menguak anak rambutnya dengan penuh bergaya. Terasa ada sinaran mentari yang menyuluh serta membuatkan dia menyerlah dari biasa. Youngjae tersengih lebar.

“Wei !!! Perhatian ! Perhatian Semua ! Berita penting ! Selamatkan diri ! Selamatkan diri semua !”

Tiba-tiba, suasana koridor yang sunyi bertukar riuh rendah dengan suara seseorang.  Para pelajar yang tadinya pakat beramai-ramai fokus ke arah Youngjae kini sudah beralih ke arah pelajar lelaki yang membuat kecoh itu.

Dan apa yang lebih malang, pelajar lelaki itu dengan selamba badak melanggar Youngjae dan membuatkan cikgu itu jatuh melutut ke lantai. Oh, sungguh lemah Youngjae ni.

“Perhatian semua ! Perhatian ! Ada berita buruk !” pelajar tadi berdiri di atas kerusi yang berada di tengah-tengah koridor. Semua pelajar berkerumun di sekelilingnya.

“Apa dia berita buruk tu ha Ricky?” salah seorang dari pelajar yang ada di situ menyoal pelajar yang membuat bising bernama Ricky. Ricky menarik nafasnya dalam-dalam. Tarik, hembus, tarik, hembus.

“Yah ! Palli ! Pabo ya Ricky !” ada yang sudah tak sabar untuk mendengar cerita Ricky.

Youngjae masih menjadi pemerhati dari jauh. Dahinya berkerut-kerut.

“Kingka sekolah mengamuk ! Kingka sekolah bad mood hari ni !” Ricky menjerit ketakutan.

Semua pelajar yang mendengar berita yang dibawa oleh Ricky itu mula keresahan. Ada juga yang pengsan tatkala mendengarkan khabar itu.

“Yang teruknya….” Ricky berjeda seketika. Wajah setiap pelajar yang kelihatan cuak itu dipandang silih berganti.

“Dia tengah cari mangsa untuk lepaskan geram. Dia tak kisah mangsa tu lelaki atau pun perempuan.” Ricky bercerita lagi. Siap dengan gaya dan ekspresi yang menakutkan.

Para pelajar semakin resah.

“Dan yang lebih parah, dia akan….”Ricky mengelap peluhnya.

Semua pelajar tertunggu-tunggu.

“Dia akan…” si tak sabar semakin tak sabar.

“Dia akan sumbat sesuatu yang menakutkan dalam mulut mangsa dia nanti.” Ricky berkata dengan wajah yang pucat.

“Sumbat apa?”

Ricky menelan air liurnya.

“Dia akan sumbat….”

“……”

“Dia akan sumbar AIR SIRAP PAK CHA ! LARI SEMUA ! LARI ! KITA KENA PASTIKAN KITA TAKKAN JADI MANGSA BULI KINGKA ! SIRAP PAK CHA BOLEH BAWAK MATI ! LARI SEMUA !” Ricky menjerit seperti orang terkena histeria selepas menyampaikan berita tiba-tiba itu. Suasana koridor mula kucar-kacir dan ada yang menekan butang kecemasan membuatkan loceng kecemasan berdering. Suasana menjadi semakin huru- hara dan Youngjae masih tercengang di antara kekacauan yang berlaku.

“Sirap Pak Cha? Kingka sekolah? Apa benda semua ni?” monolog Youngjae sendirian.

“Sirap Pak Cha adalah minuman. Minuman yang dibuat oleh salah seorang pekerja kantin di sekolah ni, Cha Daewoong a.k.a Pak Cha. Kenapa semua orang takut dengan sirap dia? Ini disebabkan air sirap yang dia buat amatlah tak sedap dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa orang yang minum. Seorang pelajar dah minum air sirap tu dan sampai sekarang sedang menerima rawatan kaunseling pakar sakit jiwa. Rasanya sangat luar biasa dan tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.” tiba-tiba, ada suara yang mencelah. Youngjae menoleh.

“Hai. Saya Lee Chan Hee. Boleh panggil Chunji. Cikgu Bahasa kat sini.” seorang lelaki berwajah manis menyapa Youngjae dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Youngjae menyambut salam cikgu itu dengan wajah yang masih tertanya-tanya.

“Kingka sekolah pulak?” Youngjae menyoal lagi.

