HTB 27

Housemate Tiga Bulan

"HyeLi,kenapa awak lari tadi?"soal Zelo sambil memandang HyeLi.Cutenya dia ni..
"S..Saya mintak maaf.Saya malu sangat la tadi.Mianhe tapi..saya memang nak berkenalan dengan awak."HyeLi menjawab dengn muka yang bersalah.
"Ehh..takpelah..saya faham tapi kenapa tiba-tiba je awak nak berkenalan dengan saya ni?"soal Zelo lagi sambil tersengih.
HyeLi diam dan tunduk memandang lantai.

"Sebenarnya saya dah lama sukakan awak..daripada menengah rendah lagi.Saya selalu berharap dapat sekelas dengan awak tapi..impian saya tak pernah nak tercapai.Saya sukakan awak tapi saya cuma pendamkan je..dan..bila je saya dengar gossip pasal awak dengan MinJoo dah kawin,saya rasa sedih sangat."luah Hyeli.

"Ehhhh...Gossip tu kan tak betul."Zelo menyampuk seketika.

"Saya tahu..sebab tu saya lega sangat.Akhirnya,saya pun buatla keputusan untuk luahkan perasaan saya ni kat awak sebab saya dah lama pendam."HyeLi berkata lagi.

Zelo tersenyum dalam hati.
Nampaknya aku ni HOT la jugak kan??Ada orang minat kat aku doh!!AHahahaha...dah la cantik.Aku rasa macam mimpi je ni.Mimpi ke apa ni???Oh..kalau betul la ni semua mimpi..jangan la kejutkan aku.Aku nak terus bermimpi indah ni~~~

"Zelo.."

Lamunan Zelo terhenti.Dia kembali fokus pada HyeLi yang berada di depannya.

"Takpelah..itu je yang saya nak cakap.Saya dah luahkan perasaan saya kat awak..lega rasanya.Saya tak mintak pun awak balas cinta saya ni..awak kan dah ada MinJoo..."HyeLi berkata kemudian mula berjalan untuk meninggalkan Zelo.

"HyeLi..."Zelo menarik tangan HyeLi.HyeLi menghentikan langkah.*Aloh..ala-ala drama gitu*

"Kalau saya nak balas cinta awak boleh?"soal Zelo membuatkan HyeLi tersenyum.

 

Zelo tersengih-sengih mengingatkan peristiwa tadi.Tak sangka..HyeLi yang gila cun tu minat kat dia.Ahhh...Inilah hari yang paling bahagia buat Zelo.Zelo memejamkan mata sambil mula berangan-angan.

"HyeLi.."
"Zelo.."
Muka mereka semakin dekat dan akhirnya....


"Muahhhh..."

 

"Woi!!!"

Angan-angan Zelo yang agak tak senonoh tu termati bila MinJoo tiba-tiba mencelah.Zelo membuka matanya.
Satu makhluk berbulu tanpa sedari berada di tangannya.Muka makhluk berbulu a.k.a Cheonsa tu melekat di muka Zelo.

"Kau buat apa kat Cheonsa tu hah?????"MinJoo rampas kucing kesayangannya dari tangan Zelo.
"Cheonsa..gweanchana?Aigoo..apa yang Zelo buat apa kat kau?Jom..kita pergi dari sini.Kesian kat kau Cheonsa..jadi mangsa dia."bebel MinJoo kepada kucing yang tak tau apa tu.
Zelo memandang MinJoo sebelum mengeluh.

"Haish..Zelo..kau ni angau gila kot.Cheonsa pun kau ingat HyeLi."Zelo kutuk diri sendiri.Dia mengekori MinJoo yang masuk ke dapur.

"Lapar la.."rungut Zelo.

"Makan je la kalau kau lapar.Yang kau nak bising tu apahal?"MinJoo membalas sambil meletakkan Cheonsa di atas lantai.Terus je kucing tu blah lepas dah dibebaskan dari dakapan MinJoo.

"Kau dah makan?Jom makan sekali."ajak Zelo.MinJoo mengangguk.

Dia mengambil tempat di meja makan.

"Nah..aku beli kat kedai PakCik JaeSuk tadi."kata MinJoo sambil bukak tudung saji.

