31.12.14 [Part 4]

Boom Clap ! It's Zombie !

 

31.December.2014 : Men Who Dressed Like A Zombie


 

 

“Inilah gambar lelaki yang masih lagi normal tu.” Kwang Soo menayangkan sekeping gambar kepada semua yang ada di dalam van itu. Mukanya serius.

“Woo Bin hyung?” Himchan memandang Kwang Soo dengan pandangan yang hairan. Kwang Soo diam seketika sebelum mengangguk perlahan.

“Kau kenal ke?” Yongguk menyoal Himchan.

“Offkoss la kenal. Dia ni adik Kwang Soo hyung.” jawab Himchan.

“A…adik?” Daehyun dan Youngjae tayang muka pelik. Jongup pulak terpinga-pinga sambil pandang gambar Woo Bin dan muka Kwang Soo silih berganti. Cuba mencari persamaan antara mereka. Zelo pulak dah mula start ketawa terbahak-bahak.

“Biar betul tu adik hyung zirafah ni? Apasal lain bebenor mukanya. Adiknya hensem! Abang pulak….” Zelo tak menghabiskan ayatnya. Dia terus ketawa terbahak-bahak tanpa sedar yang Kwang Soo sedang memandangnya dengan pandangan membunuh.

“Dah ! Dah ! Hoi budak! Kau ni la kan…” Himchan seperti biasa , menyebelahi Kwang Soo yang memang rapat dengannya itu.

“Kingka…” Jongup menyiku lengan Zelo yang masih gelak.

“Ok…Ok. Aku cuba diam.” ucap Zelo sambil menahan ketawa.

“Dia ni adik angkat aku je. Kami sebenarnya tak ada pertalian darah pun. Ayah angkat kami, Yoo Jae Suk ambil kami sebagai anak angkat masa kami kecik.” Kwang Soo memulakan cerita.

Semua mata beralih ke arahnya. Zelo yang sudah berhenti ketawa juga turut berminat untuk mendengar cerita Kwang Soo.

“Yoo Jae Suk? Bukan ke tu pengetua sekolah 1004 Angel Highschool?” Youngjae menyoal hairan.

Kwang Soo mengangguk.

“Ya. Sebenarnya, hyung adalah anak pengetua sekolah korang.” Kwang Soo berkata sambil memandang Jongup dan Zelo.Mereka berdua ternganga seketika.

“Biar betul? Tak sangka…”Jongup berkata dengan mata yang tak berkelip.

“Pengetua Yoo ambik hyung dan Woo Bin jadi anak angkat sebab dia sunyi. Maklumlah. Dia kan bujang terlajak.” sempat jugak Kwang Soo mengutuk bapa angkatnya itu.

“Kejap ! Ni yang hyung cerita fasal salasilah keluarga kat kami ni kenapa? Apa kaitannya dengan zombi?” Daehyun tiba-tiba bersuara.

Kwang Soo diam seketika. Dia mengeluh perlahan.

“Sebenarnya, Pengetua Yoo dan Woo Bin la penyebab wabak zombi ni terjadi.” akhirnya, Kwang Soo membuka cerita sebenar.

“Apa?” serentak yang lain berkata.

“Biar betul? Pengetua Yoo?”Youngjae mengulang.

Kwang Soo angguk laju.

“Tapi,Pengetua Yoo orang pertama yang jadi zombi. Takkanlah dia…aku yang nampak sendiri.” Zelo menyatakan keraguannya.

“Hyung pun tak tau kenapa dia boleh bertukar menjadi zombi sedangkan dia dan Woo Bin yang cipta tonik zombi tu.” Kwang Soo menggaru kepalanya yang terasa gatal.

“Mungkin sebab Woo Bin dah khianati dia?” Yongguk buat kesimpulan.

“Mungkin jugak. Sebab tu sekarang hyung nak korang semua tolong carikan Woo Bin. Cuma dia satu-satunya cara untuk kita selamatkan bandar ni. Dia yang buat tonik zombi tu. Tonik zombi tu lah yang menyebabkan wabak zombi ni terjadi. Tonik tu bahaya !” Kwang Soo berkata lagi.

“Macammana nak cari dia?” Youngjae menyoal.

“Hyung tahu dia ada di mana.” Kwang Soo menjawab.

“Kat mana?” Jongup, Daehyun dan Zelo menyoal serentak.

