Chapter 9

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Baekhyun memandu keretanya berhati-hati dengan niat di hati untuk singgah ke rumah ibu bapanya yang sudah hampir dua minggu tidak dikunjungi. Minggu ini juga dia agak sibuk dengan kelas tambahan dengan pelajar-pelajarnya memandangkan peperiksaan akhir tahun bakal menjelma 3 minggu lagi. Sebaik sahaja dia selesai meletakkan kereta di hadapan banglo milik orang tuanya, dengan pantas dia keluar daripada perut kereta dan menapak masuk ke dalam rumah. Sepi menyapanya sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam. Matanya melilau ke ruang tamu mencari gerangan ibunya namun, hampa. Ibunya tiada di situ. Kemudian, dapur pula menjadi sasarannya namun, juga seperti tadi. Kosong.

 

Perasaan aneh mula menyelubungi diri. Kakinya dengan pantas dihalakan ke arah tangga yang menghubungkan ke tingkat atas. Pintu bilik ibunya dibuka sebelum kelihatan wanita tua itu sedang duduk di atas katil sambil memegang erat telefon pintar di tangan. Wajah tua itu kelihatan sedikit terkejut dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba itu.

 

“Baekhyun”

 

Wajah redup ibunya itu ditatap sebelum dia melabuhkan punggung bersebelahan wanita itu.

 

“Kamu sampai bila?” soal ibunya lembut.

 

“Baru je tadi. Omma kenapa ni? Nampak sedih je” hatinya benar-benar kuat mengatakan pasti ada sesuatu yang terjadi. Jika tidak, masakan wajah kesayangannya ini kelihatan mendung sahaja.

 

“Tadi Soo telefon omma lagi” jawab ibunya sebelum air mata galak membasahi pipi tua itu.

 

Baekhyun melepaskan keluhan yang panjang. Tebakannya kali ini benar. Dia sudah dapat mengagak pasti adik lelakinya itu baru sahaja selesai menguhubungi ibunya jika dilihat dari raut wajah yang sudah jelas kelihatan kedutan tanda dimamah usia. Bukan baru sekali ini Kyungsoo menelefon keluarganya namun, sudah hampir beberapa kali. Dia tahu pasti lelaki itu amat merindui orang tua mereka namun, masih enggan mahu menunjukkan diri. Baekhyun sendiri sudah malas mahu mengambil pusing soal adik lelakinya itu.

 

Cukuplah mereka mengetahui bahawa lelaki itu dalam keadaan yang selamat. Itu sudah memadai. Tidaklah runsing hati tua ibu bapanya itu.

 

“Omma pujuk dia balik lagi ke?”

 

Lambat-lambat ibunya menganggukkan kepala.

 

“Pastu, dia cakap apa?”

 

“Macam biasalah jawapan dia. Bila sampai waktunya, dia akan balik. Tapi bila? Omma rindu sangat dengan dia. Hati ini tetap tak tenang selagi tak tatap wajah dia, Baek” adu ibunya sambil mengusir pergi air mata yang kian galak membasahi pipi. Baekhyun di sisi hanya mampu menenangkan ibunya dengan kata-kata klise seperti ‘Dia mesti akan balik’ dan ‘Dia mungkin perlukan masa lagi’.

 

Sejujurnya, dia sudah tidak tahu apakah hikmah sekiranya Kyungsoo kembali memunculkan diri setelah apa yang telah terjadi kini. Sudah terlalu lambat mengikut perkiraannya jika mahu memperbaiki semula keadaan yang bagaikan sudah tersimpul mati ikatannya, tidak mampu dileraikan, tiada penyelesaiannya. Dia kini sudah sah bergelar pasangan kepada tunangan adiknya itu jadi, sekiranya Kyungsoo kembli, adakah dia harus melakukan sebuah lagi pengorbanan dengan mengubah sekali lagi statusnya? Jika itu juga perkara yang diinginkan suaminya, apa lagi hak yang dia punya?

 

Malahan, mereka berdua tidak sepenuhnya rela akan wasilah yang wujud antara mereka ini.

 

 

 

***

 

 

 

“Baek, kamu dengan Chanyeol macam mana?” soal ibunya ketika mereka sedang menikmati makanan petang sambil menonton televisyen. Baekhyun yang mendengar soalan ibunya terhenti seketika kunyahannya. Jika disebut mengenai lelaki yang 7 tahun lebih muda daripadanya itu, pasti kepalanya menerawang pada kejadian hampir 2 minggu yang lalu itu. Malam yang bagaikan mimpi ngeri buat dirinya. Sejak kejadian itu, dia sedaya upaya menghindarkan diri daripada bertembung dengan lelaki itu. Entahlah, dia tidaklah membenci lelaki itu kerana walau bagaimanapun, lelaki yang sudah bergelar suaminya itu berhak melakukan hal itu pada dirinya namun, tidak dalam keadaan dia yang tidak bersedia.

 

Perasaan marah yang wujud dalam dirinya buat Chanyeol juga masih tidak jelas asbabnya. Yang pasti, dia mahu Chanyeol menyentuh dirinya saat mereka sudah saling mampu menerima dengan ikhlas akan wasilah yang terjalin antara mereka. Perkara yang paling dikhuatiri ketika ini adalah malam tersebut akan menghadirkan sebuah nyawa yang akhirnya hanya akan menjadi mangsa dalam situasi ini.

 

“Baek? Kamu dengar tak omma tanya ni?”

 

“Dengar…” balas Baekhyun sepatah. Dia tidak tahu bagaiman harus dijawab soalan yang diutarakan ibunya sebentar tadi.

 

“Dia layan kamu elok je kan?” soal ibunya lagi.

 

“Macam tu je lah, omma”

 

Ibunya hanya menganggukkan kepala yakin dengan jawapan anak lelakinya. Walau bagaimanapun, sebagai seorang ibu, dia mahu kedua-dua anak lelakinya bahagia namun, entah mengapalah takdir bagaikan tali yang menjerut keluarga mereka sehingga terasa sakit dan sukar untuk mereka lalui. Sungguh, perasaan bersalah kerana memaksa anak sulungnya menjadi kambing hitam demi mememelihara nama baik kedua-dua belah keluarga masih terasa dalam hatinya. Kini, dia hanya mampu mendoakan agar Baekhyun menemui kebahagiaannya sendiri – tidak, naluri ibunya kuat mengatakan Baekhyun sudah pun bertemu dengan kebahagiannya iaitu Park Chanyeol namun, mereka terikat dengan cara yang salah, pada waktu yang silap.

 

 

 

***

 

 

 

Chanyeol segera melangkahkan kaki keluar daripada kelas dengan langkah yang longlai seb

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..