31.12.14 [Part 6]

Boom Clap ! It's Zombie !

 

31.December.2014 : Last Warrior


Kwang Soo tersenyum puas hati. Ternyata enam pemuda itu berjaya ditipunya hidup-hidup.  Dia memandang tujuh lelaki yang tak sedarkan diri itu. Gas tidur ciptaannya itu memang membuahkan hasil. Mereka semua terus melelapkan mata saat terhidu gas itu. Perangkapnya membuahkan hasil. Dengan ini, dia dapat melengah-lengahkan masa dan dapat menjalankan rancangan jahatnya untuk menakluki Matoki. Dia berasa bangga dengan apa yang dia lakukan. Tak lama lagi, impiannya akan tercapai.

“Tido la korang puas-puas dalam ni.” ujarnya seraya menyepak kaki WooBin. Sengaja melepaskan geram kepada adik angkatnya itu. Dia ketawa lagi dan menapak keluar dari bilik rahsia itu. Meninggalkan WooBin dan yang lain.

 

BEBERAPA JAM KEMUDIAN.

 

“Pizza ! Pizza ! Tun…tunggu aku ! Tunggu aku !”

Daehyun yang mengigau tersentak lantas terjaga dari tidurnya. Dia memandang keadaan sekeliling. Matanya berpinar.

“Mimpi rupanya. Ni mesti aku lapar sangat.” gumamnya perlahan sebelum mengeliat sepuas hati. Sedap tidur weh !

“Omakau ! Apasal ramai sangat tidur kat sebelah aku ni?” Daehyun yang berkeadaan mamai masih belum dapat mengingati apa yang terjadi kepadanya sebelum ini.

Disebabkan suara Daehyun yang agak kuat menjerit itu, Jongup dan Youngjae serentak membuka mata.

“Aku kat mana ni?” soal Youngjae sambil menenyeh matanya. Masih mengantuk.

“Aku kat syurga ke? Aku dah mati?” Jongup juga bermonolog.

Disebabkan suasana yang agak kecoh itu, semua orang mula tersedar dari lena mereka.

“Korang semua tak apa-apa? Ada yang cedera?” Woo Bin memulakan bicara setelah terjaga. Dia kalut memandang semua orang.

Demi terpandangkan WooBin, baru mereka berenam teringat akan peristiwa yang berlaku kepada mereka sebentar tadi.

Sedang mereka semua sibuk dok terkejut dengan kehadiran Kwang Soo, tanpa mereka sedari lelaki itu melepaskan bom tidur yang mengeluarkan asap yang berkepul-kepul. Disebabkan tak dapat nak menghindar lagi, mereka bertujuh akhirnya terhidu gas dari bom itu dan mula tak sedarkan diri. Tak sangka, sungguh licik si Kwang Soo tu.

“Hyung…” Himchan memandang WooBin dengan muka yang bersalah.

“S…sori sebab serang hyung tadi.” Himchan berkata.

WooBin mengangguk.

“Hyung faham. Korang semua dah termakan kata-kata si Kwang Soo tu. Mungkin dia sengaja nak perangkap korang dan juga hyung.” WooBin mengeluh.

“Apa motif Kwang Soo tu sebenarnya?” Youngjae panasaran. Dia ingin tahu mengapa si Kwang Soo itu boleh bertindak sedemikian rupa.

WooBin mengeluh.

“Kwang Soo tu sebenarnya ada masalah mental. Dia merancang nak takluki bandar ni. Dia nak jadi ketua dalam semua benda. Dia cakap dia nak tumpaskan Datuk Bandar. Dia nak jadi paling berkuasa dalam bandar ni dan bukan tu je, dia pun ada niat nak takluki dunia.” cerita Woo Bin.

“Dia nak tumpaskan daddy aku? Hell no ! Langkah mayat anak teruna dia yang sorang ni dulu ok?” Himchan menyampuk dengan gaya diva. Tak berapa nak teruna sangat dah gamaknya dengan gaya macam tu. Sempat juga enam manusia yang lain buat muka derp tatkala mendengar ayat Himchan itu.

“Sambung hyung…sambung.” Zelo berkata. Malas pulak nak dengar Himchan membebel dengan lebih lanjut. Dia lagi berminat nak dengar cerita WooBin ni.