“1004 Angel Highschool.” Kwang Soo berkata dengan muka yang serius.

 


 

Sementara itu,

Di sebuah bilik rahsia di 1004 Angel Highschool,

“Aku kena bertindak dengan bijak.”

Seorang lelaki tinggi berkulit putih sedang khusyuk melakukan sesuatu. Cecair pekat berwarna merah yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam sebuah botol sederhana besar yang ada di atas meja.

“Aku takkan benarkan Kwang Soo menang. Takkan…”ucapnya bersungguh-sungguh.

“Takkan…”

 


 

“Di dalam bilik Pengetua Yoo, ada satu lagi bilik rahsia. Tak ramai yang tahu. Woo Bin ada dalam bilik tu. Hyung syak dia tengah merancang plan jahat dia tu. Dia nak kuasai bandar ni. Kita kena halang sebelum terlambat.” Kwang Soo berkata.

“Apa kita nak buat untuk halang dia?” Yongguk menyoal.

“Macam ni…”

Kwang Soo mula menceritakan rancangannya untuk menangkap Woo Bin. Enam pemuda tadi mula mendekati Kwang Soo.

“Hyung mintak tolong korang semua pergi ke 1004 Angel Highschool dan cari Woo Bin kat sana. Hyung pulak akan cari bantuan kecemasan dari bandar lain.”

“Kenapa kami yang kena pergi sana?” Zelo seakan tak berpuas hati.

“Sebab korang ramai !” Kwang Soo mengetuk kepala Zelo yang banyak songeh tu.

“Hyung? Takkan hyung sorang-sorang?” Himchan menyoal.

Kwang Soo memandang Himchan.

“Takpe. Hyung OK sorang-sorang. Jangan risaukan hyung. Hyung akan berusaha sedaya upaya hyung untuk cari bantuan. Korang semua tolong hyung ok? Tolong cari Woo Bin sampai dapat. Jangan risau. Woo Bin tu bukannya kuat sangat. Korang ramai. Bersatulah ! Berkerjasama! Semua ni demi bandar kita !” ucap Kwang Soo sambil memandang wajah setiap sorang yang ada di situ.

“Hyung…” Himchan tiba-tiba rasa terharu dengan ucapan Kwang Soo.

Suasana menjadi sepi seketika.

“Dah ! Jangan nak layan perasaan pulak! Sekarang bukan masanya ! Kita kena berjuang !” Yongguk memecahkan kesunyian.

Semua yang ada mengangguk. Penuh bersemangat.

“Sekarang kita berpecah. Hyung akan cari bantuan dan korang semua cari Woo Bin.” Kwang Soo membuka pintu van. Dia sudah mahu beredar dan menjalankan misinya.

“Hati-hati hyung.” Himchan berkata.

Kwang Soo mengangguk.

“Korang semua pun ! Hyung percayakan korang !” ucap Kwang Soo sebelum akhirnya pergi meninggalkan mereka berenam. Dia bertekad untuk mengalahkan Woo Bin. Woo Bin mesti dihalang.

Dan sekarang,

Di dalam van hanya tinggal Yongguk, Himchan, Daehyun, Youngjae , Jongup dan Zelo. Mereka kembali berenam dan kini mereka mempunyai misi mereka.

“Kita kena bersatu. Walaupun kita tak pernah kenal sebelum ni tapi sekarang, kita kena bersatu.” Yongguk memberi ucapan seakan-akan ketua.

Yang lain mengangguk.

“Demi Matoki, kita kena berjuang !” Daehyun pula menambah.

“Kwang Soo hyung dah bagi kepercayaan kat kita. Kita tak boleh hampakan dia.” Youngjae pun nak jugak.

“Baiklah semua !  Fighting !”

“Fighting !!!”


 

Perkarangan sekolah 1004 Angel Highschool.

 

Yongguk memandu van dengan penuh berhati-hati. Keadaan kawasan yang tunggang langgang menambahkan lagi kesukaran untuk dia memandu dengan laju. Dari dalam van, mereka dapat melihat beberapa kelompok zombi yang berjalan tanpa arah. Mujur cermin van itu gelap, boleh jugak mereka bersembunyi. Bukan mudah untuk menghadapi semua ini.

“Aku tak sanggup nak hidup macam ni. Kita kena halang si Woo Bin tu cepat. Kita dah tak banyak masa .” Yongguk berkata.

