31.12.14 [Part 1]

Boom Clap ! It's Zombie !

31.December.2014 : Zombie ! It's Coming !

 


 

31 Disember 2014

Di sebuah ruang rahsia,

Kelihatan dua orang lelaki sedang serius berbicara tentang sesuatu.

“Berhenti la buat kerja bodoh ni. Kau jangan nak berangan !” lelaki yang berkot hitam berbicara sambil memandang lelaki berbaju kemeja yang tegak berdiri di hadapannya.

Lelaki berkemeja itu merengus.

“Berangan? Kau cakap aku berangan? Ini bukan angan-angan ! Aku akan buktikan benda ni ! Kau akan rasakan sendiri.” ujarnya seraya menghentak meja dan membuatkan lelaki berkot hitam tadi tersentak.

“Yah ! Aku cakap jangan ! Jangan ! Kau tau kan benda yang kau nak buat ni membahayakan semua orang?” lelaki berkot hitam tadi cuba meredakan kemarahan si kemeja.

“Aku tak peduli ! Asalkan aku dapat apa yang aku nak !”si kemeja membalas kasar.

“Jangan jadi bodoh dan pentingkan diri !” lelaki berkot hitam sudah tak dapat tahan sabar. Lengan lelaki berkemeja itu ditarik dan digenggam erat.

“Kawal diri kau. Perbuatan kau ni salah di sisi undang-undang dan mungkin akan makan diri kau sendiri. Kau tak tau apa yang bakal jadi nanti. Banyak risiko yang berbahaya. Bukan cuma kau yang akan kena risikonya ! Penduduk bandar ni pun sama ! Silap hari bulan, satu dunia akan terjejas ! Berhenti ! Tolong berhenti !” rayu lelaki berkot hitam.

Lelaki berkemeja hanya tertawa sinis.

“Aku dah sampai ke tahap ni dan kau suruh aku berhenti? Lupakan !” ujarnya setelah berhenti ketawa.

“Lupakan atau aku laporkan semua ni kat pihak polis !” ugut lelaki berkot hitam.

Suasana sunyi seketika.

“HAHAHAHHAHHAHAHAHAHAH!”

Tawa si kemeja  meledak lagi. Kali ini lebih kuat dan nyaring sehingga si kot terasa menyampah dan rasa nak bagi penyepak.

“Pergi la report ! Pergi !” lelaki berkemeja berkata sambil tersenyum mengejek.

“Yah !”

“Kau kena tau yang, tak ada sapa boleh halang aku ! Tak ada sapa !” ucap lelaki berkemeja itu lantas melangkah selamba keluar dari ruang bilik lelaki berkot hitam yang sedang menahan geram.

“Annyeong !”

Dari luar, samar-samar kedengaran suara lelaki itu mengucapkan selamat tinggal. Lelaki berkot hitam itu terasa geram. Gelas tinggi yang berisi air kosong di atas mejanya dicapai dan diteguk rakus.

 


 

*B.A.P_Coma*

Daehyun terbaring di atas katil sambil memeluk gambar kekasih hatinya Ailee. Semalaman dia tak tidur memikirkan tentang gadis itu.  Parah !

“Ailee my love…sampai hati kau…”

Hingus disedut dalam-dalam.

“Sampai hati kau…”

Air mata yang mengalir dilap menggunakan belakang tapak tangan.

Wajah Ailee yang sedang tersenyum gembira di dalam gambar yang dipegangnya ditatap lama.

“Sampai hati kau ambik cheezy wedges aku !!!!” raungnya seraya meronyokkan gambar Ailee.

“Dah la kau tinggalkan aku, pastu kau amik pulak cheezy wedges aku. Sedih tau tak ! Sedih !” rintih Daehyun dengan nada yang penuh dramatis. Dia mengalirkan air mata sepuas hatinya.

TOK ! TOK !

Pintu biliknya diketuk oleh seseorang.

“Yah ! Hyung ! Apasal hyung tak kejut Tae ! Tae dah lambat pergi sekolah ni ! Hyung !”

Adik Daehyun, Taehyung mengetuk pintu bilik seakan-akan mahu merobohkan pintu bilik abangnya itu.

“Diam la Tae ! Hyung takde mood hari ni !” Daehyun membalas.

“Hyung ! Tae dah lambat nak ke sekolah ni ! Dah tak sempat nak kayuh basikal. Hyung bawak Tae dengan skuter hyung tu boleh tak?” Taehyung mengetuk pintu lagi.

