Boom Clap ! It's Zombie !

Description

ENAM manusia.

ENAM perwatakan.

ENAM cerita.

Dipertemukan dalam SATU peristiwa.

Terpaksa untuk bergabung sebagai SATU pasukan.

Demi menyelamatkan SATU bandar dan mungkin juga SATU dunia!

Dan hanya ada DUA BELAS jam untuk menamatkan segalanya.

Hanya ada DUA pilihan.

Lawan atau Lari?

 


 

Apabila Bandar Matoki  diserang satu wabak yang luar biasa, segala-galanya bertukar menjadi huru-hara. Wabak zombi yang entah dari mana puncanya membuatkan bandar yang aman damai bertukar menjadi kacau bilau.

Penduduk mula berubah umpama mayat hidup yang berjalan dengan gaya yang pelik. Senang cerita , ia adalah ZOMBI !!!

Jeritan dan laungan umpama tiada kesudahan.

Para zombi mula menguasai bandar dan mencari sesuatu yang bernama ‘OTAK’.

Hampir kesemua warga tidak terselamat. Ya, hampir…

Masih ada yang mampu bertahan....

 

 

 

“Semua benda yang berlaku ni adalah GILA ! Korang semua GILA ! Zombi ni GILA ! Bandar ni dah GILA dan aku pun dah GILA !”

 

“Tak boleh ke kita sogok je Zombi-zombi ni dengan duit dan suruh mereka blah?”

 

 

“Sedap sangat ke otak tu sampai zombi-zombi ni kemaruk sangat nak makan? Kalau sedap, aku pun nak cuba.”

 

“Apa zombi zombi ni? Tu semua mitos ! Aku yakin, pasti ada sebab yang bersangkut dengan faktor biologi serta kimia yang merupakan punca fenomena ni terjadi !”

 

“Lari selamatkan diri dan bersembunyi dalam almari. Itu saja satu-satunya tempat yang selamat !”

 

“Kalau aku dapat zombi tu , siaplah aku patahkan pinggang dan tangan diorang. Tak lupa juga tengkuk dan tulang belakang !”

 

Enam orang pemuda masih terselamat dari wabak Zombi ini. Secara tak langsung, mereka terpilih untuk menjadi penyelamat.

Mampukah mereka berenam ini bersatu dan menyelamatkan bandar?

 

‘Jangan biarkan hidup anda diselubungi…ZOMBI !’

 


 

TRAILER

 

 

 



 

PROLOG

 

Hikayat ini bermula di sebuah planet bernama bumi. Lebih spesifik lagi, di sebuah bandar cantik dan indah yang diberi nama Bandar Matoki.

Bandar Matoki merupakan sebuah bandar yang aman, harmoni dan mendamaikan di antara semua bandar yang ada di muka bumi ini. Penduduknya berbilang bangsa dan budaya serta sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Udara di sana nyaman dan menyegarkan. Bandar yang mengamalkan konsep bandar hijau ini telah menjadi juara 10 tahun berturut-turut dalam pertandingan Bandar Tercantik dan ini membuatkan Datuk Bandar Matoki, Kim Jongkook a.k.a Datuk Sparta berasa sangat bangga sehingga kembang lubang hidung serta otot badannya.

Namun, air yang tenang jangan disangka tak ada buaya. (apa kena mengena?) Di sebalik ketenangan bandar itu, seseorang sedang merancang niat jahat nya untuk mengkucar-kacirkan bandar Matoki tanpa pengetahuan sesiapa.

Akhir tahun 2014, sesuatu telah terjadi di Bandar Matoki disebabkan rancangan jahat seseorang yang ada niat jahat. (err…) Tragedi yang berlaku tak dapat dilupakan dan pastinya akan dikenang sampai bila-bila dan sudah pasti juga, ia akan tercatat dalam sejarah bandar termasyhur ini.

Kisahnya bermula begini…

 



 

Foreword

Hai Semua :)

Ya. Saya kembali walaupun masih ada cerita yang belum saya habiskan. Jangan risau, bukan cuma anda yang rasa annoying dengan saya, malah saya juga annoyed dekat diri sendiri ini.

Tapi, saya tak boleh kawal diri dari terus membuat cerita ni sebab saya risau ia akan terkubur begitu saja walhal saya sayangkan cerita ni. Ahh...apakah?

Tentang fanfic saya yang sebelum ni, Our Diva Daddy, saya masih serius nak habiskan cerita tu jadi, fanfics ni mungkin akan diupdate dengan slow tapi, tengok keadaan lah. Kalau tak krik krik, saya akan post chapter first secepat mungkin.

Apa-apa pun, selamat tahun baru.

Boom Clap ! It's Zombie ! adalah karya pertama saya di tahun 2015 ini. / lap air mata palsu/

Saya harap ada yang sudi membaca dan terhibur. Hehe...

(^.^)

 

WARNING : Cerita ini sememangnya tak logik dan mengarut. Sekiranya, anda seorang yang sentiasa berfikiran logik dan sentiasa menagih jawapan yang logik disebalik setiap perkara mengarut yang ada dalam ni, saya minta maaf. Mungkin, cerita ni tak layak untuk dibaca oleh anda. Sekian.

ENJOY~~

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-