30.12.14 [ Part 1 ]

Boom Clap ! It's Zombie !

30.December.2014 : Bang Yongguk , Kim Himchan , Jung Daehyun


 

Kediaman keluarga Bang.

Bang Yongguk menapak turun dari anak tangga dengan langkah yang longlai. Gayanya seperti sotong kering yang betul-betul kering dek kerana dijemur di bawah matahari selama tiga bulan. Wajahnya sangatlah tak bermaya dan matanya seakan tak mampu untuk terbuka.

“Morning Guk !”

Abang kembarnya, Bang Yongnam memintas lantas menyapa adiknya itu. Langkah Yongnam jelas lebih bertenaga berbanding Yongguk yang lemah seperti orang sedang berpuasa. Hmmm…

“Night Nam…” balasnya mendatar sebelum membuntuti langkah abangnya itu ke dapur. Mendengar balasan Yongguk, Yongnam segera mengerling jam  yang terikat kemas di pergelangan tangannya.

“It’s already 7 a.m. Wake up, Guk ! You shouldn’t be like this. Be more energetic ! Like me !” Yongnam memandang adik kembarnya itu dengan pandangan yang berkerut.

Yongguk mengeluh. Kerusi di meja makan ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di situ.

“Kau cakap apa Nam? Boleh tak kau cakap bahasa yang aku faham?” gumam Yongguk perlahan. Yongnam hanya tersengih mendengarkan keluhan Yongguk itu.

PANG!!!

“ Itulah ! Dulu omma bagi kau masuk ke kelas bahasa inggeris, kau ponteng. Kau degil kan? Sekarang, bila abang kau cakap omputih, kau nak bebal ! Kau ni memang tak tau untung betul.” Puan Bang, ibu kepada si kembar itu muncul tiba-tiba lantas memukul kepala Yongguk menggunakan tudung periuk yang dipegangnya.

“Aishhhh ! Omma !”

Yongguk mengusap kepalanya yang terasa pedih. Nampaknya, sesi leteran yang dihoskan oleh Puan Bang sudah bermula dan Yongguk terus menarik muka.

“Apa nak jadi dengan kau ni, Guk? Kau tengok abang kau si Nam ni, dia dah jadi cikgu kat sekolah menengah. Kau?” mulut Puan Bang terus menembak peluru-peluru halimunan yang berbentuk kata-kata pedas dan sindiran dan tepat mengena pada hati Yongguk. Pemuda itu hanya mampu tayang muka sentap.

“Aku tak tau lah apa masalahnya. Kau dengan Nam satu sekolah. Satu kelas. Satu cikgu. Satu rumah. Satu bilik. Semuanya korang berkongsi tapi…” Puan Bang berjeda seketika, susu segar yang Yongnam tuang untuk diminum dicapai dan terus diteguknya sehingga habis. Yongnam terpinga.

“Susu aku…”

“Tapi apa nya omma?” Yongguk menggaru-garu kepalanya yang terasa gatal meskipun tadi sudah disyampu menggunakan shampoo Head n Shoulder milik Yongnam. Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat dia menggaru. Adakah ini balasan TUHAN disebabkan dia menggunakan syampu Yongnam tanpa izin? Ah, bukankah mereka saudara kembar? Sharing is caring, right?

BAM !!!

“Jangan menyampuk bila omma sedang berbicara !” permukaan meja dihentak kuat oleh Puan Bang menyebabkan Yongguk baik Yongnam, masing-masing tersentak. Serentak, mereka berdua menelan air liur yang terasa berpasir.

“Bang Yongguk, bila kau nak ada kerja tetap? Dari dulu sampai sekarang, kau asyik bertukar-tukar kerja. Bermula dari kerja kat stesen minyak, lepas tu jadi penjaga kandang Tigger dan kemudian jadi guard kat asrama perempuan dan kemudian lagi, jadi penghantar pizza dan sekarang ! Kau jadi penghantar barang pulak ! Apa nak jadi dengan kau? Bila kau nak ada kerja yang dapat jamin masa depan kau macam Yongnam?” Puan Bang membebel lagi.

“Omma, Omma tau kan yang Guk tak suka buat sesuatu benda tu lama-lama. Lagipun, Guk berhenti jadi penghantar pizza atas sebab tertentu. Omma nak ke anak Omma ni mengalami penyakit trauma yang teruk?” peristiwa sebulan yang lalu kembali menerawang ke dalam minda kosong Yongguk. Naik meremang bulu romanya saat terkenang semula babak menakutkan itu. Peristiwa apa yang dimaksudkan? Tunggu….ini akan diceritakan nanti.

