HTB 34

Housemate Tiga Bulan


3 Bulan Kemudian...

Diari MinJoo

Dear Diary,
pejam celik,pejam celik..nampaknya dah tiga bulan.Cepatnya masa berlalu(-.-) dan cepat jugak hati aku ni berubah.
Tiga bulan aku habiskan masa aku dengan menjadi housemate kepada orang yang paling aku benci.
Mulanya,aku rasa aku akan jadi gila tapi rupanya...taklah seteruk yang disangka.
Orang cakap,jangan terlampau bencikan seseorang tu sebab nanti,rasa benci tu akan bertukar menjadi sayang.
Betul ke?Hmmm...rasanya betullah tu.

Choi Junhong,
Rasa benci aku kepada dia yang dah lama aku pendam sejak belasan tahun lagi mula berubah menjadi..sayang hanya dalam masa tiga bulan.Entahlah..magic apa yang dia pakai tapi,bila bersama dengan dia..aku gembira.
Walaupun mulut dia macam laser sikit,walaupun dia suka buat drama swasta tak laku dan walaupun dia tu kadang-kadang annoying...
tapi dia..dia dah macam tabur gula dalam hati aku untuk membuatkan aku rasa segala perlakuan dia manis dan sweet je kat depan mata aku.*err..bukan manis=sweet ke?*


MinJoo berhenti menulis .Dia menongkat dagu di meja tulisnya sambil memandang muka surat diari.Tiba-tiba,dia teringatkan sesuatu...

FLASHBACK~~

Satu malam yang sunyi sepi.
MinJoo bersendirian di rumah.
Zelo bermalam di rumah Himchan bersama geng-gengnya yang lain.Kononnya nak buat kerja sekolah sekali.Ada discussion la..apa la..Heh..Ye la tu.
Telefon MinJoo berdering.

"Yah!!Kau nak apa?"MinJoo menjawab panggilan itu.
"Aikk..nak call pon salah ke?Sombong betul."suara Zelo kedengaran di hujung talian.
"Untuk apa kau call?kalau setakat nak takut-takutkan aku yang tinggal sorang-sorang kat rumah ni,baik kau lupakan saja niat murni kau tu."balas MinJoo sarkastik.
"Heh...macammana kau boleh tau niat aku ni?Tapi sebelum tu...Kau OK?Ada apa-apa masalah ke kat rumah?Betul ke kau tak takut kalau tinggal sorang-sorang?Kau nak aku balik temankan kau ke?Kalau nak,bagitau je la..."

MinJoo terdiam.Ayat Zelo memang membuat hati dia cair.Memang..Zelo tak pun cakap madah madah berhelah ke apa ke..tapi..suara dia,nada dia dan ayat dia kedengaran ikhlas dan prihatin pada MinJoo.
MinJoo tersentak seketika.

"Yah!!Han MinJoo!!Kau dah kenapa??"soal Zelo setelah hampir puluhan saat MinJoo tak memberi respons.

"Huh???"
"Lahh...kau mengelamun ke apa?Kau ada masalah ke?Betul ke kau OK tinggal sorang-sorang tu?"soal Zelo lagi.
"A..Aku Ok lah!!Kau janganla risaukan aku!!Aku Ok..A..."tiba-tiba ayat MinJoo tergantung.Keadaan sunyi sepi seketika.

"Oiii!!Kau apasal?"
"Huh..Takk..Takde apa-apa...cuma...."
MinJoo memandang sekeliling.Hampeh..tiba-tiba je blackout pulak rumah ni.Dah la tinggal sorang-sorang.Bolehkah dia bertahan dengan rasa ketakutannya.Aisehhh..penakut jugak MinJoo ni.
"Cuma apa!!!!!"kuat Zelo bersuara.
"Hishhh..aku tak pekak lagi la..kau ni kan??"
"Aku risau ni..cuma apa?"
"Kau risau?Kau risaukan apa?"
"Hishhh..janganlah banyak tanya.Kau OK tak ni?Apa yang dah jadi..apasal tiba-tiba macam sunyi je kat rumah tu."
"Hmmm...sebenarnya rumah tiba-tiba blackout..."jawab MinJoo.
"Hah?Blackout???"
Toooottttttt...tiba-tiba talian telefon terputus.

