Till We Meet Again ft. Tao

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Han Haryu (23) | Zitao (23)

By Yuko

  

    "Zitao. Tolonglah buka pintu ni." Suara di sebalik pintu itu berkata. Zitao hanya mengeluh sebelum dia bergerak mendekati pintu dan memulas tombol pintu itu.

     "Kau nak apa lagi? Aku penat lah." Zitao berkata dengan malas setelah pintu dibuka.

     "Zitao...Saya minta maaf. Saya-"

    "Minta maaf? Untuk? Oh! Kau nak mintak maaf sebab tak boleh pujuk mak bapak kau hentikan perkahwinan kita?" Kata Zitao dalam nada sinis sambil memandang Haryu dengan pandangan yang tajam.

    "Zitao, awak sendiri nampak kan macam mana diorang react bila saya cakap saya tak nak kahwin dengan awak? Saya tak ada kuasa nak bantah kata-kata mereka." Haryu berkata dalam nada sedih.

     Zitao mengeluh lagi sambil memicit kepalanya.

    "Aku nampak. Aku ada dekat situ waktu tu. Kita tak boleh buat apa dah. Kita dah kahwin dah pun." Kata Zitao dengan malas sebelum menghempas pintu bilik itu dan meninggalkan Haryu di luar.

   Haryu mengeluh sebelum dia terduduk di depan pintu bilik yang sepatutnya menjadi bilik mereka sebelum matanya terpejam menahan sakit di dadanya.

 

~.~.~.~

 

    "Zitao. Bangun. Nanti awak lambat nak pergi kerja." Haryu berkata sambil mengetuk pintu bilik lelaki itu. Sudah menjadi rutin hariannya selama sebulan ini untuk mengejutkan suaminya setiap pagi.

   Dia dapat dengar bunyi tapak kaki Zitao mendekati pintu itu sebelum dia lihat Zitao sudah siap dengan baju kerjanya tersarung di badannya. Mata Zitao tidak lepas dari memandang Haryu yang berdiri di depan pintu biliknya. Mata mereka bertaut buat seketika. Masing-masing melihat ke dalam anak mata masing-masing. Seperti membaca fikiran sesama sendiri. Zitao seperti boleh melihat kesedihan di dalam mata Haryu namun dia mengalihkan pandangannya dengan segera dan berjalan melepasi Haryu.

   Haryu hanya melepaskan keluhan sebelum dia berjalan menuruni tangga dan menuju ke meja makan untuk menghidangkan sarapan untuk Zitao.

   "Mama saya nak datang hari ni. Saya harap awak boleh balik awal." Kata Haryu sambil menuangkan susu di dalam cawan Zitao yang sedang membaca surat khabar itu.

    "Hm." Zitao membalas sambil matanya tidak lepas dari surat khabar itu. Kemudian dia bangun menuju ke arah pintu utama untuk keluar.

    "Zitao..." Panggil Haryu lagi.

    "Apa lagi?" Balas Zitao dalam nada malas. Dia tidak berpaling menghadap isterinya pun.

    "Jangan lupa makan tengah hari. Kerja-kerja jugak, tapi jangan lupa makan." Pesan Haryu dengan lambut.

    Zitao tidak membalas sebaliknya dia terus mengambil kunci dan meninggalkan rumah itu menuju ke keretanya di luar rumah.

   Haryu hanya menghantar Zitao dengan pandangannya. Dia tahu Zitao masih marah (lebih kepada bengang) padanya sebab tak mampu nak halang perkahwinan mereka. Tapi dia memang tidak berdaya. Ibu bapanya sudah memberi amaran kepadanya supaya jangan masuk campur dalam urusan yang telah mereka tetapkan.

  Sedang dia berfikir sendirian, dia terasa kepalanya pening lantas dia memegang dinding dan kepalanya. Dia cuba untuk fokus pada pandangannya namun semakin dia cuba, kepalanya mula merasa sakit seperti ditusuk pisau yang tajam.

