Chapter 5

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Baekhyun melepaskan keluhan yang panjang. Badannya yang sudah penat baring mengiring ke kanan dipusingkan ke kiri pula. Sudah bosan mengiring ke kiri, dia baring terlentang pula. Sekali lagi, dia tetap tidak mampu melelapkan matanya kerana sedari tadi kotak fikirannya asyik memikirkan kata-kata Daehyun petang tadi. Dia seperti sedikit tertanggu dengan ucapan guru lelaki itu yang seperti memberi klu bahawa lelaki itu sedang mencintai seseorang dalam diam. Tidak dapat dinafikan hatinya retak sedikit setelah mengetahui hal itu.

 

‘Tidak! Tak mungkin! Dia tak cakap pun dia ada suka seseorang’ bisik hatinya.

 

‘Tapi, cara dia cakap tu macam dia benar-benar berada dalam situasi itu atau pernah mengalami’ datang lagi satu suara cuba mempengaruhi fikirannya.

 

Baekhyun menggeleng-gelengkan kepalanya cuba mengusir jauh segala suara yang cuba menganggunya daripada lena. Jam loceng yang terletak elok di meja katil dikerlingnya seketika. 1.30 pagi. Matanya masih lagi terasa segar seakan tidak mahu terlelap langsung. Baekhyun termenung memerhatikan siling biliknya seperti yang dia selalu lakukan sekiranya dia tidak dapat tidur dengan harapan matanya akan terlelap sendiri setelah dimamah kebosanan. 5 minit berkedudukan begitu, dia mula memusingkan badannya ke kanan kembali. Matanya cuba dipejamkan sekali lagi.

 

Namun, sekali lagi matanya terbuka kerana terdengar suara-suara manusia yang datang dari tingkat bawah. Mungkin ibu bapanya masih belum lena ketika ini. Baekhyun agak berasa hairan kerana tidak kebiasaannya orang tuanya tidur lewat begini. Malas mahu memikirkan soal orang tuanya, Baekhyun mula kembali memejamkan matanya namun tidak sempat dia melakukan hal itu, pintu biliknya dikuak kasar oleh seseorang.

 

“Baek!” panggil ibunya dengan cemas.

 

Serta-merta Baekhyun bangkit dari pembaringannya dan berjalan mendapatkan ibunya yang sudah basah mukanya dengan air mata. Panik mula menguasai diri melihat ibunya yang sudah teresak-esak menangis tanda sesuatu yang besar telah terjadi. Dia mula mengusap belakang badan wanita tua itu dengan harapan dapat menenangkan seketika perasaan cemas yang melanda ibunya.

 

“Kenapa ni, omma? Apa yang dah jadi?” soal Baekhyun lembut.

 

“Soo…. Soo… dia lari rumah”

 

“Hah?! Kenapa?!” soal Baekhyun yang jelas terkejut dengan khabar tersebut.

 

Sekeping kertas yang digenggam erat ibunya ketika ini menjadi perhatiannya. Lambat-lambat Baekhyun mengambil kertas yang sudah renyuk kerana digenggam kemas ibunya yang sedari tadi tidak mampu mengalirkan air mata.

 

‘Omma, Appa, maafkan Kyungsoo. Kyungsoo tak mampu teruskan perkahwinan ini. Jangan cari Soo’

 

Bergetar seluruh tubuh badan Baekhyun selesai sahaja membaca isi kertas itu. Dadanya turun naik dengan pantas seiring dengan pernafasannya yang sudah semakin laju cuba menahan perasaan marah yang mula memenuhi dirinya. Dia benar-benar rasa kecewa dan marah dengan sikap adiknya yang tidak matang ini. Perkahwinan adiknya itu hanya berbaki sehari sahaja lagi. Tidak seharusnya lelaki itu membuat onar di saat-saat begini.

 

“Soo keluar dari pagi tadi. Omma tak tahu dia pergi mana sebab dia tak bagitahu pun. Omma ingat dia jumpa Chanyeol tapi sampai malam dia tak balik. Tadi omma telefon Chanyeol tanya Soo ada dengan dia ke tapi Chanyeol cakap tak ada, harini dia tak ada jumpa Soo pun. Omma ingat dia dah balik, jadi omma masuk bilik dia dan jumpa kertas tu” ucap ibunya lirih.

 

“Chanyeol dah tahu?” soal Baekhyun.

 

Ibunya hanya menggeleng perlahan kepalanya tidak berani menatap Baekhyun yang sudah kelihatan begitu berang.

 

“Omma tak tahu macam mana nak bagitahu dia. Omma tak nak risaukan dia”

 

“Sekarang ni, bukan masalah tak nak susahkan dia. Chanyeol kena tahu pasal tunang dia. Kena tanya Chanyeol yang diorang ada gaduh ke sebelum ni sampai Soo lari rumah. Kita kena selesaikan masalah ni sebab majlis tu lusa! Kita dah tak ada masa banyak. Mungkin Chanyeol boleh tolong cari Soo kat rumah kawan-kawan dia. Sekarang ni omma call Chanyeol” arah Baekhyun sebelum dia dan ibunya beriringan menapak ke ruang tamu.

 

Sampai sahaja di ruang tamu, kelihatan bapanya sedang berjalan mundar-mandir dengan telefon di tangan. Riak cemas jelas terpancar di wajah tua ayahnya. Tidak pernah dia melihat ibu dan ayahnya secemas ini. Baekhyun mahu membantu namun, dia sendiri tidak tahu harus melakukan apa. Otaknya benar-benar ksosong ketika ini. Tambah pula perasaan geram terhadap adiknya membuatkan otaknya tidak mampu memproses hal lain. Hanya perasaan geram yang menguasai dirinya.

 

“Bae

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..