“Alasan ! Itu semua alasan !” Puan Bang sekali lagi mengetuk kepala anaknya itu dengan tudung periuk. Yongnam di sebelah hanya mampu menyembunyikan senyum tatkala melihat gelagat si adik dan ibunya yang sedang bertikam lidah.

“Omma ! Dah la tu !” Yongguk berkata sebelum memasukkan roti bakar ke dalam mulut. Puan Bang mendengus. Wajah selamba Yongguk dipandang lama.

“Sebenarnya Bang Yongguk, kau nak jadi apa hah?” Puan Bang kembali bersuara setelah hampir seminit mendiamkan diri.

Yongguk tak terus menjawab. Dia menelan roti yang telah dikunyah dan meneguk Nescafe di dalam mug sebelum akhirnya membuka mulut.

“Guk nak jadi artis. Penyanyi. Komposer. Guk nak jadi orang seni. Let’s make art, not war. Jyeahh…” terawang-awang tangannya ke udara sambil tersengih menayangkan gummy smile di hadapan Puan Bang saat dia menceritakan impian murninya itu.

PANG!!

Untuk kali ketiga, tudung periuk di tangan hinggap ke kepala anak muda itu. Yongguk tergamam.

“Omma ! Omma tak pernah sedar bakat yang Guk ada ! Bukak la mata Omma tuh !” Yongguk memandang tepat wajah Ommanya.

“Hish budak ni ! Yah ! Bakat? Bakat apanya? Kau tau tak lagu yang kau gubah dan kau bagi omma dengan appa dengar minggu lepas tu dah berjaya buat appa kau demam seminggu. Kau tengok ! Sampai sekarang orang tua tu tak larat nak keluar bilik sebab dengar lagu kau yang ntah apa-apa tu ! Doktor cakap appa kau diserang penyakit terkejut dan semua ni sebab lagu kau yang mengerikan tu!” Puan Bang meluku kepala Yongguk geram.

“Lagu tu Sacramental Confession ! Itu tajuknya ! Appa dengan Omma memang tak pandai nak hayati seni.” Yongguk berkata sebal lantas bangun dari kerusi. Helmet merah yang diletakkan di atas kabinet dicapai dan tali sneakers yang dipakainya dibetulkan.

“Orang nak pergi kerja la ! Dah la. Malas nak cakap dengan omma lagi.” seakan merajuk, Yongguk  terus keluar dari rumah dan menghidupkan enjin motosikal kesayangannya. Puan Bang masih belum puas membebel lantas mengejar Yongguk hingga ke muka pintu.

“Budak bertuah ! Orang tak habis cakap lagi dengan dia, dia dah nak blah ! Yah ! Bang Yongguk !”

Laungan Puan Bang langsung tak diendahkan oleh Yongguk.

“Hoi Bang Yongguk ! Kau balik nanti, siaplah kau ! Omma tumbuk kau sampai lumat !” Puan Bang mengeluarkan amaran yang membuatkan Yongguk mengeluh. Pedal minyak dipulas lantas dia terus menunggang motosikalnya laju meninggalkan kawasan rumah.

“BANG YONGGUKKK!!!!”

Habis bergegar satu rumah dek jeritan Puan Bang yang bengang dengan kelakuan anak lelakinya itu.

 

 

*Sesiapa yang nak dengar lagu Sacramental Confession, silalah dengar di sini. *


 

Pulau Hawaii, Amerika Syarikat.

 

 

*SECRET_YOO HOO*

 

Neoreul saranghana bwa Yoo-Hoo
Neoman boyeo Yoo-Hoo

 

“I luv sunshine ! Lub it ! Lub it very much !”

Air punch di tangan dilambai-lambai ke udara sambil menuturkan ayat engrish itu dengan yakinnya. Cermin mata gelap yang dipakai dibetulkan letak duduknya.

“Dance again, Dance again” pintanya pada sekumpulan gadis cantik yang ada di hadapannya setelah mereka berhenti menari. Radio besar yang dibawanya ditekan. Lagu Yoohoo nyanyian kumpulan Secret berkumandang buat kali ketiga.

“Pay us !” salah seorang dari gadis mat salleh itu berkata membuatkan Kim Himchan yang tadinya tersengih mengendurkan sengihan.

“I just pay You ! Then whut???” dia tayang muka tak puas hati kepada para gadis yang menjadi penari berbayar di hadapannya itu. Tak sampai lima minit yang lepas, dia membayar empat orang gadis itu untuk membuat persembahan di hadapannya dan kini, mereka kembali meminta duit?

