Chapter 11

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Baekhyun tercungap-cungap cuba mencuri nafas untuk mengembalikan rentak pernafasan normal. Setelah yakin tiada isi perut yang mahu dimuntahkan lagi, Baekhyun bangkit menuju ke sinki untuk membersihkan mulutnya. Sudah tidak terkira berapa kali dia menjadi pengunjung tetap bilik air di kamar beradu miliknya dan Chanyeol untuk hari itu. Untung sahaja hari ini merupakan hujung minggu. Tidaklah perlu dia menahan sengsara untuk menahan mual sewaktu mengajar di dalam kelas. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia terus duduk dalam bilik air dan tidak keluar sepanjang hari.

 

Baekhyun mengambil tuala yang tersimpan di atas para yang terletak berdekatan cermin sinki untuk mengelap mulutnya yang basah. Matanya yang tadi menatap pantulan wajahya di cermin kini dialihkan ke bahagian abdomen bawah, lebih tepat ke arah perutnya yang kini sedang ditumpangi insan yang bakal memeriahkan lagi kondominium milik suaminya. Tangan kanannya dibawa ke bahagian bawah perut lalu diusap lembut.

 

“Hello there. I can’t wait to meet you,” ucap Baekhyun lembut. Senyum di wajah tidak lekang.

 

“Sayang, I’m home!”

 

Sayup-sayup kedengaran suara milik suaminya yang pasti sudah pulang. Baekhyun dengan pantas menghayunkan kaki menuju ke ruang tamu. Kelihatan suaminya sedang elok duduk di atas sofa dengan pelbagai jenis dan perisa aiskrim terletak di atas meja, sesuai dengan permintaanya sebentar tadi. Baekhyun yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah suaminya terus sahaja mencapai salah satu aiskrim di situ.

 

Kecur liurnya apabila makanan yang tiba-tiba sahaja menjadi kesukaannya kebelakangan ini menjamu mata.

 

“Seronok la tu,” usik Chanyeol yang turut tersenyum melihat wajah Baekhyun yang bersinar tatkala melihat aiskrim.

 

“Cute,” tanpa sedar perkataan itu meluncur keluar daripada mulut lelaki yang lebih muda itu membuatkan Baekhyun terksesima seketika.

 

“Errr…. Sorry. But you really look cute, sayang. Gotta get used to hear that for many times after this,” usik Chanyeol nakal sebelum mencuit hidung Baekhyun.

 

Baekhyun hanya menggeleng kepalanya perlahan, cuba mengusir perasaan malu yang mula menguasai diri tatkala menerima layanan manis daripada lelaki tinggi lampai itu yang kini masih tidak lepas memerhatikannya.

 

“Awak kalau nak makan amek je lah satu. Tak payah tengok saya makan,” ujar Baekhyun seraya menyuakan salah satu asikrim ke arah suaminya.

 

“It’s okay, sayang. You can have them all,” balas Chanyeol.

 

“Oh, by the way, sayang. Malam ni kita dinner kat rumah parents saya tau. Macam dah lama rasa tak jenguk diorang and sekali nak bagitau pasal baby,” ujar Chanyeol setelah beberapa ketika senyap mengisi ruang antara mereka.

 

Baekhyun yang sedang leka menikmati aiskrim sambil menonton drama yang ditayangkan di televisyen lantas mengalihkan pandangan ke arah suaminya. Timbul rasa debaran dalam diri setelah mendengar arahan daripada suaminya. Fikirannya tiba-tiba sahaja terbang ke hari mereka mengikat janji di hadapan paderi di gereja beberapa bulan lalu.

 

“Kamu tu hanyalah pengganti. Jangan cuba goda Chanyeol.”

 

Masih segar kata-kata yang dilemparkan oleh ibu Chanyeol atau lebih tepatnya ibu mertuanya setelah dia dan Chanyeol sah disatukan. Bukan salah wanita itu untuk berasa kurang senang dengan kehadirannya sebagai menantu secara tiba-tiba. Baekhyun harus memahami juga perasaan orang tua Chanyeol yang secara tiba-tiba sahaja harus menerima menantu yang berbeza seperti dipersetujukan.

 

“Are you okay, sayang?” soal Chanyeol sambil menyiku lembut lengan kecil Baekhyun setelah menyedari perubahan air muka lelaki mungil itu.

 

“Err.. okay je. Just terfikir perlu ke nak bawak apa-apa untuk parents awak. Takkan nak datang dengan tangan kosong, kan?” tipu Baekhyun.

 

Tidak disangka, ada tawa kecil terlontar keluar daripada mulut Chanyeol.

 

“No need pecahkan kepala fikir. Omma dengan appa tak kisah pun if kita tak bawak apa-apa. Don’t think too much, okay?” ujar Chanyeol sambil mengelus lembut rambut Baekhyun.

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..