HTB 11

Housemate Tiga Bulan

"Dan pemenang untuk M-Countdown minggu ini adalah...."MC Kim Woo Bin mula nak umumkan pemenang.
"B.A.P!!"
Sorakan bergema.Semua peminat bersorak kerana group kegemaran diorang menang.
Zelo,Jongup dan Daehyun saling berpelukan.Himchan dan Youngjae tepuk tangan dan Yongguk sebagai ketua pergi ambik trofi.
"Ahhh..terima kasih kepada semua yang dah menyokong kami dan undi kami.Kamsa Hanmida.Buat semua fans yang dah banyak berkerja keras bla...bla..bla.."Yongguk bagi ucapan dengan nada yang terharu.Kemudian,dia pass microphone dekat Himchan.
"Saranghae semua fans kami.Kami tak sangka kami menang hari ni..bla..bla..bla.."
Kemudian,sorakan makin bergema bila Himchan bagi microphone kat Zelo.

"Zelo oppa!!"
"Zelo oppa!!"
"Saranghae Zelo!!"

Zelo tersengih.Ramai gila peminat dia.
"Kepada semua peminat,saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana menyokong kami habis-habisan.Kami menang kerana anda!Yeah!!Saranghae!!!Saranghae!Saranghae!!"
Peminat semakin bersorak kuat bila Zelo bagi ucapan.Zelo kembang semangkuk.Popular..Popular..Popular~~
HAHAHAHAHAH!!!AKU POPULAR!!!

Tok!Tok!Tok!

Zelo tersedar.Ceitt..mimpi la pulak.Zelo tumbuk katil sebab geram.Ingatkan betul tadi.

"Zelo!!Bangun la wey!!Dah lambat nak pergi sekolah la!!!"suara Min Joo kedengaran dari luar bilik.Zelo merengus.Rupanya,Min Joo la gerangan insan yang menyedarkan dia dari mimpi indah tu.Dia pandang jam loceng di tepi katil.
7.30 pagi.
Serta merta dia bangkit dari katil dan berlari ke bilik air!
"OMO!!!Apasala lambat pulak ni!!"

Selesai mandi,dia segera berlari keluar.Lagi sepuluh minit,kelas akan bermula.Dalam perjalanan nak ke tingkat bawah,dia bertembung dengan Min Joo.
"Hey..ni semua sebab kau la."Zelo jeling Min Joo.
"Wah..wah kau..kira nasib baik aku kejut kau tau tak..kalau aku biar je kau tak bangun?"Min Joo balas.
"Kalau kita tak pergi cari Cheonsa semalam..mesti kita takkan lambat hari ni."Zelo berkata sambil ikat tie sekolah.
Min Joo mencebik.Cari salah Cheonsa pulak.
"Dah la kau.Aku tak da masa nak gaduh dengan kau la.Kita dah lambat.Karang kalau Cikgu Taeyang tahan kita macammana?"Min Joo berkata sambil berlari ke pintu rumah.Zelo pun turut berlari.

Dengan sekuat hati..Min Joo berlari menuju ke sekolah.Lain pulak dengan Zelo,dia tunggang basikal selaju-lajunya.Heh..tu sebenarnya basikal Min Joo yang ada tersadai kat depan rumah.Tapi,Min Joo jarang guna basikal tu sebab dia lebih suka berjalan ke sekolah.
"Hai..Min Joo..apa ke bodohnya dia ni..ada basikal tetap jugak nak berlari ke sekolah."Zelo kayuh basikal sambil mengutuk Min Joo.Sempat lagi dia mengutuk walaupun dia tengah dok kalut.
Min Joo berlari sekuat hati.Lima minit lagi loceng sekolah akan berbunyi.

Kring~~Kring~~*bunyi loceng basikal*
Min Joo menoleh.
Zelo memandang Min Joo sinis.

"Wey..apasal kau naik basikal aku ha?"Min Joo pandang Zelo.
"Dah kau yang bodoh..ada basikal tak nak guna.Aku guna la..pelik la kau ni.Dah tau lambat..dok pilih nak berlari jugak ke sekolah."Zelo berkata kemudian kayuh basikal meninggalkan Min Joo.
"Hoi..Zelo..tunggu aku.Aku nak tumpang!!"Min Joo kejar Zelo dan dengan sepantas kilat dia melompat ke tempat pembonceng.Zelo terkejut.Aik..macammana dia buat?
Min Joo tersenyum.Hebat kan aku?Ini Han Min Joo la..pakar lagak ngeri wanita~~(Err..betul ke?)

