HTB 32

Housemate Tiga Bulan

Pukul 8 malam..

Hujan masih lebat di luar dan Zelo belum pun balik ke rumah.

MinJoo pura-pura menyibukkan dirinya.Dari tadi,dia cuba buat latihan Addmaths di ruang tamu tapi,jiwanya tak tenteram.Segalanya buntu.

"Kenapa dia tak balik lagi?Kan hujan kat luar tu?"monolog MinJoo sendiri.Tiba-tiba otak dia mula berfikir benda yang merepek.

*Bayangan MinJoo*

"Oppa..Hujan..."HyeLi memandang Zelo.Zelo tersenyum.Kemudian,mengeluarkan payung yang ntah dari mana dia dapat.Kemudian,Zelo menarik HyeLi mendekatinya dan mereka berdua berdiri di bawah sekaki payung yang sama.
Zelo dan HyeLi berjalan beriringan dengan penuh romantik.Jarak mereka terlalu dekat.
"HyeLi..Saranghae.."luah Zelo perlahan sambil memandang anak mata HyeLi dalam.
"Nado saranghae.."balas HyeLi dengan nada yang penuh syahdu.*Heh..*
Mereka berpandangan seketika sebelum akhirnya....

 

*terjadilah benda yang macam ni antara Zelo dengan HyeLi*

*Bayangan MinJoo tamat*

 

"No!!!"MinJoo menampar mukanya sendiri.
Tak guna!!Apa yang dia cuba fikirkan tu?MinJoo merengus geram.Dia menyembamkan mukanya ke meja.Buku latihan Addmathnya ditolak ke  tepi.Sememangnya dia tak boleh nak berhenti memikirkan Zelo.

"Agaknya macammana reaksi Zelo bila dia tau yang HyeLi cuma mainkan dia?"

"Zelo sedih tak bila HyeLi dump dia nanti?"

"Masa tu,Zelo..dia akan cari aku ke?"

Zelo tu.Zelo ni.Semuanya tentang Zelo.
MinJoo bengang dengan dirinya sendiri.Apa sebenarnya yang dia nak?Kenapa dia tak boleh berhenti memikirkan soal housemate dia tu?MinJoo keliru.

"Aku ni dah gila ke?"soalnya sendiri.

DUMMMMM!!!!

Bunyi hempasan pintu yang kuat membuatkan MinJoo terkejut.Dia tak berganjak dari duduk sebaliknya hanya menoleh.
Buntang matanya saat melihat susuk tubuh Zelo yang basah kuyup dan calar balar sedang berjalan lemah menuju ke tangga.

Zelo melabuhkan tapak tangannya ke dinding sambil sebelah lagi tangan memegang perutnya yang sakit akibat dibelasah tadi.Dia berjalan perlahan-lahan untuk ke tangga.

Setapak demi setapak,dia cuba mendaki tangga.Namun,tatkala kakinya berlabuh di anak tangga yang keenam,dia dah tak larat lagi.Zelo terduduk di situ.

"Zelo!!Kenapa dengan kau ni?"MinJoo menerpa ke arah Zelo dengan riak muka yang terkejut.

Mana taknya,masa pergi tadi elok je.Ni bila dah balik..dah la basah kuyup,muka berdarah-darah pulak tu.Jatuh longkang ke apa?

Zelo tak menjawab pertanyaan MinJoo.Dia seolah-olah mayat hidup.Jasad dan roh Zelo macam dah terpisah.*Lol..betul ke?*

MinJoo menggeleng.Dia segera berlari naik ke atas dan mendapatkan tuala.Kotak First Aid yang ada dalam biliknya dicapai dan dibawa semula kepada Zelo.

MinJoo melabuhkan punggungnya di sebelah Zelo yang masih terduduk di anak tangga.Tubuhnya tersandar lemah di penghadang tangga itu.

MinJoo mengeluh.Apa dah jadi ni?

Perlahan-lahan,tuala di tangannya diselimutkan ke tubuh Zelo yang masih membisu.MinJoo perasan,mata Zelo merah dan kemudian,air mata mengalir.

Zelo menangis?Kenapa jadi macam ni?

For the first time dalam hidup MinJoo,dia nampak Zelo menangis.
Ehhh..Tak..masa kecik-kecik dulu,dia selalu je nampak Zelo menangis tapi tu dulu.Belasan tahun yang lepas,bila masa Omma Zelo tak nak belikan Zelo mainan yang dia nak,bila tangan Zelo luka sebab dia main pisau dan jugak bila Appa dia tinggalkan dia dulu.
Semua tu dah lama.Dan kini,MinJoo nampak Zelo menangis lagi.Ok..dah lama tak nampak.