Riak muka Zelo berubah.Muka bosan.

"Tiap-tiap hari,makan benda yang sama..makanan dari kedai Pak Cik JaeSuk..kau tak bosan ke?Sampai bila nak macam ni je ha??"Amboi..ada orang dah mula protes.
MinJoo buat derk je kat Zelo.Lantak la kat dia.Nak makan..makan..Tak nak..sudah~~

"Bosan tau tak.Kalau tak makan lauk kat kedai Pak Cik Jaesuk..Kita makan ramyun,tak pun cereal.Tu je la..makanan Pak Cik JaeSuk,Ramyun,Cereal..Weiyh..takkan aku nak makan ni je sepanjang berbulan lagi."leter Zelo.MinJoo masih memekakkan telinga.

"Kalau kau tak nak makan,sudah la."MinJoo menjawab dengan nada yang dingin.Agak terasa dengan Zelo ni.Sejak bila pulak pandai nak merungut?

Zelo bangkit.Bunyi kerusi dan lantai yang bergesel nyaring.

"Aku tak nak makan.."katanya lantas berjalan keluar dari dapur.Muka Zelo masam mencuka.Merajuk.Aloh..kau ingat ada yang nak pujuk ke??

MinJoo diam.Dia meneruskan kunyahannya.Laju.Menahan perasaan yang agak terguris tu.

 

 

*Ahhh..Geramnye aku..Bosan la makan benda yang sama je hari-hari.Ahhh..Baik aku makan microphone ni!!*(caption tipu..abaikan je~~)*

 


 

Tiba-tiba...

"Hish!!Lapar!Makan je la."Zelo masuk balik dapur dengan muka yang selamba dan capai pinggan.Dia duduk semula di kerusi tadi sambil tahan malu.Heh..bajet merajuk konon.Tak sampai seminit,dah patah balik pulak.

MinJoo yang tadinya baru nak buat drama ala-ala isteri yang tengah bersedih sebab suami tak nak makan terus tak jadi.
Dia tahan gelak pulak.Hilang dah semua terguris ke,terasa ke..semuanya dah hilang bila dia tengok muka Zelo yang tengah tahan malu tapi buat-buat selamba tu.

"Kau nak gelak kat aku ke?"Zelo pandang MinJoo dengan muka yang bajet garang.

MinJoo geleng perlahan kemudian mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Huh..nasib baik aku punya mood Ok hari ni..kalau tak..nahas kau."kata Zelo sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.Lahap.Adoi..Bosan bosan pun dia melantak teruk jugak.

"Apasal mood kau Ok?Huh..lupa pulak..HyeLi tu..."MinJoo baru teringat peristiwa lepas habis kelas tadi.Alah..yang tetiba je HyeLi panggil Zelo pastu Zelo suruh MinJoo balik dulu tu.

"Hehe..aku keluar dengan HyeLi tadi."cerita Zelo pada MinJoo dengan penuh cerianya.

"Hah??"MinJoo dengan blurnya bersuara.

"Apasal?Tak percaya?"Zelo angkat keningnya sebelah.

MinJoo angkat bahu.
"Apasal tiba-tiba je???Sejak bila kau dengan HyeLi rapat?Dia kan bukan classmate kita."

"Huh..itulah yang dinamakan cinta."Zelo tersengih kalah kerang busuk.Kalau kerang busuk nampak sengihan Zelo ni..diorang pun kecewa tau tak?

"Cinta???"MinJoo pandang Zelo dengan muka yang tak percaya.

Zelo mengangguk laju.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia.Ohhh..indahnya perasaan ni."Zelo berkata.

"Cepatnya kau ni jatuh cinta..."MinJoo berkata perlahan.

"Nah..itulah kuasa cinta."

"Ye ke??"MinJoo mencebik sebelum sambung balik suap nasi dalam mulut.Dia mencuri pandang ke arah Zelo yang tersenyum girang tu.Entah kenapa,dia tak suka dengan senyuman Zelo tu.

Zelo pulak terus dalam dunia angan-angan dia.Maklumlah..sekarang ni dalam hati dia,ada taman yang sedang berbunga lebat.

"HyeLi...saranghae..jeongmal saranghae.."bisik hati Zelo sambil tersengih sendiri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<