"Cepat la kayuh basikal tu..kita dah lambat!"Min Joo pukul belakang Zelo.
"Hoi..pompuan..sesuka hati kau je nak membonceng dengan aku kan?Tak malu.Aku tak ajak tumpang pun"Zelo berkata.Tapi dia kayuh jugak basikal tu.
"Lantaklah..ni basikal aku.Kau tu yang tak malu..guna basikal aku tanpa kebenaran."Min Joo balas.
Zelo merengus.Teruk betullah dia ni.Min Joo sengih.Lantaklah..asalkan tak lambat ke sekolah.

Err..sebenarnya diorang memang dah lambat..

Zelo dan Min Joo sampai di sekolah tapi dah lambat dua minit.Cikgu disiplin mereka,Cikgu Taeyang sedang berdiri di tepi pintu pagar sekolah dengan penuh berkarismanya.
"Mati la kita.."Zelo mengumam.
Min Joo mengeluh.
Alamak~~

*******************************************

HARI SETERUSNYA...

"OK..semua..bukak buku Kimia.Hari ni kita belajar pasal Alcohol."Cikgu Seungri memulakan sesi pembelajaran.

Semua students mulalah menguap.Yongguk dah buat dah mata juling dia.Himchan pulak memang dah men'derp'kan mukanya.Daehyun dengan Youngjae pulak masing-masing dah mula mengantuk.Gila kau.Tak start lagi dah mengantuk dah.Ntah la kalau Cikgu Seungri dah start mengajar..mungkin diorang berdua tu dah selamat sampai ke alam roh gamaknya.
Jongup pulak masih blur.
"Err..cikgu suruh bukak buku Kimia ke Fizik ha Zelo?"soal Jongup kemudian pandang meja sebelahnya iaitu meja Zelo.Tak ada orang.
"Aik..mana pulak Zelo ni?Apasal tak datang lagi?"soal Jongup dengan blurnya.

"Ok..class..saya dah nak start ni..jangan nak buat muka macam nak kena cabut nyawa.Enjoyla dengan Kimia ni."Cikgu Seungri berkata dengan muka yang ceria.Ok..dia sorang je yang ceria bila subjek Kimia ni.Semua students dah tak bermaya walaupun ni baru kelas pertama.

"Ok..Alcohol bermaksud..."

"Selamat pagi cikgu!!"
Baru je Cikgu Seungri nak bermukadimah...tiba-tiba Zelo dan Min Joo muncul di depan pintu.Diorang lambat lagi untuk kali keduanya.
"Ma..Maaf lambat Cikgu."Min Joo tunduk hormat kat Cikgu Seungri.
Cikgu Seungri dan yang pelajar lain pandang semacam je kat Min Joo dan Zelo yang terpacak kat muka pintu tu.
Zelo pandang Min Joo.
Min Joo pandang Zelo.
"Apa yang tak kena?"

"Omo!Omo!Apa yang kamu berdua cuba tunjukkan ni?Adakah ini lambang couple yang baru?"soal Cikgu Seungri.
"Lambang couple yang baru?Apa yang cikgu cakapkan?"
"Tu..apasal korang tukar kasut korang.."Cikgu Seungri pandang kasut Min Joo dan Zelo.
Zelo dan Min Joo pun pandang kasut diorang.

Alamak!!Macammana boleh tertukar pulak ni?Kenapa tak perasan?
Zelo tengok kasut sebelah kanannya..Ni kasut Min Joo.
Min Joo tengok kasut sebelah kanannya..Ni kasut Zelo.
Apakah?

"So sweet la korang ni kan?Boleh pulak main tukar-tukar kasut sekolah."Cikgu Seungri perli.
Serentak Zelo dan Min Joo menggeleng.Tak sengaja la!Bukan!
"Kami bukan couple pun!!"

"Apa-apa la..duduk tempat kamu.Dah la lambat!"Cikgu Seungri menggeleng.Lantak la kat korang.

Zelo kerut dahinya.Macammana boleh terpakai kasut Min Joo tadi?
Min Joo merengus.Mungkin sebab kalut sangat tadi.Sampai tak sedar yang dia pakai kasut lain sebelah.Dahlah..kasut Zelo.

Min Joo segera mengambil tempat di sebelah Yo Min.

"Dah dua hari kau lambat.Dah la serentak dengan Zelo pulak tu.Pelik la korang berdua ni?"Yo Min pandang Min Joo.
"Apa yang peliknya?Kebetulan je la kot.."Min Joo menafikannya.
Sebenarnya dia dan Zelo dah sepakat yang tak ada sapa boleh tahu yang diorang berdua tinggal serumah sekarang sebab diorang berdua rasa benda ni memalukan.

***********************************

Hari Ketiga...

"Han Min Joo..Choi Junhong!Dah tiga hari kamu berdua lambat datang sekolah.Apa masalahnya dengan kamu berdua ni?"Cikgu Taeyang pandang Min Joo dan Zelo silih berganti.
"Maafkan saya cikgu..saya terlewat bangun."Zelo bagi alasan.Cikgu Taeyang memandang Min Joo pulak.
"Kamu pulak Min Joo?"
"Saya pun terlewat bangun."