“Memang dari kecik, Kwang Soo ada gangguan jiwa. Tapi bapak angkat kami tak nak sapa-sapa tahu. Dia rahsiakan perkara ni dari semua orang sebab dia tak nak Kwang Soo dimalukan. Dia jadi macam tu lepas kedua orang tua dia meninggal dalam kemalangan masa umur dia 10 tahun.” sambung Woo Bin. Fikirannya melayang jauh mengenangkan perkara silam itu.

“Bapak dia dulu seorang saintis. Dia kononnya nak cipta satu tonik untuk membuatkan manusia jadi kuat dan tak pernah sakit. Niat dia untuk menyembuhkan semua pesakit kanser atau AIDS yang ada di dunia ni tapi…”

“Tapi apa?” Daehyun nampaknya dah tak sabar.

“Entah di mana silapnya, tonik tu tak berjaya dan apa yang teruknya, tonik tu buat manusia jadi zombi ! Insiden macam ni berlaku tapi tak la seteruk ni. Ada saintis lain yang berjaya cipta penawar wabak tu.”

“Saintis lain? Sapa?” soal Himchan.

WooBin angkat bahu tanda tak tahu.

“Hyung pun tak tahu. Tapi, penawar dia berkesan. Dia berjaya sembuhkan wabak zombi tu sebelum ia merebak.”

Enam pemuda yang mendengar itu angguk serentak.

“Sejak dari hari tu, semua orang kat bandar ni salahkan ayah Kwang Soo kerana insiden tu. Ayah dia diberhentikan kerja. Kerjaya ayah dia hilang. Tak lama lepas tu, ayah dia meninggal sebab kemalangan. Dengan mak dia sekali. Orang cakap, ayah dia memang saja nak bunuh diri. Ayah dia memang saja nak biar kemalangan tu terjadi tapi yang tu tak pasti lah.” Woo Bin bercerita lagi.

“Oooo….jadi sebab tu la Kwang Soo jadi sewel?” soal Youngjae. Cuba buat kesimpulan. WooBin mengangguk mengiakan kata-kata Youngjae.

“Kesian…” Jongup tiba-tiba jatuh simpati.

“Hish! Tak payah nak dikesiankan ! Dia penyebab kita huru- hara macam ni.” Zelo menyiku lengan Jongup.

Jongup mengeluh.

“Bapak kami ingat yang dia dah sembuh sebelum ni. Pengetua Yoo berusaha sungguh-sungguh nak pulihkan dia dan bila kami berdua dah menginjak dewasa, Kwang Soo pun dah berubah. Dia dah semakin pulih dan tapi sangkaan kami salah. Kwang Soo masih jugak ada gangguan mental tu. Dendam dia masih kuat dalam diri tu. Dia nak semua orang menderita sebab buat ayah dia menderita. Dalam diam, dia cipta tonik zombi yang macam ayah dia buat dulu. Dia nak semua orang jadi zombi dan dia nak kuasai semua orang. Dia nak jadikan setiap orang hamba dia.” Woo Bin berkata geram.

“Perghh! Kejam siot si Kwang Soo tu. Tak patut…tak patut…” Daehyun mengeleng-geleng.

“Kita kena halang dia.” Yongguk menyampuk.

Woo Bin mengeluh mendengar ayat itu.

“Hyung dah buntu nak cari jalan keluar. Dah bermacam-macam tonik yang hyung cuba buat untuk jadikan penawar wabak zombi ni tapi, semuanya macam tak berhasil.” Woo Bin berkata hampa.

“Macam mana ni? Kita dah kesuntukan masa. Kwang Soo dah berjaya lengahkan kita.” Youngjae mengerutkan dahinya.

“Betul tu ! Apa kita nak buat ni? Hyung ! Cepat ! Cuba lagi buat penawar.” Himchan menggesa Woo Bin. Woo Bin mengangguk-angguk lantas bangkit dari duduknya.

“Tunggu sekejap !”

Yongguk tiba-tiba bersuara. Semua perhatian kini dialihkan ke arah Yongguk.

“Ada sesuatu yang tak kena.” Yongguk berkata dengan nada yang suspen.

“Apa?”

“Apa?”