“Tak nak ! Tak nak ! Orang cakap tak nak tu tak nak la !” Daehyun membalas.

“Hyung…jaebal. Hari ni ada ujian penting ! Tae kena pergi sekolah kalau tak, Tae boleh gagal ! Kalau gagal, masaklah Tae ! Habis la abah kerjakan Tae nanti. Hyung please !!!” rayu Taehyung dengan penuh harapan agar si hyung tak guna itu keluar.

Dan seperti apa yang dijangka,

Jung Daehyun akhirnya membuka pintu.

“Omakkau!”

Melatah adiknya saat melihat wajah Daehyun yang sembap dan basah dengan air mata. Tubuh abangnya kelihatan tak bermaya dan lemah.

“Apa jadi kat hyung ni?” soal Taehyung hairan.

Daehyun tak menjawab sebaliknya menghulurkan segugus kunci kepada Taehyung. Remaja itu perlahan-lahan mengambil kunci itu.

“Kau bawak la skuter tu sendiri. Hyung takde mood.” ucap Daehyun sebelum kembali menutup pintu biliknya dan meninggalkan Taehyung terlopong sendirian.

“Yah ! Hyung !!!!!!!”

Bilik Pengetua 1004 Angel High school, Tuan Yoo Jaesuk.

“Mary ahh. Mari sini minum susu.” pengetua Yoo memanggil kucing kesayangan merangkap buah hatinya memandangkan sampai sekarang dia membujang, untuk minum susu yang dia sediakan dengan penuh kasih dan sayang.( ayat macam tak kena je.)

Kucing putih yang sedang bersantai di atas sofa segera turun tergedek-gedek mendekati tuannya. Pengetua Yoo tersenyum gembira melihat telatah kucing yang digelar Mary itu.

Tiba-tiba,

DAM !

Pintu biliknya tiba-tiba dirempuh seseorang. Pengetua itu tersentak. Hampir gugur jantungnya saat itu.

Kelihatan seorang pelajar tinggi lampai dan berkulit cerah sedang bercekak pinggang di tengah ruang pintu.

“Yah ! Kingka Zelo ! Apasal ni?” Pengetua Yoo terkejut saat melihat kelibat kingka yang datang seakan mahu menyerang dirinya.

Zelo masuk ke dalam bilik pengetua bersama dengan sebotol Ridsect di tangan.

“Mana kucing pengetua? Mana?” soal Zelo dengan muka yang garang.

“Apasal awak cari kucing saya?” Pengetua Yoo mengerutkan dahinya.

“Wuarghhh!! Saya nak bunuh dia ! Saya nak bunuh kucing pengetua !” amuk Zelo tiba-tiba..

“Apa ? Apa salah Mary sampai kau nak bunuh dia?” Pengetua Yoo segera memeluk kucing kesayangannya yang sedang leka minum susu itu.

Zelo semakin ganas. Botol Ridsect di tangan dihalakan ke arah Mary.

“Kucing Mary tak guna pengetua ni suka berak merata. Masuk ni dah dua kali saya terpijak taik dia tau tak ! Dua kali ! Hari ni dan semalam ! Berturut-turut ! Saya bengang ni ! Bengang !” Zelo meluahkan perasaan yang terbuku di dadanya sejak semalam. Nampaknya, hari ni pun dia perlukan seseorang untuk dijadikan mangsa lepaskan geram. Moon Jongup, siap sedia la kau !

“Jangan bunuh Mary ! Dia kucing yang innocent !” Pengetua Yoo cuba menahan Zelo dari terus mendekati Mary.

“Jangan harap saya nak biarkan dia hidup ! Wuarghhh ! Ambik ni !!!!!!!”  Ridsect disembur ke arah Mary dengan penuh geram. Berkepul-kepul asap keluar dari botol racun itu.

“Andwae! Mary!!!” Pengetua Yoo memeluk kucing kesayangannya yang seakan sudah lemas dengan semburan Ridsect. Secara automatik, dia turut disembur oleh racun serangga itu.

 Keadaan tiba-tiba bertukar  menjadi slow motion. Baik Zelo, Mary dan Pengetua Yoo. Semua bergerak secara perlahan. Debaran terasa. Apakah yang akan terjadi pada Pengetua Yoo? Bagaimana nasib Mary? Adakah Zelo dah berjaya untuk membunuh kucing yang dah buat onar dengannya itu?

Huarghhhhh!

BAM !

Pengetua Yoo jatuh tertiarap ke lantai dan tak sedarkan diri. Ajaibnya,Mary di sebelah nampaknya terselamat. Kucing itu kembali berjalan tergedek-gedek dan sambung minum susu yang tadinya tergendala.

