HTB 30

Housemate Tiga Bulan

"Tak guna!!Berani kau!!!"MinJoo membentak sambil menggenggam penumbuk.
HyeLi ni memang nak kena diajar.Selamba badak sumbu sumatera darat campur laut yang albino je dia main-mainkan Zelo.
Kemarahan MinJoo meledak.
Walaupun Zelo tu agak sengal,annoying dan bajet hebat,tapi bagi MinJoo..dia tetap...sayang Zelo.

HyeLi dan dua orang rakannya tadi terkaku seketika melihat MinJoo yang tiba-tiba je muncul dari dalam tandas.
Muka MinJoo merah padam menahan marah.
HyeLi pulak pucat tapi dia berjaya kawal ketakutan dia.

"M..Macammana kau boleh ada kat sini?"soal HyeLi.

"Kau tak payah tau..yang penting.."MinJoo mendekati HyeLi.HyeLi berundur setapak demi setapak ke singki.Akhirnya,dia dah tak boleh berundur bila tubuhnya dah terlanggar dengan singki.
MinJoo semakin mendekat.Dua lagi kawan HyeLi menikus.

PANGGGGGG!!!!!!!
*Tamparan halilintar gaya bebas*

Tapak tangan MinJoo melekat kuat kat muka HyeLi.Gadis itu menyenget ke tepi.Dia memegang pipinya yang perit.Boleh tahan jugak tamparan dia ni.
Mata mereka berdua saling menikam untuk beberapa saat sebelum akhirnya MinJoo mencekak rambut HyeLi yang panjang dan lembut ala-ala duta iklan Sunsilks tu.

"Meh sini kau..aku botakkan kepala kau yang tak guna ni!!!!"marah MinJoo sambil menarik-narik rambut HyeLi.HyeLi menjerit-jerit kesakitan dan turut menarik rambut MinJoo.

Akhirnya..perlawanan tarik rambut terjadi dalam tandas tu.Suasana tandas jadi kelam kabut.

HyeLi dah nampak macam nak kalah dengan MinJoo.

"Kau tak guna!!Lebih baik kau tinggalkan dia!!Kalau tak...nahas kau."ugut MinJoo.
"Tak!!Aku akan pastikan plan aku berjaya dulu.Kau tengoklah nanti."balas HyeLi.

STOPPPPP!!!!!!!!

Serta merta MinJoo dan HyeLi yang dari tadi bergelut bagai nak rak terhenti.
Keadaan mereka berdua memang teruk.
Rambut masing-masing dah serabai.
Pipi HyeLi pula merah sebab kena tampar dengan MinJoo tadi.

*********************************************************************

Cikgu Taeyang memandang dua gadis di depannya ini silih berganti.

MinJoo dengan muka yang masam mencuka dan HyeLi yang dari tadi menangis.

"Sapa mula dulu?"soal Cikgu Taeyang selaku guru disiplin.

Cepat-cepat HyeLi angkat jari dan tunding ke arah MinJoo yang membisu di sebelahnya.Mata Cikgu Taeyang beralih pandang ke arah MinJoo.

"Kamu yang start dulu?"soalnya pada MinJoo.

MinJoo diam.Dia nak angguk tapi..

"Dia start dulu cikgu...dia tampar saya."HyeLi mencelah.Diam la kau..Cikgu tanya MinJoo la!!Bukan kau la helikopter!!!

"Han MinJoo,kamu tampar HyeLi?"soal Cikgu Taeyang.

MinJoo terdiam lagi.Perlukah dia mengaku?Ya..memang dia yang menampar HyeLi tapi..semuanya sebab kesalahan HyeLi sendiri.HyeLi tak patut buat Zelo macam tu.HyeLi kena diberi pengajaran.

"Han MinJoo..Jawab!!!!"jerkah Cikgu Taeyang.

MinJoo akhirnya mengangguk perlahan.

Cikgu Taeyang mengeluh.Dia diam seketika sebelum akhirnya kembali bersuara.

"Bak sini tapak tangan!!"rotan yang ada di atas meja diambil.Arahan dikeluarkan kepada MinJoo dan HyeLi.

MinJoo dan HyeLi akur.

MinJoo menahan sakit tatkala rotan tu menghentam tapak tangannya.Cikgu Taeyang sekadar menjeling kemudian merotan HyeLi pula.

"Lepas ni..kalau bergaduh lagi..saya laporkan kat ibubapa kamu dan siaplah kamu berdua."ugut Cikgu Taeyang.

