HTB 15

Housemate Tiga Bulan

Min Joo membuka matanya perlahan-lahan.
Cahaya matahari yang mengena pada wajahnya membuatkan dia silau.
"Aku kat mana ni?"soal Min Joo.
Dia pandang sekeliling.
Dia berada di luar rumahnya.Terbaring di depan pintu rumah.Macam orang homeless dah gamaknya.
Min Joo bangkit dari pembaringan.
"Apasal aku ada kat sini?Bukan ke semalam aku kat stor sukan?"Min Joo garu kepalanya yang tak gatal tu.

Heh..nak tau apa yang jadi kat dia??

Flashback~~

"Oppa..saranghae..."MinJoo berkata sambil tersenyum dalam tidurnya.
"Amboi kau..sedapnya kau bermimpi.Tak tau ke aku yang menderita nak menanggung kau ni."Zelo membebel kat MinJoo yang tak sedarkan diri tu.Sumpah tidur mati.
"Hishh..dah la jarak sekolah dengan rumah jauh..pastu..aku kena cover line pulak..ni kalau orang nampak ni..Confirm diorang pandang pelik.Yah!!Han Min Joo!!Ireona!!"
No respon.Min Joo punya kepala landing sedap je kat bahu Zelo.
Zelo menjulingkan matanya ke atas.
"Kau ingat aku ni apa?Huh..campak kau dalam longkang karang!!"
Min Joo masih tak terjaga.
Zelo pun dari tadi merungut sorang-sorang.Dari sekolah sampai la dah sampai ke rumah.Ya lol..Min Joo ni memang melampau.Sedap je kena dukung,yang Zelo pulak..terpaksa menderita sendirian.Ohoh..Zelo tak puas hati ni!
Dan..disebabkan tak puas hati dengan Min Joo,Zelo akhirnya dia dapat satu idea bernas...
"Hehehe..nah..kau nak tidur sangat kan?Tidur kat sini puas-puas.."Zelo membaringkan tubuh MinJoo di depan pintu rumah.Dia tinggalkan je Min Joo kat luar tu.Dia masuk dalam rumah dengan senyuman yang jahat.Manakala Min Joo pulak masih tertidur di luar rumah.Dah gaya macam merempat dah.Bagaikan melukut di tepi gantang gitu*tiba-tiba*

Flashback end~~

"Ohhh..ni mesti kerja hantu tu!!!"Min Joo akhirnya dapat tangkap sapa punya angkara ni.Sesedap hati dia je campak aku kat luar rumah macam ni kan?

"CHOI JUNHONG!!!!!!!!!!!"


*******************************************************

Waktu tengahari..

Min Joo dengan lekanya menonton TV.Tengah tengok persembahan live EXO.
Sengih sorang-sorang sebab tengok Luhan.
"Omo..jinjaaaaa kyeopta....."Min Joo peluk teddy bearnya.Bayangkan macam tengah peluk Luhan.Aigoo...
Waktu tu,Zelo turun dari bilik.

Min Joo buat tak nampak je mamat tu.Tak guna betul.Ada ke patut dia tinggalkan Min Joo tertidur kat luar rumah tadi?Tak patut..tak patut..

"Good morning!!"Zelo buat muka innocent dan menegur Min Joo.Sebenarnya dah tengah hari.
Min Joo buat derk.Tak payah la kau nak bertegur sapa dengan aku.Dah la buat salah..pastu buat muka tak bersalah.

"Hai..takkan bad mood kot."Zelo sengih lantas duduk di sofa bersebelahan dengan Min Joo.

"Menyibuk je la kau."Min Joo berkata tapi matanya masih fokus kat TV.Luhan tengah nyanyi part dia dalam lagu Growl.

Uri malgon hanadulssik jiwobeorija

Min Joo tersengih lagi.Hensemnya!!!!!!!!!!

Zelo pandang MinJoo dengan muka yang pelik.Gila meroyan ke apa budak ni??
Remote TV diambil dan dengan selamba badak sumbu dia tukar channel.
Muka Luhan bertukar jadi muka Suk Jin Running Man.
Hahaha..sebab Zelo tukar tengok Running Man.

"Hoi!!"Min Joo pandang Zelo.
Ohh..Luhan..kajima~~~

Zelo buat muka selamba.

"Aku lapar ni.Pergi beli makanan."Perghh..Zelo bagi arahan macam raja kat Min Joo.
"Apa?Beli makanan..untuk kau?Heh..kau ingat aku apa?Kuli batak kau?"Min Joo balas.
"Ohh..bukan kuli aku ke?"Zelo berkata dengan annoyingnya.

"Hey..Hey..sedap hati je kau nak suruh aku buat tu buat ni kat kau kan?Dah la tadi kau..campak aku kat luar rumah macam tu je..Apa jenis manusia la kau ni!!"Min Joo menyatakan ketidakpuasan hatinya kat Zelo.
Zelo pandang MinJoo dekat muka yang malas nak layan.

"Kiranya..kau patut bersyukur aku campak kau kat luar rumah je..cuba kau bayangkan..kalau aku campak kau kat tepi longkang ke?Tong sampah ke?atau...aku tinggalkan je kau kat stor sukan tu tadi.Tak ke malu?Lagi satu..kau sepatutnya bersyukur tau aku ni dengan BAIK HATInya nak dukung kau sampai ke rumah..kalau tak..ntahla apa dah jadi dekat kau sekarang ni.Tidur mati!Teruk!Menyusahkan aku je!!"panjang lebar Zelo bagi ceramah pagi kat Min Joo.
Min Joo terdiam.Ada betulnya jugak kan?