Zelo tergamam.

“Dasar kucing tak guna ! Apasal kau hidup lagi !” Botol Ridsect sekali lagi dihalakan ke arah Mary yang tak tahu apa-apa itu.

Baru saja picu nak ditekan, tiba-tiba,

Kedengaran suara aneh dari atas lantai. Zelo beralih pandang ke arah Pengetua Yoo yang masih tertiarap di lantai dengan pandangan yang hairan.

Kelihatan tubuh pengetua itu bergerak-gerak.  Zelo menarik nafas lega. Nasib baik tak mati.

Seketika kemudian, Pengetua Yoo bangun dan…

“Huarghh…huarghhh….arrrrr….”

Suasana sepi seketika. Zelo memandang Pengetua Yoo yang agak pelik itu.

Dah kenapa dengan Pengetua ni?

Pengetua Yoo yang berwajah menyeramkan dipandang dengan dahi yang berkerut. Lidahnya terjelir keluar dan matanya berubah merah. Pakaian yang dipakai oleh Pengetua Yoo juga sudah koyak rabak. Aneh.

“Pengetua..” Zelo cuba memanggil Pengetua Yoo itu namun dia tak mengendahkan Zelo. Mary yang sedang minum susu di sebelah meja kerjanya diangkat dan…

Zelo tergamam.

Apa pengetua Yoo buat?

Tengkuk Mary digigit oleh Pengetua Yoo dengan kasarnya. Darah pekat memancut keluar dari tubuh kucing putih itu dan membasahi kemeja yang yang dipakai oleh pengetua Yoo.

Selesai dengan Mary,

Kini pandangannya beralih pada Zelo yang masih membatu di hadapannya.

“Arrrrrkkkk…arrrrkkk…”

Setapak demi setapak dia mendekati Zelo dengan langkah yang pelik.

“Tidak !!!”

Zelo dengan tangkasnya berlari keluar dari bilik itu dan dengan sepenuh tenaga yang dia ada, dia menolak sofa yang berada berhampiran dengan pintu bilik pengetua. Sofa itu diletakkan di bahagian hadapan pintu untuk menjadi penghadang agar Pengetua Yoo tak boleh membuka pintu dan keluar untuk mengejarnya.

“Lari ! Semua orang lari ! Pengetua Yoo dah jadi raksasa !”

Laung Zelo sambil melajukan langkahnya.

 


 

Kantin Sekolah Angel 1004,

 

“Mari. Mari. Mai beli. Mai beli ! Air sirap special lain dari yang lain. Mai beli !”

Pak Cha, pekerja kantin sekolah selaku pembuat air sirap yang digeruni setiap orang di sekolah itu dari tadi melaung-laung untuk mempromote air sirap buatannya. Namun, suasana kantin sangatlah sunyi sepi. Langsung tak ada pelajar yang wujud di kantin sekolah itu.

“Mana semua orang pergi ni?” soalnya sendirian sambil memandang sekeliling. Matanya tiba-tiba bersinar saat terpandangkan seseorang.

L-Joe, selaku ketua pelajar sedang menjalankan rondaan di sekitar sekolah bagi memastikan para pelajar tak bersidai di kantin kerana waktu kelas akan bermula lagi beberapa minit. Dia berjalan sambil membebel dan mengutuk pembantunya, Niel yang entah lesap ke mana.

“Oiii, Bihun !Bihun !”

Satu suara kedengaran membuatkan L-Joe terasa dan menoleh. Kelihatan Pak Cha sedang melambai-lambai ke arahnya sambil tayang air sirap di tangan. L-Joe menelan air liur. Air sirap tu nampak menakutkan. Lebih menakutkan dari darah.

“Mai la sini kejap !” Pak Cha memujuk L-Joe agar datang ke arahnya. Nak tak nak, L-Joe pun mendekati Pak Cha dengan rasa terpaksa yang teramatlah sangat.

“Yah ! Pak Cha, berapa kali nak cakap. Nama saya bukan Bihun. Saya, Byunghyun. Byung…hyun. Cuba Pak Cha ulang nama saya tu betul-betul.” rungut L-Joe.

Pak Cha tersengih.

“Binghun. B…B…Bihun.”

L-Joe buat facepalm.

“Panggil saya L-Joe kalau susah sangat. Semua kawan saya panggil saya L-Joe. Jadi, Pak Cha pun boleh panggil saya L-Joe.” ucapnya setelah agak fed-up.