"Zelo!!!Zelo!!!"MinJoo memandang skrin telefon.
"Lah..apasal dia tutup telefon tiba-tiba?"rungutnya.
MinJoo pandang sekeliling.Gelap gelita.Nampaknya...satu taman perumahannya blackout.MinJoo membatu di sofa.Tak mampu melakukan apa-apa.Dia agak ketakutan..tambahan pula dia bersendirian.
MinJoo hanya mampu duduk diam di sofa dan memejamkan matanya.Berharap yang blackout ni akan pulih.
Nampak tak ke'penakut'an si MinJoo ni??Hhahah..


Beberapa Minit kemudian...


"MinJoo!!!"

"Arghhhhhh!!!!!!!!!"
MinJoo menjerit tatkala ada orang yang menyergahnya.Sumpah!!Terkejut tahap gorila bila tiba-tiba,dalam keadaan rumah yang sunyi sepi,tak ada orang kecuali dia..dan ditambah pula dengan gelap gelita dan hanya bertemankan cahaya dari phonenya..ada orang memanggil namanya.

Zelo segera menerpa ke arah MinJoo dan memeluk gadis yang sedang menjerit itu.

"Shhhh..aku la ni!!Rileks boleh tak?"

MinJoo terdiam.Jantungnya berdegup kencang.

"Kau,takut ek??"Zelo tersenyum sinis memandang MinJoo.MinJoo segera meloloskan dirinya dari pelukan Zelo.

"Mana ada!!"

"Habis kenapa kau menjerit?"

"Aku terkejut la!!"

Zelo tersengih dengan riak muka yang mengejak.MinJoo masih lagi dalam mood terkejut.

"Kenapa kau balik?"

"Sebab kau la.."jawab Zelo sambil tersenyum.Satu jawapan yang membuatkan hati MinJoo cair umpama coklat yang dijemur di bawah matahari.
Zelo...Dia sanggup balik ke rumah demi menemani MinJoo yang bersendirian di rumah yang blackout.Haishhh..hati perempuan mana yang tak tersentuh dengan perlakuan yang sebegitu?


Flashback End~~

MinJoo tersenyum sendirian sambil mengenang peristiwa tu.Dia ingat lagi..sepanjang malam yang blackout tu..Zelo dan dia duduk bersila di lantai ruang tamu dan hanya ditemani dengan sebatang lilin yang Zelo ambik dari rumah Himchan.Lol..
Mereka menghabiskan sepanjang malam mereka berdua sambil bersembang dan bergurau senda.
MinJoo takkan lupakan malam tu..Baginya..itu satu malam yang indah bersama dengan Zelo.

Mata pennya kembali dilarikan ke muka surat merah jambu diari kesayangannya...


Dia seorang yang baik hati.Dia penyayang,bertanggungjawab dan prihatin.Dia pandai jaga perasaan orang sekeliling dia walaupun mulut dia pedih.Dia seorang yang gila-gila...selalu je layan otak aku yang kadang-kadang tak betul ni.
Dia la satu-satunya lelaki yang sanggup layan aku bila aku dalam mood fangirling ala-ala sasaeng fan..dia la lelaki yang tak pernah nak mencela aku bila aku tengah spazzing tengok bias aku kat TV atau kat laptop meskipun mulut dia tak henti-henti mengutuk tapi aku tau..dia tak ada maksud untuk semua tu.

Dia yang selalu merungut sama-sama dengan aku bila aku tak dapat nak selesaikan soalan addmath atau kimia.Dia la orang yang akan berada di belakang aku kalau aku dengan tak malunya pergi mengejar motosikal pak cik jual aiskrim kat kawasan perumahan kami.Hehhehe...


