Fake confession ft Baekhyun

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter



 

 


Byun Baekhyun (27) | Kim Seoyeon (22)

By Lilly aka Nicky 

 

 



" Baek kau tak teringin ke nak kahwin asyik sibuk dengan kerja kau je , omma kau tu hah dah bising call aku 3 minggu straight kau tak balik rumah apa cerita ?" soal Suho sambil melentokkan kepalanya di sofa besar di bilik doktor yang bernama Byun baekhyun tu . Baekhyun yang sedang sibuk mengemas kini fail pesakit menghentak perlahan pen hitamnya dan menoleh ke arah Suho . Cermin mata bulatnya yang sudah melorot ke bawah di betulkan . " Kau tahu kan 3 minggu straight ni banyak kerja aku nak handle , tambah lagi banyak budak - budak hingusan belajar praktikal kat sini , bukan makin senang kerja menyusahkan aku " Baekhyun mengeluh kasar . Suho hanya tersenyum sinis dan memejamkan matanya untuk rehat seketika di sofa besar Baekhyun . Bukan selalu dia dapat berbual dengan Baekhyun . kadang - kadang sampai 1 minggu tak  bersua muka walaupun satu hospital mereka berkeja . 

" Puan Byun tu call aku kata kau bila nak balik  ? , setiap hari tak call nasib bini aku tak hentak aku sebab ingat orang tua mana nak ngorat aku " Suho membuat suara menyampah . Kalau Baekhyun merajuk atau tak balik rumah Suho la yang menjadi mangsa soal jawab oleh Eomma Baekhyun . " Hmm nanti - nanti la " Baekhyun meneruskan menyemak helain kertas yang ada di hadapanya . " Aku tahu kau saja bodek pengarah kan suruh banyakkan kerja kau , mesti kau nak elakkan cari jodoh yang mak kau buat kan ?" . Baekhyun tersentak . Dia diam membisu sambil merenung kertas kerja di hadapanya . 

Macam mana hyung tahu tentang tu ? , aku dah suruh pengarah rahsiakan . Ah orang tua memang gatal mulut betullah desis Baekhyun . Dia berpura - pura tenang padahal hatinya macam ribu taufan bila Suho tahu sebab Baekhyun sibuk 3 minggu ni . " Pengarah tak bukak mulut pun , aku yang tanya dekat dia , alah kahwin jela , mak kau tu bukan apa , takut kau jadi anak teruna tua je , kang tak laku " ujar Suho sambil tergelak kecil . "heh heh " Baekhyun menunding jarinya ke arah Suho . 

" Sekati kau je kan nak cakap aku tak laku , aku cuma tak nak kahwin lagi la , aku nak kerja kumpul duit banyak - banyak , soal perempuan tu nanti - nanti la aku cari berlambak tepi jalan " Baekhyun cuba membela dirinya . " Alah macam aku tak tahu kau tak nak tinggalkan zaman bujang kau kan ? , dah la weh cukup - cukup la kau dah masuk 27 tahun tau , tak muda lagi tau , kau dengar la cakap omma kau , jangan sampai pengarah and doktor - doktor atasan tahu kau pergi clubing tidur dengan perempuan " . Suho bingkas bangun lalu beredar dari situ . 
 

Baekhyun memerhatikan tubuh Suho keluar dari bilik doktornya . Fail - fail pesakit ditolak ganas jatuh ke lantai . Semua barang - barang di meja habis ditolak kasar olehnya . " Hyung kalau tak perli aku memang tak sah ! , ish sial " geram Baekhyun . Dia bingkas bangun dan keluar dari ruangan doktor . 



                           __________________________________________________________________________________________________________



   " Hish mana capang tak guna tu , aku suruh dia ambil bukan nak ambil ada juga putus telinga malam ni " Seoyeon merengus kasar sambil melihat jam tanganya yang menujukkan angka 11 malam . Seoyeon mengeluh kasar . Dia dari tadi menunggu Chanyeol abang saudaranya . Janji Korea sangat , kata nak ambil dia pukul 9 dan sekarang dah pukul 11 malam . 

" Hey Budak , dari tadi duduk situ tak de siapa jemput ke ?" soal pengawal keselamatan yang berada di stesen bas besar itu . Seoyeon hanya mengeleng dan memeluk kucing jalanan yang menjadi peneman dia dari tadi . " Pergilah balik dah lewat dah ni " tegur pengawal keselamat itu lagi . Seoyeon hanya mengeluh . Dah la ini kali pertama dia datang ke bandar Seoul ini untuk melanjutkan pelajaran . Seoul ni dah la besar dia tak tahu jalan di Seoul ni sangat . Seyeon bingkas bangun dan berjalan mencari kedai makan . Tiba - tiba rasa lapar . 

Sedang Seoyeon berjalan dia ternampak sebuah kelab malam di situ . Besar tambahan lagi ramai manusia mabuk di situ . Seoyeon hanya meneruskan perjalan dan dia terlihat seorang lelaki hensem sedang memeluk erat dua gadis . " HAHAH thanks ni upah kau malam ni " Baekhyun mengucup pipi gadis itu dan berjalan girang ke arah keretanya . Kebetulan Seoyeon berada di tepi keretanya kerana Baekhyun memakir jauh sedikit di hadapan kelab malam itu . "Mwo ! " ujar Baekhyun dalam keadaan mabuk . Seoyeon mengeleng . 