“Lejo. Iyelah. LeJo.” Pak Cha mengangguk-angguk.

“Apa-apa je la Pak Cha, saya nak blah ni. Nanti sembang lain.” L-Joe mula berkira untuk beredar sebelum nanti Pak Cha memaksanya minum air sirap yang mengerikan itu. Orang cakap, sediakan payung sebelum hujan.

Belum sempat dia membuka langkah pertama, tangannya ditarik Pak Cha. L-Joe menoleh seraya mengangkat sebelah keningnya.

“Nak sirap?” Pak Cha menyoal sambil menayang segelas besar air sirap di hadapan muka L-Joe.

Kalau bukan namanya Sirap Pak Cha, dah lama L-Joe sambar dek kerana dia memang dah terasa dahaga tapi malangnya…

GULP !

Wajah si ketua pelajar itu mulai pucat.

 


 

“Selamat pagi semua. Saya, Yoo Youngjae. Cikgu praktikal baru kat sini. Saya akan ajar subjek Sains untuk batch kamu.”

Youngjae memberikan salam perkenalan kepada para pelajar yang berada di dalam makmal sains. Setiap muka pelajar ditenung dengan perasaan yang nervous.

“Hari ni, saya gantikan Cikgu Jongsuk yang ada kursus tiba-tiba. Harap dapat bagi kerjasama.” Youngjae berkata lagi.

“Jadi? Macam mana dengan ujian penting kami hari ni?” soal seorang pelajar yang duduk di barisan paling hadapan.

Youngjae tersenyum sebelum berkata,

“Nampaknya, korang semua terlepas hari ni. Cikgu Jongsuk cakap, ujian ditunda ke minggu depan dan gunakan kesempatan ni untuk study lebih lagi. OK?” ucapnya membuatkan para pelajar mengeluh.

 Nampaknya ujian tak dibatalkan cuma ditunda. DITUNDA! Jauh beza batal dan tunda tu.

“OK semua. Mari kita buat ulangkaji sikit untuk ujian kamu minggu depan. Jadi…kita nak start dari mana?”

“STOP !!!!”

Tiba-tiba ada suara yang mencelah. Semua mata memandang ke arah pintu makmal. Taehyung sedang tercungap-cungap umpama baru lepas marathon sambil bersandar di bingkai pintu.

Youngjae memandang pelajar itu tanpa berkelip.

“Hentikan ujian ni ! Saya pun nak buat jugak !” ujar Taehyung dengan bersungguh-sungguh. Disangkanya, ujian sedang dijalankan namun hakikatnya…

“Cikgu ! Saya tak kenal cikgu ni sapa tapi saya mohon ! Saya mohon benarkan saya masuk dan ambik ujian ni ! Kalau saya tak ambik, saya akan gagal ! Kalau saya gagal, bapak saya akan bunuh saya dan campak mayat saya dalam kandang lembu ! Saya tak nak ! Saya tak nak !” Taehyung duduk melutut umpama seorang pesalah di hadapan Youngjae yang terpinga-pinga.

“Errr…”

Speechless. Itu lah Youngjae sekarang. Apasal budak depan ni beria-ia sangat? Dia tak tahu ke ujian ditunda? Ok. Memang dia tak tahu sebab dia baru sampai.

“Semua ni salah abang saya. Dia bangun lewat dan tak kejut saya. Bila saya suruh dia hantar, dia cakap dia takde mood. Dia cuma bagi saya kunci skuter dia je, dia…dia tak tahu ke saya ni tak reti bawak moto !!!!” rungut Taehyung kepada Youngjae.

Youngjae masih terpinga.

“Yah ! Pabo ! Ujian batal la. Batal.” J-hope bersuara lantas membaling komik ke kepala Taehyung.

Taehyung terlopong.

“Hoi ! Pabo ! Bukan batal ! Tunda ! Tunda kau tau? Tunda !” kalau tadi J-hope membaling, kini dia pula yang dibaling. J-hope menoleh ke arah Jimin yang membaling komik ke kepalanya itu dengan muka yang bengang.

“B…Betul ke?” soal Taehyung yang masih dalam mood drama.

Youngjae perlahan-lahan mengangguk.

“What!!!!! Yah !! Apasal tak cakap awal-awal?” Taehyung menepuk dahi. Kan dah malu?

“Takpe la. Ambik tempat awak ye. Kita ulangkaji dulu. Nanti baru ambik ujian. Jangan datang lambat pulak time ujian tu nanti.” Youngjae berkata membuatkan Taehyung terasa segan. Dia lambat-lambat melangkah ke tempat duduk sambil mengeluh.