   Dia cuba untuk berdiri dengan tegak kerana dia terasa seperti kakinya berubah lemah. Tangannya masih memegang dinding sebelum dengan perlahan-lahan dia jatuh terduduk di sebalik dinding putih rumah itu.

   'Tuhan...Sakitnya...' Rintihnya di dalam hati sebelum air matanya mula menitis dengan prlahan di tepi pipinya. Matanya dipejamkan untuk menenangkan dirinya.

 

~.~.~.~

 

     Zitao pulang ke rumah pada malam itu dan dia lihat rumahnya gelap gelita seperti tiada sesiapa. Walhal, Haryu tidak bekerja dan hanya tinggal di rumah sahaja.

   "Mana dia pergi ni? Tak kanlah dia dah keluar?" Kata Zitao dengan perlahan. Tangannya meraba dinding untuk mencari suis lampu.

  "Berani dia keluar tanpa izin aku. Memang nak kena perempuan ni." Marah Zitao sebelum tangannya menekan suis yang baru dijumpainya dan rumahnya yang tadi gelap gelita kini cerah.

  Ketika dia baru sahaja mahu mendaki tangga dan menuju ke biliknya, matanya terpandangkan beberapa titisan darah yang ada di lantai berdekatan dengan dapur.

  'Apa tu?' Fikirnya sambil berjalan kearah titisan darah tersebut sebelum dia menjumpai beberapa titisan darah yang lain menuju ke bilik tetamu di tingkat itu.

  Kakinya melangkah mendekati bilik tetamu itu dengan perasaan yang berdebar. Risau jika sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Haryu.

  Tangannya memulas tombol pintu dengan  perlahan-lahan sebelum matanya menangkap sekujur tubuh terbaring di lantai dengan tangan yang dipenuhi darah.

  "Haryu!" Jerit Zitao sebelum dia mendapatkan Haryu yang tidak sedarkan diri itu. Mukanya penuh dengan darah yang keluar dari hidungnya membuatkan Zitao bertambah risau sebelum dia mencempung tubuh Haryu dan berlari ke kereta untuk menghantarnya ke hospital.

   Sepanjang perjalanan ke hospital itu, tangan Zitao tidak pernah lepas dari tangan Haryu dan dia berdoa dalam hatinya supaya Haryu tidak apa-apa dan berharap dia cuma demam biasa sahaja.

 

~.~.~

 

  Haryu membuka matanya bila dia terasa seperti ada seseorang memegang tangannya. Dia melihat ke arah tangannya dia dan dia lihat Zitao tertidur sambil memegang tangannya. Matanya kelihatan seperti dia tidak tidur semalaman.

  Dia menarik tangannya perlahan-lahan sebelum dia mengelus rambut Zitao yang hitam berkilat itu sambil mindanya cuba mengingati apa yang telah terjadi. Ketika itu baru lah dia perasan yang dia bukan di rumah mereka sebaliknya dia sedang terbaring di katil hospital.

  "Kenapa aku ada kat sini??" Dia berkata pada diri sendiri.

   Kemudian dia teringat apa yang terjadi pada malam semalam selepas ibunya pulang setelah melawatnya.

 

~.~.~

 

   "Suami kamu mana?" Tanya Puan Han selepas mereka selesai makan malam.

   "Abang Zitao dia overtime hari ni. Dia cakap dia mintak maaf sangat sebab tak dapat balik awal." Haryu terpaksa berbohong.

   Puan Han mengangguk. Dia faham perasaan anak tunggalnya itu. Suaminya juga begitu. Terlalu sibuk bekerja sehingga jarang untuk mereka berjumpa dengannya.

   "Tak apa. Dia kerja untuk sara hidup kamu berdua jugak. Nanti bila kamu berdua dah ada anak nanti, kuranglah nanti sibuk dia tu." Puan Han tersenyum sambil membayangkan bertapa meriahnya nanti rumah ini dengan bunyi ketawa riang kanak-kanak yang mungkin berupa seperti Zitao ataupun Haryu.

    Haryu tersenyum sayu. Dia tahu mamanya mahuka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.