31.12.14[Part 5]

Boom Clap ! It's Zombie !

31.December.2014 : Betrayal


 

“Dalam banyak-banyak manusia yang pernah aku jumpa, aku rasa si mamat Daehyun tu la yang paling bodoh kau tau tak?” Yongguk membebel dengan termengah-mengah sambil menyandarkan dirinya pada rak buku di dalam perpustakaan. Himchan dan Youngjae mengangguk-angguk. Turut bersetuju dengan kata-kata Yongguk.

Mereka bertiga kini sedang bersembunyi di dalam perpustakaan bagi melepaskan diri dari para zombi yang kebulur tu. Dah terasa macam main game kat Running Man dah gamaknya. Main hide and seek gitu. Tapi hide and seek ni lagi menyeramkan. Main dengan zombi kau.

“Penat aku ! Berlari dari tadi.” sungut Himchan sambil mengibas-ngibas mukanya dengan tangan. Mungkin cuba nak keringkan peluh yang dah membasahi wajah flawlessnya itu.

“Kalau kau tak nak lari, kau boleh je serah diri kat zombi tu. Sekali sekala buat amal kebajikan untuk mangsa kebulur kan?” Yongguk menyindir. Himchan yang terasa diperli panas telinga lantas mencebik. Malas nak cari gaduh. Daripada dia cari gaduh, baik dia cari Woo Bin.

“Mana budak berdua  tu? Dah kena makan dengan zombi dah ke?” soal Youngjae setelah lama diam.

Yongguk dan Himchan serentak angkat bahu.

“Masa kena kejar tadi, diorang berdua terpisah dengan kita.” Yongguk menjawab.

“Susahlah kalau kita tinggal bertiga. Budak Daehyun tu pun dah tak tau apa jadi. Dah jadi zombi jugak kot.” Himchan berkata sambil menggarukan kepalanya.

Youngjae dan Yongguk mengeluh.

 


 

“Kingka…”

“Jongup…”

Di dalam sebuah almari besar yang terdapat di dalam stor sukan, dua orang pelajar sedang berpelukan dengan tubuh yang menggeletar. Rasa takut dan berdebar menguasai diri mereka,

“Kau rasa kita akan kena makan dengan zombi-zombi tu ke?” Zelo menyoal.

Jongup menelan air liurnya. Terasa kelat.

“Macam kena je kingka. Apa kita nak buat ni?” Jongup memandang Zelo dengan pandangan yang lemah. Konon dah pasrah.

Zelo menepuk bahu Jongup.

“Takpe ! Kita serahkan je kepada takdir.” Zelo pun dah macam pasrah.

Jongup mengangguk.

“Moon Jongup, sebelum aku mati kena makan dengan zombi tu, aku nak minta maaf dekat kau. Aku selalu….sobs…buli kau…sobs…”ucap Zelo sambil mengenggam tangan Jongup erat. Matanya tajam menikam anak mata Jongup.

“Kingka…” air mata Jongup bergenang. Drama swasta nak mula dah.

“Jongup…jangan panggil aku kingka lagi. Panggil je aku Zelo.” Zelo berkata dengan sebaknya.

“Z…Zelo.”

“Jongup !”

Zelo menarik Jongup ke dalam pelukan. Di dalam almari sukan, bersaksikan beberapa bijik bola dan beberapa batang kayu hoki yang ada di dalam tu, seorang kingka yang kuat membuli telah meminta maaf kepada mangsanya. Sungguh syahdu scene ini. Sila hayatinya bersama dengan lagu sedih supaya dapat mengalirkan air mata dan juga hingus. Ok tak.

“Zelo, saya maafkan awak.” Jongup mengusap belakang Zelo. Dia menangis terharu. Tak sangka dia sedang memeluk Kingka yang selalu membulinya itu.

“Kita mati sama-sama ya Jongup? Itulah yang dinamakan sahabat kan?” Zelo berkata lagi. Dia mengesat air matanya yang mengalir. Jongup angguk lagi.

“Sahabat.”

Mereka saling berpandangan dan kembali berpelukan. Kali ni lebih erat.

TOK ! TOK ! TOK !

Ketukan perlahan yang kedengaran dari luar pintu almari membuatkan pasangan ‘sahabat’ itu tersentak.