“Baiklah. Kita mulakan sekarang. Jadi…”

“Lari semua ! Lari ! Lari selamatkan diri !”

Sekali lagi, sesi pembelajaran Youngjae tergendala dek jeritan seseorang. Para pelajar mula mengerumuni tingkap dan pintu untuk melihat apa yang terjadi.

“Aishh ! Apasal la diorang ni busybody sangat?” Youngjae menongkat dagunya ke meja sebelum mengeluh perlahan. Nampaknya, para pelajar tak berapa minat nak belajar dan mereka lebih berminat dengan jeritan dan lolongan yang datang secara tiba-tiba itu.

“Student, balik ke tempat masing-masing.” arah Youngjae namun hampa tatkala melihat kawasan kelas yang sudah pun kosong.

“Mana korang pergi ni !!!!!!”

 


 

Sementara itu,

“Penghantaran barang.”

Pintu pejabat sekolah ditolak perlahan dan Yongguk muncul bersama sekotak besar barang yang perlu dia hantar ke sekolah itu.

“Eh, Cikgu Yongnam? Apa Cikgu buat kat sini? Kenapa cikgu jadi penghantar barang?” soal kerani yang ada di pejabat itu dengan hairan.

Yongguk tayang muka toya.

“Saya bukan Yongnam. Saya datang nak hantar barang.” Yongguk menjawab dengan nada yang mendatar. Dia dah agak perkara ni akan berlaku. Sebab tu dia rasa berat hati nak ke sekolah 1004 Angel ini. Ini adalah sekolah tempat abang kembarnya bekerja dan sudah tentu, orang-orang yang ada di sekolah ni akan salah faham dengan dia.

“Cikgu tengah buat lawak ke?” kerani yang memakai tanda nama ‘Sunggyu’  tu seakan tak percaya.

“Saya serius.” balas Yongguk lagi.

“Saya tak percaya.” kerani itu menggeleng-geleng. Matanya yang sedia kecik, dikecilkan lagi. Supaya jelas penglihatannya.

“Tak percaya ke, percaya ke, saya tak peduli. Sekarang tanda tangan surat pengakuan ni supaya saya boleh pergi dari sini.” Yongguk berkata dingin.

Kerani itu ketawa besar.

“Dah la Cikgu Yongnam. Jangan la bergurau kat sini. Ini bukan April Fool.” kerani tadi masih tak mempercayai Yongguk.

Yongguk mula menyirap.

“Saya cakap bukan Yongnam, bukan la ! Saya Yongguk, adik kembar dia.”

Kerani tadi kembali ketawa.

“Yongguk? Wahahahaa ! Cikgu Yongnam ni lawak gila ! Yongguk? Kembar? Apasal nama buruk sangat?” kerani itu mengetuk-ngetuk meja sambil ketawa.

“What the hell ! Apa yang buruknya nama Yongguk tu hah? Kau tau tak itu nama orang seni?” amuk Yongguk menggegarkan seluruh ruang pejabat.

 Kerani itu serta-merta terdiam.

“Eh, Cikgu Yongnam? Apasal ada kat sini? Kenapa pakai baju macam ni? Bukan cikgu ada kelas ke sekarang?” tiba-tiba, Chunji, Cikgu bahasa di sekolah itu menegur Yongguk.

Yongguk terdiam. Kemarahannya semakin memuncak. Apasal diorang ni tak boleh bezakan dia dan Yongnam?

“Dah berapa kali nak cakap….Aku….bukan…YONGNAM !!!!!!!” raung Yongguk umpama Gorilla yang kelaparan.

Terjojol bijik mata Chunji dan mulutnya terlopong.

“K….Ke…Kenapa Cikgu Yongnam marah s…saya?” Chunji buat muka macam nak menangis.

Tiba-tiba…

BANGGGG!!

Semua manusia yang ada di pejabat itu terkejut saat pintu bilik pengetua yang terletak berhampiran dengan ruang utama pejabat pecah secara tiba-tiba.

Semua mata memaku ke arah bilik itu dan…

“Lari semua ! Pengetua Yoo dah jadi raksasa !”

Entah dari mana, Zelo muncul dan meraung memberikan amaran kepada semua orang.

Seketika kemudian, Pengetua Yoo mula keluar dengan darah yang berlumuran di tubuh dan dia menjerit. Jeritannya membingitkan telinga semua orang yang ada.

Yongguk tercengang untuk beberapa saat sebelum kemudiannya dia mendengar jeritan yang lebih kuat.