“Betul cakap kau tu. Kita kena cepat .” Youngjae mengangguk.

“Macammana kita nak elak dari zombi-zombi ni? Kau ada apa-apa idea ke?” Himchan menyoal.

“Aku pun tak tahu. Kita kena tengok keadaan dulu kalau…”

“Yah ! Jangan !”

Belum sempat Yongguk menghabiskan ayat, tiba-tiba Zelo menjerit. Terkejut mereka dibuatnya.

“Apa dah jadi?” Youngjae menoleh belakang sambil menyoal dengan cemasnya.

Kelihatan Daehyun yang sedang meneguk air yang diambilnya secara curi-curi dari dalam beg sekolah Zelo dan air itu adalah air sirap Pak Cha. Diulangi, air sirap Pak Cha.

Zelo dan Jongup memandang Daehyun yang masih lagi meneguk rakus cecair merah ‘puaka’ itu dengan mulut yang terlopong. Youngjae mula berubah pucat. Membayangkan rasa air sirap Pak Cha itu membuatkan dia nak termuntah.

“Ahh ! Lega ! Segar betul air ni.” Daehyun berkata sambil mengesat mulutnya dengan belakang tapak tangan.

“Ti…dakkk” Zelo dan Jongup seakan tak percaya.

 

Daehyun langsung tak terkesan dengan penangan air sirap itu. Langsung tak ! Tahukah dia yang rasa air sirap tu umpama air rendaman stoking? Perghh ! Bahkan lebih teruk dari itu.

“Hoi budak ! Tak baik kau sorokkan air sesedap ni daripada aku. Aku dahaga gila tau tak?” marah Daehyun kepada Zelo. Daehyun memeluk botol air yang sudah tinggal separuh itu bagi menghalang Zelo dari merampasnya.

Jongup menelan air liurnya. Ngeri melihat adegan tadi.

“Kita dah sampai.”

Yongguk mencelah membuatkan semua orang terdiam. Kini mereka betul-betul berada di hadapan pagar sekolah. Mereka sudah semakin dekat dengan Woo Bin. Namun, bukan la semudah itu.

“Banyaknya zombi…”

Jongup berkata dengan suara yang agak bergetar.

Lima yang lain turut sama terdiam. Ratusan zombi kini berada di hadapan mereka. Penuh di perkarangan sekolah tinggi itu. Masing-masing sedang menagih otak untuk dijadikan makanan.

“Macammana kita nak masuk?” soal Daehyun.

Soalan itu dibawa angin berlalu. Langsung tak dijawab. Disebabkan itu, Daehyun memilih untuk diam. Mungkin yang lain tengah memikirkan cara bernas untuk melintasi semua zombi yang ada di situ.

“Fikir…fikir…fikir…” Youngjae memerah otaknya. Gaya dah macam kartun Jimmy Neutron tu dah nampaknya.

Masing-masing mencari akal.

“Aha ! Aku tahu macam mana !” tiba-tiba Youngjae memetik jarinya. Semua yang ada memandang ke arahnya dengan muka yang tertanya-tanya.

 


 

“Selamat ke macam ni?” Jongup memandang refleksi wajahnya dari cermin pandang belakang van.

“Boleh la kot.” Daehyun berkata sambil menconteng bahagian bawah matanya dengan eyeliner Himchan. Kononnya nak make-up ala-ala zombi.

“Weh Youngjae, boleh pakai ke idea menyamar jadi zombi kau ni? Ragu-ragu pulak aku rasa.” Yongguk menyoal Youngjae sambil cuba mengoyakkan baju yang dipakainya. Selalu kan zombi pakai baju koyak rabak jadi Yongguk pun buat la macam tu.

“Boleh punya. Jangan risau. Belum cuba belum tahu.” Youngjae menjawab yakin.

“Kalau dah cuba, mati baru tahu.”Himchan mencelah. Dia mula rasa tak yakin dengan idea Youngjae ini.

“Jangan la mintak mati. Dah puas hidup ke bang? Takde rasa teringin nak kawin?” Zelo pun turut menyampuk. Dia merampas eyeliner di tangan Daehyun dan menconteng mukanya.

