HTB 16

Housemate Tiga Bulan

Zelo tersedar dari pengsan.
Dia pandang sekeliling.Semuanya putih.
"Aku ni dah mati ke....."
Zelo pejamkan matanya.
"Omma..maafkan Zelo.Zelo tak sempat nak balas semua jasa omma kat Zelo.Zelo tak sempat nak menemani omma di hari tua omma.Zelo tak sempat nak bagi omma menantu.Zelo tak boleh jaga omma sebab Zelo dah pergi dari dunia ni buat selama-lamanya.Apakan daya..Tuhan lebih sayangkan Zelo.Omma jangan jaelous ekk???"
"Adik.."
Telinga Zelo menangkap suara perempuan yang lembut.Hoh..adakah dia bidadari?Zelo bukak matanya balik..
Memang bidadari..
Lawanya~~
Zelo tersengih.

 

*Ni la..Kononnya bidadari yang Zelo nampak tu.Sebenarnya dia ni Nurse*

"Adik OK tak ni?"Nurse yang berada di sebelah Zelo mengerutkan dahinya.Macam pelik je budak ni.
"Ni kat syurga ke??"Zelo mengajukan soalan yang membuatkan nurse tu ternganga.
"Err..ni kat hospital la.Adik pengsan masa bawak kawan adik kat hospital tadi."terang nurse lawa tu.
"Ohh.."Zelo mengangguk.Ingatkan dah mati tadi.Baru je nak reka madah dan puisi terakhir untuk omma.Rupanya..aku masih hidup.

Zelo pandang nurse tadi.Huhu..lawanya..muka macam Ji Hyun 4 Minutes.Dia ke?Ntah-ntah memang Ji Hyun..dia buat part time jadi nurse kat hospital kot.
"Nah..makan ubat ni.."Nurse ala-ala JiHyun tu hulurkan ubat kepada Zelo.
Zelo sambut huluran nurse tu.
"Nurse..kawan saya tu...macammana?"soal Zelo.Tiba-tiba teringatkan Min Joo.Apa jadi dekat minah tu ha?Zelo pun dah tak ingat apa-apa.Last dia tahu yang Min Joo dibawak ke bilik rawatan pastu dia dah tak tau apa sebab dia dah pengsan.
"Ntah la.Saya pun tak tau.Dia kan kat wad lain.Kamu berdua keracunan makanan ni."kata nurse tu.
"Keracunan makanan?Heh!!Ni mesti sebab mee goreng yang Min Joo beli tu."Zelo berfikir sejenak.

"Agak-agak nurse la...dia OK tak?"soal Zelo.Banyak pulak tanya.Nasib baik Nurse JiHyun tu jenis yang penyabar.Dia layan je la patient sorang ni.
"Ok la kot.Keracunan makanan korang ni tak la serius sangat.Nanti la saya tanya kawan saya yang jaga dia.Kalau ada apa-apa saya inform awak."
Zelo angguk.Dia pun menelan ubat yang diberikan tadi,kemudian dia teguk air.

"Dia tu girlfriend awak ke??"
Tersembur air yang Zelo minum saat nurse tu ajukan soalan yang sangat tak masuk akal tu.
Terkejut Nurse JiHyun melihat reaksi Zelo.

"Bukanlah!!"segera Zelo menggeleng.Min Joo girlfriend dia?Memang tak la.Tak dapat dibayangkan sebab memang tak boleh nak bayangkan.Aigoo.

"Habis..kamu nampak sweet sangat loh..walaupun sakit..tapi kamu tetap sanggup bersusah payah bawak dia ke hospital.Satu hospital kecoh kot tadi bila kamu pengsan.Dia mesti someone yang penting bagi kamu kan?Kalau tak..takkan kamu sanggup buat macam tu kat dia kan?"Nurse JiHyun memandang Zelo sambil tersenyum.

"Nampak sweet ke?Hehehe..saya memang sweet..Tapi dia bukan Girlfriend saya la!!!"Zelo berkata.Nurse JiHyun sekadar tersengih.
"Ye la tu~~Oklah..kamu rehat la.Bye."Nurse tu meminta diri.
Zelo mengangguk.Dia melambai Nurse tu.
"Bye~~4 Minutes left..4 Minutes left"sempat lagi dia menyanyi.Hoh..tak padan dengan sakit.

**********************************

Min Joo menyandarkan kepalanya ke kepala katil.Dia dah lama dah sedar dan dah makan ubat dah pun.

"Adoiyai...time-time macam ni la..aku rindu kat mama.Selalunya..time aku sakit..mesti dia ada jagakan aku..tapi sekarang...mama pun tak tau yang aku ada kat hospital sekarang ni."