Kelihatan, kerani sekolah yang bernama Sunggyu tadi kini berada di dalam genggaman Pengetua Yoo. Darat merah pekat memancut keluar dari lehernya dan apa yang menakutkan adalah, perbuatan pengetua Yoo yang sedang menokak leher si kerani malang itu.

“Lari !!!!!”


Sementara itu,

Peluh mula membasahi tubuhnya. Dia melonggarkan ikatan tie yang terasa mencekik lehernya. Nafasnya dihela perlahan.

“Semoga kingka dan yang lain takkan jumpa aku kat sini.” Moon Jongup berdoa dalam hati.

Dah hampir dua jam pelajar malang itu berkurung di dalam almari. Buat masa ni, dia rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan tubuh yang kecik.  Dia tak nak kejadian seperti semalam berulang lagi. Perasaan dibuli oleh kingka Zelo sukar nak digambarkan. Menakutkan. Lebih menakutkan dari Bigfoot ! Ditambah pulak dengan penangan air sirap Pak Cha yang kingka Zelo paksa dia minum semalam. Hanya TUHAN yang tahu betapa terseksanya Jongup. Sampai sekarang, ususnya rasa kejang disebabkan air sirap ‘berhantu’ tu.

Suasana kecoh kedengaran dari dalam almari itu. Bunyi orang menjerit dan melalak di luar membuatkan Jongup semakin membatukan dirinya. Dia nekad. Dia akan bersembunyi di almari tu sampailah dia dah yakin yang keadaan memang dah selamat dan aman.

 


 

“Lari ! Lari ! Selamatkan diri !” Ricky, pelajar yang memang terkenal dengan kekecohan melaung memberikan amaran. Suasana di sekolah menengah 1004 semakin huru-hara.

Semakin ramai pelajar dan guru yang menjadi mangsa pengetua Yoo. Ada yang terbaring berlumuran darah, ada yang bersembunyi di bawah meja dan keadaan semakin menakutkan bila pengikut pengetua Yoo semakin bertambah. Terlalu ramai. Masing-masing dahagakan darah dan sesuatu yang bernama OTAK !

Yongguk tercungap-cungap berlari keluar meninggalkan bangunan sekolah itu. Dia seakan tak percaya apa yang dilihatnya. Nasib menyebelahi dirinya kerana dia masih terselamat. Jantungnya berdetak laju. Cikgu Chunji yang ada bersamanya tadi sudah selamat menjadi korban. Dia merasakan nyawanya betul-betul berada di hujung hidung carrot olaf sekarang ni. Ok bukan ! Maksudnya, di hujung tanduk. Maafkan peribahasa Yongguk yang tak seberapa tu. Yongguk melajukan langkahnya untuk menuju ke motosikal yang diparkir di halaman sekolah tadi.

Langkahnya terhenti saat terpandangkan sesuatu.

“Nam? K…Kau buat apa kat sini?”

Kelihatan abang kembarnya Yongnam bertenggek di atas motosikal miliknya.

Yongguk menelan air liur. Terasa berpasir. Ada sesuatu yang aneh pada kembarnya itu. Yongnam yang hodoh (Yongguk kata. Bukan saya!), kelihatan semakin hodoh!

“K…Kau bukan Yongnam !”

Yongnam tersenyum simpul sebelum menghidupkan enjin motosikal Yongguk. Yongguk pun satu, boleh pulak dia lupa nak tanggalkan kunci motosikalnya tadi. Memang mudah kerja Yongnam nak hidupkan enjin tu.

“A…a…rkkkk…arrr….grrr…..ooooo….takkkkk! OTAK !!!OTAK !!!” Yongnam sudah tak keruan. Matanya semakin merah. Lidahnya terjelir dan rambut yang selalunya disisir rapi menggunakan gel rambut Yongguk yang dirembatnya tanpa izin kini sudah bertukar kusut masai seperti hantu kak Limah. Errr….

Yongguk masih terpaku. Seakan melihat dirinya di hadapan itu.

“Kalau aku jadi raksasa macam Nam, memang hodoh macam ni jugak ke?” sempat lagi Yongguk berfikir.

Yongnam memulas pedal minyak. Motosikal itu meluncur laju ke arah Yongguk. Sengaja Yongnam membuat sedemikan. Memang dia nak bunuh kembarnya tu.

“Bang Yongnam! Ni aku la ! Tak!!!”

