1.1.2015 [ Last Part]

Boom Clap ! It's Zombie !

1.January.2015 : Happy Ending Is The Best


 

“Tak sangka semuanya dah berakhir. Lega den…” Yongguk mengurut dadanya. Saat melihat Kwang Soo dibawa masuk ke dalam ambulans hospital mental semalam, dada Yongguk terasa lapang.

“Weh ! Makan ! Makan ! Sedap ni ! Gila ahhh sedap sungguh !” Daehyun melantak nasi goreng dan KFC bagai nak rak. Macam dah seharian tak makan. Ummm…ya. Mungkin dah seharian dia tak makan.

Yang lain hanya memandangnya dengan muka yang kagum. Kagum dengan kehebatannya untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

“Terima kasih sebab belanja kami makan, hyung.” Youngjae menunduk dan mengucapkan terima kasih kepada Woo Bin. Woo Bin mengangguk dan tersenyum pahit. Fikirannya masih melayang pada Kwang Soo. Walaupun lelaki itu jahat dan gila tapi kadang-kadang Woo Bin rasa ada juga rasa sayang kepada abang angkatnya itu. Maklumlah dah lama membesar bersama. Dia berasa kesal.

“Perhatian semua !” Himchan tiba-tiba bangun dari kerusi dan menepuk tangannya.

Semua orang memerhatikan Himchan.

“Selaku Datuk Bandar Matoki, bapak aku akan hadiahkan sesuatu untuk korang yang dah selamatkan bandar ni.” Himchan berkata teruja.

“Hadiah apa? Restoran KFC?” Daehyun menyoal tak sabar.

“Alah Himchan …cakap kat bapak kau tak payah susah-susah la nak bagi hadiah. Cukup la bagi aku rumah banglo sebijik. Aku tak mintak banyak pun.” Yongguk pula membalas.

“Cett!” Zelo mencebik mendengar ayat Yongguk itu.

“Apa hadiahnya?” Youngjae pun tak sabar nak tahu.

“Hadiahnya adalah….” Himchan berjeda seketika. Membuat mood suspen.

“Percutian ke Pulau Tioman, Malaysia ! Tempat impian aku !” sambung Himchan bangga.

“Wow!!!”

 


 

 Begitulah pengakhiran kisah serangan zombi di Bandar Matoki.

Kwang Soo sudah dimasukkan ke dalam hospital mental setelah ditangkap. Semua penduduk Matoki yang berubah menjadi zombi kini sudah kembali normal.

Bandar Matoki kembali aman.

Kumpulan EXO yang juga turut sama menjadi penyelamat Bandar Matoki diberikan anugerah ‘NATION IDOL SUPERHERO’ oleh Datuk Bandar. Album comeback mereka pun dah laris dijual umpama goreng pisang panas. Suho dan yang lain bercadang untuk buat konsep zombi  bagi comeback akan datang yang diinspirasikan oleh  peristiwa zombi yang mereka alami itu.

Pak Cha pula serta-merta jadi popular disebabkan air sirapnya yang dah berjaya menjadi penawar wabak zombi yang menimpa bandar. Berikut adalah temu bual Pak Cha dengan seorang wartawan.

 

“Apa bahan air sirap pak cik yang ternyata boleh sembuhkan penyakit zombi?”

“Ada la bahan rahsianya. Pak cik tak boleh sewenang-wenangnya bagitau orang. Apa yang pasti, air sirap pak cik sangatlah sedap.”

“Err….Apa perasaan pak cik bila dapat tahu yang air pak cik adalah satu penawar.”

“Tak rasa apa. Pak cik memang dah tau lama dah air sirap tu boleh buat ubat zombi. Air sirap pak cik tu sebenarnya memang diinspirasikan dari bahan-bahan untuk buat penawar wabak zombi pun. Pak cik pernah buat penawar penyakit zombi ni dulu. Lama dah. Dulu, pak cik ni saintis tapi pak cik berhenti jadi saintis sebab bosan.”