“Hoi ! Jaga eyeliner aku tu elok-elok la budak ! Mahal aku beli tu.” Himchan mencebik. Dia cuba merampas eyelinernya dari tangan Zelo. Mana tak nya, budak tu buat eyeliner kesayangan dia macam pensel warna. Bukan main kasar lagi dia guna. Sudah la Pinkie kesayangan dia dah jadi mangsa, sekarang eyelinernya pulak.

“Kedekut ! Cakap anak datuk bandar tapi kedekut nak mampus !” Zelo membalas sambil menjeling ke arah Himchan.

“Dah la tu. Jangan la gaduh. Kita kena bersatu.” Youngjae menegur dua pemuda yang sejak dari tadi asyik bertekak.

Himchan dan Zelo merengus serentak.

“Ok. Sekarang macam ni. Kita menyamar jadi zombi dan jalan melintasi diorang semua. Rileks je. Berlakon jadi zombi. Jangan sampai tertangkap. Jangan bersuara. Jangan menjerit. Jangan ! Jangan sampai kantoi yang kita ni manusia. Faham?”Yongguk memberi arahan yang membuatkan semua orang mengangguk.

“Takutlah…” Jongup masih lagi resah.

“Dah! Tak payah takut. Aku kan ada. Kau jalan dengan aku. Aku akan tolong kau.” Zelo memujuk Jongup sambil memeluk bahu rakan sekolahnya itu.

“Kingka…” Jongup tiba-tiba rasa terharu.

“Dah ! Semua bersedia. Kita dah nak mulakan. Siapkan senjata. Perang akan bermula !” Yongguk berkata dengan penuh bersemangat. Kayu besbol yang entah dari mana datangnya dipegang dan ditanggung di atas bahu.

“This is warrior !”

Yongguk mendahului mereka dan menjadi orang pertama yang turun dari van. Kemunculannya mengundang perhatian para zombi yang ada di hadapan. Lima yang lain yang masih berada di dalam van memerhatikan Yongguk yang berada di luar. Debaran terasa saat semua zombi mengalihkan pandangan ke arah Yongguk.

“Alamak…takkan diorang dah tahu aku ni manusia? Apa tak cukup ‘zombi’ lagi ke aku ni?” Yongguk bermonolog dalam hati. Dia menelan air liur. Zombi-zombi masih lagi memandang ke arahnya tanpa berkelip.

“O…takkkk!!!”

Mahu tak mahu, Yongguk teruskan jugak lakonan. Dia menjerit umpama zombi gila dan berjalan terhuyung-hayang ke arah kelompok zombi di hadapannya itu. Hanya TUHAN yang tahu betapa cuaknya dia sekarang.

“O…takkk!”

Zombi –zombi yang ada turut melaung perkataan ‘otak’ seperti mana Yongguk tadi. Nasib menyebelahinya bila para zombi tersebut tak perasan tentang penyamarannya.

Melihatkan Yongguk yang sudah selamat, maka lima lagi pemuda yang berada di dalam van itu juga keluar. Takkan nak biar Yongguk sorang-sorang.

“Huarghhh!”

“Arrkkk!!!”

“Ooooottttaaakkk.”

Sungguh pandai sekali mereka berlima berlakon menjadi zombi. Yongguk yang memandang dari jauh juga turut rasa terkejut dan tak sangka dengan bakat lakonan yang rakan sepasukannya tunjukkan. Himchan yang selalunya jalan lenggang mengalahkan model Victoria Secret kini berjalan macam badut sarkas yang kekejangan. Sungguh zombi mereka berlima. Yongguk rasa teruja.

“Ya…macam tu la kawan. Macam tu.” Youngjae mengguman perlahan. Rasa suka sebab mereka sudah berjaya melepasi zombi yang ada dan masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Daehyun, Himchan ,Jongup dan Zelo tersenyum. Tak sangka mereka ada bakat menjadi zombi. Sampaikan zombi-zombi yang ada pun tak perasan yang mereka tu manusia. Hahaha ! Bodoh betul zombi ni.

“Ok. Cepat…kita dah nak masuk bangunan sekolah.” Himchan berbisik kepada mereka. Yongguk menunggu di hadapan pintu masuk bangunan sekolah itu.

Kelihatan ada sekumpulan zombi yang sedang melepak di depan pintu masuk bangunan sekolah. Mereka perlu berhati-hati.

Perlahan-lahan, mereka melangkah mendekati bangunan itu.

