So Long ft. Luhan

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Zulaikha (21) | Luhan & Ilham (22)

By Yuko

 

      "Lulu!" Jerit gadis kecil itu sambil berlari mendapatkan budak lelaki yang sedang bermain pasir di taman itu.

      "Ikha! Meh lah sini! Main dengan Lulu!" Budak lelaki itu menyahut sambil melambaikan tangannya ke arah gadis kecil itu.

     Zulaikha tiba di tempat Luhan bermain pasir itu dengan senyuman. Tangan kananya seperti menyorokkan sesuatu di belakangnya sebelum dia mengeluarkan tangannya dan memberi sepasang gelang kepada teman baiknya itu.

      "Apa ni?" Tanya Luhan dengan kening yang berkerut. Tangannya menyambut huluran gelang yang diberi Zulaikha itu.

      "Ni, mummy Ikha beli. Ikha nak kasi Lulu hadiah kenangan sebelum Ikha pindah negara asal Ikha balik." Tutur Zulaikha dengan bibir nya mungil itu.

      "Apa? Ikha nak balik Malaysia dah ke? Tak best lah kalau macam ni! Nanti, siapa nak kawan dengan Lulu kalau Ikha balik Malaysia nanti?" Tanya Luhan dengan bibir yang muncung seperti mulut itik.

      "Ha'ah...Ikha nak balik Malaysia dah..." Kata Zulaikha sambil turut memuncung.

      "Hmm...Takpelah. Nanti, Ikha datang sini balik lah. Boleh tak?" Luhan bertanya dengan mata yang terkelip-kelip.

      Zulaikha menggigit bibir kecilnya sebelum mengeluh.

    "Mummy cakap. Kalau Ikha nak datang sini lagi, Ikha kena belajar bersungguh-sungguh. Nanti kalau Ikha dapat tawaran sambung belajar kat sini baru Ikha boleh datang balik." Balasnya.

      "Kalau macam tu, Ikha belajar bersungguh-sungguh lah! Kalau Ikha belajar bersungguh-sungguh, kita boleh jumpa lagi! Dan kalau Ikha belajar sungguh-sungguh, Lulu pun akan belajar bersungguh-sungguh!" Kata Luhan dengan senyuman yang melebar.

      Zulaikha mengangguk sebelum turut tersenyum.

     "Okey! Lulu janji dengan Ikha, yang Lulu tak kan lupakan Ikha eh? Nanti, siapa nak kawan dengan Ikha kalau Ikha datang sini balik?" Kata Zulaikha sambil mengeluarkan jari kelingkingnya(?).

     Luhan mengangguk dan turut mengeluarkan jari kelingkingnya(?) untuk membuat janji.

     "Lulu janji."

 

~.~.~.~

 

     "Mummy! Mummy! Mummy!" Zulaikha berlari sambil memegang sampul surat yang baru diterimanya tadi sebelum memasuki rumahnya.

    "Ya Allah! Zulaikha! Jangan lari-lari boleh tak? Apa jenis anak dara lah kamu ni. Tak malu ke?" Bebel Datin Johanna yang sedang menyiram bunga di sekitar banglonya itu.

     "Hehe...Sorry mummy. Zulaikha excited sekarang ni. Zulaikha dapat tawaran sambung belajar dekat luar negara!!!" Kata Zulaikha dengan gembiranya.

      "Really? Alhamdulillah! Dekat mana?" Tanya Datin Johanna sebelum mematikan pili air itu dan berjalan mendekati anak tunggalnya itu.

      Zulaikha membuka sampul surat itu sebelum dia mengeluh kecewa.

     "Aik? Ikha ni kenapa? Orang lain sepatutnya gembira bila dapat tawaran belajar dekat luar negara. Yang Ikha duk mengeluh ni kenapa?" Tanya Datin Johanna dengan kening yang dikerutkan. Pelik sungguh dia dengan perangai Zulaikha ini.

   "Ikha dapat dekat Universiti Yonsei...Dekat Korea tu...Ikha nak sambung belajar dekat Beijing. Bukan Korea..." Zulaikha berkata sebelum menarik muncung sedepa. Dia merasa kecewa tidak dapat tawaran untuk pergi ke negara yang dimahunya. Dia mahu berjumpa Luhan semula seperti yang dijanjikannya pada 12 tahun yang lepas.

     "Alahai Ikha ni. Terima je tawaran ni. Bukan senang tau nak dapat tawaran macam ni? Sekali seumur hidup okay? So, Ikha terima lah tawaran ni. Okey sayang?" Pujuk mummynya dengan senyuman.

     "Hmm...Yelah mummy. Ikha terima jelah. Mungkin tak ada rezeki kut Ikha nak jumpa Luhan balik." Katanya dengan senyuman yang nipis. Cuba mengubat hatinya.

 

~.~.~.~

 

    "Ikha, dah sampai sana nanti, jangan lupa solat. Jaga peribadi kamu tu. Kamu duduk dekat negara orang buat cara menumpang. Ingat, kamu ke sana nak belajar. Bukan bercuti. Faham?" Kata Datin Johanna ketika menghantar Zulaikha ke lapangan terbang 5 bulan setelah Zulaikha menerima surat tawaran itu.

    "Ya mummy. Ikha akan ingat pesan mummy tu. Mummy pun jaga diri okay? Papa dah tak ada nak jaga mummy. Ada apa-apa hal, just give me a call okay?" Kata Zulaikha. Terasa matanya panas kerana menahan air mata dari mengalir. Dia sebolehnya tidak mahu meninggalkan mummynya di sini berseorangan.

    "Dah. Jangan ngada-ngada nak nangis. Kamu dah besar. Bukan budak kecil lagi. Okey?" Usik Datin Johanna turut menahan air matanya dari mengalir. Terasa seperti baru semalam dia melahirkan Zulaikha dan sekarang anak gadisnya sudah mahu melanjutkan pelajarannya di negara asing. Mengikut jejaknya.

    Zulaikha hanya tersengih sebelum mengangguk.

  "Panggilan terakhir untuk penumpang Malaysia Airlines Pesawat MH 2574 ke Seoul. Pesawat sudah bersedia untuk berlepas. Para penumpang diminta untuk pergi ke Pintu A untuk memasuki pesawat. Terima Kasih." Suara pengumuman itu mematikan sesi perpisahan sementara dua beranak itu.

     "Dah. Pergi cepat. Nanti kamu kena tinggal. Naya aja." Datin Johanna menyuruh Zulaikha untuk pergi dengan segera.

   Zulaikha mengangguk sebelum dia menyalami tangan Datin Johanna dan berlalu pergi ke arah penerbangan antarabangsa dan mengejar flightnya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.