My brother ft. D.O

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Do Kyungmi (19) | Do Kyungsoo (22) | Oh Sehun (19)

By Yuko

 

      "Kyungmi benci abang! Abang jahat!" Aku menjerit sebelum menghempas pintu rumah dengan sekuat hati.

     Geram betul aku rasa dengan abang aku yang sorang ni. Rasa macam nak pelangkung kasi mati je! Hish! Aku naik menyampah dengan perangai dia yang satu ni. Terlalu mengongkong hidup aku! Aku dah besar tapi dia anggap aku macam budak kecil lagi. Sakittt hati ni. Nasib baik dia lagi tua dari aku, kalau tak...nahas dia aku kerjakan!

     "Kyungmi! Yah! Do Kyungmi! Kamu balik ke sini sekarang jugak!" Aku dengar suara dia dari belakang sebelum langkah kakiku di lajukan. Aku masih terdengar suara dia di belakang yang menjerit-jerit memanggilku sambil cuba untuk mengejarku.

     Korang mesti tertanya kenapa aku marah sangat dengan dia kan? Nak tahu kenapa? Sebab dia suruh aku putus dengan teman lelaki aku! Alasan dia cumalah dengan cakap 'Sehun tu bukan orang yang sesuai dengan awak. Lebih baik awak cari orang lain.'. Dia boleh jalan dengan alasan tak munasabah dia tu. Aku tahu dia cemburu sebab dia masih tak ada teman wanita. Apa punya abanglah! Tak suka tengok adik senang betul! Angin satu badan aku rasa.

    "Yah Kyungmi! Kamu berhenti sekarang jugak! Tolonglah dengar cakap abang!" Dia menjerit lagi.

    Dia tidak peduli orang sekeliling yang memandang kami. Ada yang menggelengkan kepala, ada yang ketawa kan kami dan ada juga makhluk tuhan yang sibuk merakam adegan abang mengejar adik. Aku berlari sepantas yang boleh untuk menjauhkan diri aku dari abang yang menyakitkan hati tu. Kalau lah setiap kali aku ada teman lelaki dia buat macam ni, alamatnya aku jadi anak dara tua lah nanti!

   "Kyungmi! Abang cakap berhentilah! Kau tak dengar ke???" Katanya selepas dia berjaya menangkap lengan aku sewaktu aku sedang berhenti untuk mengambil nafas. Dan memandangkan aku tengah 'pancit' waktu tu, aku dah tak kuasa nak lari lagi. Sekarang ni, aku harap dia tak cakap apa-apa yang boleh buat angin aku datang balik.

    "Sampai hati abang buat macam tu! Abang dah nak hancurkan kebahagiaan adik abang sendiri abang tahu tak?!" Aku menjerit sambil memukul badannya dengan sepenuh hati. Melepaskan kemarahan aku. Diikutkan hati, kalau ada pisau dekat situ, dah mati dah abang aku ni aku tikam dan cincang sampai lumat!

    Yang pelik tu, dia biar je aku pukul dia. Tak pulak dia suruh aku berhenti macam biasa. Dah kebal ke abang aku yang sorang ni dengan pukulan 'berbisa' aku? Ajaib.

    "Kyungmi benci abang. Sampai hati abang nak putuskan hubungan Kyungmi dengan Sehun... Sampai hati abang." Aku tak dapat menahan diri dari menangis dan menangis sepuasnya setelah aku terduduk di atas jalan. Aku menangis tersedu-sedu sebelum aku terdengar suara yang amat aku kenal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.