Belum sempat motosikal itu menerpa ke arah Yongguk yang tiba-tiba hanya tau menjerit macam perempuan lemah, ada seseorang yang menarik Yongguk dan mengheretnya masuk ke dalam semak. Cuba untuk bersembunyi.

“Cikgu dah gila?”

Soal si penyelamat Yongguk. Yongguk membisu. Dari jauh, kelihatan Yongnam yang sudah naik angin. Jeritan masih kedengaran. Bunyi kaca pecah dan bunyi hentakan turut sama ‘memeriahkan’ keadaan.

“Dia, abang aku !” Yongguk berkata tanpa berkelip.

“Oh, kalau dia abang cikgu, maknanya, cikgu kena join dia jadi raksasa jugak la? Macam tu? Ooo…sungguh kuat semangat kekeluargaan tu.” sinis si penyelamat berkata.

Yongguk menoleh dengan pandangan yang menikam ke arah manusia yang bermulut longkang itu. Nasib baik dia selamatkan Yongguk tadi. Kalau tak, memang lama dah dia humban bagi kat ‘raksasa Yongnam’ yang dah kebulur otak tu.

“Kau panggil aku cikgu? Bila masa aku mengajar kau?” soal Yongguk garang.

“Cikgu Yongnam? Kenapa ni? Cikgu pun dah kena gigit dengan raksasa gila tu ke?” soal penyelamat tadi seraya berundur beberapa tapak jauh dari Yongguk. Mukanya yang jambu kini berubah menjadi seperti pisang dek kerana ketakutan.

“Yongnam?” Yongguk mengerutkan dahinya. Ni sorang lagi. Tak reti nak beza dia dengan Yongnam.

Pertanyaannya dibalas dengan anggukan.

“Cikgu Yongnam ok?” soal si penyelamat seraya menepuk bahu Yongguk perlahan. Yongguk menepis tangan si penyelamat membuatkan dia terpinga. Sungguh tak ada manners ‘Yongnam’ ni.

 “Diam la ! Aku bukan Yongnam ! Yongnam tu ha…dah jadi raksasa dah pun.” Yongguk naik darah tiba-tiba sambil menundingkan jarinya ke arah Yongnam yang masih tercari-cari mangsanya.

“Shhh! Diam la sikit!Karang raksasa tu nampak kita!” bidas si penyelamat.

“Aku tau lah!” Yongguk balas.

“Kalau tu Cikgu Yongnam, kau sapa? Apasal muka sama?” si penyelamat menyoal hairan.

“Kembar dia ! Aku Yongguk ! Raksasa tu, Yongnam!”

“Oooo”

Si penyelamat mengangguk. Yongguk merengus. Banyak sangat soal !

“Saya Youngjae. Cikgu praktikal kat sini.” Si penyelamat menghulurkan tangan untuk bersalam.

Yongguk terlopong.

“Perlukan buat sesi pengenalan kat sini ??!! Tak penting pun lah !” tengking Yongguk.

“Shhh!! Diam la ! Nanti kita kantoi!” Youngjae membalas sambil menekup mulut Yongguk dengan selamba.

 


 

Sejam berlalu sejak serangan zombi bermula. Dari sekolah, kini ia sudah merebak hingga ke kawasan kejiranan yang lain. Dan kemudian, mula tersebar hingga ke bandar.

Huru-hara bandar Matoki dibuatnya.

Kereta polis, ambulans, bomba dan segala macam pasukan penyelamat berkumpul untuk mengawal keadaan namun segala-galanya berakhir dengan tragedi. Masing-masing menjadi mangsa zombi dan akhirnya, turut menjadi zombi.

Kumpulan zombi berada di mana-mana. Tubuh manusia yang berlumuran darah bergelimpangan di merata tempat. Di tandas, di restoran dan juga di shopping mall.

Tak lupa juga, di lapangan terbang.

 

“Hello~~ Mana semua orang ni? Apasal sunyi semacam je?” Himchan menarik bagasi merah jambu kesayangannya sambil memandang kiri kanan. Sunyi. Tak ada satu organisma pun yang wujud selain dia. Dahinya yang licin memandangkan baru buat treatment muka dikerutkan.

“Cuti umum ke? Cuti apa? “ omelnya sendirian. Hairan jugak dibuatnya. Kenapa suasana di lapangan terbang ni lain macam? Dia yang baru saja tiba di lapangan terbang Matoki setelah pergi berfoya-foya di Hawaii mula berasa curiga. Iphone 6 Double Plus Limited Edition miliknya dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor papanya didail.