“Apa yang tak kena?”

Soalan bertubi-tubi dikeluarkan dari mulut enam lagi pemuda yang lain.

“Jung Daehyun !”

Yongguk menundingkan jarinya ke arah Daehyun . Lelaki itu tergamam. Kini semua orang memandangnya pula. Seperti dia seorang pesalah.

“Wae????” Daehyun cuak.

“Kau kata kau kena gigit zombi kan?” tanya Yongguk dengan pandangan yang tajam ke arah Daehyun.

Daehyun mengangguk. Luka di kakinya ditunjukkan sebagai bukti.

“Kejap ! Memang ada yang tak kena ! Bukan ke patutnya gigitan zombi tu berjangkit. Maknanya kau akan jadi zombi kan?” Youngjae mula mengesyaki sesuatu.

“Tak ! Aku tak jadi zombi pun ! Aku ok ! Serius !” Daehyun menafikan. Kepalanya digeleng-geleng laju.

“Biar betul?” Zelo angkat kening sebelahnya.

“Kau tak ada rasa macam benda yang pelik? Macam rasa berpinar-pinar ke? Rasa dahagakan darah ke? Gigi kau? Ada tumbuh taring tak?” Woo Bin menyoal. Terkejut dia dibuatnya apabila mendapat tahu Daehyun telah digigit zombi.

Daehyun menggeleng. Yakin.

“Hyung…Ok?” Jongup menyoal was-was.

“Ok !” Daehyun mengangguk laju.

“Pelik…Macam mana kau boleh survive?” Himchan garu dagunya.

Daehyun angkat bahu. Tak ada jawapan untuk soalan Himchan.

Suasana diam seketika.

“Apa yang kau minum atau makan atau sapu sebelum kau digigit tu? Ada?” Woo Bin menyoal. Rasa ingin tahunya menyirap-nyirap.

“Makan? Hmmm…sebelum keluar tadi aku sempat makan roti bakar dua keping, nasik goreng dua pinggan dengan ramen setengah mangkuk. Sapu? Aku sapu losyen Vaseline tadi. Nak protect kulit weh tapi…itu aku rembat adik aku Taehyung punya. Aku punya losyen dah abis.” Daehyun bercerita.

“Minum?” Woo Bin menyoal lagi. Daehyun tak habis jawab soalan dia.

“Aku minum milo dua cawan, teh tarik segelas, air mineral dua botol dengan…” dia berjeda seketika. Cuba mengingat apa yang diminumnya.

“Ah ! Air sirap budak panjang ni ! Sedap woi air sirap dia ! Dia sengaja sembunyikan.” bahu Zelo ditumbuk perlahan. Eksaited pulak bila bercerita fasal air sirap tu.

“Air sirap Pak Cha?” Jongup dan Zelo saling berpandangan.

Youngjae yang mendengar nama air sirap itu turut terbeliak.

Daehyun mengangguk.

“Haah ! Air sirap yang kau selalu usung tu la ! Air sirap tu the best ! Zombi pun menggelupur bila kena air tu.” Daehyun berkata lagi. Ibu jarinya diangkat dan ditayangkan kepada semua.

Serentak dengan itu, semua orang saling bertukar pandangan.

 


 

 

SEMENTARA ITU.

 

HAHAHAHHAA!

Kwang Soo ketawa kuat di atas sebuah pentas besar. Di hadapannya, ribuan zombi sedang tunduk kepadanya.

“Tuan…Kwang…Soooo!”

Tonik yang dia gunakan untuk menukarkan manusia kepada zombi bukan saja mampu berbuat demikian malah dia juga telah membuatkan otak manusia yang bertukar menjadi zombi itu dimanipulasi. Ini membuatkan mereka hanya tunduk kepadanya. Kepada Lee Kwang Soo seorang !

Di sisinya, terdapat beberapa zombi yang sedang melayannya seperti raja.

“Lee Kwang Soo hebat ! Even EXO pun dah tunduk dekat aku !” Kwang Soo ketawa sambil tangannya menampar belakang Suho, leader kumpulan idol terkenal bernama EXO. Suho tu pun dah lama transform jadi zombi.