Choi Junhong..
Aku gembira sangat sebab dapat jadi housemate tiga bulan kau.Kau seorang yang baik.Rupanya aku silap selama 18 tahun yang dulu...Kenapalah aku membenci kau dulu?

 

MinJoo berhenti menulis lagi.Kali ni dia teringat pula kata-kata Zelo dulu..

"Aku janji dengan kau..lepas ni.Aku akan jadi orang yang paling baikkkkkkkkk dengan kau.Aku akan protect kau,aku akan jaga kau,aku akan sentiasa tolong kau kalau kau dalam kesusahan..macam apa yang kau dah buat kat aku.Kalau kau sedih,aku akan gembirakan kau.Kalau kau gembira,aku akan tumpang gembira untuk kau dan kalau kau marah...aku akan jadi penyejuk kau.Aku janji!!Aku akan jadi chingu kau yang paling baik..dan jugak aku akan jadi housemate kau yang palinnnngggggg kau sayangi."


"Zelo...kau dah tepati janji kau.Kau dah jadi pelindung aku,kau dah selalu tolong aku,kau penyejuk aku..kau dah jadi orang yang aku sayang dan...
Aku cintakan kau,Zelo.."bisik hati MinJoo sambil memandang gambar Zelo dan dia.Zelo tersenyum lebar sambil mendukung Chuchu dan berdiri di sebelahnya dalam gambar tu.

Betullah kata orang..kadang-kadang,rasa benci tu boleh bertukar jadi rasa sayang dan cinta.Buktinya..MinJoo.

MinJoo kembali menulis..

 

Tiga bulan yang bermakna ni akan berakhir hari ni.Aku sepatutnya gembira tapi..kenapa aku rasa sedih?Ye la..mungkin sebab lepas ni aku dan dia dah takkan tinggal serumah lagi kan? 
But..kenapa aku kena sedih kan?
Kami bukannya terpisah jauh pun.Kami satu sekolah dan family kami rapat.Hye..Han MinJoo..cheer up.Tak perlu la nak berdrama sangat kan?

 

Tapi....
Zelo,
Andainya aku ni bermuka tebal macam kamus dewan edisi ke-lima,akan aku berlari dekat kau dan peluk kau sekarang.Then..aku akan meluahkan segala isi hati aku ni.
Choi Junhong,aku,Han MinJoo...Cintakan kau.*maaflah Jongup...MinJoo dah tak sukakan kau lagi..:((*
Cuma kau..
Jeongmal saranghae~~

Titik.MinJoo tersenyum.Puhhhh..terluah jugak apa yang dah lama dia pendam dalam hati dia.Walaupun cuma dalam diari.

Kreookkk!!!!

MinJoo tersentak dan segera menutup diarinya.Diari itu cepat-cepat dimasukkan ke dalam laci.

"Kau buat apa tu?"soal Zelo menghampiri MinJoo.
MinJoo menggeleng.

"Wey..apasal tak ketuk pintu dulu..kau ni..main redah je tau.Maunya tadi aku tengah..."MinJoo tak menghabiskan ayat dia.
Zelo smirk.
"Kau tengah apa ha?"otaknya mula merangka sesuatu yang agak ehemmmm...*jangan dijadikan contoh ye semua*

"Omma aku dah telefon.Diorang dah sampai Korea.On the way nak balik rumah dah."Zelo tukar topik bila dia nampak muka MinJoo yang bertukar merah.Alohh...sejak bila jadi pemalu ni?
"Hmmm..Ok.Jom tunggu diorang kat bawah."MinJoo bangkit dari kerusi.Zelo menuruti dia dari belakang.


******************************************************


"Mama rindu korang berdua."Puan MinKyung memeluk MinJoo.
"MinJoo pun.."MinJoo membalas pelukan mamanya.