“Psst ! Cepat la sikit. Aku dah seram sejuk tunggu kat sini.” Yongguk menggumam perlahan sambil membuat isyarat rahsia kepada Himchan dan yang lain.

“OTW la ni…” Himchan membalas isyarat rahsia Yongguk itu.

Dan akhirnya mereka tiba.

Namun, saat mereka sudah mula nak melangkah masuk ke dalam bangunan, mata Daehyun tiba-tiba menyapa sesuatu yang menarik minatnya.

“Taehyung…”

Kelihatan adiknya Taehyung yang sudah menjadi zombi bersandar di dinding berdekatan. Daehyun rasa serba salah. Melihatkan keadaan adiknya itu, dia rasa tak sanggup.

“Hyung…”

Tanpa disangka, Taehyung turut memanggil Daehyun.

“Taehyung…” Daehyun meluru mendapatkan adiknya itu. Tubuh adiknya dicengkam kuat.

“Yah ! Jung Daehyun ! Kau gila ke apa? Dia tu zombi !” Yongguk berkata. Agak kuat. Dengan pantas, Youngjae menekup mulut Yongguk.

“Kau nak kita kantoi ke?” bisik Youngjae ke telinga Yongguk.

“Pstt!! Daehyun…Daehyun…balik sini la.” Himchan cuba memanggil Daehyun perlahan-lahan namun tak diendahkan.

 

Daehyun memandang adiknya lama.

“Tu la kau. Hyung dah suruh kau berlatih tinju kau tak nak ! Kau malas. Tengok apa dah jadi? Kalau kau tau tinju, mesti kau selamat dari jadi zombi ni tau tak? Tu la kau! Degil ! Degil !” Daehyun membebel dalam hati.

“Hy..hyuunggg…” suara garau Taehyung sekali lagi menyapa gegendang telinga Daehyun.

“Tae…”Daehyun mengusap kepala adiknya. Jauh di sudut hati, dia tak sampai hati nak biarkan adiknya sebegini. Sungguh hodoh dan buruk rupanya. Memalukan keluarga Jung saja. Ceh !

“Jangan jadi zombi selama-lamanya tau Tae ! Hyung dah tak ada adik lain kalau kau jadi zombi. Kesian la kat hyung kau ni. Kalau bapak tau, mati hyung dikerjakannya.” Daehyun berkata perlahan.

“Hy…hyuuu…ngg..”Taehyun memandang Daehyun lama. Mereka saling berpandangan. Dah macam drama televisyen dah nampaknya.

“Tae…”

“Hyuuunnggg…”

“Tae…”

“Dah la tu Daehyun. Kita kena cepat ni.” Himchan mencuit bahu Daehyun.

Daehyun membuat isyarat tunggu sekejap. Himchan dan yang lain terpaksa akur. Mungkin mereka faham.

“Hyunggg…nak…otaakkk…hyung!! Otakkk! O…takk !”

Tanpa disangka, Taehyung menerkam Daehyun.

“Omo !” Himchan terkejut.Begitu juga dengan yang lain.

“Huarghh!Tae !”

Daehyun menjerit sekuat hatinya. Tanpa sedar, jeritannya membuatkan para zombi yang lain memandang ke arah mereka. Maka, terkantoilah bahawa mereka masih manusia saat itu.

“Lari weh ! Lari !” Yongguk berkata lantas membuka langkah seribu. Begitu juga dengan yang lain. Hanya tinggal Daehyun yang masih bergelut dengan zombi Taehyung yang bila-bila masa saja akan makan abangnya itu.

“Tolong ! Tolong aku !”

“O…takkk !!!”

Kerumunan zombi mula mengelilingi Daehyun dan Taehyung. Ada juga yang bertindak mengejar Yongguk dan yang lain. Mereka kini berada dalam keadaan yang kritikal.

 

“Taehyung ! Tolong ! Jangan !!!!”

“Lari weh, lari !!”

“Oooo…taaakkkkk!”

 


P/s : Maaf sebab lambat update. Ada masalah teknikal dan juga masalah diri ni yang terlalu malas.Ok no ! Sorry kalau tak best, Terima kasih kepada yang sudi membaca. Saya hargai sangat. Dan kepada yang komen, terima kasih awok~~ /bagi bunga/

Nah, saya hadiahkan Woo Bin untuk korang :)

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-