Patutnya, pentas besar itu adalah untuk konsert EXO yang diadakan namun kini ia sudah bertukar menjadi pentas milik Kwang Soo seorang. Ini semua gara-gara wabak zombi yang merebak dan membuatkan kawasan konsert itu bertukar menjadi medan pertempuran zombi. Habis semua members EXO yang hot tu bertukar menjadi zombi dan yang paling teruknya, mereka semua menjadi zombi suruhan Kwang Soo.

“Kipas laju-laju sikit !” arah Kwang Soo pada zombi D.O dan zombi Kai yang berada di kiri dan kanannya.

“Tu…tuann…ini ang…gur yang tu..tuan nak…” zombi Lay muncul membawa beberapa gugus anggur yang diletakkan di dalam raga kecil.

“Ba…ru je le…pas pet..,ik kat sup…er…mar….ket ….tua…nnn” zombi Chanyeol yang berada di sebelah Zombi Lay menambah.

“Suapkan aku !” Kwang Soo mengarahkan zombi Sehun yang berada berhampiran dengannya.

Dia ketawa puas hati. Habis satu bandar ni dia berjaya kuasai. Tinggal beberapa jam sebelum semuanya akan menjadi kekal. Dia bakal menjadi raja di bandar itu. Tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya. WooBin dan enam pemuda ‘bodoh’ yang berjaya dia tipu tadi pun sudah dia settlekan. Lepas ni, dia merancang untuk menukarkan mereka bertujuh menjadi zombi juga. Biar boleh dijadikan drivernya.

“Dengar sini semua zombi Bandar Matoki,  mulai hari ini, akulah raja korang semua !” suara Kwang Soo kedengaran menerusi corong speaker. Lagu Call Me Baby nyanyian kumpulan EXO mengiringi ucapannya itu. Sempat juga zombi-zombi EXO menari mengikut rentak lagu itu. Maklumlah, jiwa penghibur masih ada walaupun dah bertukar jadi zombi.

“Sembah aku ! Call Me Baby ! Eh bukan ! Call Me King !” Kwang Soo memberikan perintah.

Para zombi yang ada di bawah pentas menurut.

“King Kwang Soo !”

 

“Hoi LKS !”

Satu suara tiba-tiba muncul dari belakang.

“Sapa LKS?” Kwang Soo menoleh. Matanya terjegil bila terpandangkan orang yang memanggilnya itu.

“Kau la LKS. Aku malas nak sebut nama full kau. Buat abis air liur je.” Woo Bin berkata sambil bercekak pinggang. Di belakangnya, enam pemuda turut sama bercekak pinggang dan membuat muka poyo.

“Macam mana korang boleh terlepas?” soal Kwang Soo geram.

“Kau la yang bodoh ! Nak kurung kami tapi pintu tak reti nak kunci. Haktuihh !” Yongguk tersenyum mengejek.

Kwang Soo bengang. Nampaknya, ada sedikit gangguan dalam rencananya ini.

“Zombi EXO ! Serang !”

Arahnya pada kesemua ahli EXO.

Tanpa berlengah, EXO terus mendekati WooBin dan yang lain. Masing-masing mula menunjukkan taring.

Akan tetapi, WooBin and the gang sudah mempersiapkan senjata mereka.

“Terimalah ! Air sirap Pak Cha ! Sirap terbaik di alam semesta !”

Dijirusnya ke semua ahli EXO dengan air sirap Pak Cha menggunakan gayung yang diambil di dalam tandas sekolah.

Itulah senjata mereka.

 Baldi,  gayung dan Air sirap Pak Cha.

Mereka akan memandikan semua zombi yang ada dengan air sirap puaka Pak Cha ini. Inilah penawar sebenar yang mereka cari. Daehyun adalah testimoni yang berjaya. Buktinya, mamat sengal itu langsung tak bertukar menjadi zombi walaupun dia digigit makhluk berjangkit itu. Ini kerana dia telah minum air sirap Pak Cha ! Jadi, katakan terima kasih kepada air sirap yang rasanya seperti air rendaman stoking itu.

Mana dapat air sirap tu banyak-banyak?

Semuanya adalah kerana jasa kingka sekolah yang selalu menjadi pelanggan tetap air sirap itu. Air sirap yang dia gunakan untuk membuli orang tu memang sentiasa ada dalam simpanannya bahkan kingka Zelo juga tau di mana Pak Cha menyimpan stok air sirap tu di dalam kantin.