MinJoo dan HyeLi mengangguk perlahan.Lemah.Lambat-lambat,mereka berjalan keluar dari bilik guru disiplin itu.


"MinJoo.."

MinJoo menoleh.JaeRa dan YoMin menghampirinya.Dari tadi,mereka berdua menunggunya di luar bilik guru.Nasib baik hari ni Cikgu Seungri tak masuk kelas,maka bolehlah diorang berdua temani MinJoo.
YoMin dan JaeRa memeluk MinJoo serentak.

Dalam pelukan YoMin dan JaeRa..dia masih sempat menangkap imej Zelo yang sedang memujuk HyeLi tak jauh dari mereka bertiga.HyeLi menangis teresak-esak di depan Zelo.MinJoo tahu,air mata HyeLi tu cuma air mata palsu.Nak je dia pergi kat Zelo dan bagitau segalanya tentang HyeLi tapi..dia tak nak keadaan jadi lebih teruk.
"MinJoo..kawal perasaan kau."pujuk hatinya sambil memandang pasangan itu.

Zelo memandang MinJoo sekilas...
Mata mereka bertembung buat beberapa saat sebelum akhirnya
Zelo menjeling.Jelingan Zelo tu bukan seperti jelingan yang biasa...terasa pedihnya.
Hati MinJoo seakan ditoreh dengan pisau.Sakitnya terasa lebih perit dari penangan rotan cikgu Taeyang tadi.

Zelo menarik HyeLi pergi dari pandangan MinJoo.

Tanpa disedari,air mata MinJoo meleleh.Dia menangis dalam pelukan JaeRa dan YoMin yang masih tak tahu apa-apa soal segalanya.

**********************************************

"Mianhe..saya tak tahu pulak yang MinJoo sukakan awak.Dia marah sangat bila kita berdua bersama..sebab tu dia serang saya tadi."tipu HyeLi sambil menangis teresak-esak.
Zelo diam.Marahnya pada MinJoo membuak.

Dia percaya segala kata-kata HyeLi.HyeLi seorang gadis yang naif dan baik padanya.
Tapi..semua tu cuma permainan HyeLi.Dia si jahat yang talam lapan muka.Hoh...

"Saya rasa..lebih baik kita putus..Biarla MinJoo bahagia..saya sanggup lepaskan awak demi kebahagiaan MinJoo."ayat drama mana ntah yang si HyeLi ni cekau dan kemudian lontar pulak kat Zelo yang dah separuh gila kat dia ni.
"Tak!!Saya tak nak..saya cintakan awak.."Zelo menggeleng.Tangan HyeLi diraih.

"Saya pun cintakan awak jugak."luah HyeLi sambil tersenyum.
Nampak ikhlas tapi sebenarnya tak.

***************************************************

MinJoo berjalan perlahan sambil memandang tar jalan.Lambat-lambat,dia membelok ke lorong untuk ke rumahnya.Pintu pagar ditolak.
Dia berjalan beberapa meter lagi dan akhirnya tiba di pintu rumahnya.
Pintu tak berkunci..maknanya..Zelo dah balik.
MinJoo melepaskan tombol pintu perlahan-lahan.Teragak-agak untuk masuk.
Dia dapat rasakan kemarahan Zelo padanya.

"Ahh...masuk je la...ni rumah aku!!"setelah lebih lima minit membatu di depan pintu,akhirnya suara hati MinJoo mula memberontak.MinJoo akhirnya menolak pintu dan kebetulan,Zelo berdiri tegak betul-betul di depan pintu.

"Omakkkau..kambing!!"terkejut sampai melatah si MinJoo saat Zelo betul-betul ada di depannya.MinJoo tunduk memandang lantai.Riak muka Zelo sukar ditafsirkan.Zelo seolah-olah tak nampak dia.
MinJoo pandang Zelo namun Zelo yang sedang mengikat tali sneakers pura-pura tak menyedarinya.
Uniform sekolah Zelo sudah bertukar kepada T-shirt hitam dan seluar putih.Nampaknya..Zelo nak keluar.

"Zelo!!"
MinJoo memberanikan diri untuk memanggil lelaki itu.
Zelo yang baru saja nak membuka pintu menoleh.

"Aku..aku tak berniat jahat pun kat HyeLi..dia yang..."MinJoo mula merangka ayat untuk menjelaskan keadaan yang sebenar kepada Zelo.

"Dahlah MinJoo..Aku malas nak dengar.Kau tak macam apa yang aku sangka."Zelo memintas.