“Kingka sekolah adalah seorang pelajar tahun akhir sekolah ni. Nama dia…ahhh…kita tak boleh sebut nama dia kat sini sebab lagenda ada mengatakan, kalau ada yang menyebut nama penuh dia, dia akan muncul secara tiba-tiba di hadapan orang tu. Jadi, semua orang tak berani nak seru nama penuh dia. Kingka sekolah bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Dia adalah manusia paling legend yang pernah wujud di sekolah ni. Kalau setakat pengetua, dia pandang kecik besar kecik besar je. Apatah lagi, cikgu-cikgu biasa macam kita ni dan apatah lagi cikgu praktikal macam Encik ni.” tiba-tiba lagi, muncul seorang lelaki di sebelah kiri Youngjae. Youngjae mengalihkan pandangan dari Chunji di sebelah kanan dan memandang si lelaki di sebelah kirinya.

Lelaki itu tersenyum seketika ke arah Youngjae.

“Kingka sekolah tu, selalu berada kat tempat teratas dalam setiap ranking yang ada di sekolah ni. Ranking pelajar paling hensem, ranking pelajar paling tinggi, ranking pelajar paling ganas, ranking pelajar paling cool dan tak lupa jugak, ranking dalam setiap subjek yang ada di sekolah ni. Dia bolot semua benda. Sukan, mata pelajaran dan jugak masalah disiplin.” lelaki itu menyambung lagi.

Youngjae terangguk-angguk. Hebat betul.

“Terima kasih sebab bagitahu.” Youngjae tunduk hormat pada si pemberi informasi yang sungguh berkaliber itu.

“No problem. Call me Yongnam. Bang Yongnam and I teach English in this school.” secara automatik, cikgu inggeris bernama Bang Yongnam itu berspeaking habuk. Youngjae mengangguk-angguk lagi. Chunji di sebelah buat muka meluat. Bangga sangat dengan bahasa asingnya itu.

“Errr, kalau tak keberatan, boleh saya tahu nama kingka sekolah yang cikgu berdua maksudkan? Teringin pulak saya nak tahu.” pinta Youngjae dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaan.

“Nama penuh kingka tu adalah….”

“……”

“Choi Junhong.”  Yongnam menyebut nama penuh kingka sekolah dengan selamba dan penuh keyakinan sebelum akhirnya Chunji menjerit ketakutan.

“Omo ! Cikgu Yongnam dah sebut nama penuh dia!” Chunji berkata dengan nada yang terketar-ketar. Yongnam yang tersedar akan ketelanjurannya segera menekup mulut sendiri. Youngjae yang berada di tengah-tengah antara Chunji dan Yongnam menjadi blur.

“Apa kita nak buat?” Yongnam mula gelabah.

“Dah terlambat. Dia dah datang.” Chunji berkata perlahan sambil matanya memaku ke arah seseorang. Serentak, Youngjae dan Yongnam turut menoleh.

*B.A.P_No Mercy*

No ! No ! No ! No Mercy!

 

Kingka sekolah yang dimaksudkan berjalan di koridor yang sudah sunyi-sepi dek kerana para pelajar masing-masing bersembunyi dari pandangannya. Skateboard ditolak dengan kaki sebelah kanan dan di tangannya tergenggam kemas sebotol besar cecair merah yang dipercayai adalah air sirap Pak Cha.

Chunji dan Yongnam menelan air liur serentak. Youngjae yang masih clueless, memandang kingka sekolah yang sedang berjalan ala-ala Undertaker nak naik gelanggang itu dengan pandangan yang mencerun. Hairan bin ajaib melihat susuk tubuh yang ditakuti oleh semua orang itu. Nak dikatakan sasa? Sama sekali tidak. Sudahlah kurus, tinggi menggalah pulak tu. Dah macam adik-beradik tiang lampu. Tapi, kenapa semua orang menggeruni dirinya?

“Dengar cerita dia bad mood hari ni.” Chunji berbisik ke arah Youngjae dan Yongnam.

“Dan dia ada air sirap Pak Cha.” Yongnam menyambung.

Mereka bertentangan mata seketika sebelum akhirnya…

“Lari !!!”

Dua orang cikgu untuk membuka langkah seribu dan sempat juga menarik Youngjae yang masih kebingungan. Youngjae seakan merelakan sahaja dirinya ditarik oleh mereka berdua itu.

 


 

Sementara itu, di Dewan Serba guna Angel,

Para pelajar sedang berkumpul untuk bermesyuarat tentang amukan Kingka yang mengerikan itu.

L-Joe, selaku ketua pelajar mengetuai mesyuarat tergempar itu.

