Chapter 2

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

“Ada sesiapa yang tak faham mengenai Renaissance?” soal Baekhyun kepada pelajarnya setelah selesai memberi penerangan mengenai tajuk baharu untuk hari ini. Namun seperti biasa, tiada seorang pun yang bakal bertanya seperti mereka sudah memahami segala yang diajarnya. Namun, apabila tiba musim peperiksaan, barulah anak-anak murid ini akan terhegeh-hegeh mencarinya untuk bertanya setelah menyedari mereka langsung tidak memahami apa yang diajar.

 

“Since tak ada siapa yang tanya, cikgu akan anggap kamu semua faham dengan tajuk ni. Kunci untuk memahami tajuk ini mudah sahaja, kamu kena betul-betul memahami sebab dan cara Zaman Renaissance ini bermula setelah Zaman Kegelapan. Kemudian, kamu kena kenal beberapa tokoh penting ketika zaman ini seperti Machiavelli, Michaelangelo dan lain-lain”

 

“Banyak sebenarnya pengajaran dan iktibar yang kamu boleh ambil daripada zaman ini. Pertama, semangat inkuiri dalam kalangan cendekiawan yang menjadi titik tolak permulaan Zaman Renaissance. Jika mereka tidak mempunyai kesedaran ini, sudah pasti mereka akan terus berada dalam Zaman Kegelapan”

 

Kringggggg

 

Loceng berbunyi menandakan waktu kelasnya sudah pun berakhir. Kelihatan beberapa pelajar yag duduk di barisan belakang sudah pun terjaga dari lena mereka yang panjang. Baekhyun hanya mampu memberi keluhan yang panjang. Dia sudah buntu untuk mencari jalan bagi menarik perhatian seluruh anak muridnya sewaktu dalam kelas subjeknya.

 

“Untuk next class, kita akan belajar mengenai Zaman Reformation pulak. Tolong baca dahulu buku teks kamu untuk mengetahui serba sedikit mengenai zaman itu. Itu sahaja untuk kelas hari ini” usai sahaja selesai memberi kata-kata terakhir, Baekhyun mengorak langkah menuju ke bilik guru.

 

Sampai sahaja di tempat duduknya, dia terus mengambil buku-buku latihan pelajarnya untuk disemak. Sedang dia tekun membaca jawapan pelajarnya bagi latihan yang diberikan, tiba-tiba dia disergah suatu suara yang datang dari sisinya. Kelihatan Daehyun, guru subjek Matematik di sekolah itu sedang tersenyum lebar sambil memandangnya. Jelas kelihatan susunan cantik gigi putihnya.

 

“Kenapa ya, cikgu?” soal Baekhyun sambil membalas senyuman guru itu.

 

“Cikgu dah makan? Jom lunch dengan saya dekat kantin” ajak guru itu masih dengan senyuman lebar yang menghiasi wajah berkulit bersih itu.

 

Baekhyun yang baru terasa lapar terus menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mereka berdua jalan beriringan menuju ke kantin untuk menjamu selera. Dia sejujurnya tidaklah begitu rapat dengan Daehyun yang duduk bersebelahan mejanya di bilik guru tetapi jika mahu dibandingkan dengan guru-guru yang lain, boleh dikatakan lelaki itu yang paling rapatnya di sekolah ini. Dia bukannya jenis yang pandai memanjangkan perbualan. Dia sendiri tidak tahu mengapa Daehyun masih sahaja sering mengajaknya untuk makan bersama di kantin sekolah.

 

Bukan sekali dua mereka makan tengah hari bersama malah sudah hampir setiap hari. Pada mulanya, dia agak tidak selesa kerana khuatir akan menimbulkan cerita kurang enak dalam kalangan guru-guru lain namun, lama-lama dia sudah seperti tidak kisah. Lagi pula, guru-guru lain sudah sedia maklum yang mereka hanya sekadar bersahabat biasa. Kadangkala, ada juga guru lain yang akan turut serta makan tengah hari bersama mereka di kantin.

 

“Mid-year exam tak lama lagi je kan? Haih, cepat betul masa berlalu. Saya ni duduk terkejar-kejar nak habiskan silibus” kata Daehyun memecah sunyi antara mereka sewaktu masing-masing sedang menjamu selera.

 

“Emm… haah. Saya pun baru je selesai habiskan tajuk yang bakal masuk exam nanti. Ada lah masa sikit nak buat revision dengan students” jawab Baekhyun.

 

“Macam ni jelah rutin kita kan? Datang sekolah hadap perangai pelajar yang pelbagai ragam. Penat lelah habiskan silibus then buat preparation pulak untuk students before exam. Lepas exam pulak kalau results merundum, pihak atasan salahkan kita. Semuanya terletak atas bahu kita” ucap Daehyun sambil menggelengkan kepalanya.

 

“Sebab itu memang tugas kita sebagai seorang guru. You should’ve prepared for this way before you started being a teacher. Bila dah jadi pendidik ni, tak sepatutnya kita merungut atas amanat yang dah diberikan kepada kita. Sebaliknya, kita kena sentiasa peringatkan diri balik kenapa kita pilih untuk jadi seorang guru atau betulkan balik matlamat kita”

 

“Kita bukannya jadi guru untuk kejar menjadi guru cemerlang sehingga pelajar menjadi mangsa ketaksuban kita. Melihat pelajar berjaya dengan cemerlang merupakan perkara terakhir yang mahu kita kecapi. Sekiranya students punya result jatuh, mungkin memang patut kita ditudingkan jari. Mungkin cara kita mengajar tidak kena atau tidak berjaya menarik minat pelajar untuk mengulangkaji subjek kita” selesai sahaja mengucapkan butir kata-kata itu, Baekhyun menyambung menikmati makananya yang terhenti sebentar tadi.

 

Daehyun yang berada di hadapannya hanya mampu terbungkam sebelum tersenyum malu. Lelaki itu agak terkedu melihat Baekhyun yang agak panjang lebar menasihatinya. Ini merupakan kali pertama guru yang agak pendiam itu mengeluarkan sebegitu banyak patah perkataan dalam satu masa. Daehyun hanya mampu tersenyum melihat Baekhyun yang sentiasa komited dalam apa jua yang dilakukan termasuk menjadi seorang pendidik. Tidak pernah sekali pun dia mendengar Baekhyun merungut atau mengeluh sepanjang lelaki itu berkhidmat di sekolah ini.

 

 

 

***

 

 

 

Baekhyun menyusun langkah menuju ke tempat meletak kereta yang terletak di bahagian hadapan bangunan sekolah. Setelah meletakkan beg kerjanya di bahagian penumpang, butang enjin kereta ditekan untuk menghidupkan enjin kereta namun setelah beberapa kali percubaan tetap gagal. Baekhyun mengerutkan dahinya pelik dengan keretanya yang kali pertama mempunyai masalah begini. Kepalanya diangkat dan matanya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..