31.12.14 [ Part 3]

Boom Clap ! It's Zombie !

 

31.December.2014 : Do You Want To Be A Superhero?


Jongup dan Daehyun saling berpandangan. Di sebelah mereka, dua orang manusia bernama ‘mangkuk’ ini masih belum habis bertengkar. Dari tadi Himchan dan Zelo bertelagah. Bermula kerana ‘Pinkie’, bagasi kesayangan Himchan sehinggalah sekarang dah melalut sampai ke benda lain.

“Yang dua orang kat belakang tu boleh diam tak?” suara garau Yongguk kedengaran dari bahagian pemandu.

Youngjae pula hanya diam melayan perasaan di hadapan. Bukan melayan perasaan sebenarnya tapi lebih kepada berfikir. Dari tadi dahinya berkerut-kerut.

Jongup juga memilih untuk membisu. Peristiwa hampir dilanggar tadi masih membuatkan jantungnya berdegup kencang. Tak boleh dibayangkan kalau van yang dipandu lelaki yang mirip cikgu Yongnam tetapi mengaku dirinya Yongguk itu merempuh skuter yang mereka berempat tunggang. Boleh penyek rasanya ! Kalaulah itu terjadi, maka tak sempatlah Jongup nak menunaikan hasrat hatinya untuk melamar Puteri Anna dari negara Frozen sebagai isteri. (Apa?)

Daehyun mengurut dadanya perlahan. Lebih kurang sama dengan Jongup. Dia pun masih rasa berdebar disebabkan peristiwa tadi. Sapa tak cuak beb? Sipi je lagi nak kena langgar. Diorang berempat siap buat aksi lagak ngeri tadi. Daehyun pun tak sangka dia ada bakat untuk melompat ala-ala dalam cerita aksi yang adiknya, Taehyung selalu tengok tu. Reaksi spontan kononnya untuk selamatkan diri. Memang dia terselamat tapi…

“Skuter aku…” keluh Daehyun saat mengenangkan skuter merah yang dibelikan oleh bapaknya beberapa bulan yang lalu. Skuter itu kini sudah selamat mendarat di dalam longkang tepi jalan tadi. Habislah kalau bapaknya itu tahu. Memang dia akan kena kurung dalam kandang lembu tiga hari tiga malam la jawabnya. Huarrghhh!!! Buat masa ni, Daehyun hanya mampu berdoa yang bapaknya akan memaafkannya. Ni semua gara-gara makhluk pelik bernama zombi itu.

Nasib baik dua orang lelaki ‘budiman’ yang tak berapa nak budiman merangkap pemandu van yang hampir melanggar mereka tadi tawarkan diri nak tolong. Sebab itulah sekarang ni mereka semua berada di dalam van. Kalau nak harapkan skuter yang dah ‘arwah’ tu untuk lari dari zombi-zombi yang menyerang, rasanya mustahil. Bukan rasa, tapi memang !

“Apa kita nak buat sekarang ni?”

Yongguk sekali lagi bersuara. Serentak lima yang lain menoleh memandangnya. Himchan dan Zelo juga berhenti bergaduh buat seketika.

“Buat apa? Lari je la.” balas Himchan dengan nada yang agak annoying. Sempat Yongguk mencebik tatkala melihat tingkah Himchan yang mengalahkan Mak Datin itu.

“Sampai bila kita nak lari? Aku tak rasa kita boleh lari buat selamanya.” Youngjae mencelah. Dia memandang Daehyun dan Yongguk. Cuba mendapatkan sokongan.

“Habis tu? Takkan kita nak lawan diorang? Kita bukan superhero.” Jongup yang memang penakut menyuarakan ketakutannya.

“Aishh ! Lawan? Tak mungkin ! Kita mintak je pertolongan dari FBI. Senang cerita.” Himchan pula memberi pendapat.

Youngjae mengeluh.                                                                               

“Encik Diva, kalau nak tahu, bandar kita ni dah seratus peratus terputus hubungan dengan bandar lain. Bukan cuma bandar lain, satu dunia ni kita dah tak boleh contact. Line telefon, internet apa sajalah, semua dah tergendala ! Jalan nak keluar dari bandar ni pulak ditutup dan paling teruk, jambatan utama kita dah roboh !” Youngjae berkata dengan jelas dan terang kepada Himchan.

