Chapter 10

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

"Chanyeol, jom dinner” laung Baekhyun dari arah meja makan.

 

Tidak sampai beberapa saat, figura tinggi suaminya menjamu pandangan mata. Senyuman kecil yang menghiasi wajah lelaki tinggi lampai itu dibalas sebelum mereka bersama-sama melabuhkan punggung di atas kerusi bersedia untuk memulakan makan malam mereka.

 

“Sedapnya bau,” Chanyeol memuji sebelum dengan pantas menyuakan suapan pertama ke dalam mulut.

 

“Damn! Bila je sayang masak tak sedap,” Chanyeol masih lagi terus memuji masakan suaminya itu.

 

Baekhyun yang duduk di hadapannya hanya mampu menyunggingkan senyuman, sedikit segan akan pujian daripada lelaki yang lebih muda daripadanya itu. Dia akui, makanan dia tidak seenak orang lain, namun melihatkan Chanyeol yang begitu selera menghabiskan lauk masakannya, perasaan terharu dan bahagia memiliki lelaki itu sebagai suaminya pasti datang menyinggah di dada.

 

Sudah hampir sebulan hubungan mereka mula membaik jika mahu dibandingkan dengan sewaktu mereka baru mengikat tali pernikahan. Rutin mereka kini juga sudah seperti layaknya pasangan berkahwin yang lain. Meskipun masih tiada ucapan cinta hadir di bibir masing-masing, namun cukuplah dengan kedaan begini. Tidak kaku dan beku seperti di awal perkahwinan mereka. Baekhyun dapat rasakan perbezaan ketara kehidupannya setelah mereka membuat keputusan untuk perlahan-lahan menerima hubungan ini.

 

Tambahan pula, Baekhyun juga masih samar-samar akan perasaannya terhadap Chanyeol. Yang pasti, dia bahagia. Perkataan itu sahaja yang mampu menggambarkan perasaan yang dapat dirasai oleh setiap sel tubuhnya setiap kali dia memandang suaminya.

 

Selesai sahaja mengisi perut, Chanyeol membantu Baekhyun untuk mengemas meja makan meskipun dilarang Baekhyun. “Tak apalah, awak. Biar saya je basuh dan kemas. Awak sambunglah buat assignment tu,” larang Baekhyun seraya mengambil gelas yang berada dalam genggaman Chanyeol yang sudah bersedia mahu mealngkah ke arah sinki.

 

“Kejap je ni, sayang. Bukan lama pun. Lagipun, saya malas nak hadap balik assignment tu. Boleh saya lama-lama sikit kat dapur dengan awak, kasi hilang stress,” usik Chanyeol sambil menyunggingkan senyuman nakal di hujung bibir.

 

“Yelah awak tu. Dah pergi basuh cepat,” akhirnya Baekhyun hanya mengalah dan membiarkan suaminya itu membasuh mangkuk dan gelas yang digunakan sebentar tadi. Baekhyun hanya memerhatikan belakang badan sasa suaminya dari kerusi di meja makan. Tanpa sedar, sebuah senyuman bahagia kembali terlukis di bibir. Seperti biasa, senyuman itu sebentar cuma kekal di wajah sebelum bertukar keluhan. Dia sendiri tIdak mengerti, setiap kali bahagia menyelinap masuk ke dalam badannya, tiap kali itu juga ia tidak lama sebelum suatu perasaan lain memenuhi ruang dada. Perasaan yang dia cuba buang jauh namun, tidak pernah berjaya.

 

Takut.

 

Ya, dia sering berasa takut. Takut sekiranya segala yang dia dan Chanyeol kecapi hanya buat seketika. Dia takut jika ada di antara mereka yang bakal berubah hati. Dia masih sedar letak duduk dirinya dalam hubungan ini. Walau bagaimanapun, dia tidak akan pernah mampu mengubah takdir dan kenayataan bahawa dia di situ hanyalah sebagai pengganti. Tidak mungkin perasaan Chanyeol terhadap Kyungsoo akan semudah itu lenyap dari hati. Mereka berdua sudah menyulam kasih lebih lama daripada ‘fasa sebulan’ mereka ini.

 

Meskipun Chanyeol gigih menyembunyikan namun, Baekhyun tahu, perkara ini tidak mudah. Dia juga tahu suaminya itu sedang gigih menyembunyikan perasaan suci yang sudah lama bertakhta di hati buat Kyungsoo namun, Baekhyun cuba melenyapkan seketika perkara itu. Dia mahu menikmati saat-saat ini bersama suaminya – selagi Park Chanyeol masih sah menjadi miliknya.

 

Dia mahu mencipta jarak namun, Chanyeol yang mendekat.

 

Selesai sahaja Chanyeol mencuci mangkuk dan gelas, mereka berdua kembali melakukan kerja masing-masing. Chanyeol di ruang tamu menyiapkan assignment manakala Baekhyun pula berada di bilik kerja menanda buku latihan anak muridnya. Sebaik sahaja jam menunjukkan tepat 11 malam, Baekhyun membuat keputusan untuk beradu. Sebelum memasuki kamar beradunya, dia menjenguk seketika Chanyeol yang masih khusyuk menghadap komputer riba di ruang tamu.

 

“Awak, saya tidur dulu ya,” ucap Baekhyun lembut.

 

Raut wajah serius suaminya lantas bertukar lembut sebaik sahaja terdengar suaranya itu. Chanyeol hanya menganggukkan kepalanya sebelum kembali menarikan jari di atas papan kekunci. Baekhyun pula lantas melangkah memasuki kamar beradu mereka, menghilangkan diri di sebalik daun pintu.

 

Baekhyun yang memang agak penat hari itu, pantas sahaja dijemput lena setelah beberapa minit meletakkan kepala di atas bantal.

 

 

 

***

 

 

 

Baekhyun menyandarkan badannya pada kerusi sambil memejamkan mata apabila terasa denyut di kepala semakin kuat tanda tidak akan hilang lagi. Jari-jemari runcingnya di bawa ke bahagian yang terasa denyut itu, mengurut perlahan sebagai suatu usaha untuk mengurangkan kesakitan namun tidak membuahkan hasil. Untung sahaja waktu itu keadaan dalam bilik guru sudah sedikit lengang memandangkan waktu persekolahan sudah lebih 1 jam berakhir.

 

Dia mengambil keputusan untuk tidak pulang lagi kerana tidak mahu merisikokan diri memandu kereta dalam keadaan tidak sihat. Dia fikir denyut di kepala akan hilang sekiranya dia berehat seketika namun, sangkaannya meleset. 2 biji Panadol sudah selamat mendarat dalam perut namun masih belum menunjukkan kesan.

 

“Awak okey ke, Baekhyun?” kedengaran suara Daehyun menyapa gegendang telinga.

 

Kelopak mata yang terasa malas untuk dibuka dipaksa juga diangkat. “Okay je. Pening kepala sikit. Kejap lagi okaylah tu,” jawab Baekhyun senada sebelum berura-ura mahu memejamkan kembali matanya memberi signal bahawa dia sedang tidak mahu diganggu. Semo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..