“Diorang dah datang. Zombi dah datang !” bisik Jongup.

“Mak…” Hanya itu yang keluar dari mulut Zelo. Hah ! Baru sekarang nak ingat mak dia.

Dua pelajar itu masih belum melepaskan pelukan mereka. Pintu almari perlahan-lahan dikuak dari luar. Baik Zelo mahupun Jongup. Kedua-duanya menutup mata menunggu nasib yang akan menimpa mereka.

“Selamat tinggal Jongup.”

“Selamat tinggal Zelo”

 

“Hoi ! Aku dah agak dah korang berdua sembunyi dalam ni ! Bagi aku masuk. Aku dah desperate sangat dah ni ! Kaki aku sakit.”

Jongup dan Zelo memandang makhluk yang membuka almari tempat mereka bersembunyi tadi.

“Korang buat apa dalam ni? Maksiat? Ya Ampun! Anak muda zaman sekarang ni memang dah melampau-lampau. Kot ye pun nak buat maksiat, jangan la waktu-waktu macam ni. Kang tak memasal je mati dalam keadaan yang mengaibkan.” Daehyun sempat membebel sambil menggeleng-geleng ke arah Jongup dan Zelo.

Dua anak muda itu terlopong.

“Bagi aku masuk !” Daehyun cuba untuk melangkah masuk ke dalam almari itu.

“Jongup, bukan hyung ni dah kena makan dengan zombi ke tadi?” soal Zelo.

“Haah. Dia dah kena terkam dah tadi. Dengan adik dia sendiri pulak tu.” Jongup menjawab separuh berbisik.

Daehyun yang berada di hadapan mereka berdua diabaikan seketika. Lelaki itu tayang muka hairan.

“Apalagi yang korang bincangkan? Bagi la aku masuk !” Daehyun berkata lagi.

“Kejap !” Zelo dan Jongup serentak menghalang.

“Apanya? Korang ni jangan jadi tak kenang budi weh ! Aku dah bagi korang tumpang skuter aku. Sampai cium longkang skuter aku tau tak disebabkan korang semua? Sekarang ni, bila aku nak tumpang berlindung, korang tak bagi pulak! Ini ke semangat kerjasama?” sekali lagi Daehyun membebel.

Zelo dan Jongup menggeleng-geleng.

“Aku dah la lapar ni.” sempat lagi si Daehyun bersungut kelaparan. Perutnya digosok-gosok. Ni kalau dapat pekena roti canai la…memang syurga dunia la namanya.

“Hyung…la…par?” Jongup mengulang semula ayat Daehyun itu dengan terketar-ketar.

“Dia laparkan otak ! Dia dah jadi zombi.” Zelo berbisik ke telinga Jongup.

“Zombbbiii?” Jongup memandang Zelo. Zelo mengangguk laju.

“CABUT!!!!!!”

 

Tanpa banyak soal lagi, Zelo dan Jongup segera keluar dari almari dan merempuh Daehyun. Daehyun jatuh terjelepok ke lantai manakala dua pelajar itu sudah lari lintang pukang meninggalkannya.

“Weh ! Tunggu aku ! Apasal korang lari ?Ada zombi ke? Tunggu la aku !” setelah bangun dan menggosok bontotnya yang terasa sakit, Daehyun pun bergegas mengekori Zelo dan Jongup. Langkahnya agak pincang kerana terpaksa menahan rasa sakit di bahagian kaki dek kerana bergelut dengan para zombi tadi.

HUARGHHH!!!!

 


 

“Kita dah tak banyak masa weh ! Hari pun dah nak malam.” Yongguk memandang jam di tangannya.

“Carilah Woo Bin tu cepat !” Himchan berkata.

“Tak semudah tu. Kita kena susun perancangan dengan baik. Bahaya kat luar tu. Zombi-zombi semuanya dah target kita.”Youngjae membalas.

Sedang mereka bertiga sibuk berbincang, tiba-tiba Jongup dan Zelo yang entah dari mana muncul menyerbu. Terkejut beruk tiga jejaka itu.

“Daehyun hyung ! Dia kejar kitorang.” Zelo berkata dengan termengah-mengah. Jongup bersandar di rak buku bagi menghilangkan keletihannya.

“Dia ada kat mana sekarang? Yongguk menyoal. Juga terasa cemas.