Himchan terlopong. Bukan cuma Himchan, Zelo, Jongup bahkan Daehyun juga terlopong.

“S…sampai macam tu…sekali?” Zelo terkejut.

Yongguk mengangguk.

“Kami dah selidik tadi.” dengan bangganya Yongguk berkata. Untuk pertama kalinya, dia rasa macam dirinya hebat. Entah la kenapa.

“Kita kena selamatkan bandar kita. Nak tak nak kita kena selamatkan jugak.” Youngjae memberi kata putus.

“Tapi…macammana? Aku tak kuat.” Daehyun mengeluh. Begitu juga dengan Jongup. Zelo pula membatu. Langsung tak memberi sebarang riak.

“Aku tak nak ! Kalau korang nak bajet jadi superhero, pergi la ! Aku nak berlindung dalam van ni je.”Himchan membuat keputusan yang paling tak bernas. Dia berjaya buat Yongguk rasa nak meluku kepala orang dengan kata-katanya itu.

“Sampai bila kau nak berlindung? Sampai kau mati lemas dalam van ni?” soal Yongguk menyindir. Himchan menjeling lelaki berwajah brutal itu sekilas. Sindiran Yongguk dibiar sepi. Lantak la nak kata apa pun dia tetap dengan keputusannya. Dia tak nak !

“Dengar sini semua, kita kena berjuang jugak ! Kita kena selamatkan bandar Matoki ni. Fikirkan orang tersayang. Fikir masa depan ! Takkan kita nak biar benda ni melarat? Silap-silap satu dunia boleh terjejas. Korang nak ke hidup dalam dunia yang huru-hara dengan zombi ni?” Youngjae berkata seperti memberi ceramah. Semua yang ada ternganga. Tiba-tiba rasa tersentuh.

“Sobs…sruttt!” Daehyun menyedut hingusnya yang hampir terkeluar dek mendengar ceramah motivasi dari Youngjae itu.

Zelo mengelamun jauh. Peristiwa dia menyembur Pengetua Yoo dengan Ridsect pagi tadi bermain dalam mindanya. Jauh di sudut hati, dia rasa bersalah. Dia rasakan dia adalah punca genjala zombi itu terjadi. Kalau dia tak sembur Ridsect kat pengetua, mungkin keadaan takkan jadi macam ni. Dia perlu selamatkan segala-galanya sebab dia yang mulakan. Nak tak nak, dia kena bertanggungjawab.

“Aku setuju ! Aku akan selamatkan bandar ni !” Zelo mengangkat tangannya penuh bersemangat. Yang lain memandang tanpa berkelip.

“Moon Jongup, kau kena join jugak ! Kalau kau join, aku janji aku dah takkan buli kau. Kalau kau tak nak join, aku sumbat kau dengan air sirap Pak Cha.” ugut Zelo kepada Jongup sambil mengeluarkan air sirap Pak Cha yang ada di dalam begnya.

“A…apa?” Jongup terkejut. Tak sangka kingka Zelo ni bawak air sirap Pak Cha bersamanya. Sungguh kuat daya ketahanan kingka sehingga dia boleh membawa air sirap ‘maut’ itu ke hulu-hilir.

“Wow ! Air sirap lah ! Nak sikit !” Daehyun cuba merampas. Tekaknya sudah terasa kering jadi dia perlukan air. Tambahan pulak, air yang dilihatnya itu adalah air sirap. Semakin dahaga dia rasa.

“Jangan !!!” serentak Jongup dan Youngjae yang tahu tentang air sirap itu menjerit menghalang Daehyun. Zelo segera merentap air sirap itu dari tangan Daehyun.

“Tak boleh !” ucap Zelo lantas memasukkan semula air sirap Pak Cha yang diletakkan di dalam botol minuman 1.5 liter itu ke dalam beg sekolahnya. Daehyun merengus.

“Kenapa?” Daehyun tak berpuas hati.

“Tak boleh tu ! Tak boleh la ! Jangan tambah masalah, bang !” Jongup berkata sambil memandang Daehyun dengan pandangan yang serius.