“Listen here ing man, you asked us to dance for almost three time and now, You should pay us more ! Triple payment !” gadis itu membalas sambil menunjukkan isyarat lucah di hadapan muka Himchan. Pemuda itu terkesima seketika.

“No !! I don’t want ! You said and showed something bad to me and now, I don’t want to pay you at all. AT ALL !” tak mahu mengalah, Himchan berdiri dari kerusi malas yang sedari tadi menjadi tempat pembaringannya dan bercekak pinggang di hadapan empat gadis penari tadi.

“ ! No way ! We want our payment !” bidas salah seorang dari mereka.

“Get lost ! I don’t want to pay you anything. Plus, your dance are and it don’t deserve a payment! I don’t feel happy to watch your dance. It’s super freaking ing terrible dance that I had ever watch ! It just like four whale dancing, you know??” suara Himchan naik lima oktaf. Merah mukanya menahan marah serta panas.

 “Whale? You compare us with a whale??” para gadis naik berang.

“Yes ! Even whale is better than you .” balas Himchan dengan nada yang sinis.

Suasana sepi seketika.

PHEWIITT!!

Tiba-tiba, empat gadis itu bersiul serentak membuatkan Himchan kehairanan. Tak lama selepas itu, sekumpulan lelaki sasa berbadan tegap datang ke arah mereka.

“What happen ladies?” soal salah seorang dari lelaki tegap itu.

“Kill him, he just said that we are whale !” jawab gadis itu lantas menundingkan jarinya ke arah Himchan.

“What the …” Himchan tercengang sebelum membuka langkah seribu tatkala dikejar oleh sekumpulan lelaki berbadan sasa itu.

“HUARGGHHH!!! PAPA !! MAMA !!! TOLONG CHANNIE !!!”

Dia berlari laju di persisiran pantai dek kerana dikejar oleh sekumpulan ‘abang sado’ yang ingin membelasahnya.

Setelah penat berkejar-kejaran, akhirnya ‘abang-abang sado’ itu mengalah juga. Himchan berjaya melepaskan dirinya dari mereka dan kini dia terdampar di atas pasir umpama ikan paus. Huh, sekarang, kita dah nampak siapa ikan paus yang sebenarnya.

Telefon bimbit di dalam poket seluar pendek yang dipakainya dikeluarkan. Nombor papa kesayangan didail.

“Hello. Channie !”

“Papa !”

“Channie !”

“Papa !”

“Channie!”

“Papa !”

“Shut up, man ! Don’t you see that I’m in serious mood? This sand castle won’t build up if you keep yelling here !” tiba-tiba, seorang lelaki mat saleh yang sedang membina istana pasir berhampiran dengan tempat Himchan terdampar mencelah. Mungkin dia terganggu dengan jeritan Himchan yang sudah tiga kali memanggil papanya dengan nada menjerit yang teramatlah menyakitkan jiwa dan telinga.

Himchan mencebik. Ada saja orang yang nak ganggu ketenteramannya.

“Jadi…macammana Hawaii?” soal papa Himchan, Kim Jongkook  teruja.

“Teruk !” Himchan menjawab sambil menjulingkan matanya.

“Aik? Dulu Channie yang teruja sangat nak ke sana? Kenapa sekarang….”

“Panjang ceritanya ,Papa. Channie bosan kat sini.”

“Tapi, Hawaii adalah pulau idaman Channie sejak kecik.”

“Channie tukar fikiran. Hawaii bukan pulau idaman Channie. Pulau Tioman, Malaysia adalah pulau idaman Channie, jadi papa…”

“Jadi apa?”

“Siapkan duit untuk Channie melancong ke sana.”

Kim Jongkook menepuk dahi. Itulah Kim Himchan. Anak kepada datuk bandar Matoki yang kerjanya cuma menghabiskan duit bapak saja. Separuh duit Jongkook disebat oleh anaknya itu untuk pergi berjoli dan untuk memuaskan nafsunya yang rakus itu.

“Esok Channie balik dan lusa, Channie nak bertolak ke Malaysia.” Himchan memberi kata putus. Dia nekad dan tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya.

“Channie…dah la pergi melancong tu. Kerja kau asyik nak songlap duit papa je kan?” Jongkook membalas.

“Papa, kalau papa tak bagi, Channie tak nak balik rumah !” ugutnya.

“Okey ! Okey !” Jongkook terpaksa mengalah. Nak buat macam mana? Hanya Himchan sorang anak yang dia ada. Dialah intan payung Jongkook dan kalau Himchan lari, mana dia nak cari ganti? Jadi, terpaksalah dia menurut permintaan anaknya itu.

Himchan tarik sengih gembira. Dia tahu papa nya takkan menghalang.