“Dia dekat stor sukan. Dia cakap dia lapar.” Jongup menjawab.

“Lapar?” Himchan membeliakkan biji matanya.

Perkataan ‘lapar’ itu menakutkan bagi mereka dalam situasi sebegini.

“Takpe. Kita sembunyi dulu kat sini sambil susun plan baru. Port ni baik punya ! Zombi-zombi tu mesti takkan jumpa. Diorang tu bodoh sikit.” Yongguk berkata cuba untuk menenangkan yang lain.

“Hah ! Jumpa pun korang !”

 

Tiba-tiba mereka disergah. Serta-merta lima pemuda itu menoleh.

“Omona!”

Youngjae tercengang. Yongguk dan Himchan terbeliak biji mata. Jongup dan Zelo macam biasa, berpelukan.

“Apasal korang berdua lari?” Daehyun menyoal sambil mendekati kumpulan itu.

“Jangan datang dekat ! Jangan !” Yongguk yang berada di hadapan sekali antara mereka berlima cuba menghalang Daehyun dari mendekati mereka.

Yang lain sudah lama berlindung di belakang Yongguk. Himchan dan Youngjae mengintai Daehyun di sebalik tubuh Yongguk yang tak berapa nak besar sangat tu.

“Apasal dengan korang ni? Jangan ahh boikot aku !” Daehyun berkata. Dia menapak mendekati Yongguk.

Mereka berlima semakin berundur ke belakang.

“Takkan korang nak biarkan aku lawan zombi sorang-sorang? Jangan la boikot aku.”rayu Daehyun lagi.

“Pergi la kau ! Pergi ! Jangan makan kami ! Pergi !” Yongguk menghalau Daehyun dengan nada yang ketakutan. Risau jugak kalau tiba-tiba Daehyun mengamuk dan menerkamnya.

“Apa ni? Apa ni? Janganlah buat aku macam ni. Aku bukan zombi lah ! Jangan la halau aku macam halau lembu woi ! Sentap kau tau tak?” Daehyun menghentakkan kakinya geram.

“Bukan zombi? Apa maksud kau?” Yongguk memandang Daehyun dengan pandangan yang hairan.

“Weh Yongguk ! Jangan percaya cakap dia, dia tipu je tu. Dia berlakon sebab nak umpan kita.” Himchan menampar belakang Yongguk yang dah macam nak termakan dengan kata-kata Daehyun.

“Betul lah ! Mana ada bohong.” Daehyun menafikannya.

“Tak percaya !” Zelo membalas.

“Serius ! Tengok aku ni. Normal lagi kan? Takdenya aku ni zombi.” Daehyun cuba membuktikannya.

“Biar betul? Tak percaya la.” Youngjae menggeleng.

“Percaya la weh ! Aku bukan zombi.” Daehyun memujuk lagi.

“Kalau kau tipu?” Himchan membidas.

“Kamon la weh ! Zombi mana boleh cakap lancar macam aku ni. Cuba la tengok aku betul-betul…aku ni tak ada pun simptom zombi !” Daehyun membuka hujahnya.

Perlahan-lahan, lima pemuda itu mula percaya.

“Macammana kau boleh selamat?” soal Yongguk. Mereka sudah nampak tenang semula namun jarak antara mereka berlima dan Daehyun masih dijaga. Yongguk menghalang Daehyun untuk merapati mereka. Sungguh malang nasib pemuda itu.

“Aku pun tak tau. Mungkin sebab aku ni seorang yang lincah dan aktif kot.” jawab Daehyun selamba. Ada juga unsur riak di situ.

Yang lain hanya diam. Mereka memandang Daehyun, meminta pemuda itu bercerita dengan lebih lanjut.

“Camni ceritanya…”

 

*FLASHBACK*

 

Tae…Tae ! Ni hyung ! Abang kau ni ! Kau jangan nak jadi adik derhaka, Tae ! Jangan la makan hyung!” rayu Daehyun kepada adiknya yang masih lagi belum melepaskannya. Tubuh Daehyun dikunci oleh Taehyung seolah-olah adiknya itu ingin merogolnya. OMG…sucikanlah diri anda~~

“Oooo…takkkk!!!”