“Selaku ketua korang semua, aku arahkan setiap orang berfikir cara terbaik untuk menyelamatkan diri dari serangan kingka sekolah.” L-Joe mengeluarkan arahan.

Suasana terdiam seketika. Masing-masing memerah otak untuk berfikir jalan terbaik bagi menyelamatkan diri.

“Baiklah, sambil-sambil korang berfikir, aku jemput kumpulan Got 7, wakil koir sekolah kita untuk buat persembahan.” L-Joe kembali bersuara membuatkan semua orang tercengang.

“Wey, apahal pulak ada persembahan? Ni bukan benda main-main. Jangnan anieyo !” Niel, selaku timbalan ketua meluahkan rasa tak puas hatinya kepada L-Joe. L-Joe menjulingkan matanya.

“Diam la kau. JB dah bayar aku mahal semata-mata untuk buat persembahan ni. Aku tak boleh tolak rezeki.” L-Joe menjawab sebelum menolak Niel ke tepi.

“What???” Niel tercengang serta membesarkan biji matanya yang sudah tersedia agak besar itu. L-Joe sekadar menjeling pembantunya itu.

Kumpulan GOT 7 naik ke pentas dan memulakan persembahan mereka.

*Got 7_Stop Stop It*

Hajima hajihajihajihajima
Nega geureolttaemada michilgeot gata
Nae nuneul bomyeo saljjaguseojumyeon
Dallyeogaseo neoreul anabeorilgeotman gata

Baru sahaja Got 7 memulakan nyanyian, tiba-tiba ada yang mencelah.

“Tunggu ! Aku ada idea !” seorang pelajar yang dikenali sebagai Namjoon a.k.a Rap Monster bangun dan mengangkat tangan. Got 7 mengeluh kerana terpaksa berhenti menyanyi.

“Apa ideanya, Rapmon?” soal L-Joe.

“Kita call je mak bapak dia suruh ambik dia balik. Kita merayu kat mak bapak dia supaya hantar dia ke sekolah lain.” Rap Monster mengemukakan idea bernasnya.

L-Joe berfikir sejenak. Begitu juga dengan yang lain.

“Ahh! Tak bernas ! Idea kau tak bernas!” L-Joe menggeleng membuatkan Rap Monster mengeluh kecewa.

Kemudian, suasana kembali sunyi.

Kumpulan  Got 7 kembali membuat persembahan.

Hajima hajihajihajihajima
Ne songiri daheumyeon michilgeot gata
Malhalttae mada ne pareul saljjak jaba
Doraseo kkwak anabeorilgeotman gata hajima

 

Gyeou chamgoisseo nega ajigeun aniranikka
Syo windou ape dallabuteo barabogo inneun aicheoreom goerowohamyeo

Nuneul gamgoisseo nega neomu yeppeoboilttaemada
Neoneun naega eolmana himdeunji aneunji moreuneunji yeah~


“Kejap ! Saya ada idea bernas!”

Sekali lagi persembahan Got 7 tergendala bila ada yang bersuara.

Kali ini, seorang pelajar perempuan bernama Juniel pula yang mengemukakan idea.

“Apa kata kalau kita panggil polis untuk lindungi kita dari Kingka?” Juniel bersuara.

L-Joe diam seketika. Berkerut-kerut dahinya berfikir. Kemudian, dia memandang ke arah Niel yang di duduk di sebelahnya. Pelajar lelaki itu mengangkat bahu. Dipandangnya pula Changjo di sebelah kirinya. Changjo pula sekadar mencebik.

“Idea ni pun tak bernas jugak ! Menurut lagenda, polis pun gerun dengan kingka ni tau tak? Idea lain…” L-Joe menggeleng.

“Seolma? Ahhh…” Juniel kembali duduk dan mengeluh. Sama seperti Rap Monster tadi.

“Fikir lagi. Fikir. Fikir. Fikir.” L-Joe mendesak setiap pelajar. Lagaknya seperti menteri yang sedang berhadapan dengan masalah negara.

Nega hanbeonhaebwa ige halsuinneun irinji
Gomundo ireon gomuni eopdan mariji
Neoneun haebon jeogi eobseunikka moreujiman
Innaesimui hangyekkaji maeil dadareuji


Setelah suasana kembali senyap, Got 7 sambung menyanyi. Mereka takkan mengalah. Mereka masih berkeras untuk membuat persembahan walaupun dah beberapa kali tergendala. Jackson mula menayang bakat rapnya dengan harapan ada pelajar perempuan yang tergoda mendengar suaranya yang manly ini.