Dia mencebik tatkala panggilannya dijawab oleh seorang perempuan. Jangan salah sangka dulu ya semua. Perempuan yang dimaksudkan itu adalah operator telefon bukannya perempuan simpanan Datuk Bandar Jongkook. Jangan khuatir semua.

“Mana semua orang? Sapa nak angkat beg aku ni?” bebelnya sendirian. Kakinya dihentak-hentak geram.

Tanpa pengetahuan Himchan, dia sedang diperhatikan dari jauh.

 


 

Dang !!!

Pintu bilik ditendang Jung Daehyun dengan semangat yang berkobar di dada.

“Aku tak kira ! Dia ingat aku tak boleh cari pengganti?” Daehyun berkata sendirian.

Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum tertawa sinis.

“Ini Jung Daehyun la ! Aku petik jari je, dapat dah yang baru.” sambungnya lagi.

Rambutnya yang hitam berkilat dikuak dengan penuh bergaya.

“Ailee, kau tunggu ! Aku akan cari pengganti Cheezy Wedges aku yang kau dah ambik tu ! Aku tak kira ! Hari ni jugak aku kena dapatkannya !” laung Daehyun dengan penuh iltizam. (Nah kau ayat !)

Dia bersiul-siul menuju ke skuter kesayangannya yang bertapak di garaj belakang rumah. Badan skuter yang merah menyala itu diusap perlahan. Poket seluarnya diraba. Mencari kunci skuter.

“Kejap…”

Flashback berlaku di kepala otak Daehyun.

“Kau bawak la skuter tu sendiri. Hyung takde mood.” Daehyun menghulurkan kunci skuter yang dihiasi dengan keychain berbentuk burger itu kepada adiknya, Taehyung. Pelajar lelaki itu sekadar terpinga.

Flashback berakhir dan Daehyun terduduk di atas simen.

“Tidak!!!! Kalau aku bagi kunci tu kat Taetae,macammana aku nak naik skuter pegi KFC!!! Cheezy Wedges aku !!!!”

Raung Daehyun hiba.

“Cheezy wedges…kenapa? Kenapa? Kenapa cinta kita selalu terhalang !” rintih Daehyun dengan nada yang sebak.

Setengah jam Daehyun meraung menangisi nasib dia, kunci skuter dan cheezy wedges itu. Air mata lelaki yang membasahi pipinya diusap dengan hujung jaket denim yang disarungkan ke tubuhnya.

Dengan teresak-esak dia berkata,

“Nasib baik ada kunci spare kat dalam laci.”

Daehyun bingkas bangun dan masuk semula ke dalam rumah untuk mencari kunci spare yang ada tersimpan di dalam laci biliknya. Sekian.

……

“JUNG DAEHYUN!!!!!!”

 


 

Kingka Zelo tercungap-cungap menahan nafasnya. Dia kini sedang bersembunyi di dalam sebuah almari  dengan harapan agar zombi-zombi yang semakin ramai itu takkan jumpa dan menyedut otaknya.

“Mak! Ayah ! Tolong Jelly !” rengeknya sendirian. Hoi ! Kata kingka? Kata kuat? Apasal sekarang kau merengek macam bayi hah?

“Bertenang Zelo ! Bertenang !” Dia cuba menenangkan hatinya sendiri. Suasana sepi di luar membuatkan Zelo sedikit lega.  Dia membuka pintu almari sedikit demi sedikit. Kosong. Tak ada sesiapa. Tak ada tanda-tanda zombi dapat dikesan.

“Aku kena balik. Aku kena balik rumah. Tempah tiket kapal terbang. Lari ke Malaysia. Bina hidup baru kat sana. Cari awek Malaysia. (Saya la tu !) dan habiskan sisa hidup di sana ! Aku tak nak mati di tangan zombi !” Zelo kelam kabut keluar dari almari tempat dia bersembunyi tadi.

KREEEKKKKK…

Tiba-tiba,

Pintu almari sebelahnya terbuka perlahan-lahan. Zelo menoleh dan….

WUARGGGHHHHHH!!!!!!

 


I'm baek everyone ! /bunyi cengkerik buat okestra/

Ok Fine~~ Sunyi betul kat sini. Saya faham kenapa...(=V=) /peluk Zelo/ kicked/! 

Sorry sebab menyepi seketika dan saya harap masih ada yang membaca cerita ni. :) Buat yang membaca, terima kasih saya ucapkan~~

 Happy reading and soooorry kalau chapter ni tak best ! Btw, thanks sebab sudi luangkan masa di sini.

/jamu para readers sekalian dengan teh tarik/

(^.^)

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-