HTB 28

Housemate Tiga Bulan

~~Effect Lagu Sedih~~
Teng..Teng..Teng...*Nahh!!Tak tau la nak tulis camna..yang penting lagu sedih*


Sejak Zelo dah ada HyeLi ni,Dia dan MinJoo yang pada mulanya dah nak rapat,kembali renggang balik.
Zelo jarang dah spend time kat rumah.
Pagi..pergi sekolah,petang keluar jalan-jalan dengan HyeLi..malam balik rumah,berkurung dalam bilik sebab bergayut dengan HyeLi.
Jarang sangat dah MinJoo dapat berbual dengan Zelo sekarang ni.

MinJoo menunggu Zelo di depan pintu rumah.
Tak lama kemudian,Zelo keluar sambil memakai kasut sekolah di depan muka pintu.Dia memandang MinJoo.

"Kenapa tak pergi sekolah lagi?"soalnya kepada MinJoo yang masih terpacak di depannya.

"Tunggu kau.Kau cakap semalam nak pergi sekolah dengan aku."jawab MinJoo.

Serta merta,Zelo tepuk dahi.Alah..Lupa pulak dia dah janji dengan MinJoo hari ni tapi...

"MinJoo..."panggil Zelo dengan nada yang ala-ala manja gitu.
"Hmmmm."MinJoo balas dengan dingin.

"Aku tak jadi la nak pergi sekolah dengan kau hari ni.Aku dah janji dengan HyeLi nak pergi sekali.Dia dah tunggu aku datang jemput dia ni."kata Zelo.
Muka MinJoo berubah namun segera dia sembunyikan.

"Kenapa kau tak cakap awal-awal tadi?Kalau macam tu baik aku tak payah tunggu."marah MinJoo kesal.
Zelo terdiam.Dia bangun dari duduk dan mencapai beg sekolahnya yang tersandar di bingkai pintu.Dia menghampiri MinJoo dan menepuk bahu gadis itu.

"Aku mintak maaf..Ok?Err..sebagai tanda maaf..balik nanti,aku belikan kau kek.Nak?"Zelo cuba memujuk MinJoo.
"Huh..tak payah la nak buat baik sangat.Kau tu kan sibuk nak dating..tak payah la nak belikan aku kek ke apa ke?Fokus je dengan HyeLi kau tu."

"Aikk..cemburu ke??"Zelo angkat kening gaya menggoda.
"Aku?Cemburu?Hoh...kau ingat kau tu hot macam Luhan ke sampai aku perlu cemburu dengan kau?"soal MinJoo sinis sebelum mula melangkah nak meninggalkan Zelo.Namun,Zelo sempat tarik beg sandang MinJoo.Gadis itu terundur ke belakang.

"Kau tak maafkan aku lagi.."Zelo memandang MinJoo yang nampak macam bengang dah dengan dia.
"Lepas la wey..Kau kata nak jemput HyeLi..pergilah cepat."balas MinJoo.
"Nope!Selagi kau tak kata yang kau maafkan aku."Zelo berkata.
"Yelah!!Aku maafkan kau..small matter je kan?Tak payah nak over sangat,boleh?"marah MinJoo lagi.

Zelo melepaskan MinJoo.Dia memandang gadis itu.
"Petang ni..kita dinner sama-sama ye kat rumah.Dah lama aku tak makan dengan kau."kata Zelo.

MinJoo yang mulanya dah berjalan meninggalkan Zelo menoleh semula.

"Kau nak makan kat rumah malam ni?"soal MinJoo tak percaya.

Zelo mengangguk.

Tanpa disedari,MinJoo tersenyum namun segera dia memalingkan mukanya ke tempat lain.Tak nak Zelo nampak senyuman tu.Ahhh..dia pun sebenarnya tak faham..kenapa dia perlu tersenyum.


*************************************************************

MinJoo tiba di sekolah dan masuk ke dalam kelas.
7.30 pagi.
Dia bertembung dengan Jongup di depan muka pintu.
Mereka berdua saling berpandangan dan tersenyum.