An yeppeumyeon molla geureoke yeppeuge saenggyeogatgo
An useumyeon molla geureoke saenggeulsaenggeul miso gatgo


Giliran Mark pula menyampaikan rapnya namun sekali lagi, ia terpaksa dihentikan dek suara seseorang yang mencelah. Mark yang geram menggigit mikrofon di tangannya.

“Aku ada idea baik punya ! Kita semua pasti akan terselamat.” pelajar lelaki yang bernama J-hope mengangkat tangan sambil menarik sengihan yang tersembunyi makna  tersirat.

“Hah…go on…go on… tell us idea kau.” L-Joe menyilangkan kakinya ala-ala bos dan menongkat kepalanya sambil cuba mendengar idea J-hope. Sejujurnya, dia tak berharap sesuatu yang gempak dari lelaki bernama J-hope ini.

“Apa kata kita paksa salah seorang dari kita untuk jadikan korban?” J-hope menyampaikan ideanya dan L-Joe kelihatan tertarik.

“Maksud kau?” L-Joe menyoal.

“Kita hantar seseorang kat kingka sebagai korban. Lepas dia dapat orang tu, dia akan lepaskan kemarahan dia dan kita semua akan selamat.” J-hope menerangkan ideanya itu dengan lebih lanjut.

L-Joe diam dan perlahan-lahan ketawa seperti orang gila.

“Yah ! Michigeso?” Niel menegur namun ketua pelajar itu langsung tak mengendahkannya.

“J-hope ! Idea kau bagus ! Bagus gila ! Tapi…sapa yang kita nak jadikan korban? Kau?” L-Joe memuji dan meyoal J-hope sekali gus.

“Andwae ! Tak mungkin aku ! Korban kita semua, dah tentulah…” J-hope membuat semua orang di dalam dewan kegelisahan. Masing-masing berharap agar mereka tak terpilih.

“Dah tentulah….”

*Drum rolls*

“Moon Jongup !”

Mendengarkan nama itu, semua mata beralih ke arah sang pemilik nama.

“Kroihhhh”

Jongup yang sedang membuta di bahagian paling belakang tersentak saat terasa ada yang memandangnya.

“Moon Jongup !”
 

Pemuda bernama Jongup itu terkejut lantas terjatuh dari kerusi. Air liur yang hampir saja meleleh ke lantai dikesat dengan hujung lengan kemeja yang dipakainya. Muka blur ditayang kepada semua orang yang memandangnya.

“Apa?”

Setiap pelajar yang ada di situ tersengih jahat. Memang layak sungguh Jongup dijadikan korban dek perangainya yang agak bodoh dan lembap ini.

“Apa lagi, angkat dia dan serahkan pada kingka ! Sekarang !” L-Joe mengeluarkan arahan.

“Ai ! Ai ! Captain !” seluruh isi dewan melaung dan merapati Jongup yang masih kebingungan.

“Apa ni? Apa ni? Apa yang berlaku? Kenapa korang datang kat aku ! Wuarghhh!!!”

Jeritan Moon Jongup memenuhi seluruh ruang dewan itu bersama dengan tawa jahat L-Joe dan J-hope.

 


 

Gim 1004 Angel Highschool,

 

*Boyfriend_Witch*

 

Cause your body goes
Boom bara boom
Cause your body goes
Boom bara boom
Cause your body goes
Boom bara boom


“Ahhh ! Diam kau !” Dumbel yang berada di tangan dilemparkan ke arah radio yang sedang memainkan lagu nyanyian kumpulan Boyfriend itu. Wow!

Zelo a.k.a Choi Junhong a.k.a Kingka Sekolah sedang melepak di gim sendirian. Para pengikutnya hari ini masing-masing lenyap entah ke mana. Dia bersendirian dan dia dalam keadaan yang bad mood. Semua ini disebabkan dia terpijak taik kucing belaan pengetua sekolah sewaktu dalam perjalanan nak ke kelas pagi tadi. Sesungguhnya, dia betul-betul bengang dan perlu melepaskan geramnya pada seseorang. Malangnya !

Malangnya ! Malangnya, entah kenapa, hari ni kawasan sekolah seumpama sunyi sepi. Adakah hari ni cuti umum? Apasal dia tak tahu? Zelo berasa sangat-sangat bengang sehinggakan dia bertindak menendang segala alatan yang ada di dalam gim sekolah itu.