“A…apa?”

Begitulah temu ramah bersama dengan Pak Cha yang sempat dirakamkan. Sekian.

 


 

“Cepat la weh ! Apa yang kau bawak tu? Berat sangat nampaknya.” Yongguk memandang Daehyun yang terhegeh-hegeh menarik bagasinya yang kelihatan berat.

“Dalam ni ada stok makanan selama tiga bulan.” jawab Daehyun.

“Tiga bulan? Kita nak pergi bercuti dua minggu je la. Yang kau melampau sangat tu apahal?” soal Youngjae terlopong.

Daehyun sekadar buat muka derp. Biar la dia nak bawak banyak benda pun.

“Guys ! Cepat! Cepat berkumpul ! I nak bagi tiket flight ni.” Himchan memanggil kawan-kawannya itu.

“Eh? Ini bukan ke beg hyung yang nama ‘Pinkie’ tu?” Zelo memandang bagasi Himchan. Seingat dia, bagasi ni dah selamat dalam longkang. Dia sendiri yang campak beg merah jambu yang menyeksa mata itu. Apasal boleh ada balik?

Himchan menjeling Zelo.

“Aku suruh orang gaji aku kutip balik.” jawabnya selamba sambil flip bahagian depan rambutnya.

Tak lama kemudian, Jongup muncul.

Dia terkial-kial membawa begnya yang agak besar.

“Uppie ! Kenapa tak suruh aku je yang bawak kan? Meh sini aku tolong kau. Kesiannya Uppie aku ni…kena angkat beg sorang-sorang.” Zelo menerpa ke arah Jongup dan membantu pemuda itu mengangkat begnya.

“Upp..uppie?” kening Yongguk terjongket sebelah.

“Yerkk ! Gaykah mereka?” Youngjae dan Daehyun berpandangan sesama sendiri.

“Dah ! Dah ! Kita dah lambat ni ! Nanti flight ke Malaysia terlepas pulak. Jom semua.” Himchan berkata sambil menepuk tangannya teruja.

“Jom !”

Serentak mereka berenam bersorak.


 

BONUS PART

Q&A bersama B.A.P

 

Yongguk

Q: Bang Yongguk, dalam chapter 1 semasa pengenalan tentang diri awak, awak ada menyebut tentang satu peristiwa yang tragis yang berlaku pada awak dan peristiwa itu telah membuatkan awak trauma dan berhenti kerja sebagai seorang penghantar pizza. Boleh ceritakan kepada kami apa peristiwa tu?

 

A : Ummm…/batuk seketika/ Sebenarnya…/garu kepala/ *Tiga minit kemudian*

Kisahnya bermula bila saya terlambat menghantar piza ke satu rumah ni. Saya lambat bukannya apa. Dalam perjalanan nak ke sana, saya sakit perut jadi, saya singgah kejap ke tandas. Dalam tandas pulak, ramai orang. Terpaksa tunggu turn. Itu yang lambat. Lepas dah melabur, saya pun sambung la kerja. Hantarkan piza ke rumah orang yang order tu. Ada la lambat dalam 15 minit. Disebabkan terlambat, orang yang pesan pizza tu mengamuk dan kejar saya macam gorilla kelaparan. Dia cakap dia dah lapar dan saya penyebab dia kebulur. Dia ugut nak bunuh saya dan disebabkan itu, saya trauma. /diam seketika/

 

Daehyun

Q: Kenapa awak suka makan?

A: Gila tak suka? Makanan adalah hidup. Saya suka gila makan dan satu kelemahan saya, kalau saya terlalu lapar, saya boleh jadi gorila kelaparan. Pernah satu hari tu, saya mengamuk dekat seorang lelaki penghantar pizza yang lambat hantar piza saya. Saya kejar dia dengan selipar. Kelam kabut dia pecut motosikal dia tu. Hahaha ! Lawak sungguh !

/Yongguk pandang Daehyun dengan muka yang terkejut. Daehyun pandang balik Yongguk./

Yongguk : Apasal macam pernah dengar je cerita kau ni?