Tiba-tiba...

"Psst..Psst..."
 Min Joo terdengar ada orang yang panggil.Dia menoleh.Kepala Zelo terjengul kat depan pintu.Min Joo ternganga.

"HOH???"

"Psstt...pssttt.."sekali lagi Zelo buat bunyi tu.
Min Joo julingkan matanya.
"Enough la..kalau nak masuk..masuk je la..tak payah nak pstt..pstt bagai.Kau ingat ni apa?Rancangan perisikan ke?"
Zelo masuk dan mendekati Min Joo.

"Kau buat apa kat sini?Bukan ke kau pun kena tahan kat wad jugak?"soal Min Joo.
"Memanglah..tapi aku bosan la kat sana..So,aku datang la sini."Zelo ambik kerusi dan duduk di sebelah katil Min Joo.
Min Joo sekadar buat derp face kat Zelo.
"Kalau nurse tahu kau datang sini..memang kena marah la kau.Kau tu kan sakit..tak payah la nak susahkan diri datang sini nak melawat aku."Min Joo memandang Zelo.
"Tu la..aku sebenarnya curi-curi keluar tadi hehehe...and satu lagi..aku datang sini bukannya nak melawat kau tapi nak luku kepala kau.Meh sini!!"Zelo tolak kepala Min Joo.Tapi...lemah lembut je la~~Saja bergurau manja.Lol~~
"Woi..apa ni??"Min Joo tepis tangan Zelo.
"Sebabkan kau la..kita keracunan makanan tau tak??"Zelo berkata.

Min Joo terdiam.Memang salah dia pun.Kalau dia tak marah Zelo sebab merungut pasal mee tu tadi,confirm diorang takkan keracunan makanan.
"Mianhe.."Min Joo tunduk memandang lantai.
Melihat reaksi Min Joo yang rasa bersalah,Zelo mengeluh.Dia menepuk bahu MinJoo.
"Gweanchana..bukan salah kau la.Aku memain je tadi.Sorry la kalau kau terasa.."

"Tapi..memang salah aku pun..Aku main beli je makanan tanpa usul periksa..pastu marahkan kau bila kau merungut tentang makanan tu."MinJoo balas.
"Its okay la.Benda dah nak jadikan?Tak payah la nak salahkan diri kau.Ekk??"Zelo senyum.

Min Joo pandang Zelo lama.
"Wey..Nurse yang jaga aku cakap..kau yang bawak aku ke sini.Betul ke?"soal MinJoo.
"Habis?Sapa lagi yang nak bawak kau ke hospital ni?Takkan Luhan kot..hoh..tiba-tiba Luhan keluar dari TV pastu angkat kau bawak pergi hospital"Zelo cuba buat lawak yang agak tak boleh diterima pakai.
"Heh..best jugak kalau apa yang kau cakap tu jadi kenyataan."Min Joo sengih.Bayangkan Luhan mendukungnya.Bengong!Sempat lagi berangan walaupun sekarang dah terlantar kat hospital.
Zelo diam.Lantak la kau.
Tiba-tiba,Min Joo pegang tangan Zelo.Zelo tergamam.
"Thanks.."
Dengan seikhlas hatinya..Min Joo mengucapkan terima kasih.
Ok..semua..sila berikan tepukan...kerana sepanjang 18 tahun Han Min Joo hidup ni,inilah kali pertama dia mengucapkan terima kasih dengan hati yang penuh ikhlas dan suci murni kepada manusia bernama Choi Junhong.
Zelo terdiam.Tiba-tiba rasa kekok pulak sebab Min Joo cakap elok-elok dengan dia.

"Nurse yang jaga aku tu cakap..lepas kau hantar je aku kat hospital,bila diorang dah bawak aku masuk dalam bilik rawatan..kau pengsan.Betul ke?"Min Joo menyoal lagi.
"Loh..semua benda ke dia cakap kat kau?Apasal la dia cerita benda memalukan tu."Zelo sengih.
Lain pulak MinJoo..muka dia terharu dan macam nak menangis.
"Zelo..aku tak tau nak cakap apa lagi dah..but..serius..thanks sangat-sangat.Aku..."heh..akhirnya Min Joo menangis terharu.
"Hoi..kau ni memang suka menangis ke apa ha?Dahlah..buat malu orang je."Zelo tampar pipi Min Joo.
"Aku terharu dengan kau la..!!Aku dah susahkan kau..kau sakit sebab aku..tapi kau sanggup jugak bersusah payah demi aku."Min Joo meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Hukaloh...over bukan main kau ni ek??Aku bukan buat semua ni demi kau la.Aku buat semua ni demi Emma Watson aku.Kau tak ingat ke?Sebelum mak mak kita ke Malaysia..Omma aku ada ugut aku..kalau apa-apa yang tak diingini berlaku,dia nak kerjakan Emma Watson aku tu!Sebab tu la aku buat semua ni..cuba kau bayangkan kalau omma aku tau yang kau sakit..dia mesti marah aku punya sebab aku tak jaga kau.Lepas tu,dia rosakkan Emma Watson aku..takpun dia pergi hantar Emma kat Pusat Kitar Semula.Parah aku wey!!"Zelo saja cover.Sebenarnya..dia betul-betul risaukan Min Joo tapi malulah nak mengaku.Hehehe...