"Kau Ok?Cakaplah sesuatu..."pujuk MinJoo.

Namun,semua tu sia-sia.Zelo masih diam.Dia hanyut dalam dunia dia sendiri.MinJoo tak dapat dengar suara Zelo langsung.

Perlahan-lahan,MinJoo menyapu ubat ke luka di muka Zelo.
Zelo tak memberi apa-apa reaksi.Cuma air mata yang mengalir.Loh..begitu dramatik.
MinJoo pun dah tak banyak soal.Dia tau yang soalannya akan diabaikan je oleh si Zelo ni.

Satu persatu luka yang ada di tubuh Zelo dibersihkan oleh MinJoo dengan penuh berhati-hati.
Dalam hati dia,tiba-tiba rasa sedih.
Entah kenapa,bila dia tengok Zelo menangis,dia pun rasa macam nak menangis.Sedangkan,dia tak tahu pun sebab apa Zelo sedih sampai macam ni.

"Apa dah jadi dekat kau ni Zelo?"soal hatinya saat membersihkan darah yang melekat di pipi Zelo.Air matanya mengalir tanpa disedari.MinJoo tak mampu kawal perasaannya.Sedih tengok keadaan Zelo.

Zelo masih membisu.Tak beriak apa-apa.Dia diam.Membiarkan saja MinJoo membersihkan lukanya cuma kadang-kadang dia mengaduh sedikit sekiranya terasa sakit saat MinJoo menyentuh luka-lukanya.

"Dah.."MinJoo bangun.Dia berusaha memapah Zelo.

"Kau kena keringkan badan kau.Basah ni.Nanti demam."bebel MinJoo walaupun dia tahu Zelo mungkin takkan dengar kata-katanya.Dia menghantar Zelo ke depan pintu bilik.Zelo hanya diam.
MinJoo mengesat air matanya.

Tiba-tiba,Zelo melepaskan tangannya yang dipegang oleh MinJoo.Dia berjalan perlahan-lahan mendahului MinJoo.Tombol pintu bilik dicapai.MinJoo hanya memerhatikan Zelo.

Zelo menoleh.Dia memandang MinJoo lama.
Mereka berdua saling berpandangan.

"Go..ma..wo"ucap Zelo antara dengar tak dengar.Namun,kata-katanya itu sampai ke telinga MinJoo.MinJoo mengangguk.
Zelo masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.

***************************************************************************

Keesokan Paginya...

MinJoo memerhatikan pintu bilik Zelo yang masih belum terbuka.Jam dinding dipandang.
7.15 pagi.

"Zelo Ok tak?Kenapa dengan dia semalam?"bisik hatinya sambil menggalas beg sekolah.Peristiwa semalam masih bermain dalam fikirannya.

MinJoo mengeluh.Lantaklah kat dia.
Gadis yang sduah siap beruniform sekolah mendekati rak kasut dan mengambil kasut sekolahnya.Selesai memakai kasut,dia terus keluar dan berangkat ke sekolah.
Namun,sempat juga dia menoleh semula ke arah rumahnya.

"Zelo..."

"Ahhh..Han MinJoo..boleh tak kau stop fikirkan dia?Dia tau la hidup sendiri."bisik hati jahatnya.MinJoo akur.Dia kembali menyambung perjalanannya ke sekolah.

***************************************************************************

Di Sekolah...

Waktu persekolahan telah bermula,namun kelibat Zelo masih lagi tak kelihatan.

"MinJoo..Zelo mana?"soal Yongguk.

MinJoo menggeleng.Riak mukanya nampak risau.

"Aku tak tau..tadi aku pergi sekolah awal sikit."MinJoo menjawab.Tiba-tiba hatinya mula gundah.Baru dia perasan,Zelo tak turun sarapan macam selalu.Lampu bilik Zelo tak menyala macam setiap pagi.

"Apa dah jadi kat dia?"MinJoo mula berdebar.Dia bangun dari kerusi.

"Aku nak balik!!Aku nak tengok Zelo!!"tanpa berfikir panjang,MinJoo berkata namun dia sempat dihalang oleh Yongguk.