"Han MinJoo..mana housemate kau si Jelly?"soal Daehyun dari tempat duduknya.
"Ha'ah...lambat dia datang hari ni."tambah Himchan pulak.

"Dia datang dengan HyeLi.Ntahla kemana."jawab MinJoo sambil meletakkan beg di atas kerusinya.

"What?Datang dengan Heli?(helikopter)Wahhh..sejak bila pulak dia beli helikopter peribadi?Kelas kau Jah...datang sekolah naik helikopter."Daehyun dengan penuh blurnya berkata.

KUKK!!!

"Pabo!!Bukan Heli la...Hye-Li.Park-Hye-Li,budak kelas sebelah tu."Youngjae meluku kepala Daehyun.Daehyun menjerit kesakitan.

MinJoo hanya tersenyum paksa mendengar lawak bodoh Daehyun tu.Ntah la kenapa..dia tak da mood nak gelak.
Dia memandang keluar tingkap kelas.Pandang langit yang cerah tu.

Sejak bila dan kenapa?
Kenapa hati aku dah tak berbunga bila aku pandang Jongup lagi?
Kenapa aku tak teruja bila Jongup senyum kat aku?
Kenapa aku dah jarang mimpikan Jongup sekarang ni?
Dan kenapa?????
Semua benda tentang Jongup dah tak aku pedulikan lagi.Aku lebih fikirkan Zelo berbanding Jongup?Ni tak mungkin!!
Aku tak boleh jadi macam ni!!Aku tak boleh sukakan Zelo!!Aku tak boleh!!!

DOMM!!!

Tanpa disedari MinJoo menumbuk mejanya dengan kuat.

"Omakkau!!Chanyeol I Love You..muahhh!!!"JaeRa yang berada di depan MinJoo melatah.
YoMin pulak terkejut sampai jatuh pencil case dia.Pen warna pink YoMin jatuh tergolek kat kaki Yongguk.

"Jaennie!!Sapa Chanyeol??How could you!!"Himchan tiba-tiba je meradang kat JaeRa.
"Opppss..ehehe..bias I..Bias I je la!!Jangan la macam ni Channie..."JaeRa memujuk Himchan.
Ok..abaikan diorang..

Prakk~~~
YoMin yang baru je nak capai Pen yang ada betul-betul bawah tapak kaki Yongguk tu ternganga.
Pen tu dah selamat dipijak oleh Yongguk tadi.Ye..baru je beberapa saat tadi.R.I.P dah pen tu.
Yongguk pandang bawah kemudian lambat-lambat pandang YoMin yang sedang mencangkung beberapa meter dari dia.
Senyuman bersalah ditarik sedikit demi sedikit.

"S...Sooryyyy.."

*effects angin berlalu*~~~~~~

Korang rasa salah sapa semua ni?

MinJoo tersedar kesilapannya.Adoih..macammana boleh tak terkawal ni?Dia buat-buat selamba sambil memandang sekeliling.Macam tak ada apa yang berlaku namun matanya terhenti pada pasangan couple yang ada kat depan pintu kelasnya.

(Teen Top_Jealousy)


na jeongmal bae apayo haengbokae boyeo bae apayo
niga dareun saramgwa inneun ge nan silheoyo
na jeongmal bae apayo joha boyeo bae apayo
jinhan saranghajima nareul dasi mannaljido moreujanha


Hati MinJoo rasa macam nak meraung.
"Kau apahal hah hati?Yang kau nak menangis tu apasal?Kau tak suka dia la..Kau tak suka dia!!!"marah MinJoo sendiri.Matanya masih belum beralih daripada melihat gelagat Zelo yang sedang berbual mesra dengan HyeLi itu.Senyuman tak lekang dari wajah mereka berdua.

"Benci!!!"
MinJoo menongkat dagu sambil menoleh ke arah lain.

****************************************************

Tamat waktu persekolahan..

"YoMin..aku nak cuba la masak macam apa yang kau ajar hari tu."MinJoo meluahkan isi hatinya.
"Betul?Wah..good luck..semoga menjadi tau."YoMin tersenyum.
Dia ingat lagi,hujung minggu hari tu MinJoo ada datang ke rumahnya bersama dengan JaeRa untuk belajar memasak.Lama jugak la mereka bertiga tu berkampung kat dapur dan hari ni..MinJoo nak cuba pratikkan apa yang dia dah belajar tu.