MinJoo mencebik.Tak sweet langsung la dia ni!!
"Lantaklah..demi sapa pun..Yang penting kau dah tolong aku.Thanks!!"Min Joo berkata lagi.Zelo tersenyum.

Suasana diam seketika...

"Kau rindukan mama kau ke?"soal Zelo setelah berdiam hampir 2 minit.Loh..baru 2 minit.
Min Joo angguk.
"Ye la..kalau sakit macam ni..selalunya..dia akan selalu ada kat sisi aku tapi sekarang.."
"Kau nak call mama kau dan bagitau dia pasal ni?"
"Weihh..jangan la.Kalau diorang dapat tau yang kita sekarang ada kat hospital..nanti diorang risau pulak.Tak pasal-pasal diorang balik sini.Korea dengan Malaysia tu bukannya dekat.Tak payah la susahkan diorang."
Zelo mengangguk setuju.
"Aku pun rindu omma aku jugak.Tapi..takpelah..Aku Ok..aku kan anak jantan!!"Zelo buat muka poyo.
"Heh..poyo!!"Min Joo julingkan matanya.

"Ohh..lupa pulak.Aku ada epal!!"Zelo tayang sebiji epal kat MinJoo.
"So?"
"Nak tak?"Zelo angkat kening sebelah.
"Kau makan la..Ada sebiji je pun..tu pun nak menunjuk kat aku lagi?"Min Joo geleng.
"Eleh..nak la tuuu..cakap je la nak.Aku boleh share la."Zelo bawak keluar pisau pemotong buah.Ntah mana dia dapat.Epal merah tu dikupas.Min Joo pandang je gelagat Zelo.Hoh..mamat ni macam dah tak sakit je.Ceria terlebih je tengok.
"Mana kau dapat epal ni hah?"soal MinJoo.
"Pak cik sebelah katil aku bagi..Mungkin dia kesian kot kat aku..nampak macam sebatang kara je..tak ada pelawat..sendirian..huhu."buat ayat sedih pulak Zelo ni.Dia menyuapkan epal yang dia dah potong tu kepada Min Joo.Min Joo tergamam seketika sebelum nak terima suapan Zelo.

"Nah la..dah lama aku sua ni..Lenguh la!"Zelo pandang MinJoo.Serta merta MinJoo sambut suapan Zelo.Alolo..main suap menyuap pulak Musuh berdua ni.
Kemudian,Zelo suap pulak epal kat mulut dia sendiri.
Gilir-gilir..dia suap MinJoo,lepas tu suap diri sendiri.

"Amboi..Amboi..Orang cari dia merata tempat!Kat sini rupanya..siap main suap menyuap lagi!!!"
Satu suara tiba-tiba menyepoilkan adegan bajet romantik antara Zelo dan MinJoo tu.Zelo menoleh.

"Omo!!Aku dah kantoi!!"

Nurse lawa ala-ala JiHyun tadi bercekak pinggang memandang Zelo.

"Kamu tu masih dalam rawatan lagi..yang sesuka hati je berjalan tu apasal?Dah la tu..tak mintak kebenaran pulak tu."nurse tu tarik tangan Zelo.Min Joo terpaku sebab tak mampu nak cakap apa-apa.
"Sorry la nurse..saya bosan la~~"Zelo berkata.
"Bosan tak bosan..jom..balik semula ke wad kamu.Saya inject bontot kamu karang..tak boleh duduk diam!"ugut Nurse JiHyun.Dia menarik Zelo keluar dari wad MinJoo.
"Aigoo..janganlah inject saya nurse~~~MinJoo..help~~~"Zelo memandang MinJoo.MinJoo sekadar tersengih.
Nasib kau la Zelo.Kau yang curi-curi keluar dari wad.Mengarut betul.

 

 

p/s:Gambar From Google Images

 

**********************************************************************************************************************************

Hye..harap korang enjoy dengan chapter ni.:))Have A Nice Day.Thanks sbb baca(^.^)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<