Hebat kan?

Berbalik kepada pertempuran zombi EXO dan  kumpulan WooBin,

Dua zombi EXO iaitu Xiumin dan Chen sudah jatuh menyembah lantai pentas dek penangan air sirap itu. Menggelupur masing-masing bila muka mereka terkena cecair merah itu.

Masih ada berbaki beberapa orang ahli EXO yang belum ditewaskan, pertempuran semakin sengit.

Lagu Exodus pula mengiringi pertarungan di atas pentas itu. Bukannya apa, dari tadi dah Kwang Soo cuba tutup muzik tu tapi dia tak tahu macam mana nak tutupnya. Dia tak berapa mahir bab-bab sound sistem ni. Jadi, terpaksalah biarkan semua lagu tu terbukak dan secara tak langsung menjadi background music untuk situasi sekarang.

Zombi-zombi di bawah pentas sekadar memerhati saja. Mungkin mereka menganggap itu adalah persembahan percuma yang sengaja ditayangkan kepada mereka. Hmm…pelik.

“Amek kau !”

“Rasakan ni !”

“Nah air sirap untuk hilangkan dahaga kau !”

Air sirap Pak Cha membasahi lantai pentas bersama zombi-zombi EXO yang sudah terbaring tak sedarkan diri.

Kwang Soo terlopong. Hairan dia, bagaimana mereka boleh mengalahkan zombi tu hanya dengan kuasa air sirap. Kwang Soo kena tahu yang air sirap tu bukan air sirap biasa. Ia adalah air sirap Pak Cha.

“Para zombi sekalian ! Cepat hapuskan manusia-manusia yang ada ni !” Kwang Soo melaung mengarahkan setiap zombi yang ada untuk menghapuskan orang yang cuba menggagalkan misinya.

Kelompok zombi itu terus mula menyerang. Ribuan zombi berjalan naik ke pentas membuatkan tujuh pemuda itu rasa agak cuak.

“Nak buat apa ni? Ramai sangat !” Himchan gelabah ayam.

“Sembur je la diorang.” Zelo berkata sambil buka kuda-kuda. Bersiap-sedia untuk melepaskan senjata air sirap itu.

Pada masa yang sama,

Ahli-ahli EXO yang menjadi zombi mula sedar dari pengsan.

“Apa dah jadi ni?” Baekhyun, yang paling awal sedar menyoal. Kepalanya digaru-garu gatal. Ada rasa melekit-lekit pada rambutnya.

“Kita kat mana ni?” Chanyeol memandang Baekhyun dan menyoal membernya itu.

“Weh ! Air sirap Pak Cha memang mujarab ! EXO dah jadi manusia semula !” Youngjae yang perasan akan ahli EXO itu mula menjerit. Betullah air sirap itu mujarab. Air sirap Pak Cha adalah penawar bagi wabak zombi ini. Confirm !

“Bagus ! Kalau macam tu, kita mesti sembur air ni kat semua zombi yang ada ! Cepat ! Kita tak banyak masa !” Woo Bin berkata. Dia menarik baldi yang berisi air sirap Pak Cha dan bersedia untuk menyerang.

“Apa ni weh? Apahal main tembak-tembak kat sini?” Sehun menyoal Zelo yang berada berhampiran dengannya.

“Apa kata kau dengan geng-geng kau tolong kami? Tak ada masa dah nak cerita panjang. Kau nampak tak zombi tu? Kau pernah jadi salah seorang dari mereka tapi nasib kau baik bila dah disembuhkan jadi…apa kata kau tolong sembuhkan diorang jugak?” sempat la Zelo membebel panjang kepada Sehun walaupun katanya dah tak banyak masa.

Sehun yang bermuka blur sekadar mengangguk.

“Tembak weh !”  Yongguk menjerit. Dia menyembur air sirap Pak Cha menggunakan getah paip yang dia jumpa di tepi jalan.

Beberapa zombi yang datang menyerang rebah di tengah jalan dek kerana semburan air sirap itu.

EXO juga membantu untuk menewaskan zombi-zombi itu.

“Aku ada idea !” Suho tiba-tiba berkata.