Bukan saja Taehyung, di belakang adiknya itu sudah ada beberapa lagi zombi yang berkerumun. Mungkin mencuba nasib nak tumpang sekaki. Daehyun tak sanggup untuk diratah dan dikendurikan oleh para zombi-zombi ini. Oleh itu, dia cuba memerah otaknya untuk mencari jalan keluar.

“Tae ! Tengok tu ! APink la !” Daehyun menjuihkan bibirnya ke arah satu tempat untuk mengalihkan perhatian Taehyung.

“A…pinkkk?” ternyata adiknya itu terpedaya. Sungguh la finatik sekali adiknya dengan APink. Walaupun dah jadi zombi, tetap jugak setia dengan APink itu.

Kesempatan yang ada Daehyun gunakan untuk melepaskan dirinya. Taehyung yang sedang sibuk mencari ‘APink’ yang kononnya ada itu terleka seketika dan Daehyun menggunakan kesempatan itu untuk berlari.

Para zombi yang lain mula mengejarnya dan kaki Daehyun berjaya ditarik.

Huarghhh!!!

Daehyun meronta meminta dilepaskan.

Arghhh!!!

Kaki kanannya terasa pedih. Rupanya ada zombi yang sedang menokak kakinya. Darah mula mengalir.

“Tak guna ! Kau gigit kaki aku !!!”

Daehyun tiba-tiba naik angin. Dengan sepenuh tenaga yang dia ada, dia menyepak muka zombi itu. Terpelanting encik zombi tu ke belakang. Sekali lagi, Daehyun mendapat peluang lantas dia bangkit dan berlari sekuat hatinya. Rasa sakit ditahan sebolehnya. Dia menuju ke arah stor sukan dan cuba mencari tempat persembunyian. Di situlah dia terjumpa dengan Zelo dan Jongup.

 

“Hah ! Macam tu la ceritanya.”

Daehyun tamatkan cerita sambil tepuk tangan.

“Hebatkan aku?” soalnya sambil jongket kening sebelah. Gaya poyo.

“Kaki kau luka ke? Kau kena gigit?” soal Youngjae kepada Daehyun.

Daehyun mengangguk.

“Kesian kan kat aku? Terima kasih sebab prihatin.” Daehyun membalas sambil buat muka sedih.

“Eiii ! Kesian apanya ! Ni nanti mesti ada kesan sampingan ! Gigitan zombi tu berbahaya kau tau tak? Kau akan jadi zombi nanti…Eiiii !” Youngjae menjauhkan dirinya dari Daehyun. Begitu juga dengan yang lain.

“Weh ! Jangan la macam ni !” Daehyun kelam-kabut.

“Kau kena dikuarintinkan !” Yongguk berkata.

“Eiii ! Kuman-kuman zombi tu dah masuk dan kuasai badan kau.” Himchan pulak menambah.

“Weh ! Jebal ! Aku OK ! Aku tak apa-apa ! Serius !” Daehyun cuba membidas mereka.

 

HUARGHH!!!

 

Sedang mereka berenam kecoh dengan Daehyun yang digigit zombi itu, tiba-tiba mereka berenam dikejutkan dengan kemunculan tiga zombi yang menghala ke arah mereka.

“Mak !!!!”

Masing-masing berteriak ketakutan.

Yongguk dan yang lain segera berundur. Namun, agak sukar bagi Daehyun yang sudah tercedera di bahagian kaki. Dia cuba bangkit dan berjalan terpincat-pincat untuk melepaskan diri. Malang nasibnya apabila dia terjatuh.

“Daehyun !!!”

Mereka berlima yang sudah agak jauh meninggalkan Daehyun di belakang berhenti dan menoleh. Kelihatan tiga zombi itu sedang menuju ke arah Daehyun. Daehyun menggeletar. Sudah dua kali dia mengalami keadaan sebegini.

“Pergi ! Pergi ! Jangan makan aku ! Aku tak sedap !” gumam Daehyun perlahan. Matanya meliar mencari benda yang boleh dia gunakan untuk menghalang zombi itu dari menerkamnnya.

Tiba-tiba, dia tersentuh botol minuman Zelo yang mungkin tercicir di lantai. Botol besar itu ditenung seketika sebelum diangkat.

“Ini pun boleh lah !”