Daehyun  : Mana aku tau./ geleng kepala/

*Seminit kemudian*

KAU !!!!

 

Himchan

Q: Kenapa awak suka sangat menghabiskan duit bapak awak?

A: Excuse me ! Duit bapak saya tu memang untuk dihabiskan ok? Dia nak buat apa duit berlambak-lambak tu? Tu semua keduniaan. Bukan boleh masuk kubur pun. Jadi, saya sebagai anak yang baik dan soleh, kena la tolong bapak saya habiskan duit dia tu. Errr…boleh tak saya sampaikan mesej untuk bapak saya kat sini? Boleh kan? Ok. Kira boleh la.

Dear Datuk Bandar Kim a.k.a Datuk Sparta,

Anak mu Kim Himchan merindui dirimu sesungguhnya. Sangat-sangat merindu papa yang hensem lagi sado. Tapi…Channie lebih rindukan duit papa. Mian ! Channie perlukan lagi seribu untuk buat belanja di Malaysia nanti. Papa bank in kan ya? Saranghae~~Papa !!/ buat aegyo/

….

 

Youngjae

Q : Seronok ke jadi cikgu ni?

A : Mestilah seronok. Saya memang dari kecik bercita-cita nak jadi cikgu sebab saya tak sabar nak terima hadiah hari guru. Saya tahu, mesti ramai pelajar perempuan yang suka dekat saya. Maklumlah…saya kan hensem. Muka jambu pulak tu..blablablablabla…./puji diri sendiri tanpa henti/

 

Jongup

Q:  Macam mana awak boleh tabah dan sabar menghadapi semua orang yang suka membuli awak?

A : /pasang lagu sedih/ Saya…./menangis tiba-tiba/ Saya…menyorok dalam almari ! /menangis lagi/

 

Zelo

Q : Kenapa awak sembur kucing Pengetua Yoo yang bernama Mary tu dengan ridsect?

A : Saja. Nak test keberkesanan Ridsect pada mamalia. /silangkan kaki sambil buat muka poyo/

 

Jongup dan Zelo

Q : Macammana hubungan kamu berdua lepas kes zombi tu?

A :

Zelo : Saya jatuh cinta pada Moon Jongup.

Jongup : Apa?

Zelo : Moon Jongup, aku nak kita berdua jadi pasangan kekasih selama-lamanya!

Jongup : Tidak !!!

 

Daehyun

Q : Setelah putus cinta dengan girlfriend awak yang bernama Ailee, adakah pintu hati awak sudah tertutup untuk gadis lain.

A: Tak mungkin ! Saya masih bukak pintu hati saya ni untuk sesiapa. Tak kira lelaki mahupun perempuan. /Jeling-jeling manja Yongguk di sebelah/

Ok Tak ! Maksud saya, untuk perempuan je.

Kepada you, ni nombor telefon saya. Call me maybe? /wiggle-wiggle kening/

012…..

 

BTZZZZZZ!!!

Siaran tergendala.

 

TAMAT


 

Author's Note : Ok. Ini last author note yang saya akan tinggalkan buat pembaca setia BCIZ ! Terima kasih kepada semua yang sudi subscribe, komen dan upvote. Ia sunggulah bermakna bagi saya ni. Tbh, walaupun kadang-kadang saya malas nak update cerita ni tapi bila mengenangkan anda yang membaca, saya cuba berusaha. So, andalah pembakar semangat saya. /Bagi warmhug/ 

Cerita ni cumalah rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena langsung dengan B.A.P, Lee Kwang Soo, Kim Woo Bin baik EXO sekalipun. Semuanya fiksyen. /nyanyi lagu fiction/ Ok no ! Tak ada rasa benci pun yang cuba saya luahkan dalam cerita ni. 

Again, terima kasih sebab baca ^^

 

BOOM CLAP! IT'S ZOMBI

SABTU

6 JUNE 2015

TAMAT


Boleh minta pendapat sikit?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-