“Ok ! Dah ! Sekarang ni macammana?” Yongguk mencelah. Membuka balik topik awal mereka. Dia lega sebab Zelo sudah bersetuju. Tunggu lagi tiga orang je.

“Saya…” Jongup berkata namun tiba-tiba tersekat. Dia masih ragu dengan keputusannya. Zelo di sebelah Jongup dah bagi isyarat. Mulutnya dari tadi terkumat-kamit mengeluarkan perkataan ‘air sirap pak cha’ namun tanpa suara. Jongup jadi resah.

“Ok…ok…saya join !” Jongup tak ada pilihan. Zelo dalam diam mencekak kolar baju Jongup dari belakang. Seakan memberi amaran kepada pemuda yang takut itu.

“Yes ! Bagus !” Zelo puas hati. Dia menarik tangan Jongup dan dipaksa ber-high-five dengannya. Jongup mengeluh mengenangkan nasib yang bakal menimpanya.

“Kau Daehyun?” pandangan mereka beralih ke arah Daehyun yang masih terliur dengan air sirap Pak Cha tu. Lelaki itu tersentap. Bebola matanya bergerak ke kiri dan kanan. Mula berfikir sesuatu.

“Ingat orang tersayang.”

“Kau nak ke duduk dalam dunia yang huru-hara?”

“Kalau aku tak selamatkan dunia, maknanya nanti aku dah tak boleh makan KFC la kan? Sapa nak masak KFC kalau semua orang dah jadi zombi? Tidak !!!!!”

“Ok ! Aku join ! Aku akan selamatkan KFC ! Eh bukan ! Selamatkan Matoki !” Daehyun mengangguk. Selain dari KFC, Daehyun juga perlu selamatkan Taehyung, adik satu-satunya. Sekali lagi, kalau bapak dia yang tengah bekerja di luar negara itu tahu yang Taehyung dah jadi zombi, memang masak la Daehyun dikerjakan. Dah la tadi fasal skuter, sekarang Taehyung pulak. Daehyun rasa, kalau bapak dia dapat tangkap dia, memang sah ! Teramat-amat sah ! Dia akan dijadikan makanan ikan Tilapia peliharaan bapaknya itu. Menggerunkan~~

Tinggal Himchan yang masih belum bersetuju. Pemuda itu langsung tak ambil peduli tentang apa yang berlaku. Dia memeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya di bahagian paling hujung van. Mulutnya muncung sama muncung macam Donald Duck.

“Weh diva, kau tak nak tukar fikiran ke?” Yongguk terpaksa memujuk. Hish ! Menyusahkan je mamat sorang ni.

“Kau cakap kau anak Datuk Bandar kan? Takkan kau nak tengok je bandar kita ni musnah?” Youngjae cuba memancing.

Himchan masih diam. Dia membuang pandang ke arah luar. Pemandangan bandar yang musnah menyapa matanya. Ada kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan. Telefon awam dan vending machine tumbang menyembah tanah. Basikal, motosikal , kereta baik lori mahupun bas, segala-galanya bertaburan di atas jalan raya. Ada yang sudah hancur dan ada juga yang terbakar. Himchan menelan air liur perlahan. Tak percaya apa yang dilihatnya.

“Yah ! Kau ! Cepat la bagi jawapan !” Yongguk hilang sabar. Himchan menoleh. Pandangan mereka bertaut. Suasana menjadi sunyi seketika. Debaran kian terasa. Adakah Himchan bersetuju untuk join mereka melawan zombi atau sebaliknya?

“Tok ! Tok ! Tok !”

Saat suasana berdebar mengiringi seluruh ruang van itu, tiba-tiba ada orang yang mengetuk van dengan kuat. Mereka berenam tersentak. Zombi kah itu?

Perlahan-lahan, Yongguk mengintai dari dalam. Kelihatan seorang lelaki sedang berusaha untuk membuka pintu van mereka. Dia mengetuk van itu berkali-kali dengan kuat. Berdasarkan pemerhatian Yongguk, lelaki itu bukan zombi. Dia nampak normal.

“Hoi budak panjang ! Bukak pintu tu !” arah Yongguk kepada Zelo.

“Bukak?” Daehyun dan Youngjae serentak bersuara. Ada rasa ragu di hati mereka.