Dengan keberanian yang tak berapa nak ada tu, Daehyun pun mengetuk kepala satu zombi yang mendekatinya. Tanpa disangka, penutup botol minuman itu terbuka dan air di dalam botol itu memercik ke muka si zombi.

Meraung zombi itu dibuatnya saat cecair merah di dalam botol itu singgah ke mukanya. Tak sampat seminit, zombi itu rebah ke lantai. Tak bergerak walaupun sedikit.

Daehyun tercengang.

Begitu juga dengan yang lain.

“Itu air sirap Pak Cha kan?” soal Jongup pada Zelo. Zelo mengangguk. Botol minuman itu memang miliknya. Mungkin tercicir dari dalam beg yang digalasnya.

“Lari la Daehyun !” Yongguk menjerit memanggil Daehyun. Tak sampai hati pulak tengok mamat tu.

Daehyun berlari sedaya upayanya. Kakinya yang tercedera agak membataskan pergerakannya. Dua lagi zombi  masih belum berputus asa. Mereka mengejar Daehyun lagi.

Yongguk yang dah tak tahan tengok Daehyun yang terkial-kial itu akhirnya berlari mendapatkan insan lemah yang hampeh itu.

“Naik ke belakang aku ! Cepat !” Yongguk berkata sambil menyuakan belakangnya kepada Daehyun.

“Aku? Naik belakang kau? Kau nak dukung aku ke?” soal Daehyun teragak-agak.

 Yongguk merengus.

“Cepat je la ! Ke kau nak kena makan?”

Daehyun berfikir sejenak sebelum akhirnya akur.

 

*BGM: Definitely Today_B.A.P*

 

Daehyun naik ke belakang Yongguk.

“Pegang kuat-kuat.” Yongguk berkata lalu membawa Daehyun di belakangnya. Dia berlari sekuatnya diekori dengan Himchan dan yang lain-lain.

“Ambik kau zombi !”

Sebelum beredar, sempat jugak Zelo menyimbah air sirap Pak Cha yang ada dalam simpanannya ke muka zombi yang mengejar. Seperti yang dijangka, zombi tu meraung kesakitan dan rebah ke lantai. Memang tak boleh dinafikan lagi. Penangan air sirap Pak Cha adalah yang terbaik !

“Daebak Zelo ! Kasi bunuh diorang tu !” Jongup bersorak.

“Yah budak ! Ini first time aku tengok kau buat benda bagus ! Daebak !” Himchan menumbuk bahu Zelo sambil berlari.

“Jangan risau semua ! Air sirap Pak Cha adalah senjata baru kita. Aku ada banyak stok ni dalam beg.” ucap Zelo sambil menepuk-nepuk begnya. Tak sangka air sirap puaka yang selalu mereka elakkan itu kini menjadi penyelamat mereka sendiri.

“Turunkan aku ! Sekarang ! Zombi dah takde dah !” Daehyun yang masih didukung oleh Yongguk berkata. Yongguk mengangguk. Tanpa banyak cakap, dia melepaskan Daehyun dan pemuda itu jatuh terduduk ke lantai.

“Aiyakk! Bontot aku !”

Daehyun mengaduh kesakitan. Sungguh malang nasibnya. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Memang sejak dua menjak ni, luck dia buruk. Bermula dari kena clash semalam sehinggalah kena kejar dengan zombi hari ini. Semuanya malang.

“Sakitlah !” gumam Daehyun.

“Dah kau suruh turunkan sekarang.” Yongguk membalas selamba.

“Dah ! Dah !Jangan riuh ! Nanti ada zombi nampak kita.” Youngjae menenangkan Daehyun dan Yongguk yang tiba-tiba nak bertekak itu.

“Sekarang ni, kita kena pergi ke bilik pengetua. Cari si Woo Bin tu.” Himchan berkata. Dia membantu Daehyun untuk bangun.

“Jangan risau. Stok air sirap Pak Cha aku banyak lagi. Kalau zombi tu datang, kita sembur je diorang dengan air puaka ni. Confirm menggelupur !” Zelo berkata yakin. Tak sia-sia dia selalu bawak air sirap Pak Cha itu bersamanya. Bukan saja boleh digunakan untuk membuli orang tapi jugak boleh digunakan untuk menewaskan zombi.

“Gila betul budak ni.” Daehyun menjeling Zelo lantas mengutuknya perlahan.

