Yumi ft. Kai

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Jung Yumi (18) | Kim Jongin (18)

By Yuko

   

      Matanya tidak lepas dari memandang gadis itu yang masih cuba menari walaupun dia dapat lihat dengan jelas kakinya berbalut. Sesekali dia lihat gadis itu hampir terjatuh kerana tidak dapat mengimbangkan badannya. Hatinya yang risau itu bertambah risau bila muka gadis itu berkerut menahan sakit.

     "Yumi, kenapa awak tak balik rumah lagi? Dah pukul 10 lebih dah ni." Jongin berkata sambil mengemas begnya. Kelas tarian mereka sudah habis berjam-jam yang lepas dan Yumi masih tidak pulang-pulang. Jongin tidak pulang kerana dia risaukan Yumi. Beberapa hari yang lepas Yumi jatuh dari tangga bila salah seorang pelajar kelas tarian mereka menolak Yumi kerana cemburu melihat Yumi dan Jongin rapat.

     "Saya nak berlatih bersungguh-sungguh. Lagi beberapa hari lagi cikgu dah nak pilih peserta untuk tarian peringkat antarabangsa tu. Saya nak terpilih jadi saya berlatih lah lama sikit. Awak tu memang dah pasti dapat. Anak emas cikgu lah katakan~" Yumi berkata dengan panjang lebar sebelum dia duduk untuk mengurut kakinya yang sedikit sakit itu.

    "Yeke? Kenapa awak fikir macam tu? Saya pun boleh je kena kick kalau saya tak buat betul-betul." Jongin cuba bergurau. Tapi bila lihat wajah Yumi yang masih tiada reaksi itu, membuatkan dia rasa yang lawaknya tak menjadi.

    Yumi kembali bangun untuk berlatih sebelum tangannya dipegang erat oleh Jongin dan mereka berada dalam posisi untuk menari.

    "A-apa awak buat ni??" Yumi menggelabah. Tak pernah dia berada dekat dengan lelaki serapat ini. Dia boleh dengar hembusan nafas Jongin serta bunyi degupan jantung Jongin yang kencang itu. Jongin tidak membalas, sebaliknya dia menggenggam erat tangan Yumi dan menyuruhnya untuk mengikut langkahnya.

    "Awak ikut langkah saya. Kita akan berlatih bersama-sama dan kita akan sertai pertandingan tu sama-sama. Okey?" Kata Jongin separa berbisik. Dia boleh rasa mukanya bertambah merah bila dia memegang tangan Yumi itu. Selama ini dia memang sukakan Yumi dan tak pernah ada keberanian untuk mengaku kepada Yumi.

 

 ~.~.~.~

 

     Aku rasa berdebar dalam setiap langkah yang kami lakukan. Setiap kali dia memusingkan tubuhku dan setiap kali dia mencampung belakang badanku buat aku bertambah berdebar. Aku tahu aku patut jauhkan diri aku dari dia. Lepas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.