Sebab apa?

Sebab hari ni kan Zelo kata dia nak dinner kat rumah..

"Petang ni..kita dinner sama-sama ye kat rumah.Dah lama aku tak makan dengan kau."

MinJoo tersenyum sendiri.Tak sabar nak bagi Zelo rasa masakan dia malam nanti.


****************************************************

MinJoo memandang jam di dinding dapur.Mukanya masam mencuka.Dia menongkat dagu sambil memandang makanan yang dia dah masak untuk Zelo tu.
Kemudian,dia pandang jarinya yang dah berbalut dengan plaster.Loh..ni kes first time masuk dapur..memang kena la jadi mangsa pisau.Hahaha.

Dah pukul sembilan..Mana Zelo ni?Cakap nak balik makan dinner kat rumah...

MinJoo masih setia menunggu Zelo di meja makan.
Tak lama kemudian,dia terdengar bunyi pintu terkuak.Segera MinJoo tersenyum dan segera berlari ke muka pintu.Kelibat Zelo menyapa matanya.

"Zelo..Lambatnya kau balik!!Kau kata nak dinner kat rumah?"soal MinJoo.

Zelo pandang MinJoo.Sekali lagi dengan muka yang serba salah.

"Err...tak..ak..tadi..HyeLi bawak makanan untuk aku.Dia masak sendiri tau.Sedap!!"cerita Zelo.

Riak muka MinJoo seakan-akan jatuh.

"Jadi..kau dah makan?"soal MinJoo perlahan.Zelo mengangguk laju.Dia berjalan menuju ke dapur dan diikuti oleh MinJoo di belakang.

Zelo menjeling meja makan sekilas sebelum membuka peti sejuk.

"Kau tak nak rasa ke makanan ni?"soal MinJoo.

"Tak nak ahh..Dah kenyang.Makanan yang HyeLi masak tadi memang sedap.Aku rasa aku boleh kenyang sampai lagi dua tiga hari tau."kata Zelo sambil teguk air oren.
MinJoo hanya terdiam.Dia kecewa dengan apa yang Zelo cakap tu.

"Makanlah sikit..Rasa."pinta MinJoo.

"Tak nak la wey..aku dah penat.Nak masuk bilik dulu.Kau makan la sorang-sorang ye."Zelo berkata sebelum melangkah keluar dari dapur.

"Zel.."Belum sempat MinJoo menghabiskan ayat,Zelo dah hilang dari pandangan mata.

"A..Aku masak untuk kau kot."katanya perlahan sambil menahan air mata.Moodnya hilang.Dia berlalu meninggalkan meja makan dan naik ke bilik.
Makanan yang beria-ia dari petang tadi dia masak,langsung tak terusik.
Sedih!!Walaupun tu baru percubaan pertama dia untuk memasak tapi..tak ada sapa pun yang hargai.

MinJoo menangis sendiri.
Huh..dia pun tak faham dengan perasaan dia.
Kenapa dia kecewa sangat bila Zelo buat dia macam ni?

"Zelo pabo!!!"
Luah MinJoo seolah-olah Zelo berada di depannya.

 

 

*********************************************************************************************************************************************************

P/s:

Yah..Hehe..chapter kali ni MinJoo macam ada masalah kekeliruaan perasaan sikit la rasanya.Kejap Ok..kejap marah..Kejap nanti pulak sedih.Hohoho..

Harap readers terhibur dengan cerita ni.:))

Oh ya..MV B.A.P No Mercy Japanese dah release Lorhhh!!!So Cool~~Zelo!!!!!!Awak sangat comel la~~~...*abaikan saya..tengah fangirling*

Dan tak lupa jugak for kes pesawat hilang tu.:((

Hmmm..Pray for them

Semoga semuanya selamat hendaknya.

-Amin-

Last but not least..

Have A Nice Day semua(^.^)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<