“Youngjae ! Kau lead kami. Kau mesti tahu jalan nak ke bilik pengetua kan? Kau kan cikgu kat sini.” Yongguk mengarahkan Youngjae untuk mengetuai mereka berenam ke bilik pengetua.

“Aku…ak..aku cikgu baru. Tak mahir lagi. Zelo…lead la ! Dia kan pelajar kat sini.” Youngjae menggeleng. Dia menolak Zelo ke hadapan. Aik, takut pulak mamat Youngjae ni.

“Apa pulak ! Cikgu la lead !” Zelo tolak semula Youngjae.

“Tak nak !” Youngjae lari ke belakang.

“Hoi ! Apahal pulak ni? Takkan tu pun nak bertolak-tolak. Youngjae ! Aku nak kau jugak !” Yongguk keluarkan arahan macam seorang ketua.

“Yelah ! Ye lah ! Kau tunggu la nanti Zelo, kalau cikgu handle kuiz kat kelas kau, cikgu potong 10 markah kau sebab buat cikgu macam ni.” ugut Youngjae kepada Zelo. Pelajar itu sekadar bersiul endah tak endah. Lantaklah cikgu~~

Mereka memulakan perjalanan dari perpustakaan ke bilik pengetua. Dengan penuh berhati-hati, mereka berenam menyusuri koridor sekolah. Himchan dan Jongup  bertukar-tukar tempat memapah Daehyun yang bajet macam dah cedera parah tu.

Mereka terpaksa menyelinap di setiap sudut yang ada demi menyembunyikan diri mereka dari para zombi yang berkampung di sekolah itu. Pergerakan mereka tak boleh diketahui.

“At last !”

Youngjae menghela nafas lega bila akhirnya mereka tiba di hadapan bilik pengetua Yoo. Perlahan-lahan, tombol pintu dibuka dan enam pemuda itu membolosinya.

“Mana bilik rahsia tu? Tak nampak pun?” soal Daehyun.

“Dah nama pun bilik rahsia memanglah susah nak nampak.” Yongguk membalas.

Daehyun mengangguk-angguk. Ye tak ye jugak.

“Himchan, kau tau apa-apa fasal bilik rahsia? Kwang Soo hyung ada cakap?”soal Youngjae kepada Himchan. Himchan mengangguk.

“Serahkan je pada aku. Kwang Soo hyung cakap, pintu ke bilik rahsia tu ada di sebalik salah satu gambar yang ada dalam bilik pengetua korang ni.” Himchan berkata yakin.

“Gambar mana satu? Belambak gambarnya.” Yongguk menyoal sambil matanya meliar memandang setiap gambar yang tergantung pada dinding bilik pengetua Yoo. Ada gambarnya sewaktu tadika, gambarnya sekolah rendah, gambar zaman kolej dan juga zaman umurnya 20-an. Tak lupa juga, ada gambar keluarga bersama KwangSoo dan WooBin.

Satu persatu gambar itu dibelek. Cuba mencari pintu rahsia ke bilik tersembunyi. Mereka yakin, WooBin pasti sedang menyorok di dalam bilik rahsia itu.

“Cepat !Cepat ! Gambar mana satu.” Zelo menurunkan setiap gambar yang ada namun semuanya masih sama. Langsung tak menunjukkan jalan untuk mereka masuk ke pintu bilik rahsia.

“Cuma ni satu gambar yang tinggal.” setelah sekian lama mencari, tibalah ke frame gambar yang terakhir.

“Girls Generation?”

“SNSD?”

Mereka berenam tercengang seketika. Gambar sembilan orang gadis cantik yang tergantung pada dinding bilik itu ditenung.

“Kau rasa gambar ni ke?”soal Yongguk agak ragu.

“Memang sah gambar ni. Pengetua Yoo memang fans SNSD pun. Dia pernah cakap yang dia SONE sejati.” Zelo berkata dan dipersetujui oleh Jongup.

“Cuba je lah !” Youngjae tanpa banyak fikir mengangkat bingkai gambar itu. Ternyata, apa yang mereka fikirkan tak sia-sia bila ada satu butang tersembunyi di sebalik bingkai gambar SNSD itu.

“Aku dah kata.” Zelo tersengih.

