Surprise Maybe? ft. Sehun
EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)Watak2 - Ryan (19) | Oh Sehun (19)
By Yuko
"Oh Sehun!!!" Suara Ryan bergema dari kelas 6-3 memanggil nama yang sudah tidak asing di sekolah itu.
Sehun yang sedang menyorok dalam stor itu menahan ketawa kerana dia tahu, misinya untuk mengenakan Ryan sudah berjaya dengan jayanya!
"Kurang asam punya budak! Kalau aku jumpa kau, aku siat-siat kulit kau lepastu buat BBQ bagi anjing makan! Biar padan muka kau!" Rungut Ryan sambil berjalan pantas ke kelas Sehun di 6-2. Setibanya di kelas itu, dia lihat semua pelajar sedang sibuk membuat hal masing-masing dan tak ada petanda yang Sehun ada di situ. Dia segera meninggalkan kelas itu dan meneruskan buruannya. Tunggulah sampai dia jumpa Sehun, akan dipukul mamat sengal tu.
"Baik kau keluar sekarang Sehun! Sebelum aku bakar sekolah ni, baik kau keluar!" Ugut Ryan.
Gerun Sehun mendengar ugutan Ryan itu. Bukan dia tidak tahu, Ryan akan mengotakan apa yang dikatanya. Jadi, jangan main-main dengan Ryan.
"Ya ya! Aku keluar ni! Kau jangan bakar sekolah ni! Aku tak nak mati muda!" Kata Sehun sebelum dia keluar dari stor itu. Selangkah sahaja dia keluar dari stor itu, dia lihat Ryan sudah tercegat di depan pintu itu dengan muka yang masam dan telinga kecilnya yang comel itu merah padam.
"Kau ni dah gila ke? Ke...kepala kau dah masuk air?" Tanya Ryan.
"Apa yang kau merepek ni perempuan?" Sehun buat-buat tidak bersalah.
"Aku merepek? Kau fikir letak katak mampus yang dah kembung dalam beg aku tu lawak ya? Hah? Kau ni ada otak ke tak? Jijik kau tahu tak? Skru otak kau longgar ke Sehun? Nak aku 'ketat'kan? Hah?" Kata Ryan dengan kasar.
Dia lihat Sehun di depannya ini kecil besar kecil besar je. Takut pula dia terpijak mamat ni.
'Nasib baik kau crush aku Oh Sehun. Kalau tak...mak bapak kau dah kena tempah batu nisan untuk kau.' Fikir Ryan sambil mengigit bibirnya dengan geram. Tangannya digenggam dengan sekuat hati. Takut dia 'ter'tumbuk atau 'ter'tampar pulak mamat tinggi depan dia ni.
"Alah! Nak bergurau sikit pun tak boleh! Tak sporting lah kau ni!" Sehun menjuihkan bibirnya.
"Gurau kepala hotak kau! Kau tau tak benda tu jijik dan kotor? Ke nak aku campak kau dalam kolah yang penuh dengan binatang mampus tu baru kau nak faham?" Bidas Ryan dengan geram. Semakin hari, semakin nipis kesabarannya untuk insan bernama Oh Sehun ni. Perangai macam hantu pun ada! Geram!!!
"Fine! Aku mintak maaf! Aku janji tak buat lagi lepas ni. Puas hati kau? Hah? Pendek?" Usikkan Sehun tidak berhenti di situ sehingga membuatkan api kemarahan Ryan tadi yang baru mahu mati, hidup semula dan kali ni api kemarahannya semakin marak dan membara!
"Kau..." Ryan menunjukkan jari telunjuknya pada Sehun. Terasa seperti mahu dicungkil-cungkil biji mata Sehun itu. Biar dia buta!
"Dah, jangan nak marah-marah lagi. Ni ha, aku nak bagi kau kad jemputan ni." Kata Sehun sembil menolak jari kecil Ryan itu ketepi dengan kad bewarna biru muda di tangannya itu.
"Kad jemputan? Untuk apa?" Ryan yang sudah mula bertenang itu bertanya.
"Kad jemputan kahwin aku. Kenapa? Kau nak jadi pengapit aku ke?" Sehun bertanya dengan senyuman nakal.
Pucat lesi muka Ryan bila Sehun berkata sebegitu.
Sehun seperti tahu-tahu sahaja apa yang difikirkan Ryan itu dan dia ketawa dengan terbahak-bahak. Ryan ni memang senang percayakan orang. Lurus bin bendul!
"K-kau nak kahwin wei? Dengan siapa?" Tanya Ryan dengan gementar. Bukan dia tak tahu yang peratus kebenaran pada kata-kata Sehun itu 50% betul dan 50% tidak betul. Iyalah, Sehun anak orang kaya. Mestilah mak bapak dia bila-bila masa aja akan kahwinkan anak teruna mereka ini dengan pilihan hati mereka yang datang dari keluarga yang kaya untuk kembangkan lagi perniagaan mereka bukan? Amboi, panjangnya huraian.
"Dengan adik kau. Kenapa? Jeles?" Usiknya lagi. Dia mahu tengok sejauh mana Ryan akan mempercayai kata-katanya.
"Dengan Ryna? OMG! Aku tak sanggup beradik iparkan manusia macam kau!" Kata Ryna menyembunyikan luka di hatinya. Tak sangka Sehun akan jadi adik iparnya.
"Kau ni...Apahal bengap sangat? Takkanlah aku nak kahwin? Umur aku belum masuk 19 nak kahwin. No way! Gila kau?" Sehun ketawa terkekek-kekek.
"Habis tu, tadi bukan kau cakap tu kad jemputan kahwin kau. Apa ni?" Tanya Ryan. Dia sudah mula bingung.
"Cuba kau baca apa yang ada dekat kad tu. Jangan mudah terpedaya dengan apa yang aku cakap. Dah 10 tahun kau kenal aku, tak kanlah tak serik-serik lagi asyik kena tipu dengan aku?" Sehun menggelengkan kepalanya.
Ryan mendengus sebelum dia membaca kad yang baru diberi tadi dan mukanya berubah merah kerana kad itu bukanlah kad jemputan kahwin seperti yang dijangka (sesungguhnya dia merasa sangat bersyukur untuk itu), tapi kad jemputan untuk ke majlis hari jadi
Comments