" huh ?" 

" Kau pelacur kat sini ke ? , ke kau gelangdangan ? , nak aku upah kau ? , jom ikut aku hehe , nanti kita bayar " Baekhyun tergelak sakan sambil menari di hadapan Seoyeon . " Dasar gila ! " jerit Seoyeon . Dia ingin pergi dari situ tapi Baekhyun merentap tanganya . " Eo , kaki kau luka meh aku tolong nak ? , heee aku doktor tau " Baekhyun ingin menyentuh pipi Seoyeon tapi ditepis kuat oleh Seoyeon dan menyebabkan Baekhyun tersandar kuat di keretanya . " Gila! " Seoyeon terus berlari tanpa memandang kiri kanan . 



                                      ______________________________________________________________________________


  " Dah la capang pelupa tenok pula tu bukan nak ambil yeon dekat stesen bus tu tahu tak ! , nasib baik tak kena tangkap dengan mamat gigolo mana ntah ! " tempik Seoyeon sambil menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulutnya . Chanyeol yang sedang mamai hanya merenung Seoyeon membebel ntah tentu pasal . " Ish kamu ni Yeol cuba dengar apa adik sedara kamu tu cakap " Puan Park menepuk belakang chanyeol dengan geram . Chanyeol tersentak dan memandang Seoyeon . " Wae buah hati oppa ni ?" Chanyeol mencuit dagu Seoyeon . Seoyeon menepis tangan sasa Chanyeol dan merungut . 

 " Ahjumah, tengok Capang ni , takkan la dia lupa kot nak ambil yeon , nasib baik tak kena tangkap dengan gigolo mana ntah " keluh Seoyeon . " Sorry la , kerja oppa dengan hospital tu berlambak sampai tak ingat Seoyeon balik semalam . Sorry la esok oppa belikan patung annabele untuk Yeon okeh ! " Chanyeol kedipkan matanya sambil memeluk erat tangan kecil Seoyeon . " Capang ingat kita ni budak hingusan ke nak patung uh ?" soal Seoyeon geram . " Yela , nanti oppa beli iphone untuk yeon ok ?" soal Chanyeol cuba memujuk adik sedaranya . " Humm , dah Chanyeol oppa kena teman Yeon daftar universiti . Jom la " Seoyeon menarik lengan sasa Chanyeol . 

 " Omma kami pergi dulu ! , Yah yah sakit la telinga aku yeob ! " teriak Chanyeol apabila Seoyeon menarik telinga capangnya . Puan Park hanya tergelak kecil melihat telatah anaknya bersama Seoyeon . Walaupun umur mereka berbeza tapi perangai tak ubah macam budak tadika . Suka sangat bergaduh .

                                      ________________________________________________________________________________________


 " Yang oppa pakai kot doktor bagai siap bubuh minyak rambut ni kenapa ? , perlu ke nak teman Yeon daftar sampai kena pakai kot doktor masuk Universiti Yeon ?" soal Seoyeon pelik dengan tingkah laku Chanyeol yang sibuk membetulkan rambutnya di cermin sisi keretanya . Chanyeol memerhatikan semua gadis di Universiti itu hanya tersenyum nakal melihat kekacakkan Chanyeol . " Hari ni , ada beberapa doktor  akan datang bagi ceramah dekat Universiti kamu ni, hah termasuklah abang saudara kamu yang hot ni " Chanyeol tersenyum sumbing .

 " Jap , asal kau pakai baju ni hah ? , mana skirt dan baju yang aku belikan untuk kau, asal kau pakai pakaian kampung kau ni ?" soal Chanyeol selamba . Seoyeon memerhatikan dirinya yang hanya memakai skirt labuh dan baju kemeja biru cair . Seoyeon hanya terdiam , maklumlah dia dari kampung memang suka pakai ayu - ayu . Seoyeon hanya mendiamkan diri dan berlalu pergi . 

" Weh jangan la sentap weh ! " Chanyeol ingin mengejar Seoyeon tapi ditahan oleh Suho  . " Suho ! , Baekhyun mana ?" soal Chanyeol . Suho hanya tersenyum . " Macam biasa , faham - faham la lambat , dah jom nanti lambat nak bagi ceramah kesihatan " Suho menarik Chanyeol masuk ke dalam dewan  . 


    Seoyeon mengelap air matanya , serius dia terasa dengan mulut Chanyeol yang tiada lesen tu . Sebernanya perangai dia bukan la seperti ini , sebernanya Seoyeon seorang yang pendiam , disebabkan Chanyeol yang sering mengejek dia pendiam dia terus cuba untuk jadi bising . " Hi , kenapa awak nangis ?" soal seseorang . Seoyeon memandang lelaki berkot putih itu sambil tersenyum . 
 

Oh Sehun


 " Urm tak de apa - apa "  Seoyeon berdebar - debar melihat lelaki itu tersenyum . " Jom la masuk , sekejap lagi ada ceramah , kalau awak tak nak kena denda la dengan saya yang hensem ni " . Seoyeon hanya berdiam diri dan memerhatikan muka Sehun yang tersenyum nakal . " Saya Doktor di universiti ni , senang cerita saya ditugaskan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.