Oh abang-abangku! ft. The Kim's

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Kim Minju (17) | Kim Minseok (20) | Kim Joonmyun (19) | Kim Jongdae & Kim Jongin (18)

By Yuko

 

     "Nak pergi mana lawa-lawa ni?" Abang sulungku, Minseok, bertanya kepadaku ketika aku sedang bersiap di depan cermin.

     "Huh? Oh! Minju nak pergi dating dengan Minhyuk kejap lagi." Aku menjawab sambil kembali memandang ke arah cermin dan memakai bedak dan sedikit eyeliner.

    "Dating?!" Seorang lagi abangku, anak yang kedua; Joonmyun; terjerit sebelum menerjah ke dalam bilikku dan menarik ku memandangnya. Dan selepas angah menjerit perkataan 'dating' itu, lagi dua abangku masuk dengan muka yang kelihatan seperti orang yang baru lepas berlari 3x100 meter.

    "Minju nak pergi dating?! Oh tidak!" Jongdae dan kembarnya Jongin; abang ketiga dan keempatku (ya aku ada ramai abang dan aku satu-satunya anak perempuan. Sadis!) berkata serentak.

    Aku memandang mereka berempat dengan pandangan yang pelik. Apa masalah diorang ni?

   "Jangan pergi." Kata along tanpa sebarang reaksi. Tak seperti tiga abangku yang lain.

   "Apa?! Kenapa? Bukannya Minju nak buat apa-apa pun dengan Minhyuk tu! Kitorang nak pergi library jelah sebab nak siapkan kerja kursus kitorang." Aku menerangkan pada mereka. Nampaknya mereka percaya kata-kataku bila aku kata aku hendak pergi berdating dengan dengan kawan baikku sendiri.

    "Tadi kan adik cakap adik nak pergi dating? Apesal tiba-tiba cakap nak pergi library pulak ni?" Abang Jongin bertanya, pasti dia keliru.

    Aku menahan ketawa. Ada jugak yang percaya aku nak pergi dating rupanya.

    "Minju main-main je bila Minju cakap nak pergi dating tadi. Minju cuma nak pergi library. Takkan tu pun tak boleh?" Aku cuba membuat muka secomel habis. Aku tahu abang sulungku akan cair bila aku buat muka 'comel' ku.

    Along mengeluh perlahan sebelum dia mengangguk.

    "Yelah yelah. Adik boleh pergi. Tapi balik sebelum pukul 5 petang. Faham?" Dia memberi kata-kata putus membuatkan aku tersenyum lebar lalu memberinya sebuah pelukan dan ciuman di pipinya.

    "Terima kasih along!" Aku berterima kasih sebelum mengambil telefon dan beg ku lalu aku menuju ke pintu masuk. Aku pasti Minhyuk sedang menunggu aku di luar pagar.

   "Minju! Tunggu kejap! Along nak cakap dengan Minhyuk sikit." Along menghentikan langkahku sebelum berjalan melintasi aku.

   "Angah pun!" Abang Joon pula berkata lalu mengikut abang Minseok dari belakang.

   "Kitorang pun!" Kata abang kembarku.

    Aku mengeluh panjang. Mesti diorang nak bagi ceramah dekat Minhyuk ni. Nasib kau lah Minhyuk~

    Setelah beberapa minit, akhirnya kesemua abang-abangku kembali ke dalam rumah dan menyuruh aku untuk pergi dan menyuruhku pulang sebelum pukul 5 petang. Dan aku seperti biasa, hanya mengangguk. Malas mahu membantah.

    "Apa abang-abang saya cakap dekat awak tadi?" Aku bertanya kepada temanku itu.

    Dia tersengih sebelum membuka mulut.

   "Diorang pesan dekat saya supaya jangan pegang-pegang adik kesayangan diorang ni sesuka hati kalau saya sayangkan nyawa dan tangan saya. Lepastu, diorang pesan suruh saya hantar awak balik sebelum pukul 5. Maksudnya kita kena gerak dari library pukul 4.30 petang. Diorang nak awak ada depan rumah pukul 5 sharp!" Minhyuk berkata dengan panjang lebar.

    Aish, Kang Minhyuk ni memang. Apa yang orang cakap diikutkan saja. Tu pun kira nasib baik kalau orang suruh terjun bangunan dia tak terjun. Kalau tak, tak ada kawan lah aku ni jawabnya~

   "Aduhai~ Sedih betul lah diorang ni. Kata balik pukul 5 petang...Aish." Aku mengeluh sambil diketawakan oleh Minhyuk.

   "Dah lah, baik kita cepat kalau tak nak tertinggal bas." Minhyuk mengingatkan aku lalu aku mula berjalan sedikit pantas.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.