"Zelo!HyeLi tu cuma nak mainkan kau..aku dengar sendiri apa yang dia cakap dalam tandas tadi...Aku marah sangat sebab dia nak mainkan kau..jadi,aku tampar la dia."terang MinJoo dengan harapan Zelo akan percaya.

"Huh?Dia nak mainkan aku?Han MinJoo...kalau nak tuduh orang,biar berasas sikit.Aku percayakan HyeLi la..dia baik dan ikhlas dengan aku."jawab Zelo.
MinJoo menggeleng.

"Tak!!Dia tak macam apa yang kau sangka!!"
"Dahlah..MinJoo!Aku tak percaya!!Kau memang saja nak sakitkan hati HyeLi kan?Apa yang kau nak sebenarnya??"

MinJoo terdiam.Zelo tak percayakan dia.Ahhhh..kecewanya~~

"Kau lebih percayakan orang yang kau baru kenal tak sampai sebulan daripada aku?Orang yang membesar sama-sama dengan kau selama 18 tahun ni?Kau cakap kita kawan?Seorang kawan kena percayakan kawan dia kan??"soal MinJoo.

Zelo terdiam.Dia menghembus nafas perlahan sebelum memandang MinJoo semula.

"Pernah ke kita berkawan selama ni?Bukan ke kau musuh aku sejak 18 tahun dulu?"ucap Zelo dengan nada yang sinis sebelum membuka pintu dan meloloskan dirinya di sebalik pintu itu.

DUMMMMMM!!!!

Pintu rumah dihempas kuat membuatkan tubuh MinJoo terhincut sedikit kerana terkejut.

"Pernah ke kita berkawan selama ni?Bukan ke kau musuh aku sejak 18 tahun dulu?"

Kata-kata Zelo tadi bergema di kepala MinJoo.

"Kenapa dia cakap macam tu??"
Luluh hati MinJoo saat terkenangkan kata-kata Zelo tadi.

 

********************************************************************************************************************************************

Hmmm...hubungan MinJoo dan Zelo mula tak baik semula.(-.-).

Ok..saya harap readers terhibur dengan update ni.:))(^.^)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
[Time Machine] 2014--->2017 Maafkan saya sekiranya banyak typo dan ayat2 memalukan di sini. Hahaha. Sincerely from : Zelo_up versi 2017 xD

Comments

You must be logged in to comment
miss_almond #1
Chapter 42: Best sampai menangis . Loh..... T.T
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 42: WOW. Dalam masa kurang 48 jam saya habiskan ff ni wowoowowowow. Best best
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 36: Citer ni. Saaaangat best!!!!! Boleh saya panggil unnie?!! Author sama umur dengan Zelo? Mesti dah 20 tahun kan?? Agagaga citer ni best teramat. Dan lawak ><
Overdose_Kpopers
#4
Huk!!!! Kenapa saya tak pernah nk notice citer ni?? Ok mari mula membaca. Tak sabar!!! Hehe sorry baru nk start baca~
happineseu
#5
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
happineseu
#6
dahh habis baca bpe bulan yg lps gne acc laen, tp x pnh bg respon lg, tbh story ni one of my fav ^_^y, keep it up author nim
airenlyman #7
Chapter 42: HTB daebak ...menghayati giler ...nngis kot waktu baca sbb feeling sangat ...daebak !!!!
matoki_96
#8
Chapter 42: Woah daehyun pulak ! Tak sbr nak bce xD
chnylvrus #9
Chapter 42: Author nim! Bestttt gilerrr laaaaaa cter nih!/thumbs up/ tp nk ngis laa sbb yg prtma bru jmpe ff ni klw bleh nk jd pmbc yg prtma huhu lps tu cter ni dh hbis huhuhu/chanyeol:dh la tu..jgn laa ngis ssh aku nk pjuk/hmmm pg pjuk author nim nih suh bwt ff yg gmpak lg/cahnyeol:yelaa²..wahai author nim yg cntik lg cmel perkenan kan laa hjat chnylvrus pewlishh*bwt aegyo*/haha muka x bleh blah/chanyeol:kira oke laa aku tlg kauu-_-/haha yela² telinga capang..hhaha maafkan sy ye author nim sbb mngrut kt cni..sje gnekan chanyeol supaya author nim prkennkn prmntaan hmba ni hehe..truskn bwt ff yg gmpak gler² cmni hohoxD btw new reader in da house yo..srry lg skli sbb mymk kmen pnjg ² kt sni huhuT-T
decentedhan
#10
Chapter 42: omg sequelllll >3<