“Apa idea kau?” soal Woo Bin sambil tangannya sibuk menyiram zombi-zombi seperti menyiram pokok bunga.

“Kejap ! Kai ! Chanyeol ! Lay ! Ikut aku !” Suho tak menjawab soalan Woo Bin sebaliknya memanggil kawan-kawannya mengikutinya. Mereka berempat bergegas turun ke belakang pentas.

“Bunuh diorang ! Bunuh !” Kwang Soo yang duduk memerhati seperti raja mengarahkan zombi-zombinya menyerang lagi. Mukanya merah menahan marah.

Tanpa dia sedar, di belakangnya ada dua orang lelaki yang sedang bersiap sedia untuk menyerangnya.

Mulut Kwang Soo ditekup dengan kain buruk oleh Daehyun dan Jongup pula sibuk menarik tangan Kwang Soo untuk diikat. Lelaki itu meronta-ronta disebabkan terkejut. Namun, dia tak mampu buat apa-apa.

Daehyun dan Jongup tergelak lantas berhigh-five sesama sendiri.

Mereka mengawasi Kwang Soo yang sudah diikat itu.

“Makin ramai pulak ni ! Camna nak buat ni?” Yongguk kelam-kabut. Senjata mereka agak terhad kalau nak dibandingkan dengan jumlah zombi yang ada.

“Teruskan je ! Teruskan !” Woo Bin berkata.

Pertempuran antara manusia dan zombi semakin sengit. Jumlah manusia yang tak banyak dibandingkan dengan zombi membuatkan mereka agak susah untuk menewaskan makhluk pemakan otak itu. Hanya air sirap Pak Cha harapan mereka satu-satunya.

“Lepaskan aku !”

Kwang Soo cuba menjerit namun suaranya tersekat di sebalik kain yang menekup mulutnya. Daehyun menyiku kepala Kwang Soo.

“Diam la ! Sebab kau la aku tak dapat makan cheezy wedges hari ni !” omel Daehyun.

Tiba-tiba…

 

SHRUSHHHHH!!!!

 

Satu letupan kedengaran membuatkan semua yang ada tersentak. Percikan air umpama air terjun kelihatan memenuhi ruang pentas dan juga bawah pentas. Sejurus itu, beberapa roket air juga dilepaskan dan membasahi seluruh kawasan.

Zombi-zombi yang ada meraung kesakitan dek terkena air yang datang dari roket dan juga air terjun itu. Percikan air bertebaran ke sana sini. Turun umpama air hujan.

“Tidakkkk!!!!” Kwang Soo menjerit meskipun mulutnya sudah ditutup.

“Daebak !”

Suho, Kai , Chanyeol dan Lay bersorak riang. Rancangan Suho menjadi. Mereka berempat ketawa kuat. Sebenarnya, roket dan pancuran air itu adalah untuk gimik persembahan konsert mereka kali ni tapi disebabkan serangan zombi itu, gimik mereka digunakan untuk tujuan lain. Iaitu untuk mengalahkan para zombi yang menyerang,

Suho telah menggantikan air paip biasa yang ada di dalam roket dan juga pancuran air dengan air sirap Pak Cha dengan bantuan Kai, Lay dan Chanyeol. Rancangannya berhasil apabila semua zombi dibasahi dengan air itu dan mula menggelupur.

WooBin, Yongguk dan yang lain pula menewaskan sisa-sisa zombi yang ada. Mereka bertujuh ketawa gembira. Kemenangan menjadi milik mereka.

Kwang Soo yang sekadar menjadi pemerhati hanya mampu meraung. Menangisi kekalahannya.

“Kita berjaya !”

Yongguk menjerit dan memeluk enam lagi pemuda yang ada di situ. EXO juga bersorak riang.

“Daebak !”

Para zombi bergelimpangan di merata-rata tempat dipandang. Sebentar nanti, mereka akan kembali menjadi manusia semula. Keadaan akan menjadi normal.

“Semuanya dah selamat.” Woo Bin tersenyum lega.

 


P/s : Yeah ! One Step untuk final ! Terima Kasih abe-abe EXO yang sudi luangkan masa menjadi cameo dan jugak menjadi penyelamat. /Bagi bunga dekat Suho/

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-