Himchan dan yang lain sekadar mengeluh. Ada hati jugak orang tua ni dengan SNSD. Agak-agaklah, sapa la bias dia dalam group tu?

Butang rahsia itu ditekan dan tiba-tiba, rak buku yang ada berhampiran bergerak seakan pintu.

“Woaaaaa”

Satu jalan rahsia terdedah saat rak buku yang dijadikan pintu rahsia itu terbuka.

“Jom cepat !” Yongguk mendahului mereka. Dia menuruni setiap anak tangga menuju ke dalam bilik rahsia itu. Lima yang lain mengekorinya. Mereka jalan berjengket supaya tak tertangkap.

Namun, usaha mereka sia-sia bila WooBin tiba-tiba muncul di depan mereka.

“Sapa korang ni? Apa korang buat kat sini?” soalnya garang.

“WooBin hyung !” Himchan melangkah ke depan, memandang WooBin dengan pandangan yang menikam.

Mulut WooBin ternganga seketika.

“Sanggup hyung buat macam ni. Tak kesian kat Kwang Soo hyung ke?” serang Himchan.

“Apa yang kamu merepek ni? Macam mana kamu boleh ada kat sini? Siapa yang kamu bawak ni Himchan?” soal Woo Bin bertalu-talu.

“Dah la hyung ! Jangan nak berdolak-dalih ! Bandar ni jadi huru-hara sebab hyung kan? Hyung yang buat semua orang jadi zombi? Kan? Lebih baik hyung kembalikan semula semua jadi normal.” Himchan menempik WooBin.

“Apa?” WooBin juga meninggikan suaranya.

Mendengarkan nada suara WooBin yang keras, maka Yongguk dan yang lain mendekati Himchan. Mereka ingin sama-sama melawan Woo Bin.

“Hyung ! Tak sangka hyung macam ni ! Tak sangka hyung tamak sampai macam ni sekali !” Himchan berang.

“Apa ni? Mesti si Kwang Soo tu dah racuni kepala otak kamu kan?” Woo Bin membalas. Dia merengus geram.

“Jangan salahkan Kwang Soo hyung ! Dia selalu jadi mangsa hyung ! Semua orang selalu rendahkan dia !” Himchan menolak bahu WooBin geram.

“Kim Himchan ! Sudah ! Jangan tertipu dengan Kwang Soo. Dia penyebab semua ni! Dia yang mulakan dulu.” WooBin berkata dengan tegas.

“Jangan nak tipu. Dah la! Tolong kembalikan bandar ni jadi normal balik. Kau tak patut buat macam ni.” Yongguk memandang Woo Bin. Kolar baju lelaki itu dicekak. WooBin tersentak.

“Aku dah cakap bukan aku ! Kwang Soo dalang yang sebenar ! Dia dah fitnah aku !” WooBin berkata.

“Jangan nak tipu !”Himchan membentak. Bengang sungguh dengan lelaki di depannya itu.

 

“Betul tu. WooBin cakap benda betul.”

Tiba-tiba, ada satu suara yang muncul dari belakang mereka. Serentak, semua menoleh.

Kwang Soo berdiri tegak sambil tersenyum sinis memandang ke arah tujuh lelaki di hadapannya itu.

“WooBin tak tipu. Akulah dalang sebenarnya.”

Ucap Kwang Soo sebelum ketawa jahat. Ketawanya yang menjengkelkan itu memenuhi seluruh isi ruang rahsia milik Pengetua Yoo itu. Perlahan-lahan tangan Yongguk melepaskan cengkaman kolar baju WooBin.

“Kwang Soo hyung…”

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAH!!!!

 


P/S : Halo sekalian~Nice To Meet Youhhh ! Sorry sebab lambat. Saya memang selalu lambat. Hihi../grins/...anyway, cerita ni dah nak habis. Mungkin dalam satu chapter lagi? Mungkin...saya akan cuba update cepat sikit since semester baru dah nak start. Ok. Semoga terhibur untuk chapter kali ni. Hihi :)

Oh Ya ! Sementara tunggu cerita ni update, apa kata baca fics terbaru dari saya ni?

Lucky Draw, Lucky Me !

Dah complete dah pun nak~~Mind to visit. Hehe...

Ok.Done.Thanks sebab baca. Love You~~<3

 

*Percayalah kalian, Oppa bukan zombi.-Daehyun*

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-