“Mana pergi semua orang !!!!!” jeritnya sekuat hati. Jeritannya itu membuatkan sistem bunyi di bandar Matoki terganggu seketika. Siaran televisyen dan frekuensi radio turut tergendala angkara jeritan batin Zelo itu. Jeritan batin? Err….ok…abaikan~~

 

“Lepaskan aku ! Woi ! Korang nak bawak aku ke mana hah?”

Moon Jongup menjerit serta meronta-ronta meminta dilepaskan namun, J-hope, L-Joe , Niel serta beberapa orang lagi pelajar lelaki yang lain langsung tak mempedulikan permintaan Jongup. Apa yang penting bagi mereka sekarang, mereka semua terselamat dari menjadi mangsa buli kingka sekolah yang menakutkan itu. Selain itu, mereka juga gerun dengan senjata yang ada di tangan kingka. Tak lain tak bukan adalah air sirap Pak Cha. Air sirap Pak Cha memang menjadi mimpi ngeri setiap orang yang ada di sekolah itu.

Setelah mengikat Jongup di kerusi dan diletakkan betul-betul di hadapan pintu gim, pelajar yang lain berlari dan mula bersembunyi.

GRANGGGG!!!

Pintu gim ditarik kasar oleh Zelo dan dia merengus seperti gorila kelaparan. Jongup mula berpeluh-peluh dek kerana ketakutan.

Matanya dan mata Zelo bertentangan dan Jongup mula beralih pandang. Dia tak berani untuk bertentang mata dengan kingka yang seakan mempunyai mata vampire itu.

“Mangsa dah ada! Hahahaha!” Zelo tersenyum lebar menampakkan gigi taringnya. Jongup mula menggeletar.

“Zelo , tolong ! Jangan apa-apa kan aku ! Aku tak salah !” rayu Jongup namun tak diendahkan oleh Zelo. Kingka itu terus menarik kolar uniform Jongup dan mengheret pemuda malang itu ke dalam gim.

GRANGG!!!!!

Pintu gim ditutup rapat dan bunyinya berdentum.

Para pelajar yang sedari tadi bersembunyi dan menyaksikan babak antara Zelo dan Jongup dari jauh itu masing-masing buat muka curious. Apa akan berlaku?

“Wuarggghhh!!!  Zelo !! Jangan !!” raungan Jongup kedengaran sehingga ke luar gim.

“HAHAHHAHAHAHAH!!!!” disusuli pula dengan tawa jahat Zelo yang kedengaran menakutkan.

Bunyi hentaman lantai kedengaran. Tingkap dan pintu seakan bergegar. Suara raungan Jongup yang tadinya kedengaran kuat kini semakin hilang. Mungkin saja pemuda itu dah tak sedarkan diri.

“Ambik kau ! Air Sirap Pak Cha !!! Telan sampai habis ! Wahahahaahhahahaha !” suara nyaring Zelo kedengaran.

Para pelajar yang dari tadi mengintai menelan air liur ketakutan. J-hope sudah berubah pucat. Niel juga sudah lama muntah-muntah dan paling teruk, L-joe. Ketua pelajar itu dah selamat pengsan tak sedarkan diri disebabkan ketakutan.

“Tidak !!!”

Suara Jongup bergema di seluruh kawasan sekolah dan membangkitkan tukang-tukang kebun yang sedang curi tulang di stor. Begitu juga dengan pengetua sekolah yang sedang asyik melayan video Girls Generation. Orang tua itu hampir keguguran jantung dek jeritan tragis Jongup.

Setelah hampir lima minit jeritan Jongup kedengaran, ia sayup-sayup hilang dan akhirnya menjadi sunyi.

“Kita berikan penghormatan terakhir pada perwira kita, Moon Jongup yang dah sudi berkorban demi kita semua.”  Rap Monster membuka cap yang dipakainya seraya melekapkannya di dada sambil mengucapkan ayat itu. Riak sedih sengaja ditayang kepada semua pelajar yang ada.

Suasana sepi dan tiba-tiba tawa jahat Zelo kedengaran lagi.

HAHAHAHAHAHAHAHHAHA!!! PUAS HATI AKU!!!! PUAS !!!!!

 



Hahaha. Merepek ! Mengarut ! Apa yang saya buat ni? / facepalm/ 

Apa-apa pun, harap korang suka la ek? Kalau tak suka, tarik nafas dan...lupakan~~ Waaaa! 

Thanks sebab sudi baca dan meluangkan masa di sini. Heee~~~

(^.^)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-