"Kau gila?Kelas dah nak start.Apa aku nak jawab kat cikgu nanti bila kau tak ada?"selaku ketua kelas yang berwibawa,Yongguk cuba menenangkan MinJoo.

"Yelah..MinJoo..cuba kau bertenang dulu.Zelo tu dah besar la..pandai la dia jaga diri."YoMin pula tiba-tiba mencelah.MinJoo terdiam.Dia akhirnya akur dengan kata-kata Yongguk dan YoMin.

"Tapi..korang tak tahu apa yang jadi kat dia semalam."tiba-tiba MinJoo kembali resah.

"Apa yang jadi kat dia?"soal YoMin dan Yongguk serentak.

Belum pun sempat MinJoo membuka mulut,tiba-tiba Cikgu Daesung dah masuk ke dalam kelas.Serta merta kelas sunyi sepi.Yongguk pun tiba-tiba lesap dan dah ada kat tempat duduknya.Di sebelah Himchan.

"Ok..Kelas..Duduk semua.Hari ni kita nak masuk chapter baru untuk addmaths..Probability Distribution bla..bla..bla..bla.."

"Hahhhhh~~~"

Satu kelas mula mengeluh.

MinJoo pulak masih memikirkan soal Zelo.

"Entah-entah HyeLi yang buat dia jadi macam tu semalam."MinJoo berfikir sejenak.Dia tak mampu lagi fokus dalam kelas.Fikirannya melayang jauh mengenangkan keadaan Zelo.

 


Waktu rehat...

"Park HyeLi!!"

MinJoo menghalang HyeLi yang sedang berjalan ala-ala catwalk di koridor kelas.

"Apa lagi yang kau nak?"soal HyeLi dingin.

"Kau buat apa kat Zelo semalam?"soal MinJoo.

"Buat apa?Tak buat apa-apa pun..dahlah MinJoo..aku tak suka la macam ni..rimas.Aku dah clash dah dengan dia.Kau pergi la kutip mamat tu.Buang masa aku je."ujar HyeLi selamba.

"Apa kutip?Wey,kau ingat dia apa?Tisu paper?Hah?Sampah?Nak kutip kutip segala bagai.Kau ni memang gila tau tak?Buat malu kaum perempuan je la kau ni."marah MinJoo.

"Watever..Huh..pesan kat Zelo tu..lain kali jangan jadi bodoh sangat."kata HyeLi lagi sebelum menolak MinJoo.Dia kembali berjalan lenggang Mak Limah ke kantin.Loh..percayalah semua..kalau Mak Limah tengok lenggang si HyeLi ni..nescaya Mak Limah akan kecewa.

MinJoo memerhatikan HyeLi dengan perasaan marah yang membuak-buak.
Fuh!!Sabar MinJoo..Sabar...Kawal kemarahan..Sabar.Fikirkan Luhan..bayangkan Luhan sedang tersenyum kat kau...nikmatilah senyuman dia yang cute tu..Ok..Rileks MinJoo..Rileks~~~

 


Tamat waktu persekolahan...

Waktu yang ditunggu-tunggu oleh MinJoo.Sepanjang hari ni,dia memang tak dapat tumpukan perhatian langsung dalam kelas.Dia asyik terfikirkan Zelo.

"Kenapa Zelo tak datang?"

"Dia frust menonggeng?"

"Jangan-jangan dia fikir nak bunuh diri sebab HyeLi tinggalkan dia?Alamak..sebab tu dia tak nak datang sekolah?Oh No..Zelo..kau tak boleh mati.Aku akan selamatkan kau."


MinJoo berlari sepantas kilat ala-ala Usain Bolt versi perempuan meninggalkan kelasnya.YoMin dan JaeRa saling berpandangan.Hairan dengan sikap MinJoo hari ni.

Berpeluh-peluh MinJoo.Dia berlari sekuat hatinya.

"Zelo..kau tak boleh mati.Jangan bunuh diri!!"teriaknya sambil berlari.

Setelah hampir sepuluh minit berlari..akhirnya MinJoo tiba di rumahnya.Segera,pintu rumah dibuka dan dia bergegas ke bilik Zelo.

DAMMMMM!!

Pintu bilik Zelo ditolak kuat.

"Zelo!!!"

Mata MinJoo terbeliak.

"Zelo!!Tidak!!!!Jangan mati!!!"

 

****************************************************************************************************************************************************

Ok..Terima Kasih sebab baca ye..Saya sangat hargai readers semua.Hope korang enjoy untuk chapter ni.:))(^.^)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<