HTB 26

Housemate Tiga Bulan

Suasana kelas XX berjalan macam biasa.
Semua dah tenang.Tiada lagi gossip-gossip liar yang merebak.
Semuanya normal semula.

Kalau semalam semua orang pakat tengok Zelo dengan MinJoo dengan pandangan pelik,tapi hari ni tak lagi.
Hoh..betapa cepatnya gossip tu hilang dan dilupakan.(-.-)

Sementara tu,Di kelas YY
D.O memandang koridor kelas dengan muka yang mencuka.
"Nampaknya harapan aku nak dinaikkan pangkat jadi presiden atau naib presiden tu musnah macam tu je..Huh..Apalah nasib aku."
D.O menggeleng-geleng kecewa.
Sedih mengenang nasib malang sendiri.

 

Kembali ke dalam kelas XX

Zelo sedang sibuk menulis sesuatu di mejanya.Tulis apa lagi..kerja sekolah la.Semalam dia buat separuh je kat rumah,pastu separuh lagi dia bercadang nak copy paste je dari Yongguk.Aloh..buat macam tak biasa.

Tiba-tiba..

Hidungnya menangkap satu aroma bau yang sangat la wangi.

"Yah..Moon Jongup..sejak bila kau pakai perfume sweet ala-ala gegirl ni?"soal Zelo tanpa menoleh.Matanya masih melekat pada buku latihan Fizik.
Tak ada jawapan.
Zelo menoleh.

Mulutnya ternganga sedikit.Disangkanya Jongup yang berada di sebelahnya tadi namun sangkaannya meleset.

"Wah.."

 

 

Ada seorang gadis cantik,comel,meletup dan hot sedang berdiri di tepi Zelo.Di tempat Jongup.Gadis itu tersipu-sipu malu sambil memandang Zelo.

"Annyeong..Saya Hye Li."
Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Hye Li.Zelo tercengang.

*Ada effect bunga-bunga di sekitar HyeLi.*

"J..Junhong...Err..tapi orang panggil.."
"Zelo kan?"belum sempat Zelo habis cakap,HyeLi dah sambung.Tangan Zelo yang nak bersalaman dengan dia disambut mesra.Zelo tergamam.

Cantiknya dia ni..sapa punya anak la ni??Haish..adakah dia bidadari yang turun dari syurga?Buat apa dia yang cantik ni datang sini?Adakah untuk menjemput puteranya iaitu Aku?Betul ke semua ni?Ke aku tengah bermimpi??

"Awak.."

Lamunan Zelo mati.Dia memandang si cantik di depannya tak berkelip.

"Huh?Ada apa ya?"soal Zelo.

Mendengar je pertanyaan Zelo tu,HyeLi terus tersipu-sipu malu.

"Saya..sebenarnya..."

Zelo tunggu dengan penuh kesabaran untuk HyeLi habiskan ayatnya.

"Saya sebenarnya nak berkenalan dengan awak."kata HyeLi dengan muka yang dah kemerahan sebab menahan malu.Lantas,dia berlari meninggalkan Zelo dan masuk semula ke dalam kelasnya.
Zelo terpinga-pinga dan kemudian....


"Hohoho..bet..betul ke apa yang aku dengar ni???"
*Effects bunga api atas kepala Zelo.*
*Ada cupid datang pastu panah jantung Zelo*
Zelo meletakkan tangannya ke dada.Jantungnya dapat dirasakan berdegup kencang.

Wajah HyeLi bermain di matanya.Gadis itu sedang melambai-lambai ke arahnya sambil tersenyum manis.
*You are my lovesick~~~~*

Ohhhh..tidak..nampaknya Encik Jelly dah jatuh cinta.


*************************************************************
(B.A.P_Lovesick)

The moment I first saw you
My breath stopped, 
My heart beats, I think I’m sick
I feel anxious if I don’t see you for even a day
I can’t hide my shy expressions

I get excited to get ready to meet you
I firm my thoughts so that I can say it to you today
being not sure whether to confess to you or not hundreds of times
in front of you
my head goes blank, by the scent of your shampoo

 

Zelo tersengih sorang-sorang sambil tangannya ligat menulis bait-bait lagu yang dia rasa macam kena dengan perasaannya sekarang.Lukisan bentuk hati dilakar di muka surat buku Biologynya.
Sejak dari tadi,dia tak dapat fokus dalam kelas sebab asyik teringatkan HyeLi.

"Ohh..HyeLi..kenapa awak lari lepas je awak cakap dengan saya?"
"Ohh..HyeLi..senyuman awak dah mencuri hati saya.."
"Ohh..HyeLi..you are so beautiful!!"
"Ohhhhhhhhhhhh...my areumdaun HyeLi!!!!!"

******************************************************************

KRING!!!!!!

Kelas tamat.Semua pelajar mula berkemas untuk pulang.