 


 

Kita kembali ke Bandar Matoki.

Di sebuah restoran makanan segera, KFC.

 

“Selamat datang ke KFC, nak makan sini atau nak bungkus?”

“Errr….tak nak makan sini.”

“Jadi awak nak bungkus?”

“Tak !”

“Habis?”

“Saya nak makan kat meja tu…”

*Bunyi cengkerik*

Jung Daehyun menarik sengih innocent. Apa? Salahkah apa yang dia cakap? Kenapa pekerja KFC ni nampak marah? Ah, mungkin dia marahkan orang lain.

“Nak order apa?” soal pekerja KFC itu setelah berdiam diri buat seketika.

“Saya nak satu cheesy zinger burger, satu zinger burger, satu colonel chicken burger, kentang goreng, mash potato, cheezy wedges, chicken nuggets enam ketul, ayam dua ketul, colonel rice dan air pepsi dua.” dalam satu nafas, Daehyun menyebut setiap menu yang dia mahukan.

Tercengang pekerja KFC yang melayannya itu.

“Ulang…” pintanya.

Daehyun menghela nafas perlahan.

 

Setelah pesanannya disiapkan, Daehyun bersusah payah membawa makanan segera itu ke meja. Tak menang tangan dibuatnya disebabkan makanan yang dipesan terlalu banyak. Dia melabuhkan punggung di kerusi dan tersengih lebar. Tapak tangan digosok-gosok tanda tak sabar. Tak sabar nak melantak semua makanan di depan matanya ini.

Dia mencapai burger yang paling hampir dengannya dan mula membuka mulut untuk menyumbat makanan itu namun, belum sempat dia membuat gigitan pertama,

“Jung Daehyun .”

Namanya diseru oleh seseorang. Dia merengus.

“Siapa yang ganggu Jung Daehyun nak makan hah !” gumamnya perlahan dengan pandangan yang menikam. Bersiap sedia untuk menyerang orang yang telah menganggunya.

“Awak tak tunggu saya?” Ailee, teman wanita Daehyun menarik kerusi di hadapan lelaki itu dan merungut geram dengan perangainya.

Wajah Daehyun yang kemarahan bertukar normal semula.

“Mian, saya lapar sangat ni. Awak tau kan apa akan jadi kalau saya terlalu lapar?” Daehyun tersenyum cuba memujuk kekasihnya itu.

Ailee tarik muka masam. Dia mencapai sebiji burger yang ada di atas meja dan saat itu, tangannya ditampar oleh Daehyun.

“Andwae ! Naekoyya !” tangan Ailee digenggam bagi menghalang gadis itu mengambil burger-burger serta makanannya yang lain.

Mata Ailee membulat.

“Mwo? Semua ni? Semua atas meja ni awak punya?” Ailee agak terkejut.

Daehyun mengangguk sambil mengunyah burger serta memasukkan kentang goreng ke dalam mulut.

“Banyaknya!” Ailee seakan tak percaya.

“Apa yang banyaknya?” Daehyun menyoal sebelum dengan rakus menyedut air pepsi di sebelahnya. Gelagatnya dipandang oleh Ailee dengan riak muka yang jijik. Daehyun memang gelojoh dan dia tak sukakan itu.

“Mana saya punya makanan?” soal Ailee lagi.

Daehyun terdiam. Dia memandang wajah Ailee seketika.

“Takde. Kalau nak, pergi beli sendiri.” jawabnya sambil menundingkan jari ke arah kaunter yang agak penuh dengan ramai pelanggan yang beratur. Setelah itu, dia kembali menyambung aktiviti makan-makannya yang asyik tergendala dengan gangguan Ailee. Burger kedua dicapai dan dibuka bungkusannya.

“Sedapnya….”

Ucapnya sambil menutup mata dan tersenyum. Kesedapan burger itu tak terkata dan sungguh nikmat. Tekak Daehyun terasa dimanja-manja tatkala burger itu masuk ke dalam kerongkongnya untuk menjalani proses peristalsis.

Ailee merengus geram dengan perangai teman lelakinya itu. Tangannya disilangkan ke dada dan anak rambutnya dikuak kasar.

Daehyun langsung tak mengendahkan Ailee yang kononnya nak tunjuk protes. Ternyata, makanan di hadapannya  lebih penting berbanding si cantik manis yang sedang merajuk itu.

“Jung Daehyun…” Ailee memanggil Daehyun lagi.

“Hmmm?” hanya itu yang Daehyun balas kerana dia sedang sibuk mengacau kentang putar untuk dimakan.

“Awak dengar la sini !” pinta Ailee sebal.