"Sakit badan aku ni tau tak..tanggung kau yang lagi berat dari peti ais rumah ni tau.*Hiperbola semata-mata*"
Zelo pandang MinJoo yang terdiam dan tunduk memandang lantai.Hehe..dia rasa bersalah la tuuuuuuu.....

"Aku sanggup angkat kau dari sekolah sampai ke rumah,takkan kau tak reti nak balas jasa?Takat pergi kedai beli makanan pun kau nak merungut ke?Tak sangka..kau ni seorang yang kacang lupakan kulit."Zelo buat ayat yang menambahkan rasa bersalah dalam hati Min Joo.

"Hishhh..iyela..iyelah!!Aku pergi beli!"Min Joo mengalah.
Zelo menang.Dia tarik sengih.Dah agak dah..MinJoo mesti akan mengalah punya sebab dia rasa bersalah.

Min Joo merengus dulu sebelum blah keluar.

Zelo angkat tangan dan lambai MinJoo.
"Jalan elok-elok ye~~~"

*****************************************************

Setelah Min Joo beli makanan..

Diorang berdua pun melahap la bersama di meja makan..

"Apasal rasa semacam je makanan ni ha??"soal Zelo sambil kunyah mee goreng yang MinJoo beli.
"Hishhhh..makan je la..tak payah nak banyak songeh."Min Joo berkata.
"Bukan banyak songeh tapi..cuba kau rasa..mee dia semacam je la."Zelo pandang Min Joo.

"Hukaloh..banyak pulak komen kau ni kan?Ingat ni rancangan Jalan-Jalan Cari Makan ke?Nak komen segala bagai.Aku dah beli tu..melantak je la.Tak payah nak banyak songeh."Min Joo berkata.
Tapi..sebenarnyakan... Min Joo pun rasa mee tu macam ada yang tak kena.Tapi...disebabkan dia yang beli makanan tu so,dia pun defend la mee tu.Tak tau la kenapa.
Zelo mencebik.Orang nak cakap pun marah.
Disebabkan malas nak gaduh dengan MinJoo,dia pun telan je la mee 'semacam' tu.

 


 

 

BEBERAPA JAM SETELAH MAKAN MEE 'SEMACAM'...

"Adoi..Sakit gila perut aku ni!!"Zelo menekan perutnya yang memulas.Dah lebih sepuluh kali dia ke tandas.Tu belum lagi kira muntah.Kalau kira sekali dengan muntah..dah nak dekat lima belas kali la dia pergi tandas.
Zelo berjalan terbongkok-bongkok ke bilik MinJoo.

"Min Joo ahh..kau ada ubat sakit perut tak??Aku nak!"pintu bilik gadis itu diketuk namun tak berjawab.Last sekali,dia tolak je pintu bilik tu.
"Adoi!!!"sempat lagi dia merengek.Matanya memandang susuk tubuh MinJoo yang tersandar di dinding.

"Min Joo!!"

Zelo memandang Min Joo yang kelihatan lemah itu.Dia mendekati gadis itu.

"Z..Zelo..ak..aku dah..tak larat dah ni..aku rasa macam dah nak mati dah...."Min Joo berkata dengan nada yang lemah.
"Apa benda yang kau cakap ni??Kau kenapa??"soal Zelo cuak.
"Ntahlah..lepas je aku makan mee tadi..aku terus jadi macam ni.Sakit perut..muntah..aku pening la..."adu Min Joo.Zelo terkejut.Sama.Dia dan MinJoo alami benda yang sama.
Tapi..nampaknya Min Joo dah lagi teruk.
"Kita pergi hospital!!Jom aku bawak kau!!"Zelo tarik tangan Min Joo yang dah tak bermaya tu.Lembik.

"Ahhh!!"Zelo menahan sakit perutnya.Dia mengagahkan diri untuk memapah Min Joo.Min Joo dah nampak macam nyawa-nyawa ikan dah.
"Bertahanla MinJoo.."Zelo memandang Min Joo.

Dengan tergesa-gesa dia membawa Min Joo menggunakan basikal ke klinik.Walaupun dia pun terasa sakit,tapi dia menguatkan jugak dirinya.Min Joo perlu dirawat segera.Zelo menahan sakit.Dia mengayuh basikal selaju yang dia mampu.

Setibanya Di Hospital...

Min Joo dah tak sedarkan diri.Zelo pun dah nampak macam teruk dah.Tapi,dia masih berusaha untuk memapah Min Joo yang lemah tu.

"Tolong!!Tolong!!"Dia meminta pertolongan setibanya di pintu masuk hospital.
Tak lama kemudian,beberapa jururawat datang dan memberi pertolongan kepada Zelo.Mereka mengangkat Min Joo dan dibawa ke bilik rawatan.

Nafas Zelo tercungap-cungap.Perut dia sakit sangat.Kepalanya terasa berpusing.Pandangannya berpinar-pinar.
Semakin lama semakin berbalam dan akhirnya gelap.

"Tolong!Ada yang pengsan!!!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<