"Heh..dah tiga hari berturut-turut korang berdua lambat dan bagi alasan yang sama jugak.Lambat sebab bangun tidur lewat.Sama!Serentak!Kamu berdua ni pelik la.Kamu berdua ada apa-apa hubungan ke?"Cikgu Taeyang pandang Min Joo dan Zelo dengan pandangan ala-ala polis pandang penjenayah.
"Anieyo!!Semua ni mungkin kebetulan je!!"serentak diorang menjawab.
Cikgu Taeyang terdiam.
"Mencurigakan..."
Min Joo dan Zelo tunduk menekur lantai.
"Saya akan sentiasa perhatikan awak berdua..ingat..."Cikgu Taeyang berkata dengan mukanya yang ala-ala gangster tu.
*tiba-tiba ada background lagu Ringa Linga..(tiba-tiba)*

***************************************

Hari keempat..

"Baiklah kelas..hari ni saya nak amik kedatangan kamu semua."Cikgu Bom,guru kelas Zelo dan MinJoo dan lain-lain membuka buku rekod kehadiran.

"Bang Yongguk!"
"Ada."
"Jung Daehyun!"
"Ada"
"Kim Himchan!"
"Ada"
"Moon Jongup!!"
"Ada."
"Yoo Youngjae!"
"Ada!"
"Choi Junhong!"
Krik~~Krik~~Krik~~
"Choi Junhong!!"

"Err..cikgu..dia tak datang cikgu."Yongguk selaku ketua kelas melaporkan ketiadaan Zelo.
"Ye ke?Dia sakit ke?Tak pernah-pernah dia tak datang kelas."Cikgu Bom mengangguk.Yongguk sekadar menggeleng tanda tak tau.
"Sapa lagi yang tak datang hari ni?"soal Cikgu Bom.
"Han Min Joo,Cikgu."Jae Ra bersuara.
Cikgu Bom mengerutkan dahinya.
"Pelik la diorang berdua ni..tak pernah tak datang sekolah.Apasal hah?"

Bukan Cikgu Bom je yang pelik,Yo Min dan yang lain-lain pun pelik jugak.
"Sejak akhir-akhir ni kan..diorang selalu je lambat..dah la tu.Serentak pulak.Perangai diorang pelik la."bisik Youngjae kepada Daehyun.Daehyun yang sedang memintal-mintal rambut Youngjae sebab kebosanan tu menghentikan perbuatannya.
"Betul jugak..apa kata kita siasat."Daehyun berkata.
Youngjae senyum lantas mengangguk.Heheh..diorang berdua ni memang terkenal dengan sikap ingin tahu yang tinggi dan jugak sikap busybody mereka.
Hehehhehhe..*gelak jahat antara Youngjae dan Daehyun*

Di rumah...

"Han Min Joo!!Han Min Joo..Ireona!!Palli Ireona!!"
Zelo redah je masuk ke dalam bilik Min Joo.Kebetulan pulak Min Joo tak kunci bilik dia.
Zelo goncang badan Min Joo.
"Nee..oppa..kejap la...ngantuk ni."Min Joo tersenyum sambil bersuara manja.
"Yuckk!!Apakah la yang dia mimpi kan tu?"Zelo buat muka nak termuntah.
"Min Joo ahh!!Palli..bangun!!"Zelo tampar muka Min Joo berkali-kali.(Nampak macam kejam je..)
Akhirnya Min Joo terjaga.
Apalagi..bila dia ternampak je Zelo kat depan mata dia..dia terus menjerit sekuat hatinya.

ARGHH!!!!!!

Zelo tutup telinga dengan kedua-dua belah tangan.Boleh tahan jugak jeritan Min Joo ni.

"Apasal kau kat sini ha?Apasal kau masuk bilik aku?Kau nak buat benda tak senonoh kat aku ke?Kau ni jahat la!!Pergi!Pergi!!"Min Joo berkata dengan penuh dramatiknya.

Pangg!!

Zelo buat hi-five kat muka Min Joo.
"Rasakan kau!!"

"Aduihh..sakitnye."Min Joo usap mukanya.Zelo ni memang cari pasal betullah.Dah la masuk bilik aku sesuka hati je,pastu dengan selamba tenuknya dia tampar aku.Dah lama hidup dah kot gamaknya insan bernama Choi Junhong ni.