“Bukak je la. Bukak cepat!” Yongguk berkata. Zelo hanya akur. Malas nak bertekak. Sebaik saja pintu van dibuka, serta-merta seorang lelaki tinggi lampai masuk menerpa ke dalam van.

“Korang semua ni manusia kan? Bukan zombi?” lelaki itu menyoal dengan nafas yang termengah-mengah.

“Bukan kami ke yang patut tanya soalan tu?” Zelo membalas soalan lelaki itu dengan soalan.

“Hyung !”

Biji mata Himchan membulat saat terpandangkan lelaki yang baru saja masuk ke dalam van itu.

“Channie?”

“Hyung?”

“Channie?”

“Hyung !”

“Dah la tu weh !” Yongguk mematikan drama sebabak antara Himchan dan lelaki itu.

“Hyung? Macammana boleh ada dekat sini?” soal Himchan agak hairan.

“Alat yang hyung cipta ni bawak hyung ke sini.” lelaki itu menunjukkan benda berbentuk seperti GPS yang dipegangnya kepada Himchan. Himchan mengangguk-angguk.

“Hyung ubah suai alat ni disebabkan keadaan bandar kita yang dah diserang zombi ni. Alat ni boleh kesan jejak manusia. Masa hyung test alat ni tadi, dia detect ada enam manusia yang masih berkeliaran di bandar ni jadi, hyung datang la sini. Cari enam manusia tu dan tak sangka salah seorangnya adalah kau, Channie.” panjang lebar lelaki itu bercerita.

Lima manusia yang ada dalam van itu hanya memandang lelaki tinggi tanpa berkelip.

“Kau rasa lelaki ni betul ke mereng?”bisik Zelo ke telinga Jongup. Nak ajak mengumpat la tu. Jongup sekadar mengangkat bahu tanpa beralih pandang dari lelaki itu.

“Weh diva ! Sapa ni?” Yongguk menyoal setelah tak tahan dengan pelbagai tanda tanya yang menguasai kepala otaknya.

“Ini setiausaha bapak aku. Perkenalkan, Lee Kwang Soo. Walaupun dia setiausaha bapak aku, tapi dia ni jugak pandai dalam reka cipta. IQ dia tinggi. Macam aku jugak la. Sebab tu kami rapat.” cerita Himchan sambil memeluk bahu Kwang Soo. Sempat jugak dia selitkan elemen memuji diri sendiri dalam sesi memperkenalkan Kwang Soo itu.

Zelo tergelak.

“IQ tinggi? Biar betul? Muka macam dungu je. Macam zirafah dalam cerita Animal Planet tu je.” kutuk Zelo selamba. Himchan tayang muka bengang.

“Hoi budak ! Kau tu pun sama je la. Muka macam llama !” Himchan membela Kwang Soo yang speechless selepas mendengar kutukan Zelo itu.

“Apa?” Zelo mula naik angin. Pergaduhan round ke dua puluh akan bermula nampaknya.

“Dah la tu !” Daehyun cuba menenangkan Zelo.

Suasana diam seketika.

“Kenapa encik cari kami?” Youngjae yang tadinya hanya diam kini bersuara.

Kwang Soo memandang semua yang ada dengan pandangan yang mendebarkan.

“Saya perlukan pertolongan korang semua. Buat masa ni, cuma ada lapan orang manusia yang masih terselamat dari menjadi zombi dan kita kena berkerjasama untuk selamatkan bandar ni.” Kwang Soo berkata dengan nada yang serius.

“Pffttt!!” Zelo ketawa. Lengan Jongup ditepuk-tepuk kuat sebab tak tahan.

“Apasal dengan kau ni?” Himchan menyoal kasar.

“Aku tak tahan la. Muka dia huduh sangat ! Tambah-tambah kalau serius.” Zelo masih belum habis mengutuk Kwang Soo rupanya.

“Yah !” Kwang Soo menjentik dahi Zelo.

“Kau pun hodoh jugak. Llama !” Kwang Soo membalas.

Zelo mencebik.

“Ok. Dah jangan gaduh. Sambung apa yang encik nak cakap tadi.” Youngjae memintas.

