Star ft. Lay
EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)Watak2 - Afrina (24) | Zhang Yixing (26)
*Minxing / Xing bermaksud 'bintang/star' dalam bahasa cina*
By Yuko
Telingaku menangkap bunyi alunan piano yang merdu itu. Mataku terpejam, cuba menghayati alunan irama lagu itu.
'Setiap lagu ada cerita.' Itu ayat-ayat yang sering aku baca di surat khabar setiap kali dia ada.
Zhang Yixing. Pemain piano yang terkenal di seluruh dunia dengan cara dia bermain dengan piano itu. Aku suka cara permainannya. Cara dia menekan note di piano itu. Aku lihat dia menekan setiap note dengan penuh yakin. Orang kata dia seorang yang pendiam. Ada yang mengatakan yang dia seorang yang sangat sombong.
'Kau menarik Yixing...Sangat menarik...' Fikirku sambil mataku ditumpukan kepada pentas dimana Zhang Yixing, sedang berlatih bermain piano untuk persembahan 3 hari selepas ini. Dia begitu khusyuk bermain dan aku pasti dia tidak sedar akan kehadiran aku di sini. Dalam keadaan gelap di dalam dewan ini, tambahan lagi aku memakai baju berwarna hitam, aku pasti dia tak akan nampak aku. Sedang dia bermain lagi itu, aku dikejutkan dengan bunyi note piano itu dihempas sebelum aku lihat Zhang Yixing yang tadi tenang bermain piano sekarang sedang menangis.
'Kenapa dengan dia tu?' Aku bertanya pada diri sendiri. Kenapa dia menangis? Dan lebih pelik lagi, kenapa dia langsung tidak mengeluarkan suara? Aku memberanikan diri untuk mendekatinya.
"Awak okey tak?" Aku bertanya dan pertanyaanku itu membuatnya terkejut. Mulutnya terbuka seperti dia mahu berkata sesuatu tapi suaranya tidak terkeluar.. Aku mengerutkan dahiku. Dia mengeluh sebelum dia mengeluarkan telefonnya dan menaip sesuatu sebelum menunjukkan skrin telefonnya padaku.
"Awak siapa? Kenapa awak ada kat sini?"
Aku memandangnya dengan pelik. Dia turut memandangku dengan pandangan pelik.
"Err...Saya datang sebab saya nak tengok awak main piano. Saya suka dengar lagu-lagu yang awak mainkan." Aku berkata dengan jujur. Namun pandangan matanya masih tidak berubah. Aku pelik, kenapa dia tak bercakap? Dia tak nak cakap dengan aku sebab aku tak terkenal macam dia ke? Kalau betul apa yang aku fikirkan ni, maksudnya orang yang cakap dia sombong tu bercakap benar.
"By the way, saya Afrina. Wartawan daripada Star News dari Malaysia. Selamat berkenalan." Aku memperkenalkan diri ku. Dia hanya mengangguk sebelum dia kembali menaip pada telefonnya dan menunjukkan padaku.
"Awak tak takut ke duduk sini? Seorang diri?"
Aku menggeleng.
"Saya sikit pun tak takut." Aku menjawab membuatkan dia mengerutkan dahi.
"Awak ada kan? Nak buat apa saya takut." Aku cuba berjenaka, tapi malangnya, Zhang Yixing ni kelihatan seperti orang yang serius kerana dia sedikit pun tidak gelak.
"Err...Saya harap awak tak kisah kalau saya tanya awak ni. Kenapa awak menangis tadi?" Aku mencuba nasib.
"Perlu ke saya bagi tahu awak?"
'Ouch. Dinginnya.' Aku hanya tersenyum kecil dan menggaru kepala ku yang tidak gatal. Terasa kekok pula bila dia melihat aku dengan pelik dari tadi.
"Lagu apa yang awak mainkan tadi? Sedaplah." Aku cuba mengubah tajuk perbualan.
"Renesmee's lullaby"
"Lagu apa tu? Awak buat sendiri ke?" Aku bertanya lagi. Aku lihat dia mengeluh sebelum dia menggeleng.
"Awak ni tak pernah tengok cerita Twilight ke? Ni kan lagu yang ada dalam cerita tu."
"Ohh~ Saya ni kuno. Saya jarang tengok TV. Hehe maaflah." Aku beritahu dengan terus tenang. Aku lihat dia menahan ketawa. Boleh nampak lesung pipit di kedua belah pipinya.
Dia kembali duduk di hadapan piano itu sebelum kembali menekan note piano dan bermain lagu itu sekali lagi. Aku juga tanpa dijemput, duduk di sebelahnya (tetapi aku jauhkan diri sedikit) memandangkan kerusi itu boleh memuatkan lebih dari dua orang. Aku mendengar dia bermain lagu yang berbeza pula kali ni. Bunyinya sangat merdu dan aku menjeling ke arahnya dan terperasan air matanya masih mengalir. Barangkali lagu ni ada kaitan dengan kisah hidup dia. Who knows right?
Kemudian dia berhenti sekali lagi. Dia mengambil nafas yang panjang sebelum menghadapku. Matanya tidak lepas dari memandang aku dan air matanya makin laju mengalir. Mulutnya terbuka, aku tahu dia mahu berkata sesuatu tetapi entah kenapa, aku tengok suaranya tak boleh terkeluar.
Dia mengalihkan pandangannya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga di sini. Aku tak tahu apa masalah dia. Dia menangis tapi dia tak nak cerita dekat aku. Hmm...yelah~ Aku ni cumalah orang asing~
~.~.~.~
Comments