"Omoo..Jelly~~Omma rindu giler kat kamu..Come here my honey bunny jelly~~"Puan Daehee mencubit-cubit pipi Zelo.
"Omma!!!Sakitnya~~"Zelo meronta-ronta.
Mereka berempat masuk ke dalam rumah.
Puan MinKyung dan Puan Daehee memang nampak teruja gila.Maklumlah..dah tiga bulan tinggalkan Korea.Tambahan pula,bila dah balik ni..diorang dapat melihat peningkatan kat perhubungan dua orang anak mereka tu.
Nampak macam baik je~~

 

"Dah kemas barang?Ada apa-apa yang tertinggal lagi?"soal Puan DaeHee pada Zelo yang sedang menarik luggagenya.Zelo menggeleng.

"MinJoo..terima kasih sebab benarkan Zelo tinggal di sini.Maaflah kalau Jelly auntie ni selalu susahkan MinJoo."Puan Daehee memandang MinJoo.
"Ehh..Anieyo..Zelo Ok."ucap MinJoo sambil menguntumkan senyuman.Zelo memandang MinJoo kemudian mereka berdua saling tersenyum.

Puan Daehee dan Puan Minkyung berpandangan antara satu sama lain dan turut tersenyum.
Dah berbaik dah nampaknya diorang berdua tu~~Lega mak!!

"Gomawo..untuk semuanya.."MinJoo berkata.
"Aku pun..thanks jugak untuk semuanya..Chingu.."Zelo menepuk bahu MinJoo.MinJoo tersenyum.

"Zelo..aku sukakan kau."bisik hati MinJoo namun dia tak mampu luahkan secara terang-terangan.Dia malu.Lagipun.Dia tak nak rosakkan hubungan baik dia dengan Zelo ni lagi.Biarlah dia simpan segalanya dalam hati.

"Kami balik dulu.Thanks again  ya semua~~"Puan Daehee melangkah ke keretanya.Zelo mengekori ommanya dari belakang.

"Kau sedih ke?Hoh..drama la kau ni..kita bukannya berpisah jauh pun.Bajet la...jumpa kat sekolah nanti ek??Bye..housemate ku~~"Zelo melambai ke arah MinJoo.
"Sapa yang sedih ha?Tak nampak ke aku hepi ni?"MinJoo menyembunyikan perasaan sedihnya.
Zelo tersenyum sinis.
"Nak cover konon..Oklah..aku pergi dulu..Annyeong~~"

Zelo melangkah meninggalkan MinJoo.Dia masuk ke dalam kereta ommanya.

"MinJoo!!!!Annyeong!!!!"sempat lagi dia menjengulkan kepalanya dari tingkap kereta sambil melambai ke arah MinJoo.Ala-ala macam scene couple yang kena berpisah dek kerana cinta terhalang.
Aloh..macam la nak pergi jauh.Takat nak balik rumah dia yang tak sampai setengah jam je dari rumah MinJoo tu pun nak berfarewell sebegitu rupa.
Dramatik!!

MinJoo memandang kereta omma Zelo yang semakin lama semakin mengecil dan akhirnya hilang dari pandangan mata.

"Dah..Jom masuk.Mama ada something nak bagitau MinJoo ni."Puan MinKyung memanggil anaknya.

"Nak cakap apa?"soal MinJoo tatkala mereka berdua tiba di ruang tamu.Puan MinKyung melabuhkan punggungnya di sofa.
MinJoo mengikut jejak langkah mamanya.

"Hujung tahun ni..kita berdua kena pindah."Puan MinKyung memandang MinJoo.
"Pindah?Ke mana?"soal MinJoo agak terkejut.
"Malaysia.Mama kena uruskan butik kat sana.Butik kat Korea ni..auntie Daehee akan uruskan."jelas Puan MinKyung.
"Jadi...kita berdua akan tinggalkan Korea tak lama lagi?"MinJoo memandang mamanya.Tak percaya.
Puan MinKyung mengangguk-angguk perlahan.

MinJoo terdiam.

 

 

 

*************************************************************************************************************************************************

Mohon maafkan saya sebab saya dah lama tak update:))Hehe..dan jugak mintak maaf kalau update ni tak best.Anyway..cerita ni dah nak sampai ke penghujungnya..Harap readers akan tunggu sampai endingnya nanti ya~~~:))

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<