Kwang Soo mengangguk. Sabar je la dengan budak lelaki yang Himchan gelarkan llama ini. Dari tadi tak habis-habis mengutuk kehenseman wajahnya.

“Kita kena selamatkan bandar ni sebelum esok . Wabak zombi ni bukan benda main-main. Kalau ia berlanjutan sampai 24 jam, ia akan berkekalan buat selama-lamanya! Bahaya ! Kita kena bertindak cepat!” Kwang Soo berkata.

“Apa maksud selama-lamanya?” Jongup menyoal.

“Menurut kamus dewan edisi keempat, selama-lamanya bermaksud…”belum sempat Kwang Soo menjawab pertanyaan Jongup, Zelo mencelah.

“Selama-lamanya tu bermaksud sampai bila-bila la sengal !” kepala Jongup diketuk. Kwang Soo hanya memandang tingkah Zelo itu. Tiba-tiba rasa macam nak tauk budak ni dari van. Ok tak baik buat macam tu.

“Maksudnya, manusia yang dah kena wabak zombi ni dah tak boleh bertukar jadi manusia balik selepas 24 jam? Macam tu?” Youngjae menyoal meminta penjelasan.

Kwang Soo mengangguk.

“Alamak !!!” Daehyun terlopong.

Yongguk memandang jam digital di tangannya.

“Menurut pengiraan aku, wabak ni dah bermula nak dekat 12 jam jadi baki masa yang tinggal cuma…” dia tak mampu habiskan ayat. Bukan kerana terkejut tetapi kerana tak dapat nak kira dengan betul.

“Kita tinggal 12 jam je lagi untuk selamatkan bandar ni?” Youngjae memandang setiap manusia yang ada di hadapannya.

Kwang Soo mengangguk. Meskipun pahit tapi itulah hakikatnya.

“Kalau kita tak ubati mereka yang jadi zombi tu dalam masa 12 jam yang ada ni, mereka semua akan terus jadi zombi dan terus memburu otak manusia di seluruh pelosok dunia ni buat selama-lamanya…” tegas Kwang Soo lagi.

“Selama-lamanya”

“Selama-lamanya”

“Selama-lamanya”

Ayat itu diulang berkali-kali. Konon nak tambah efek berdebar.

“Andwea!!!!” Daehyun menjerit. Melihatkan Daehyun yang menjerit, Kwang Soo pun turut sama menjerit. Mereka berdua berduet untuk seketika sebelum masing-masing dilempar dengan selipar oleh Youngjae. Mana dia dapat selipar tu? Ntah la nak…

“Macammana hyung tahu soal ni?” Himchan bertanya kepada Kwang Soo.

Kwang Soo tunduk seraya mengeluh.

“Panjang ceritanya, Channie.” tuturnya lemah.

“Pendekkan.” Zelo menyampuk.

Serentak, enam manusia yang lain memandang ke arah Zelo dengan pandangan yang tajam. Zelo menelan air liurnya yang terasa kesat. Melawak pun tak boleh.

“Lagi satu, hyung cakap ada lapan orang yang masih jadi manusia kan? Hyung salah kira ke apa? Kita tujuh orang je la.” Himchan menyoal lagi.

Kwang Soo menggeleng.

“Tak ! Betul. Hyung tak salah kira. Memang ada lapan orang.” ucap Kwang Soo penuh yakin.

“Jadi, sapa sorang lagi tu?” soal Yongguk panasaran. Yang lain mengangguk. Menunggu jawapan dari Kwangs Soo.

Kwang Soo menghela nafas perlahan sebelum membuka mulut.

“Seorang lagi manusia yang masih normal adalah…”

 

BTZZZZ!!!

 

 

Harap maaf ! Penulis tiba-tiba diculik oleh seekor llama dan tak dapat menyambung chapter ini dengan lebih lanjut. Sila tunggu untuk beberapa hari atau mungkin minggu atau bulan (bergantung kepada mood llama bila masa dia nak bebaskan penulis). Jika anda ingin tahu kisah seterusnya dengan cepat dan nak cerita ni habis dengan segera, sila cari llama ini dan hantar ke zoo berdekatan. Sekian.

 


P/S : Jangan kick saya. Saya cuma bergurau ^^/ throw heart kat korang semua/

(^.^)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-