“Dengar…saya dengar.” Daehyun menjawab namun matanya masih belum beralih ke mangkuk kentang putar itu. Kecur liurnya saat terbayang kesedapan kentang yang sudah dicampur dengan kuah black pepper itu.

Ailee mendengus lagi.

“Saya nak kita putus.” ucapnya. Ringkas tetapi padat dan jelas.

Kata-kata Ailee membuatkan Daehyun terhenti dan mengalihkan pandangan kepada gadis itu. Riak terkejut kelihatan jelas di wajahnya.

“Tapi…kenapa?” soal Daehyun tanpa mengelipkan matanya.

Ailee tersenyum sinis.

“Awak tanyalah diri awak sendiri. Mulai hari ni, jangan cari saya lagi.” Ailee berkata sebelum bangun dari kerusi.

“Ailee… Gajima.” dengan penuh dramatik, Daehyun menarik tangan Ailee. Ailee menoleh dan…

 

 

Nae mome sondaeji ma soreumkkichinikka
Nae ireum bureuji ma deutgi sirheunikka

 

Lagu Don’t Touch Me nyanyian penyanyi yang memiliki nama yang sama dengan Ailee berkumandang di seluruh ruang KFC. Daehyun tercengang dan dilihatnya, pekerja KFC yang melayannya tadi tersenyum sinis sambil menayangkan radio yang berada di sebelahnya. Ternyata, lagu itu datangnya dari radio yang ada di sebelah pekerja itu.

Daehyun menjeling pekerja KFC itu tatkala lelaki pendek itu menunjukkan simbol ‘thumbs up’ kepada Daehyun. Terasa mahu saja meludah di muka annoying pelayan KFC itu namun, mengenangkan pesan mendiang neneknya yang meminta dia agar sentiasa bersopan dan berakhlak mulia, lebih baik dia biarkan saja. Lagipun, neneknya pernah mengugutnya sebelum meninggal dahulu bahawa, sekiranya dia buat masalah, neneknya itu akan menghantui dirinya. Daehyun takut hantu dan sama sekali dia tak benarkan dirinya dihantui meskipun itu adalah neneknya sendiri.

“Dah la Jung Daehyun ! Don’t touch me !” Ailee merentap tangannya dari genggaman Daehyun dan pemuda itu tercengang. Sebelum dia beredar, sempat juga dia merembat cheezy wedges Daehyun dan berlari meninggalkan pemuda itu.

“Ailee ! Ailee sayang ! Tunggu la ! Jangan camni !”

Jeritan Daehyun langsung tak dipedulikan.

“Ailee ! Dorawa ! Bagi balik cheezy wedges aku !” laung Daehyun lagi membuatkan semua orang di dalam KFC itu memandang hairan ke arahnya.

“Ailee ! Cheezy wedges aku !!!!!”

 



P/S : Yeah ! First chapter up ! Tak tau la apa akan jadi kat ff ni nanti. Harap korang semua boleh terima la. Hehe. Sorry kalau macam hampeh and buat korang rasa nak tumbuk orang. Apa-apa pun, thanks sebab baca. Hope, sudilah tinggalkan sepatah dua kata untuk permulaan ni. 

(^.^)

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Sy sendiri rasa nk demam dngr lagu tu.. Kesian ayah yongguk xD
starlightkim_
#2
Chapter 9: Kenapa saya tak pernah tahu pasal cerita yang best sangat ni??nasib baik cik ice cream 95 rekomen kat story recommendation dia dan saya bacanya..memang best sangat..tergelak terkekeh-kekeh saya dibuatnya dengan perangai diaorg semua ni.daebaklah authornim..you are one of my favourite author..
aquariusxpisces
#3
Chapter 9: wahhhh mmg best and saya ketawa² adumakkk....anyway daehyun oppa kenapa tak bagi nombor full hahahahah... rupanya daehyun yg marah yongguk sbb dia lambat hantar bhahahah xD
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: aww best dan kelakar sampai sakit perut saya membaca xD
misz_dina #5
Chapter 9: Memang syiok gile baca ff ni.lg2 part kingka ngn jongup..ermm,air sirap pak cha tu ada lg x?boleh sy simpan.mne tau,nanti ade zombie,kite serang la..hahaha sori merapu.pape pon,citer awk mmg jjang
michika
#6
Chapter 9: Ahahahahaha cerite nie hebat xD ...teruskn usaha awak ... saye ktawe x henti2 ..anyway good job /thumb ups/
5days_fin
#7
Chapter 9: lol nama patik di mention... akan patik call sekarang. daebak r cerita awk, smpai mak sya ckp saya giler gelak dpn lappy -_-