"MinJoo..betul ke kau nak cuba masak?"soal YoMin kepada MinJoo seolah-olah tak percaya.
MinJoo mengangguk.
"Emmm..kau ajarkan aku boleh??"MinJoo menyoal penuh bersemangat.
"Hei..kenapa tiba-tiba je kau nak belajar masak ha??"JaeRa menyampuk.
"Saja je la.."MinJoo menjawab.

"Boleh je..nanti aku ajarkan kau ekk.."YoMin mengangguk.
"Jinjaaa..Wah..kamsa hanmida.."MinJoo tersenyum girang.

"Dahlah..aku balik dulu ye.."YoMin meminta dirinya untuk beredar.Dia tinggalkan JaeRa dan MinJoo berdua.

"Curious aku..sejak bila kau ni rajin nak memasak ha????"JaeRa memandang MinJoo dengan pandangan yang mencerun.
"Aloh..takkan tak boleh kot."MinJoo balas pandang ke arah JaeRa.
JaeRa tersenyum.

"Kau nak masak untuk housemate kau si Zelo tu ekk????Ohohoho..so sweet la kau.."

"Maldo andwea!!Aku bukan nak belajar memasak sebab dia la!!"MinJoo menafikannya.

"Huh..tak payah la nak sorok.Aku kenal sangat dengan kau.Kau dah mula suka kat Zelo ke????"

"Mana ada!!Aku suka orang lain la!!Aku suka LUHAN!!!!"MinJoo menggeleng.

"Luhan?Loh..mengarut la kau ni."JaeRa buat muka pelik.

"Mengaku je la..kau suka kat Zelo kan?Kan?Kan????????????????"

"Mana ada!!"

"Huh..takpe la MinJoo..aku faham..Ego kau masih tinggi.Tapi takpe..satu hari nanti..kau pasti akan mengaku jugak.Bye MinJoo..aku nak balik dulu.Ingat apa yang aku cakap tu...Aku simpan dan aku akan tunggu pengakuan kau..hahaha"JaeRa tergesa-gesa keluar dari kelas.Sebenarnya Himchan dah tunggu dia kat bawah.Lama dah.
Saja je nak test kesabaran Himchan tu..hahaha.

MinJoo terdiam dan termenung seketika.Dia teringat kata-kata JaeRa.

"Kau dah mula sukakan Zelo ekkk??"

Ayat tu berulang-ulang dalam kepala otak MinJoo.

"Arghhh..mana ada..Aku tak suka Zelo la..aku suka Jongup!!Ya..aku suka Jongup!!Bukan Zelo!!"

"Hoi..Dah gila ke apa cakap sorang-sorang ni??"

Piunggg~~~
Mati sudah lamunan MinJoo.Semuanya angkara Zelo.MinJoo terkejut dan menutup mulutnya dengan tangan.Alamak!!Macammana dia boleh muncul pulak ni???

"Kau dengar ke apa yang aku cakap?"soal MinJoo.Matila kalau Zelo dengar.

"Tak..aku tengah dengar earphone..tapi aku nampak mulut kau bergerak-gerak macam tengah bercakap.Kau cakap dengan sapa?"soal Zelo sambil menarik earphone yang bersumbat di telinganya.MinJoo menarik nafas lega.

"Apasal kau tak balik lagi?"soal MinJoo.

"Tunggu kau la..pastu..sementara kau dan geng kau dok sembang ala-ala mak cik tadi,aku pergi toilet kejap."jawab Zelo sambil tersenyum.

"Kau tunggu aku?"MinJoo pandang Zelo yang nampak macam dalam good mood hari ni.

"Ye lah..dah kita pergi sekolah sekali..balik pun sekali la."jawab Zelo.

"Ohh..macam tu ke?Ok..Jom balik!!"MinJoo mengangguk.Dia mendahului Zelo untuk keluar dari kelas.Zelo berjalan di belakang MinJoo.

Tiba-tiba...

"Zelo sshi.."

Satu suara merdu memanggil dari belakang.
MinJoo dan Zelo serentak menoleh.

Senyuman terukir di bibir Zelo.Dia melangkah ke arah gadis yang memanggilnya tadi.Seketika,dia bercakap sesuatu dengan gadis itu kemudian,dia kembali ke arah MinJoo yang berada beberapa meter jauh dari mereka berdua.

"MinJoo..kau balik dulu la ye.Aku ada hal dengan HyeLi."kata Zelo.
MinJoo mengerutkan dahinya.
"Jap..bila masa kau dengan HyeLi..."

"Shhh...nantila aku cite kat rumah Ok?Kau balik dulu.Hati-hati tau.Bye!!"
Zelo melambai dan meninggalkan MinJoo yang terpinga-pinga.

"Zelo dengan HyeLi?Bila masa pulak??"

 

**********************************************************************************************************************************************************

 

Watak baru dah pun muncul.Say Goodbye to KGS..Hohoho..Saya harap readers akan terus terhibur la dengan FF ni.Sorry kalau dah semakin memboringkan(>.<).Semoga terhibur and have a nice day~~~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<