'Ni..Ni..kau tengok jam dah pukul berapa."Zelo tayang jam loceng corak Keroro tu kat muka Min Joo.
"Pukul 12 tengah hari."Dengan lurusnya,Min Joo menjawab.
"Dan..kita kena pergi sekolah pukul berapa?"Zelo pandang Min Joo.Blurnya budak ni!!
"Pukul 7.45 pa..."Ok..akhirnya Min Joo tersedar jugak.Alamak!!Kena pergi sekolah..tapi sekarang dah pukul 12 tengahhari.Memang dah lambat gila la.

"Ottoke??"Dia memandang Zelo.
"Ottoke apanya..nampaknya kita tak ke sekolah la hari ni."Zelo berkata kemudian bersandar di katil Min Joo.
Dua-dua mengeluh.Punah.Sejak mak mak diorang ni tak ada..susah betul la nak bangun awal.Selalunya mak mak diorang la yang kejut tapi sekarang ni..
"Hah!!"
Serentak Zelo dan Min Joo mengeluh.~~

*********************************************

Hari kelima..Hari terakhir sekolah pada minggu tu..

Pukul 7 pagi.

"Orait!Orait!Berjaya jugak bangun awal."Zelo dengan ceria berkata sambil ke dapur.Dia siap buat senaman pagi lagi.Semuanya sempurna.Uniform lengkap,Tie dah berikat kemas,rambut dah digel rapi dan semuanya nampak hebat.Hohoh..selamat tinggal Cikgu Taeyang..Hari ni aku takkan jumpa lagi dengan cikgu rambut mohawk tu.Hahah..

"Selamat pagi dunia!!"
Min Joo pun bangun awal hari ni.Dia dengan gembiranya melangkah ke dapur.Sengih sepanjang pagi.Dia mendekati kabinet dapur dan ambik cereal kegemarannya.Coco Crunch.
Zelo yang nampak Min Joo dah capai kotak Coco Crunch tu segera telan air liur.
"Alamak..semalam aku dah habiskan cereal dia lagi..mati la aku kalau dia tau."

Dan..akhirnya,Min Joo menjerit.
"Choi Junhong!!Kau habiskan cereal aku kan!!!!"

Zelo tersengih.Kemudian,garu kepalanya yang tak gatal tu.
"Mianhe.."

Min Joo bengang gila lantas kotak cereal yang kosong tu,dia baling kat Zelo.Tepat ke muka Zelo.Zelo pun bengang.Dia ambik balik kotak tu dan baling ke arah Min Joo tapi Min Joo sempat elak.
Zelo bengang.
"Kau nampak toaster ni..karang aku sumbat kau dalam ni!!"Zelo berkata sambil tunjuk toaster yang tengah panas sebab tengah bakar roti tu.
Disebabkan terlampau bengang,Zelo naikkan suhu toaster sampai ke maximum.Bayangkan roti yang tengah dibakar tu adalah Min Joo.
Min Joo mendekati Zelo dan pukul Zelo pakai kotak Coco Crunch tu.

"Kau ni kan..jahat!Tak guna!Selalu habiskan cereal aku!Dah la tu..bukan nak beli yang lain.Geramnya aku!!"

"Hoi..kau ni kan..tak payah la serang aku!Sabar la..Wey.."Zelo mengelakkan dirinya dari Min Joo.Diorang mula bergaduh.
Dan..disebabkan terlalu lama bergaduh,Zelo pun terlupa yang dia ada bakar roti tadi.
Gaduh..Gaduh dan gaduh..
Tanpa mereka sedari..waktu berjalan.

Tiba-tiba..
"Chop!!"
Min Joo yang baru je nak ketuk kepala Zelo pun terhenti.
"Apa?"
"Kau tak hidu bau hangit ke?"Zelo pandang Min Joo.
Min Joo pun menghidu la keadaan sekeliling.
"Ha'ahlah..bau hangit.."
Kemudian..Baru Zelo teringat.
"OMO!!Aku punya roti bakar!!"
Segera dia berlari ke semula ke arah toaster.

Toaster yang dah memang panas gila tu terbakar.(Macam epik je..).Zelo dan Min Joo pun panik gila.
"Hoi..apa kau dah buat ni?"Marah Min Joo.
"Mana la aku sengaja.Kau la..start ajak aku gaduh tadi."
"Aku pulak!!"

Zelo dengan cemasnya pergi simbah air kat toaster yang terbakar tu.Api terpadam.Fuuhhh!!Hangit toaster tu dibuatnya.Kelam kabut  diorang berdua.

"Alamak..."Min Joo pandang jam.
"Kenapa?"soal Zelo.
"Sekarang dah pukul 7.43 pagi."Min Joo tunjuk jam tangannya kat Zelo.

Face-palm!!Zelo merengus.
"Cikgu Taeyang..tunggulah kami datang."

Min Joo mengeluh berat.Memang la bangun awal..tapi..lambat jugak ke sekolahnya.
Haish~~masalah!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<